Sunday, November 13, 2011

Pucuk Meranti Masak Lemak Putih





Emm tau ke itu pokok apa? Itulah pokok meranti. Bukan meranti kayu balak tu. Ni meranti yang kita amik pucuk dia, leh masak macam2,sedapppp.Kat umah ada la saya tanam beberape pokok. Bila dah menjadi tu memang sonok...boleh la saya masak menu kegemaran.Hari ni saya masak simple je. Saje ngada ngada nak top up kolestwol...Masak lemak putih...sebab saya nak jodohkan dengan sambal tempoyak ikan bilis petai..menu tu saya masukkan dalam next enntry la..



Pucuk meranti masak lemak putih ni simple sesangat. Sebab tu suka masak menu gini. Ujun' ujun minggu ni rasa nak bersantai lebih plak. Tu yang masak simple. Tapi bila makannnnn....xde simple pun..zasssss menambah2 laksss....bila nak insap pun tak tau....dok sedih bila ngadap cermin sana sinunnzz dah kembang.Time ngadap makanan...tak hengatttt.


PUCUK MERANTI MASAK LEMAK PUTIH
Resepi @ CheAnn
Sumber : Mak tercinta

Bahan2

  • 2 cekak pucuk meranti 
  • 1 labu bawang besar-sederhana besar
  • 5-6 ekor ikan bilis
  • 1 biji cili beso
  • 2-3 cawan santan
  • Garam gula dan perasa secukupnya





Cara2 Masak

  1. Pucuk meranti tu dibersihkan dan tos
  2. Bawang besar belah dua dan dimayang sederhana nipis
  3. Cili beso poton' serong
  4. Masukkan santan dalam periuk dan idup api dapur -sederhana besar.
  5. Masukkan bawang, dan ikan bilis dalam santan, sentiasa kacau santan supaya tak pecah santan
  6. Santan dah mendidih masukkan pucuk meranti, kacau hingga pucuk meranti masak baru masukkan cili beso
  7. Kacau seketika, tutup api dapur.

Sedia utk di hidang..




Bila layan anak tekak ni...bab2 kolestwol sokmo saya abaikan...bagus kan.. *_^

No comments:

Post a Comment