Semalam public holiday sempena hari pekerja. Maknanya orang orang yang bekerja bercuti.Tapi...orang orang yang jantinanya wanita dan statusnya seorang isteri dan ibu, konherm tak ada istilah coti dalam hidup dia. Even Dunia dah create hari ibu....adakah sorang ibu itu pernah coti..ohhh tidak! Setuju dengan saya? Takkkk???? So ada aku kesah? Hehehehe...Habis tu ni kesah apa sebenarnya...try to create manifesto baru sempena election. Maaf, ia juga tak ada kaitan.
Saya just nak share pasal kuih cara berlauk je. Semalam saya deting kejap dengan unimate saya yang memang dah laaaaamaaa sangat nak rasa cara berlauk yang saya buat.Memandangkan sempena besday dia pada 29 April lalu..dan saya dah janji...eh silap " aku Janji" maka "ini kalilah" saya berjaya buat cara berlauk ni khas buat dia..Halimah Ilias...Hutang aku dah setel tauuuu...hehehehe. Komen dia : Kuih cara paling sedap yang pernah dia makan...( Imm...rasanya ayat ni yg ko cakap kan..kan...) Ok abaikan afidavit kata2 kawan saya ni.Nak membuktikan kata2 kawan saya ni benar atau tidak, sila salin resepi ni dan buat sendiri lepas tu baru boleh komen. Saya tak nak la sampai kena rakam video, angkat sumpah kat depan ka'abah plak nak membuktikan kata2 kawan saya tu..kann..pehtuu all cakap rakaman tu cam pelesu plak...isshhh!
KUIH CARA BERLAUK
Resepi asal : Mak Mertua SHikin
Olahan : CA @ Dari Duniaku...
Bahan bahan
a) Adunan Tepung
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ( saiz A/B/C )
- 1 sudu kecil minyak sapi
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 cawan air
- sedikit pewarna kuning
- Adun semua bahan hingga sebati.Nak adunan halus mulus saya blend je..senang hehehe
- 200gram daging/ayam - dikisar
- 2 labu bawang besar- racik halus
- 3 biji bawang kecil - potong mayang
- 1 biji bawang putih - dipotong mayang
- 1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
- 1 sudu kecil serbuk kari
- garam gula dan perasa secukupnya
- sedikit minyak utk menumis
- Panaskan minyak dan tumis bwang merah & putih hingga kekuning kuningan.
- Kemudian masukkan rempah kari dan rempah rendang..kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan daging/ayam kisar,bawang besar, masukkan air secukupnya hingga daging /ayam masak
- Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.
Aksesori : Bawang goreng, daun sop dan cili besar yg diracik.
Proses masak cara berlauk
- Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit minyak.
- Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan, kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng, daun sop dan last skali cili.
- Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu 1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai bahagian bawah.Kalau bahagian bawah dah nampak sedikit garing makna kuih cara dah masak dan boleh la angkat.
- Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...
Haaa...amcam? senang? Bahan2 segala tu semua senangkan..cuma ramai yang tak sanggup tang masak tu..nampak cam remehhh...tapi ok je benonya...
Adunan ni boleh dapat 24-25 biji kuih cara berlauk..
Selamat mencuba...
Cop!2 semalam saya layan tempahan Puan Cilcelia dari Zen Residen buat House Warming. Alaaa menu simple je.. sebab dia buat HiTea gitu.
Eh lupa plak..saya buat blueberry cheese cake jugak..untuk si Im. Isshh lama tak buat.Ntah apa rasa.Tapi bila Im tepek gambo Cheese Cake tu ka tdinding FB dia..phiewwww lega..mak!!!
Im...Aku cilok gambo ni kat Wall ko.Pinjamm ekk sebab aku lupa snap pic.
Hehehehe..
tengkiu so much che ann sbb akhirnya hilang kempunan kuih cara tu. kuih ko mmg mabeles. kalu kita berjiran mmg hari2x aku order
ReplyDeletetengkiu so much che ann sbb akhirnya hilang kempunan kuih cara tu. kuih ko mmg mabeles. kalu kita berjiran mmg hari2x aku order
ReplyDeleteHi Rossa, pewut saya ada bunyi tengok your this kuih cara berluak. Very nice....I think enam keping will do me fine.
ReplyDeleteBlueberry cheese cake lagi....wow! Itu biruberry dari Canada ke?
Rossa, I'm giving you a very nice recipe....bila senang, you not playing golf ke bowling or fishing, try this....
bila da ready send me telegram.
You buat ini cake, owang owang kawan masuk mulut satu spoon, lupa nama mak, anak, kuching semua....ha ha ha.
Lee's tengok dua bulan chocolate cake.
2 c flour
1 c sugar
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp soda
1 c mayonnaise
4 tbsp cocoa
1 tsp salt
1 c water
2 tsp vanilla
Mix well and bake 30 minutes or until done in 350 degree oven.
ICING:
2 c sugar
1/2 c milk
1/4 c butter
Bring to a boil and boil 1 minute. Let cool until thick. Add nuts if desired. Beat slightly and spread.
To eat must wear sarong kebaya....ha ha ha.
Have a nice day. Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Ps, I da belajar your foreign language, ha ha ha. Love it!
assalam..Ani,Che Ani,Che Ann, Ros, Rossa.. (hahaha.. yg mana lebih mesra...)
ReplyDeletecikda ni main bw je pepagi jumaat ni.. tersinggah pulak kat sini.. masyallah.. sungguh tak ku menyesal.. nak gi skodeng lagi ..
Assalamualaikum CA, apa khabar? Maaf lamanya x datang ke dapur CA....tp kali ni datang kerana panggilan Cara Berlauk yg mmg nampak marbeless...fav akak sebenarnya, tp kan, malas nak buat, selalu beli jerk...sbb yg beli tu sedap x la buat2 kot...hahaa
ReplyDeleteWaaa...dah lama tak makan cara berlauk... syedapnyaaaa....
ReplyDeletegendangan wetengku kak..
ReplyDeleteMinyak sapi bleh ganti minyk lain x??
ReplyDeleteDear Peace of cake,
ReplyDeleteBoleh tapi akan mengurangkan kegebuan rasa cara lauk ni...
Thanks singgah sini