Friday, June 17, 2011

Keja GILA!!!!!

Memang GILA....sgt GILA.Dari hari rabu minggu lepas aku pulun layan citer korea online. Tajuk citer tu PRINCESS HOURS.Ni la bahana kalo dah terjebak dengan citer kowea.Macam kena dadah beb..ketagih! Kalo aku tak keja memang aku pulun tak titon demi nak abiskan.Tapi aku percaya kepada sesapa yg minat citer kowea..konherm depa mcm aku jugak...nak pulak kalo yg jenis jiwang d karats cam aku.Aduhhh..asyik dok meleleh air mata je la....GILA kan...kik..kik.. nak wat camno..dah minat layanzzz..

Meh aku citer sinopsis citer PRINCESS HOURS ni. Citer ni kesah anak raja..kena kawin dgn anak rakyat biasa gara2 perjanjian maharaja dulu aka datuk princes ni. Si anak raja ni plak dah ada kekasih yg suka menari balet dan bercita2 nak menjadi penari balet yg berjaya. Well..cam biasa watak2 dlm citer kowea bersiri ni..sang pakwe or hero adalah henskem banget...tapi sombong...kasar je watak dia & ala2 juei mahal aa kat heroin.Pehtu awex aka heroin cun tapi mesti watak clumsy gitu.Pehtu akan ada watak 2nd hewo yg macho...soft..gentle...suka kat heroin.So berlaku la adengan cinta 3 segi.

Pergolakan or plot citer kowea ni memang sgt memberi kesan untuk aku terus tengok episod demi episod. Adengan kelakar, sedih romantis,dendam..marah silih berganti membuat aku teruja. Ia berjaya membuat aku ketawa bila adengan kelakar...buat aku marah bila adengan dendam...malah buat aku menangis bila sampei adengan yg menyentuh perasaan.Tapi yg paling aku x tahanzzz bila adengan womantis..perghhh meruntum jiwa beb.Pehtu mula la aku jiwang d karats.Adehhh....Sampai hubby aku ckp aku seolah olah berada dalam cerita tu. Perghhh sampai begitu skali penghayatan aku dlm citer kowea ni...Emm mujur my hubby sporting, x ganggu aku layan citer ni. Paling kuat pun dia cuma rekues aku buat air utk dia..pehtu dia bio je aku layan pewasaan..thanks dear.muahhh!

Well..aku sebenonya nak share sedikit positive effect dari citer korea ni.Sifat dendam, tamak adalah satu sifat yg akhirnya membawa padah kepada diwi sendiwi. Belajar la menerima kesilapan dan kesalahan.Hargailah apa yg kita ada.Maharani Balu or nenek prince dlm citer sangat optimis.Setiap org melakukan kesilapan dan berhak untuk dimaafkan...berhak untuk diberi peluang kedua.Kita harus paham, kesilapan dan kesalahan adalah sesuatu yg berbeda. Apabila seseorang itu melakukan kesilapan, dia berhak diberi kemaafan kerana bagi aku kesilapan adalah merujuk kepada perbuatan salah tapi dia tak tahu bahawa perbuatan itu salah.Manakala kesalahan adalah sesuatu perbuatan or tindakan yg seseorang tu tahu salah tapi masih dilakukan.

Anyway citer Princess Hours ni hepi ending.Huh..legaaa sbb hepi ending.Kalo idak memang sakit jiwa dibuatnya...Maka bole la aku tido dgn tenang...;-)

Tuesday, June 14, 2011

Cuaca Dalam Hati

Alhamdulillah….motivasi pagi di radio IKIM hari ini cukup menarik. Aku terpanggil untuk merakamkan serba sedikit kata2 ustaz yang mana masih singgah dalam ingatan aku yg dah penuh ni. Maklum la dengar sambil memandu dlm perjalanan ke tempat kerja. Tak mampu nak mencatit point2 penting. Sebelum sisa ingatan itu sedikit demi sedikit terpadam, baik aku pahatkan dlm catatan blog aku yg usang ni…cewah pahat...cam bahasa sastra plak ahaksss.. ( sian blog aku…lama betul tuan wumah tak singgah).

Emm…tak tau nak buh tajuk apa. Cuaca dalam hati or pasal marah. Sbb ustadz tu memula citer pasal cuaca..Dia cakap mood kita pada setiap hari bergantung kepada cuaca dlm hati kita bukan cuaca di luar.Kalau cuaca kat luar mendung tapi cuaca dalam hati kita begitu tenang..indah..damai insyaAllah cuaca yg mendung itu tidak akan mempengaruhi kita malah kita akan tetap hepi..gembira.Yess…sgt agree dgn kata2 ustadz ni..bagi aku once your open your eye after wake up in the morning your mood already created. Waa speaking London plak aku..hehe nak wat camno..tgn ni menaip selari dgn kata2 dlm hati dan pikiran.cewahhh…

No it’s really true…ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Aku tak merujuk kepada sesiapa tapi aku mewujuk kepada diwi aku sendiwi…dan pemerhatian terhadap anak2 aku yg comel2 tu..>_<. Kalau depa bgn tido tewus senyum cewia maka seharian tu depa akan ketawa gumbira…tapi kalo celik je mata dah merengek rengek tangisan manja maka satu hari tu sokmo la dok nak merengek..pantang silap sikit >>> menangis!!!!Pehtu mula la ibu dia plak terbako je nak layan moody anak..huhu

Begitu juga dgn owang dewasa…kalo bgn pagi dah moody…cuaca dlm hati dah mendung, mula la..monyok, muka masam..pastu pantang sesape silap cepat sgt nak naik angin...nak marah. Ustadz tu ckp marah tu ibarat api didalam dapur hati anda. Kalau perlahan akan dayus tapi kalo besar akan hangus terbakar. Marah itu fitrah dalam diri setiap manusia. Maka marah itu bukan untuk dihapus tapi untuk di urus.Emm…ini bermakna semua owang ada pewasaan mawah..so borre mawah la kann….(^_*)

Anyway memang tak salah nak wase mawah, cuma mawah tu bio la kepada perkara yg patut, marah kerana benar, bukan marah tak tentu pasal. Sebab kalau asyik marah sebenarnya memberi kesan lebih buruk kepada diri org yg marah bukan kesan buruk kepada org yg dimarah. Marah ni ibarat api..kalao asyik marah…dan marah kita sebenarnya membakar diri kita…maka makin marah..makin terbakar..makin hangus. Dan syaitan itu dari api..bila kita marah..api semakin membakar maka semakin kita dipengaruhi oleh syaitan.. Marah la bila Islam dihina..bukan marah kewana kita dikritik. Kadang kala kritikan yg kita terima tu adalah aib kita yg bole kita perbaiki.

InsyaAllah..ingatan utk diwi sendiwi juga...muahhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...