Friday, May 28, 2010

Skali lagi

Muncul juga 28 May 2010. Date ni dah tahu dari last year lagi. Date 2nd last batch akan kena retrenchment.Aku ingat aku boleh terima...aku ingat aku kuat..aku ingat aku redho....sebab aku dah lalui 3 kali, February, March dan April.So bila 28 May muncul seharusnya aku tak perlu ada perasaan ini lagi. Sesuatu yang aku dah tahu..konon tak mau sedih..tak mau nangis...sudah la...persetan dengan lakonan mu Rossa.Sesungguhnya hati mu terlalu rapuh...mudah tersentuh...terima la hakikat ko memang cengeng! ratu airmata.Macam pelakon neng yatimah tu.... cepat betul nak leleh...tengok citer sedih skit mula la...nak plak citer kowea...emmmm malas nak cakap.
Ampunzzz..dari 26 May aku cukup sibuk melayan permintaan mereka,  Rossa tolong check ni, Kak Ros kenape claim saya tak masuk, Madam Rossa vest ni bila nak pulang, Kak Ros saya nak keluar kejap,Ros boleh tak carikan saya EA form tahun tu..thn ni......huh..memang tak cukup kakitangan rasanya...belum nak melayan panggilan panggilan telefon lagi..boss lagi...Tapi inilah tugas ku..Alhamdulillah aku mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak sedikitpun aku mengeluh atau bermasam muka.Semuanya aku harungi dengan senyuman yang paling ihklas aku berikan pada mereka.
Hari ni DikLa Coti, taska tutup. Aku sendirian...mujur dibantu oleh kak Mimie.Thanks kak mi.muahhh!Dari seawal pagi aku cuba berlakon ceria...tapi dalam hati sudah menangis.Lakonan ku hanya bertahan sampai pukul 4.30pm. Bila Kak J datang jumpa bersalam salaman, maka bermula la gugur manik2 jernih ni...disusuli Kak Midah, kak Ojai, Ila, dan ramai lagi...arrghhhh...air mata kenapa kau tak mahu berhenti...5.05pm sesi ucapan terahkir untuk HR member. Aku pun tak tau macam mana aku bole tabah ketika itu.setitik air mata pun tak mengalir.Thanks semua member HR yang banyak memberi tunjuk ajar pada ku.Good luck untuk semua.
5.30pm aku menyaksikan mereka melangkah keluar dari SPEM untuk selama-lamanya dengan pandangan yang sayu.Aku hanya memerhati dari jauh kerana aku bimbang ketabahan yang terbina akan runtuh kembali sekiranya aku menghampiri mereka.Kononnn!!!!! Tetapi dalam hati membuak buak untuk berjumpa kakak ku  Intan SaifulBahriyah.Aku nekad aku harus jumpa dia. aku tak mau sejarah berulang...aku tak sempat jumpa sorang lagi kakak ku; Zarina, di hari terakhirnya...

Ku lihat Kak Intan sudah melangkah masuk dalam kereta. Aku cuba untuk mengejarnya...dari jauh aku nampak dia sudah menangis teresak-esak sambil menunjuk syarat tangan tak mahu aku menghampirinya.Aku akur...kerana aku paham apa yang dia rasa.Aku hanya melihat dia dari jauh, melambaikan tangan...dan akhirnya...benteng ketabahan aku rapuh rupanya...aku menangis lagi...
Kak Intan, Kak Ina...Thanks to be my sis at SPEM.Sayanngggg both of you.
Cerekarama sedih berterusan bila one of my bestfriend  Ija peluk aku.Lama kami berpelukan...aku tahu bukan selepas ini kami tak bole jumpa lagi tapi hakikatnya pasti tak akan sama seperti yang telah terbina.Ija, Mama, Uji...thanks to be my bestfriend at SPEM. Hope our frienship never end...luv u guys..
Aku melangkah keluar dari HR 6.30pm.Sangkaku aku tak akan bertembung dengan sesiapa lagi.Tapi sayang, sangkaan aku meleset.Di pintu pagar, Faza sedang sibuk membawa barang2nya...nampak pulak comot...siti..uwaaaa aku menangis lagi..dan lagi..dan lagiii...Sepanjang perjalanan dari SPEM sampai puchong aku menangis dan menangis dan menangis.Mungkin petugas tol pun heran melihat aku. Ahh lantak aa..ada aku kesahhh. Aku nak luahkan segala yang terbuku dalam hati...aku nak menangis sepuas puasnya...aku tak mahu simpan lagi..aku tak mahu berlakon lagi..aku tak mahu control ayu lagi.....hari ni aku luahkan semua..Harapan ku moga esok bermula episod baru untuk aku.....
Faza, kawan yang tak lokek memberi bantuan...huhu sape nak tolong aku buat sarung tilammm.Aku sayang ko mek...muahhh.
Siti , selalu support aku memberi data : nanti akak antar baju lagi ye...muahhh!Good luck denga karier baru dik...Moga kau tabah di luar sana.
Comot, hmmm lately ni baru kenal rapat.Gara2 cd korea.Dulu ngeriss nak tegur, dik kerana muka dia yg sokmo serius...nice to knowing u.
Hari ni SPEM memang diselubungi suasana rasa sayu.Setelah 13 tahun bersama begini akhirnya. Kalau aku yang baru 13 tahun pun merasa begitu sedih apatah lagi mereka yang 15 thn, 20thn, 25 tahun setia berkhidmat.Pastinya kesedihan mereka lebih dari aku. Bayang kan,di sini bermulanya kerjaya..disini mereka bertemu jodoh, disini mereka bermulanya segala...pahit manis tersimpan kukuh dalam ingatan. Buat Semua Warga SPEM, teruskah perjuangan anda di luar sana.InsyaAllah...kita akan bertemu lagi di lain episod.
Aku masih di SPEM. menghabiskan sisa-sisa kerja yang tinggal. Yang pasti melunaskan perkhidmatan terkahir ku untuk selesaikan pampasan mereka..InsyaAllah...aku ihklas dalam tugas ku...


1 comment: