Friday, May 28, 2010

Skali lagi

Muncul juga 28 May 2010. Date ni dah tahu dari last year lagi. Date 2nd last batch akan kena retrenchment.Aku ingat aku boleh terima...aku ingat aku kuat..aku ingat aku redho....sebab aku dah lalui 3 kali, February, March dan April.So bila 28 May muncul seharusnya aku tak perlu ada perasaan ini lagi. Sesuatu yang aku dah tahu..konon tak mau sedih..tak mau nangis...sudah la...persetan dengan lakonan mu Rossa.Sesungguhnya hati mu terlalu rapuh...mudah tersentuh...terima la hakikat ko memang cengeng! ratu airmata.Macam pelakon neng yatimah tu.... cepat betul nak leleh...tengok citer sedih skit mula la...nak plak citer kowea...emmmm malas nak cakap.
Ampunzzz..dari 26 May aku cukup sibuk melayan permintaan mereka,  Rossa tolong check ni, Kak Ros kenape claim saya tak masuk, Madam Rossa vest ni bila nak pulang, Kak Ros saya nak keluar kejap,Ros boleh tak carikan saya EA form tahun tu..thn ni......huh..memang tak cukup kakitangan rasanya...belum nak melayan panggilan panggilan telefon lagi..boss lagi...Tapi inilah tugas ku..Alhamdulillah aku mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak sedikitpun aku mengeluh atau bermasam muka.Semuanya aku harungi dengan senyuman yang paling ihklas aku berikan pada mereka.
Hari ni DikLa Coti, taska tutup. Aku sendirian...mujur dibantu oleh kak Mimie.Thanks kak mi.muahhh!Dari seawal pagi aku cuba berlakon ceria...tapi dalam hati sudah menangis.Lakonan ku hanya bertahan sampai pukul 4.30pm. Bila Kak J datang jumpa bersalam salaman, maka bermula la gugur manik2 jernih ni...disusuli Kak Midah, kak Ojai, Ila, dan ramai lagi...arrghhhh...air mata kenapa kau tak mahu berhenti...5.05pm sesi ucapan terahkir untuk HR member. Aku pun tak tau macam mana aku bole tabah ketika itu.setitik air mata pun tak mengalir.Thanks semua member HR yang banyak memberi tunjuk ajar pada ku.Good luck untuk semua.
5.30pm aku menyaksikan mereka melangkah keluar dari SPEM untuk selama-lamanya dengan pandangan yang sayu.Aku hanya memerhati dari jauh kerana aku bimbang ketabahan yang terbina akan runtuh kembali sekiranya aku menghampiri mereka.Kononnn!!!!! Tetapi dalam hati membuak buak untuk berjumpa kakak ku  Intan SaifulBahriyah.Aku nekad aku harus jumpa dia. aku tak mau sejarah berulang...aku tak sempat jumpa sorang lagi kakak ku; Zarina, di hari terakhirnya...

