Wednesday, November 30, 2011

Daging Masak Merah Ala Thai...






Selain dari tempah apam aiskrim versen palkadot, Emi turut tempah Daging Masak merah ala Thai untuk family gathering sempena Awal Muharram. Dah alang alang masak saya masak lebih la..untuk lunch family saya jugak.Kebetulan mak, adik dan isterinya datang berkunjung ke rumah saya.Menu ini saya hidangkan untuk mereka. Senang keja saya...







Daging masak merah ala thai ni memang fe-be-ret saya. Dolu2 amsa bawu2 kawin, asal makan kat kedai inilah menu yang sokmo saya order. Jaman tu dok heran..camno la daging ni borre jadi kaler merah ekk.Tak tercapai dek akal yang kaler merah tu sebab buh pewarna merah la...Jongoss!! Skang dah berderet kanan kiwi henbag, memang jarang makan kat luar. Bukan apa...banyak sangat kejadian kanak2 riang ni yang menguji kesabaran dan keimanan ku... letihhhh acikkk.




Memula dulu dok meneka apakah ramuannya...ye la...jaman tu, IT dok glamer cam skang. Skang segala wesepi hanya dihujung jawi gitu. Bak kata Arin, GG kalo masak mesti bawak lappy ke dapur..Haa...para suami pun makin pandai memasak sebab takyah susah2 nak selak buku buku wesepi kan...semua hanya dihujung jawi.Doohhhh!!!

Sekarang...bila dah celik IT, bila refer sana sinunzz, dari blog ke blog, nampaknya lidah saya tidak salah percaturan dalam meneka bahan2 untuk masak menu ini.Tapi ye la...lidah yang merasa berbeza beza jadi pasti akan ada perbezaan. Wesepi Ini adalah olahan dan sentuhan saya,  ikut selera saya...Harap2 Emi dan family bole terima...




DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Resepi @ CheAnn
Sumber : Rossamyzani.blogspot.com

Bahan2

  • 400 gram daging
  • 2 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 3 ulang bawang merah - ditumbuk
  • 2 sudu makan cili blend
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 helai daun limau purut- ramas dan racik sedikit
  • 2-3 biji cili besar hijau/merah - belah 2, buang biji dan potong serong
  • 1 labu bawang besar - yg kaler putih dipotong bulat
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit minyak untuk menggoreng dan menumis









Cara2 memasak

  1. Rebus daging hingga empuk/lembut. Potong nipis.Gaul dengan air rebusan daging yang telah diletak sedikit pewarna merah
  2. Goreng seketika daging yang telah digaul dengan pewarna.
  3. Bawang merah dan putih tumbuk dan tumis hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili blend dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram , daun limau purut, garam gula dan serbuk perasa.Kacau seketika
  6. Masukkan daging kacau seketika hingga daging nampak bergaul mesra dengan bahan2 tumisan
  7. Masukkan cili besar dan bawang besar, kacau seketika, nampak bawang hampir layu tutup api dapur

Angkat dan hidang...







Tuesday, November 29, 2011

Apam Ice-Cream Versen Palkadot-Tempahan Dari Emi





Ungkapan dulu dulu : Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..." tapi saya nak tuko jadi ungkapan ini >> " saya memberi, orang mengorder, alhamdulillah dari memberi jadi rejeki " Hehehe..aci gitu.Rejeki bawak bekal ke opis gitu. Memberi teman2 sepejabat merasa, alhamdulillah mendapat tempahan. Ini apam aiskrim tapi saya glamerkan apam ni seglamer apam palkadot. Percubaan pertama menjadi dan akhirnya mendapat tempahan susulan. Alhamdulillah.





So moralnya nak habaq ni..saya sedia menerima tempahan untuk seterusnya. Almaklumlah...apam ni pun ada versen bermain dengan warna...tu yang buat saya suka. Jom layann gambo gambo apam aiskewim versen palkadot ni. Kalau nak wesepi apam aiskewim pegi je kat SINI, atau kat SANA



 

Haaa...kaler mana paling sanntikkk?
Saya vote mewah jambu ngan owen. hehe





 

Proses letak apam dalam bekas






 
Sebahagian apam yg dah siap..ready for collection..




 

Warna warni.....i loooikeee....muahhh!


Monday, November 28, 2011

Red Velvet Cake- Tempahan Dari Za





Lepas sibuk masak memasak kat kenduwi kawin Asri rasa penat ya ammat. Tapi rintihan anak tekak yang tak pernah rasa penat ni menten kena la ke dapur nak memasak.Cuma mood nak snap gambo gambo tu lenyap entah kemana. Apatah lagi cuti sekolah ni, kanak kanak riang kat umah ni semedang lapo...asal siap masak dah kena serang...usahkan nak snap..nak amik kamewa pun x sempat...


