Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui maha menyayangi. Tanpa aku sedar, pagi tadi sesudah subuh,dalam kemalasan untuk memulakan tugas aku sangat berharap untuk dapat meneruskan coti sehari lagi. Ternyata Engkau mendengar dan engkau telah tunaikan. Walaupun sebab mengapa aku perlu cuti bukanlah sesuatu yg aku pinta.Tapi engkau telah tunaikan permintaan aku itu atas sebab ini. Benarlah ucapan atau kata2 kita sebenarnya satu doa.Dan benarlah juga sesudah subuh adalah waktu yg paling makbul untuk berdoa...Subhanallah....
Seperti biasa rutin kehidupan ku berputar mengikut susunan. Seawal pagi memastikan persiapan anak2 ke sekolah, duit belanja, sarapan mereka sambil dibantu oleh bibik.Sesudah itu giliran aku bersiap untuk ke tempat kerja. Ahhh..malasnya nak keja..kalo sambung coti kan best..hati ini berbisik.Dalam kemalasan aku tetap bersiap untuk ke tempat kerja.Aku cuba buang dan melawan kemalasan diri demi memikirkan tanggungjawab dan amanah yg telah diberikan oleh syarikat tempat aku bekerja. Aku tidak memohon untuk bercuti hari ini maka aku harus pergi kerja.Tapi aku tidak tahu perancanganNYA...dalam perjalanan menghantar Eicha ke sekolah tiba2 handphone ku berbunyi. Suspen...Aku jarang menerima panggilan diwaktu pagi. Siapa ye...segera aku mengambil henpon di dalam handbag...ehh ramboku la? kenape? Tadi ketika aku bersalaman untuk keluar rumah seperti tiada apa masalah...
" Hello...emm nape bang"
" Ni miss call dari De " " De call? Nape?" pantas soklan dari aku
" Adik abg Saudi meninggal"
"Innalillah....adik yg mana?" aku menyoal lagi..
" Mimi.."
" Hahh Mimi..bila?...kenape? sakit apa? Bagai kilat aku menyoal dan terus menyoal kerana aku kenal Mimi...dan berita ini sungguhh memeranjatkan aku...
" Ntah..tapi De ada kat Bangi..jom la kita pegi"
"Ok..ok..Sayang anta Eicha ni..nanti sayang patah balik.."
Seusai hantar Eicha ke rumah Ayumi aku termangu seketika dalam kereta sehingga aku tak tahu jalan mana nak u turn untuk pulang ke rumah. Berita yg baru ku dengar memeranjatkan aku...tergamam seketika. Aku tarik nafas yg dalam...setelah ketenangan mula berlabuh didalam hati, otak pantas berfikir untuk tindakan selanjutnya. Ku gapai henpon dan menghantar sms memohon cuti kecemasan kepada ketua jabatanku...Alhamdulillah...ketua Jabatanku Puan Mazni seseorang yg sangat memahami dan tolenrasi. Aku sms pula kepada Kak Romlah memohon jasa baiknya untuk membantu tugasku yg perlu diselesaikan dipejabat hari ini. Alhamdulillah....Kak Romlah tidak keberatan membantu...terima kasih kak...
Sampainya ke tempat yg dituju, jenazah sedang dikapankan dan aku masih mampu mengawal emosi.Tapi tatkala aku memandang anak2 arwah hati aku terus dibuai sayu...sedih..pilu...Mereka masih kecil tapi sudah kehilangan ibu. Yg sulong seusia anakku Fariesha dan yg nombor 2 seusia Ahmad Izham bongsuku. Sepantas itu juga berligar dipikiran ku andai aku juga DijemputNYA...beginilah keadaan anak2 ku...Ya Allah...airmataku menitis laju tanpa dapat ditahan lagi...Aku memohon jgn lah aku dijemput sekarang kerana anak2 ku masih kecil tapi siapalah aku untuk melawan kehendakNYA.Sesungguhnya jarak antara kehidupan dan kematian itu hanya sesaat....
Takziah... Kita mampu merancang, Allah yg lebih mengetahui... Yang pasti, selagi bernafas kita masih boleh berharap.
ReplyDeleteMungkin kurang dr sesaat...:( takziah wei...
ReplyDeleteIntan...yess...u r rite...kita punya asa, dan Allah yg menentukan..thanks..
ReplyDeleteChah..
ReplyDeleteTu la..mati itu pasti cuma bila hanya DIA yg tahu..
Thanks..
SAAAAATUUUUU MAAAASAAAA... ?????
ReplyDeleteIntan...
ReplyDeleteYa..satu masa...dan mungkin akan tercipta berbagai cerita...