Ku lihat Kak Intan sudah melangkah masuk dalam kereta. Aku cuba untuk mengejarnya...dari jauh aku nampak dia sudah menangis teresak-esak sambil menunjuk syarat tangan tak mahu aku menghampirinya.Aku akur...kerana aku paham apa yang dia rasa.Aku hanya melihat dia dari jauh, melambaikan tangan...dan akhirnya...benteng ketabahan aku rapuh rupanya...aku menangis lagi...
Kak Intan, Kak Ina...Thanks to be my sis at SPEM.Sayanngggg both of you.
Cerekarama sedih berterusan bila one of my bestfriend  Ija peluk aku.Lama kami berpelukan...aku tahu bukan selepas ini kami tak bole jumpa lagi tapi hakikatnya pasti tak akan sama seperti yang telah terbina.Ija, Mama, Uji...thanks to be my bestfriend at SPEM. Hope our frienship never end...luv u guys..
Aku melangkah keluar dari HR 6.30pm.Sangkaku aku tak akan bertembung dengan sesiapa lagi.Tapi sayang, sangkaan aku meleset.Di pintu pagar, Faza sedang sibuk membawa barang2nya...nampak pulak comot...siti..uwaaaa aku menangis lagi..dan lagi..dan lagiii...Sepanjang perjalanan dari SPEM sampai puchong aku menangis dan menangis dan menangis.Mungkin petugas tol pun heran melihat aku. Ahh lantak aa..ada aku kesahhh. Aku nak luahkan segala yang terbuku dalam hati...aku nak menangis sepuas puasnya...aku tak mahu simpan lagi..aku tak mahu berlakon lagi..aku tak mahu control ayu lagi.....hari ni aku luahkan semua..Harapan ku moga esok bermula episod baru untuk aku.....
Faza, kawan yang tak lokek memberi bantuan...huhu sape nak tolong aku buat sarung tilammm.Aku sayang ko mek...muahhh.
Siti , selalu support aku memberi data : nanti akak antar baju lagi ye...muahhh!Good luck denga karier baru dik...Moga kau tabah di luar sana.
Comot, hmmm lately ni baru kenal rapat.Gara2 cd korea.Dulu ngeriss nak tegur, dik kerana muka dia yg sokmo serius...nice to knowing u.
Hari ni SPEM memang diselubungi suasana rasa sayu.Setelah 13 tahun bersama begini akhirnya. Kalau aku yang baru 13 tahun pun merasa begitu sedih apatah lagi mereka yang 15 thn, 20thn, 25 tahun setia berkhidmat.Pastinya kesedihan mereka lebih dari aku. Bayang kan,di sini bermulanya kerjaya..disini mereka bertemu jodoh, disini mereka bermulanya segala...pahit manis tersimpan kukuh dalam ingatan. Buat Semua Warga SPEM, teruskah perjuangan anda di luar sana.InsyaAllah...kita akan bertemu lagi di lain episod.
Aku masih di SPEM. menghabiskan sisa-sisa kerja yang tinggal. Yang pasti melunaskan perkhidmatan terkahir ku untuk selesaikan pampasan mereka..InsyaAllah...aku ihklas dalam tugas ku...


Wednesday, May 26, 2010

Misi si Cilik di Rusia


Hari ni kakak berangkat ke Rusia. Dari semalam hati aku dug dag..dug dag...macam2 yang aku pikir..Boleh ke dia handle diri sendiri. Jauh tu nak pegi.Lama pulak tu, 2 minggu.Isshhh kakak bukan pernah pergi jauh dari aku. Paling jauh pun balik kampung. Tapi itu lain..dia duduk umah nenek dia. Ni pergi ngan kawan2 dan cikgu..mampukah dia berdikari.Kalau kat umah tu..towel pun bibik tolong sidaikan..semua benda orang buatkan untuk dia...kakak kecik lagi la...>> hati aku ber monoloq sendiri..

Hey ibu..kenape baru sekarang ko nak pikir semua tu..masa cikgu bagi pilihan nak terima atau tidak tawaran ni apsal ko tak tolak.Sekarang dah terlewat.Semua persiapan dah siap.Bagi je la...ko jugak yang bersetuju.Sekarang ko jugak yang rasa sangsi..mana pendirian ko....ko tak percaya kebolehan anak ko sendiri >> satu suara berbisik melenyapkan resah gundah ku..


25 May kakak kena berkumpul di Hotel Empress Sepang. Sesi taklimat dan latihan terakhir. Aku ingat aku dah percaya kebolehan kakak.....tp rasa sangsi membawa aku turut bermalam di Hotel Empress demi untuk menyaksikan seawal perjalanannya dan memastikan dia sudah benar-benar bersedia.

Kegembiraan dan kegirangan kakak tak usah cakap la...memancar mancar.Akhirnya impian dia untuk ke luar negara tercapai. masing terngiang di telingaku kata2 kakak tahun lepas,

" Ibu, kakak nak masuk group tarian. nanti bole pergi luar negara. Tahun ni kakak yg darjah 5 tu pergi Italy.bestkan ibu.Boleh ye ibu kakak masuk group tarian."
Dan aku hanya mendengar acuh tak acuh.Kata ya pun tidak, kata tidak pun tidak.Hanya diam dan merenung kakak.Entah la, masa tu aku memang tak berkenan langsung dia nak masuk group tarian. Aku takut pelajaran dia terabai.Tapi aku perhatikan kakak cukup berminat. Walau ku tegah...walau ku larang dia tetap teguh dengan pendirian dia.Dia tetap pergi latihan tanpa pengetahuanku.

Sebenarnya aku serba salah bila dapat berita dia terpilih untuk ke Rusia. Aku tanya pendapat 2 orang kakak angkatku ( Kak Ina & kak Intan), ku tanya dia, ku tanya Dik La...semua memberi jawapan >> Izinkan dia pergi.Aku rasa inilah impian dia.Usha dia menampakkan hasil.tak sia2 dia tekun berlatih...maka aku membuat keputusan izinkan dia pergi walaupun pada mulanya dapat bantahan dari ayah.

