Thursday, February 6, 2014

Apam Palkadot, Cara berlauk tempahan Majlis Nikah Ain





As Salam.

Angin lemau nak blogging sokmo melanda dalam diri.Ntah nape ntah...penyakit M sokmo datang. Saya memang kagum dengan Sis Q tu...dengan ke 'bz'an dia tu..sempat sokmo nak hapdet belog.Saya ni...ya ammpunzzz sokmo sokmo la virus M serang saya..ehh kena sampuk word sokmo ke..dok ulang word sokmo....kalau owang belah timur taula sokmo tu hape...kann..kannn..sokmo ni sama erti dengan selalu..ikut pada ayat jugak la...tu la Malaysia, mewah dengan bahasa..mewah dengan dailek.

Kesah apam palkadot dengan cara berlauk ni kesah bulan lepas pun..kira end month gitu..bak kata sis Q..gambo segala dah ada dalam draf..sayang plak nak delete.Teruskan la...leh gak selitkan kenangan Majlis dak Nurul Ain ni. Adik manis satu opis dengan saya (dulu).Dia ni PA GM.sebelum dia masuk saya la PA..saya la Planner..saya la purchaser..Haaa kooo...banyak JD ai..tapi gaji satu je..grrr grrr...
Benonya Ain ni order kek coklat dengan cara berlauk untuk malam nikah, apam palkadot dan creampuff hari majlis sanding.tapi apam palkadot je yang ada dalam HP lagi dua tu ntah mana..dah kena delete kot. Gambo cara berlauk plak saya gali arkib dalam lappy ni. Resepi apam palkadot tu u olls pegi la terjah dapur Mbak Hana nak tgk original wesepi dan sumber nya...yg ni udoh kena adjust sikit oleh saya..tapi cara nak adun tu caya kopipes dari Hana je..hehehe

APAM PALKADOT

Bahan-bahan

  • 3 biji telur 
  • 270 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus -
  • i cawan susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.

Gambo lama..
Gali kat Arkib
untuk wesepi terjah SINI ye..


Mehh layan gambo perantin dan sewaktu dengannya..
Banyak aksi benonya tapi ntah nape xleh masuk kan dalm lappy plak.
Credit to Shafizan..potoghraper and kawan2 yg wasap gambo..


Ini la dak Ain tu...
Malam nikah.cantikkkk kannn



Ini hari persandingan...
serba biru..my peberet kalerr...sukeee



2nd versen kawan sepejabat yang bergambo dengan perantin...


Haaa....acara bersanding dah habis..
apalagi..kami plak aa pakat posing...dah jadi cam majlis kami..


Jibby and twins dia..
Ehemm..I polo tema perantin..biru gitu
auwww..



Uhh..lamaaaaa tak pegang baby
wase kekok plak..
Ni kiwa cam cucu dah wehhh..sbb ayah dia panggil saya ibu..
Ohhh...saya dah jadi nenek..
auchhhh..


Untuk Nurul Ain dan Zaidi...
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal bahagia hingga ke jannah
Muahhh!



Saturday, February 1, 2014

Red Velvet Cake - Tempahan Zana untuk Majlis pertunangan





As Salam...

Rasanya ramai yang pegi holiday kan..sempena gong xi ...gong xi. Ai jugak menten setia mendiami umah. Almaklum aaa, umahku syurgaku gitu. Lagipun ai rasa sana sini tempat percutian fenuhhh..jalan pun zemmmm...eeee tak kuasa makkk! ( ayat nak kaver la tu....poyo!!!!)

Mahap la ye...saya nok citer pasal RVC lagi.Hawi tu dah tayang RVC sempena besday owang kat towonto tu..ni RVC versen tempahan plak. Tempahan dan besday owang towonto tu sama kejadiannya..tu yang asyik nak citer pasal RVC je.. RVC ni kiwa repeat order from Kak Zana yang manis tu..dulu dia pernah order untuk anak dia bertunang. Kali ini dia order sebagai buah tangan ke Majlis pertunangan anak sedawa dia pulaksss. So dia tak kesah deco yang macam mana pun..janji RVC.Phiewww legaaa.... suke dapat kastemer macam ni..sebab saya memang tak pandai deco kek...emmm bila la nak pegi tuntut ilmu ni..asyik tak kesempatan aje..

Selalunya..bila buat RVC saya akan guna wesepi kat SINI. Tapi kali ni saya guna wesepi simple gubahan saya sendiwi...dah banyak kali buat guna resepi ni and anak anak cakap sedappp. Kali ni nak cuba try test market la plak..apa kata survey kannn..Alhamdulillah...kak Zana khabo sedap.Heeee...hoye..hoye...eksperimen saya berhasil.Wahhh cam dalam makmal plak ekk....ko ingat ni ujian amali ke CA oiiii...haishhh!




RED VELVET CAKE
Resepi : Che Ann

Bahan bahan
  • 220 gram mentega
  • 220 gram gula kastor
  • 4 biji telur ( saiz A / B )
  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara
  1. Tepung naik sendiri dan serbuk koko gaul rata dan ayak - ketepikan
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan separuh tepung yang dah bercampur dgn serbuk koko,pukul adunan hingga mesra
  5. Masukkan pula susu cair dan pewarna merah...dan akhir sekali masukkan baki tepung.
  6. Lapik loyang pembakar 9" dengan kertas kalis minyak dan oles tepinya dgn butter.
  7. Panaskan oven pada suhu 170'c. Bakar kek selama 30-40 minit ( ikut saiz oven masing2 tawww)
  8. Dah masak bio kejap dlm oven dalam 5 minit baru kuarkan..
  9. Biarkan kek dah sejuk baru lah potong bahagi bape lapisan yang anda suka dan bolehlah mendeco
  10. Saya buh topping Cream Cheese yg mana bagi saya RVC ni memang nyamannn je rasanya ber toppingkan cream cheese.

Topping Cream Cheese Frosting
500 gram Cheese ( sy guna brand tatura)
1 tsp esen vanila
1 cawan gula ising
200 ml whipping cream ( non dairy)

Pukul whipping cream tu hingga agak kental- ketepikan or masukkan dalam peti ais kejap mentara nak pukul cheese. Dah siap pukul whipping cream tu....campurkan cheese dgn gula dan esen vanila.pukul hingga cheese mesra dan creamy lembut...kemudian masukkan whipping cream tadi dan gaul hingga mesra. Dah mesra elok boleh la nak calit2 kat kek tu ikut kreativiti memasing...



Thank You Kak Zana 
muahhh!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...