Red Velvet ni buat hari khamis yang lalu. Kalau ikut rasa lesu badan wase malas betul nak sukat sukat bahan. Kan best kalo depa suka kek marble versen jaman dolu tu...itu simple je nak buat...hehe . Mengenangkan Customer ni peknen...badan lesu dan penat  macam mana pun aku ushakan beb. Thanks Za...sudi order dengan akak walaupun ada pilihan lain...muahhh!




Tempahan Kek Karamel - Order from Sg Buloh



Ehem..ehem..sabo..sabo..jangan mawah...jangan jemu. asyik asyik sesi ulang tayang kek ini aje. Nak gonne kan..saya suke kaler kaler....wase sonok..wase puas je bila buat kek ni.  Kek ni tempahan dari customer kat Sg Buloh. Bila dah siap wase gewammm nak poton' nak tengok jalur jalur kaler kek ni...gilosss. Dah la lama tak masuk dapur duniaku..bila masuk asyikkkk dok ulang tayang kek karamel ni..


Mood M dah datang...pehtu tersilap plak amik pil...Pil R dah habis..yang ada pil M je..maka ini la hasilnya..Tengok gambo gambo je la...Kalo nak resepi cari kat khutubkhanah kat tepi tu..sure ketemu..muahhh!
Layanzzzz....

Customer 1
Macam biasa...bahagian ni adalah fe-be-ret dohh!




Hasilnya macam ni je... tang lorek melorek tu tak kelihatan pun..



Customer 2

Tapi menten suka jugak buat lorek melorek..
Rasa gumbira je bila bermain dengan warna....
Hilang segala masalah...
Warna warna kehidupan gitu....



Rasa gewammm nak poton'...nak tau camno alunan jalur2 warna yang ku lorekkan tu...


Terima kasih kepada Customer from Jebco Sg Buloh...Muahhh!


Wednesday, November 23, 2011

Talam Lapis Diplomat






Hehe..angin talam la pulak...tekak orang kampun' memang susah nak ubah.Tak pun sebab faktor usia gamaknya.Makin suka kuih yang kukus kukus gitu...dah tak bewape gemo yang goreng2..minyak..kolestwol gitu..cehhh! Nama je kuih kukus...kalo dah berkilo guna santan apa kesss...




Memandangkan ada la sowang dua anak ni terkena penyakit keturunan...gemo kuih yang kukus kukus gitu..maka wajin la membuatya. Tapi talam ni agak moden. Nama pun diplomat nko...haa....ala ala urban klasik gitu.Errkkk betul ke gitu..isshhh xyah nak mengarut...Meh nak khabo, Talam Diplomat ni salah satu Wesepi Talam Chef Asma yang yummy...ChefAsma khabo bole kalo nak share so saya tepek la kat Duniaku..Kot2 la ada yg gemo jugak kuih kukus kukus ala ala jaman dolu dolu tapi moden.



TALAM LAPIS DIPLOMAT
Resepi @ Chef Asma
Sumber : Che Ann @ Dari Duniaku...

Bahan2 Lapisan Bawah

  • 250-350 kek Butter ( saya guna kek swiss roll stroberi)
  • 3 biji telur
  • 50 gm Blaccurrant @ kismis ( saya x letak sbb tak suka)
  • 1/8 tsp esen vanila
  • 150 ml susu cair
  • 300 ml air


Cara2

  1. Satukan semua bahan bahan dan biarkan sebati ( rendam) selama 15 minit.
  2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik.
  3. Kukus lebih kurang 25 minit.( Bila dah masak angkat dan cakar dengan garpu)









Lapisan Tengah

  • 70 gm  tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 1/2 tsp garam
  • 2 @ 3 biji telur ( saya guna 2 biji)
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat
  • Sedikit pewarna ( pilihan masing2)


Cara2

  1. Satukan semua bahan2 kacau rata dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak hingga naik wap
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 menit
  4. Bila dah masak cakar dgn garpu








Lapisan Atas

  • 50 gm tepung kastad
  • 150 gm gula halus ( sy guna 120gm shj sbb tak suka manis sgt)
  • 1/4 tsp garam
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100 ml santan
  • Sedikit pewarna (ikut warna kegemaran)


Cara2

  1. Ikut je cara lapisan tengah.Wase malas plak nak ulang ayat
  2. Tuang ke lapisan tengah dan kukus selama 30 minit







Tips: 
Masak lapisan tengah dan atas jgn terlalu pekat, jgn terlalu cair. Lapisan tengah saya agak kurang keras, maybe salah tengok masa ketika mengukus....huhu
Rasionalnya kenape kena cakar dengan garpu adalah supaya lapisan talam tak terpisah.
Saya terlupa nak cakar harimau kat lapisan bawah so talam lapis ni ter-cerai la sikit dengan lapisan bawah..
Tapi still bole rujuk..idak le ketara penceraian mereka...*_^

Uhhh..ngantok....nak titon dah..nite..muahhhh!