Pejam celik pejam celik, dah sampai masa yang ditunggu...seawal 5 pagi kami dah di KLIA.Flight kakak pukul 7.40 pagi. Hati bertambah sayu. Aku kawal perasaan ku. Kakak menten hepi...dan aku melepaskan kakak pergi dengan perasaan yang tenang.Kononnn....bohong semata-mata.Aku sangka aku cukup tabah..cukup redho...cukup kuat untuk berpisah dengan kakak.Tapi tumpah jua air mata ini ketika dalam perjalanan pulang.Malah aku menangis teresak esak...sepanjang perjalanan pulang dari KLIA aku non stop menangis.Cuba untuk tabah..tapi aku gagal...Kakak, ibu doakan kakak selamat pergi dan selamat pulang nak.Terima kasih jua buat teman FB yang turut mendoakan kakak dan menenangkan perasaan ku...


Kakak ibu bangga dengan kakak...ibu sayanggg kakak...



Monday, May 24, 2010

Selamat Hari lahir ibu

24 May...hari jadi ibu ku...Aku just bg ucapan melalui phone...cam biasa dia dok sibuk dengan aktiviti masak...masak...hmm mak..mak..sibuk sungguh....dulu2 masa aku kecik2 tak pernah ucap pun, apatah lagi nak celebrate. Birthday mak pun aku tak tau bila. Bila usia remaja je baru start memberi ucapan ni...Itupun tahun pertama start bagi ucapan dan hadiah mak terkejut...ye la dia sendiri kadang kadang lupa dan tak amik kesah. Bila diraikan anak anak terpancar kegembiraan.Bagi mak tak perlu hadiah, memadai ingatan dan ucapan.Dia tahu anak-anak memang sayangkan dia...Yang paling best besday aku dan mak aku jatuh pada bulan sama >> May.Kalo ikut bintang memang la tak sama..aku Taurus, mak Gemini..ahhh ada aku kesah pasal bintang..yg penting bulan sama, itu sebab aku banyak ikut mak...aku agak la..


Alah aku pun dulu bukan kesah sgt pasal nak celebrate besday ni...first time celebrate besday masa kat UUM. Chah, Wan, Ayu buat suprise kat aku.Aku dapat loket emas berbentuk anak kunci. Depa cakap lambang kebebasan yang aku dah dewasa.Wahhh hepi gilerrr..Since that aku reti aaa nak celebrate besday. So aku akan cuba sedaya upaya untuk wish teman2 bila aku tau besday dia. Bagi aku walaupun tak bagi hadiah tapi ucapan itu sudah cukup mengembirakan.


19 May yg lepas besday aku.Huhuhu..dah bertambah lagi usia aku.Alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk terus bernafas..untuk terus memikul tanggungjawab menjaga amanahNYA.Aku terima begitu banyak ucapan via FB- trimas teman2 FB, via SMS>> Thanks Atoq, Ija,Mama,Kak Intan, adik iwan, Irna,Shaff.Di portal juga amat meriah memberi ucapan.Ramai jugak mendoakan aku menambah produk seterusnya.kik..kik...teman, kudoakan penambahan cahaya mata itu untuk kalian jua.InsyaAllah.

Dah makin berusia ni, aku tak mengharapkan untuk terus diraikan seperti tahun sebelumnya.Aku sendiri membuat permintaan to my hubby no cake no hadiah sebelum tibanya date itu.Cukuplah dia sentiasa disisi, dan terus menyayangi aku.Dia hanya senyum angguk.Tapi mcm biasa aku tetap diraikan.Kali ni anak2 yang begitu ghairah membuat persiapan.Aku rasa aku antara ibu yang bertuah, dan tahun ni adalah tahun paling besdayku disambut.Anis Izzati selaku anak sulong telah merancang sesuatu untuk aku. Tapi kelakar, majlis suprise tu dah dibocorkan oleh Azrul...Anyway aku buat tak tahu la...nama pun suprise kan..so aku dah niat akan buat aksi terkejut bila sampai masanya...


