Dari sebuah novel telah digarap menjadi teater.Satu percubaan yang berani kerana Novel ini begitu popular di awal 70an. Novel badai semalam ada novel pertama yang aku baca. Kesannya buat aku turut dibuai perasaan, malah ketika membaca aku merasakan aku adalah Mazni. Sungguh puitis, indah dan teratur susunan bahasa penulis ini. Siapa tak kenal Khadijah Hashim. penulis novel yang sangat hebat. Bayangkan, aku yang ketika itu hanya berusia 11 tahun tapi boleh menyelami dan merasai perasaan "Mazni". Kehebatan dan pengaruh novel ini sangat kuat.Hingga ada para ibu menamakan anak mereka Mazni-dek kerana meminati kisah dan cerita Badai Semalam. Sang ibu mahu anak mereka sekuat dan setabah watak Mazni di dalam Novel ini.Hebatkan...Aku sendiri berulang kali membaca...namun tetap merasakan diri ini 'Mazni'.
Hari ni 11-11-11, tarikh yang cukup cantik, Badai semalam mencipta sejarahnya sendiri. bila ia akan dipentaskan di Istana Budaya. Ahhh..hati ini begitu meronta ingin turut berkongsi lagi perasaan sebagai 'Mazni'. Mungkin akan ada kelainan antara novel dan teater tapi aku harap ia tidak mengecewakan.Jangan la indah khabar dari rupa kerana pelakon yang terlibat tidak kurang hebatnya..Erra Fazira, Aaron Aziz (pelakon yang berjaya menambat hati ramai wanita ekoran Drama Nora Elena). Andai tak berpeluang ke IB, maka akan ku ushakan untuk memiliki novel ini ....duhhhh!!!
Cetakan Terbaru
Berwajah baru
Sinopsis
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.
Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.
Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.
Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
Dah lupa la ending macammana? Nak pegi menonton di IB mungkin tak berkesempatan... perlu memiliki novel mungkin pilihan terbaik di kala ini...
ReplyDeletejommm la che ann.....nanti ku khabarkan berita dan mengeposkan gamabr...
ReplyDeleteCikliah...
ReplyDeleteEnding yang suh kita pikir sendiwi..apa jadi kat mazni...so kita bebas nak andaikan apa yg berlaku seterusnya pada mazni
Ibu Muhsina aka Intan..
ReplyDeleteEhem..ehem...banyak kezzzutaannn di Istana Budaya..muahhh! Enjoyyyzzz...muahhh!