Monday, November 21, 2011

Menu untuk Pengantin





Salam bersiaran...huhu..lama tak jengok sini.Bersawang dah ekk. Sure u all nyampah...asal singgah je dok la tayang menu sambei poyok petai ikan bilis tu aje...apa kess. Alahaiiii...bizi bizian cam kak ummi weehh.Bila dah bizi kat opis..balik umah mula la mata tu, asei kepala letak kat bantal tewus hanyut....padahei dah on lappy..tapi..esok pagi off balik...malam on...esok pagi off...gitu le...satu urup pun dok tertaip.Palehhh letih bebeno..





Hari ni sotis so layan duniaku la ekk. Mehh nak share kejadian semalam. Aduhhh...kalut acik jadi tekong masak2 untuk meja pengantin. Alaaa yang nak makan adap adap tu le...hehe.Semalam sepupu kawin. Memang makcik ada cakap mintak tolong masak masak untuk pengantin.Ingatkan saya jadi penolong aje. Rupanya segala serah kat saya.Ammpunzzzz....kalut aa.so saya belasah je la ikut apa yang ada...kita layan gambo gambo yang tak semenggah ni ye...jommm...


Dari pandangan sisi...tu..nampak sebahagian menu yg saya masak...




Siakap Tiga Rasa...ammpunzzz beso betul ikan yang deme ni pancing...tak muat pinggan..



Air Punch Dragon fruit & Laici yang jadi tumpuan...berbaris depa mintak wesepi.hehe



Sayur campur  je... *_^



Uhuk2...time ibu dia sibuk nak arrange meja pengantin tu....time ni la sibongsu asyik nak dokong...
Wase cam nak patah pinggah..senget2 dokong Izham...
Tengok..bibik jugak menten anggun bergaya kat bakang ibu tu...



Red Velvet Cake Hadiah dari saya untuk pengantin
Kek yang menjadi tumpuan jugak..emmm
Statement dari sepupu saya - Kak Ani...kek singkerret wesepi pun kalah camni...
Auchhh kembang montot saya...




Udang Goreng Tempura yang tak tempura...hehe
Cadang memang nak buat Udang tempura, tapi tepung tempura tak sukup...
Dengan gaya cam masterchef saya blasah wat wesepi sindrik.
Campur tepung tempura, tepung jagung, tepung beras dan kiub pati ayam
Hasilnya: Licin dan jadi tumpuan jugak...


Inilah sebahagian menu yang sempat saya snap..desert dan dua tiga menu tak sempat wehh gara gara si bongsu tu nok berdokong sana sinunzzzz.....huhu...pengsannzz ...Izham oh Izham...Bongsu oh bomgsu...




Haaa...ni dia pasangan pengantin semalam dok poton' kek hadiah dari saya
Buat Asri dan pasangan akak ucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan
Asri bak nakhoda yang perlu bijak mengemudi bahtera.
Semoga bahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa.


Setelah selesai semua....datang makcik yang tugas melayan tetamu dari pihak perempuan berbisik kat saya., mak pengantin perempuan cakap..sedap2 makanan meja pengantin tadi.Terima kasih layanan special. Alhamdulillah....lega hati saya....tertunai tanggung jawab dan amanah dari Bik Aton...
Next...umah Bik Genah Plak.. Amy dah booking guwe masak untuk meja pengantin dia jugak...emm next kena charge la...aci??? 



Sunday, November 13, 2011

Sambal Tempoyak Bilis Petai




Macam biasa, ujun' minggu adalah masa untuk menambah selera, menambah sgala keinginan tekak. Faktor lemak, kolestwol segala tu diabaikan buat seketika konon la...Hari hari lain pun sama jugak benonya...muahaha. Sambal ni dibuat sebab nak jodohkan dengan sayur pucuk meranti masak lemak putih.Tipikal orang melayu ni, mesti nak pedas, mesti nak ada sambal kan..baru lengkap.Konon la..(uhhh konon lagi..) Sambal ni sambal kegemaran Rambo.Dia asal asas tempoyak, asal ada petai, huhh...memang borre lupa nama mak sendiwi oooo (pinjam word unclee lee...*_^ )




SMABAL TEMPOYAK BILIS PETAI
Resepi @ Che Ann
Sumber : MIL

Bahan2

  • 2 papan petai
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 15-20 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis







Cara2 Memasak

  1. Petai belah dua, basuh tos
  2. Blend/tumbuk semua bahan yang bertanda *
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  4. Masukkan bahan tumbuk/blend dan petai, tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan tempoyak, kacau seketika dan masukkan ikan bilis
  6. Masukkan Garam gula dan perasa secukupnya
  7. Masukkan sedikit air, kacau dan masak hingga semua bahan mesra dan menjadi pekat


Dahhh setel...sedia untuk dihidang...