Ya ampunzzz.... , aku memang terkejut....aku ingatkan depa hanya akan bagi hadiah yang dibeli dari kedai 2 hinggit tu, dan kad ucapan yg depa buat sendiri.Sangkaan aku meleset. Pulang dari One Utama rumah aku gelap.kik2...aku dah agak depa ada dalam umah.So dengan standby nak buat2 terkejut...buka pintu...wow....lakonan aku tak menjadi sebab aku memang terkejut.Speachless!!Really..Masuk je umah aku terpandang belon2 dan tulisan besar Happy birthday...So cute

Aku toleh ke kiri plak...ada satu kad ucapan besarrrr punye. Tertulis semua nama anak anak ku...huhu...dah start rasa terharu...



Toleh kanan ada plak kad kad kecil terlekat kat lemari hiasan >> hasil nukilan E-na dan E-ca.ya ampunnzzz....cute...
Abang dan kakak plak hulurkan hadiah dan juga kad ucapan..aku peluk semua anak2 aku.hampir saje menitiskan air mata..

Anak2 berbaris dan menyanyikan lagu hep
i besday..errkk latihan nak masuk AF ke??? oh Tidakkk...kalakar..ada plak yg lupa lirik...kik..kik..

Well, aku rekues don't buy a cake, but i got homemake cake made by kakak .walaupun dibantu oleh bibik tapi aku cukup bangga ngan usha kakak..
Hmm...seronok kan anak ramai...(*_^)
Thanks anak anak ibu. Ibu luv semua...Mmmmuahhhh!

Saturday, May 15, 2010

Berita Dari Jengka

Pepagi ada misscall dari emak. Suspen..mak tak sihat ke.Baru terdetik dalam hati lepas sarapan nak call mak la.Sebab hari ni sabtu, mak mesti tak sibuk.kedai tak buka.Hmm nak call mak pun kena tengok hari.. kena tengok waktu. Silap hari..silap waktu...memang tak bole cakap panjang...Lepas je jawab salam dia akan tanya, nape? mak sihat..mak tak ada apa. Korang semua sihat..mak tengah kat cafe ni...nak goreng bihun..@ mak kat umah acik itu..umah acik ini..sibuk memasak untuk kenduri. Itulah rutin kehidupan mak sekarang. Sejak abah pergi hampir satu tahun setengah yang lalu mak memang selalu mem'bz'kan diri dia...Ingatan hidup bersama abah membuat mak tak boleh duduk kat rumah tanpa membuat apa2.Ye la...30 tahun hidup bersama....pastinya setiap kenangan terpahat kukuh dalam ingatan.

"Ani..ni mak nak bagitahu..adik nak bertunang."

Ini ayat kedua selepas mak menjawab salam. Ishhh, Mizan ni..kata lagi 3-4 bulan nak bertunang.tetiba je plak. Aku membalas kat mak.

" Bukan mizan, adik Iwan." Mak balas

Hah! terkanjat aku....aisey....cepatnya. Berape umur adik tu ye...aku rasa cam dia tu kecik je lagi.Ini adik bongsu aku yang sebaya adik Chah, adik Arin, adik Shah. Tapi adik2 depa tu belum dengar pun dah nak kahwin..bertunang pun belum.Awat adik aku ni gatal sangat nak kawin ni...Dia ingat kawin tu senang ke.Dia tu lelaki..nak kena tanggung anak bini. Aduhhh..kepala aku plak yang serabut. Tapi tak terluah kata-kata kat mak. Sebab mak dah setuju, sape aku nak membantah.So aku setuju je sebab bagi aku pengorbanan adik aku ni sangat besar. Sanggup berhenti kerja, sanggup duduk kat Jengka tu semata-mata nak menjaga emak.Padahal dia dah membina kerjaya pun selepas Grade UITM..tapi kasihnya pada mak dia tinggalkan semua tu. Tinggalkan kerjaya, tinggalkan kehidupan kota kembali hidup nun di daerah Jengka.Iwan akak bangga dengan mu dik...

"Bila?", 13 Jun mak menjawab. "Korang boleh balik tak?"." InsyaAllah balik"

13 Jun...hmmm aku rasa macam ada sesuatu agenda pada tarikh tu...Yesss...jemputan makan kat Pavillion...Aisey...nampaknya aku tak boleh la memenuhi jemputan tu. Patut aku rasa berat je nak jawab setuju kat Atoq..rupanya Allah dah ada perancangan lain untuk aku. Subhanallah...
Maaf AE...tak bole join. next session key..insyaAllah...( Sesi July..Ogos..Sept...kah2 ngucap Ani oii, ko ingat ko sape orang nak jemput makan tiap2 bulan.cessss!!)

