Friday, May 7, 2010

Luahan hati Eina

“Ayah…Eina rasa birthday Eina tak best pun.”
“ Kenape plak Eina rasa tak best” Tanya Ayah dengan lembut .
“Kan ayah beli kek jugak untuk Eina, Ayah bagi hadiah…” sambung ayah.
“Ye la..tapi kek Eina tak cantik la ayah.takde gambar princess cam kek kakak. Pastu err err takde kertas2 pom yang macam bunga api tu…takada belon..Kek kakak cantik…seronok ada mercun kertas tu..” omel si Eina.
“Ala..ayah dah beli kek, bagi hadiah tu…ok apa” Suara ayah mula bertukar nada. ”Eina nak macam mana lagi???? "

Eina sudah menukar tajuk tanpa menyedari ada hati yang sedang berperang sendiri.Ahhh nama pun budak.Cakap ikut rasa di hati. Mana ada pandai selindung, kata2 mereka datang dari hati.JUJUR.Sebab itu orang tua selalu berkata, orang yang selalu bercakap jujur adalah kanak2.Dan bagusnya, mereka kecil hati sekejap saje. Cakap apa yang dia rasa tak puas hati, lepas tu habis la…tak ada pun nak rasa benci atau dendam. Berbeza dengan orang dewasa, selalu lain dimulut lain dihati.

Wajah ayah terpancar perasaan kecewa. Tapi hanya ibu yang paham. Ibu juga serba salah….Ibu paham..ayah tak pernah membezakan kasih sayang ayah pada anak anak ayah…ayah memang seorang penyayang. Tapi ibu tidak menafikan apa yang Eina luahkan adalah benar. Luahan itu ihklas….Mungkin cara kita yang silap.

“Ayah…she is correct” Ibu berbisik dan usap tangan ayah untuk mengelakkan susana lebih tegang.…ayah diam.

“Ayah..ayah..tengok keta orang tu..tayar dia cantik kan.”
*******************

Kadangkala kita mengambil ringan dalam hal hal sebegini.Kita rasa kita sudah berlaku adil.Birthday mereka kita beli kek..kita bg hadiah…kita sambut.Tapi kita tak perasan hanya kerana kek yang berbeza..cara sambutan berbeza, anak anak terasa. Itu kalau anak2 pandai melahirkan rasa tak puashati,kalau yang tak berani...Membesarlah mereka dengan anggapan ada pilih kasih antara mereka.Kita memang tidak pernah terlintas untuk membezakan walau seinci bahkan sebesar zarah sekalipun pun kasih sayang kita terhadap anak2.Tapi tanpa kita sedar, tanpa kita sengajakan, rupanya tersurat jua perbezaan kasih sayang itu.Inilah hakikatnya!!!!

Sungguh...luahan Eina membuat ibu berfikir... apa jua kena sama rata pada zahirnya. Kerana kasih sayang adalah sesuatu perasaan halus yang sebenarnya dizahirkan melalui bagaimana kita melayan mereka, apa yang kita bagi, apa yang kita buat untuk mereka.Terima kasih Eina kerana memberi ibu peluang untuk terus belajar memahami anak2 ibu, belajar untuk bersikap adil, belajar menerima pandangan anak2 ibu.…

No comments:

Post a Comment