Pucuk Meranti Masak Lemak Putih





Emm tau ke itu pokok apa? Itulah pokok meranti. Bukan meranti kayu balak tu. Ni meranti yang kita amik pucuk dia, leh masak macam2,sedapppp.Kat umah ada la saya tanam beberape pokok. Bila dah menjadi tu memang sonok...boleh la saya masak menu kegemaran.Hari ni saya masak simple je. Saje ngada ngada nak top up kolestwol...Masak lemak putih...sebab saya nak jodohkan dengan sambal tempoyak ikan bilis petai..menu tu saya masukkan dalam next enntry la..



Pucuk meranti masak lemak putih ni simple sesangat. Sebab tu suka masak menu gini. Ujun' ujun minggu ni rasa nak bersantai lebih plak. Tu yang masak simple. Tapi bila makannnnn....xde simple pun..zasssss menambah2 laksss....bila nak insap pun tak tau....dok sedih bila ngadap cermin sana sinunnzz dah kembang.Time ngadap makanan...tak hengatttt.


PUCUK MERANTI MASAK LEMAK PUTIH
Resepi @ CheAnn
Sumber : Mak tercinta

Bahan2

  • 2 cekak pucuk meranti 
  • 1 labu bawang besar-sederhana besar
  • 5-6 ekor ikan bilis
  • 1 biji cili beso
  • 2-3 cawan santan
  • Garam gula dan perasa secukupnya





Cara2 Masak

  1. Pucuk meranti tu dibersihkan dan tos
  2. Bawang besar belah dua dan dimayang sederhana nipis
  3. Cili beso poton' serong
  4. Masukkan santan dalam periuk dan idup api dapur -sederhana besar.
  5. Masukkan bawang, dan ikan bilis dalam santan, sentiasa kacau santan supaya tak pecah santan
  6. Santan dah mendidih masukkan pucuk meranti, kacau hingga pucuk meranti masak baru masukkan cili beso
  7. Kacau seketika, tutup api dapur.

Sedia utk di hidang..




Bila layan anak tekak ni...bab2 kolestwol sokmo saya abaikan...bagus kan.. *_^

Umpama Mimpi -Badai Semalam - Istana Budaya - 11-11-11

Gambar Ehsan dari Intan Hafina


11-11-11 pastinya satu tarikh yang akan termasuk dalam list kenangan paling manis dalam hidupku. Kenangan ini mencatat sejarah yang cukup indah, seindah tarikh ini. Sesungguhnya Allah maha adil, janjinya juga benar.Buat baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Kalau nak dihitung terlalu kecil bantuan ku itu dan ianya juga atas inzinNYA tapi balasan yang aku terima terlalu tinggi nilainya. Subhanallah....Allah maha mendengar...maha mengasihi. Siapa sangka, hati hanya berbisik alangkah indahnya jika dapat menonton Teater Badai Semalam. Sebuah novel yang cukup hebat suatu ketika dulu. Bisikan hati ini tertunai...Thank you Allah, Kau tunaikan bisikan hatiku melalui seorang 'sahabat'.


Dapat seat No pun cantikkk..11




Emmm dapat jumpa geng seberumm masuk..sakan posing.
Masing2 mengaku Mazni cehhhh!!





Konon  Snap dia..dia pun snap guwe...huhh. Intan ni...




Sempat lagi Intan  snap. selambaa...uhhh dapat dok kusi VIP tu buat aku giegil nak kuarkan kamewa




Barisan Pelakon..show dah habis...tak puas plak...



Kat bilik VIP...snap dawi jauhhh je...



Ehem..ehem...tiwu ayat intan...Sila jelesszzz...
Tapi..grrr grrr kerabu aa gambo ni...atoq sabotaj.



Huhh..Atoq, tengok aku amik gambo kowang shanntikkk je....xde blurr pun :P
Erra..so beauty..nice person


Rambo, Atoq, Meeza bersama Pengarah IB
Thanks Abang Jo, superb layanan wa cakap lu..


Dear "sahabat"..thanks. Aku enjoyyy and hepiii banget.Muahhhh!
Pssttt.."sahabat", next xmau la ko beli tiket skali dgn atoq..dia sabotaj gambo aku dgn Aaron....uhuk2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...