"Ni satu lagi mak nak cakap...Irna mengandung..."

Berita satu lagi membuat lamunan aku pasal jemputan pada 13 Jun terpadam. Erkkk...aku terkedu.Anak dia muda dua bulan dari Izham.Rapatnya...

"Dah 2 bulan"mak menyambung.

Alhamdulillah..aku menjawab nak cover perasaan terkejut.Dalam hati aku rasa macam tak boleh terima. sebab adik aku ni hari tu operation, anak dia baru setahun.Bukan ke kalau operation kena jarak 2 tahun...Dia pulak sangat alah bila mengandung...mabuk..alahai siannya kat Aimi, sian kat adik aku ni..apsal depa tak plan...tak bahaya ke...dah la dia ada penyakit cam arwah abah...aduhhh...sesak nafas aku...macam-macam aku pikir tapi mak menyambung cerita seolah-olah tahu apa yang aku pikir.Kata2a mak membuat aku menitis air mata. Laju deras air mata aku mengalir...I love u mak...love..love sangat.Amazing...setiap butir bicara mak membuat aku bersyukur...Ya allah You give the best mother in the world to us. Semoga aku mampu menjadi seorang ibu sepertinya...amin.

Thursday, May 13, 2010

Kunjungan Suprise...

Hari ni aku happy sangat sebab aku dikunjungi seorang teman kat tempat keja aku.Perrghhh gila...memang gila. Ingatkan dia main-main nak datang opis aku bila dia informed dalam mail.Tup-tup dah ada kat freescale.Call aku mintak direction.Terkejut aku...dah sampai area situ takkan aku nak suh dia balik plak. Apa kess.nampak sangat tak menghargai kawan...Tapi sian dia, kena tunggu 10 minit kot kat luar pagar baru aku boleh kuar dari kilang.

Hmm sape suh buat suprise kan...aku dok sibuk siapkan report nak hantar ke JTK.Kena siapkan jugak demi nak mengejar approval MD.MD nak biz trip ke Jepun...cehhh kilang dah nak totopss ada lagi biz trip...wayang betullll...Setel report then baru kuar jumpa dia...kik2..berasap member tunggu aku dalam keta cute dia tu...Kami just borak2 dalam keta then pusing pusing area Kelana Jaya.

Hoye..hoye time keja bole aku kuar jengjalan.Apa taknya, hari ni aku gunakan kuasa yg ada pada aku untuk bolos keluar dari kawasan kilang. Bila lagi nak guna...lepas ni tak boleh dah.Perkhidmatan aku pun akan tamat end of June.So blasah je..Aku jadi pemandu pelancong sekejap tadi.Ye la..dulu dia kata Kelana Jaya tu tempat mainan dia je...Tapi itu 7-8 tahun yang lalu.Skang dah jauh berbeza. Dia dok cari lagi gerai2 makan yang femes ngan nasi ayam bakar tu...Cess..mana ada beb. Aku pun tunjuk la skang dah ada Kelana Mall, apa ada kat dalam Kelana Mall tu ( walhal aku pun baru tahu apa yg menarik kat kelana Mall 2 bulan yang lepas...kik3).Aku tunjuk gak Brothers yang semakin mengembang kedai dia..tapi aku nak tukar bateri alarm kunci keta aku tak ada jual.Sebesar besar kedai tu...boleh tak ada grrr grrr hampeh tul.Sudahnya aku tukar kat kedai gambar je....sadisss

Kagum kawan aku ni tengok pembangunan area yang dulu kononnya kawasan permainan dia tu..Aku siap tunjuk Fendi Ikan bakar...tempat last week aku, Atoq,Jalak n MHI melantak ikan bakar...Kira aku cam pemandu pelancong gak la hari ni...konon2 macam aku ni arif sangat area situ.Kah..kah..Padahal last week amsa nak meting koperasi UUM...aku siap call kak Ina nak tau kat mana Noodless Station Kelana Mall.Sebelum tu siap tanya atoq..hampehh sesat barat atoq punyer direction...Tapi kawan punyer pasal, aku buat2 aku arif la kawasan tu.

Anyway aku harap kawan aku tu happy ngan layanan aku yang tak seberapa.Just bawa dia pusing2..Thanks kawan kerana sudi menziarahi aku...muah..muahhh.




Wednesday, May 12, 2010

Ikan Pari Masak Pecal




Ini resepi ala ala masakan jawa. Masa aku kecik memang mak aku selalu masak ni.Fuhhh…bagi aku memang sedap banget.Tapi resepi asal ni adalah ikan keli.Oleh keranan hubby aku tak berape nak makan ikan keli so aku ubah suai kepada ikan pari.Sape tak makan ikan pari boleh
jugak tukar kepada ikan kembong ke..mabong ke..ayam or daging pun boleh.ikut suka la..sebab bagi aku masakan ni sesuatu yang subjective.Dan tak semestinya apa yang kita rasa sedap..sedap jugak ditekak orang lain. Begitu juga sebaliknya…tak semestinya yang kita rasa tak sedap..tak sedap jugak di tekak orang lain. Tapi sebut pecal..aku yakin ada yg bakal fobia ni..kik2

Bahan-bahan
Ikan keli/kembong/pari.ayam/Daging
1 ½ cawan Santan pekat
3-4 helai daun cekur ( jawa sebut kencur) – diracik halus
1-2 ulas ubi cekur
2-3 ulas bawang merah
Cili api – sukatan ikut kepedasan masing2
Garam, gula dan perasa ikut rasa

Cara-cara
1. Ikan siang, dibasuh, lemur ngan sedikit garam dan dibakar sampai masak.
2. Bawang merah, ubi cekur dan cili api ditumbuk.
3. Campur semua bahan tumbuk, daun cekur yang diracik dan santan
Masak dalam kuali dgn api sederhana, sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
4. Masukkan garam, gula secukup rasa. Bila dah mendidik masukkan ikan bakar tadi. Ikan dah mesra ngan kuah bole la diangkat.

Sedia untuk di makan.Simple 4 step je..itupun saje saje tulis cara jadi 4 step. kalau ikut actual masak 3 step dah siap.Selamat mencuba..

Monday, May 10, 2010

Jatuh

“Seumur hidup aku
Ini yang pertama….
Aku telah terjatuh
Di sebuah pasaraya….”


Melodi ikut lagu kumpulan UKAYS tapi liriknya dah diubahsuai ,bibik nyanyikan untuk aku bila aku cewita aku terjatuh kat Care4.Grrr Grrr betul bibik ni.Siap nyanyi sambil gelakkan aku…Dia tak tahu sakit siot jatuh.Itu belum campur ngan malu semalu malunya…Uwaaaa…memang betul sangat lirik lagu yang bibik nyanyikan tu.Memang seumur hidup, aku tak pernah jatuh kat khalayak ramai.aku pun tak paham camno bole tetiba aku jatuh amsa dok pilih2 roti kentang kat dalam carefour tu.Kejadian ni berlaku ahad yang lalu@ 25 April 2010.Bila aku pikir2, sangat tak logik aku bole jatuh hanya kerana bengkokkan kaki sikit nak memilih roti.Tup2 aku bole jatuh terduduk terhentak dengan kuat.Kasut aku tercampak., spontan keluar ayat ”Aduhhh sakitnya..” Dengan menahan sakit aku bangun, usap2 pinggul, amik kasut pakai dan dengan control ayu terus pilih roti balik.Aku tak pasti ada org nampak ke tidak.Yang pasti aku toleh kiri kanan tak ada sesiapa sebelah aku.Cesss tak logik kalau tak ada sapa yang nampak sebab masa tu memang peak time beb.saje nak sedapkan hati tu yang cakap camtu.So memang aku anggap tak ada sape yang nampak untuk aku terus bersifat normal memilih barang seterusnya.


Bila ku kenang kenang mungkin Tuhan nak mengajar aku supaya bersifat sabar dan jangan ikut rasa. Sebelum aku ke bahagian roti aku pegi dulu kat bahagian sushi – makanan Jepun. Wah teruja beb tengok makanan jepun tu. Rasa semua nak beli.Dalam pada aku memilih aku tingat kat kawan2 yg sama sepesis dengan aku pencinta Japanese food .(Kak Ina yang gemor ammat ke Unagi, kak Intan hak sokmo ke Sushi King..AE..Im..Sabli yang blasah semua asal itu Japanese Food).Dah siap pilih yang berkenan, aku bagi kat pembantu tu mintak dia pack dalam bekas. Aku memang nak cepat tapi mamat tu, ya ampunnnzz terhegeh hegeh buat keja. Orang dah ramai tunggu turn.Dalam hati memang aku mawah gilerrr kat mamat tu. Tak reti buat keja ke! Kalau mcm tu cara keja baik takyah keja….grrrr grrr dlm hati. Aku memang pantang kalau orang yang keja kat customer service tapi buat keja sambil lewa.Dengan tak sabar dan hati penuh kemarahan aku melangkah pergi ke bahagian roti.Aku pikir baik aku amik roti dulu dari aku buang masa tunggu mamat ni. Sudahnya zasss…Tuhan bayar cash kat aku sebab tak sabar dan menyumpah mamat yang baru keja tu ( dia pakai lencana training daaa lagi mau angin).


Kejadian ini juga membuat aku memahami perasaan seorang sahabatku.Dia ni antara wanita tercantik kat UUM.Sebut je nama semua orang kenal.Tapi antara kami dia la yang kerap jatuh kat khlayak ramai. Bole dok syok gayut Public phone kat The Mall UUM tu, dia bole terjatuh, siap tercampak sandel dia. Rasa cam tak logik gak..tapi tu la…konsep jatuh dia sama versen ngan aku.Jatuh yang tidak disangka sangka. Dan kini dapat aku rasakan juga macam mana perasaan acik Chah bila dia panjat pagar then tersangkut kat pagar....jatuh, pastu kena tegur plak ngan jiran rumah…Sebab lepas aku buat muka control ayu…ada seseorang tegur aku Tanya sakit ke jatuh tadi..Ya ampunnnzzzz…...ada owang pasan aku jatuhhh...uwaa ahhkakk maluuuu...

Friday, May 7, 2010

Luahan hati Eina

“Ayah…Eina rasa birthday Eina tak best pun.”
“ Kenape plak Eina rasa tak best” Tanya Ayah dengan lembut .
“Kan ayah beli kek jugak untuk Eina, Ayah bagi hadiah…” sambung ayah.
“Ye la..tapi kek Eina tak cantik la ayah.takde gambar princess cam kek kakak. Pastu err err takde kertas2 pom yang macam bunga api tu…takada belon..Kek kakak cantik…seronok ada mercun kertas tu..” omel si Eina.
“Ala..ayah dah beli kek, bagi hadiah tu…ok apa” Suara ayah mula bertukar nada. ”Eina nak macam mana lagi???? "

Eina sudah menukar tajuk tanpa menyedari ada hati yang sedang berperang sendiri.Ahhh nama pun budak.Cakap ikut rasa di hati. Mana ada pandai selindung, kata2 mereka datang dari hati.JUJUR.Sebab itu orang tua selalu berkata, orang yang selalu bercakap jujur adalah kanak2.Dan bagusnya, mereka kecil hati sekejap saje. Cakap apa yang dia rasa tak puas hati, lepas tu habis la…tak ada pun nak rasa benci atau dendam. Berbeza dengan orang dewasa, selalu lain dimulut lain dihati.

Wajah ayah terpancar perasaan kecewa. Tapi hanya ibu yang paham. Ibu juga serba salah….Ibu paham..ayah tak pernah membezakan kasih sayang ayah pada anak anak ayah…ayah memang seorang penyayang. Tapi ibu tidak menafikan apa yang Eina luahkan adalah benar. Luahan itu ihklas….Mungkin cara kita yang silap.

“Ayah…she is correct” Ibu berbisik dan usap tangan ayah untuk mengelakkan susana lebih tegang.…ayah diam.

“Ayah..ayah..tengok keta orang tu..tayar dia cantik kan.”
*******************

Kadangkala kita mengambil ringan dalam hal hal sebegini.Kita rasa kita sudah berlaku adil.Birthday mereka kita beli kek..kita bg hadiah…kita sambut.Tapi kita tak perasan hanya kerana kek yang berbeza..cara sambutan berbeza, anak anak terasa. Itu kalau anak2 pandai melahirkan rasa tak puashati,kalau yang tak berani...Membesarlah mereka dengan anggapan ada pilih kasih antara mereka.Kita memang tidak pernah terlintas untuk membezakan walau seinci bahkan sebesar zarah sekalipun pun kasih sayang kita terhadap anak2.Tapi tanpa kita sedar, tanpa kita sengajakan, rupanya tersurat jua perbezaan kasih sayang itu.Inilah hakikatnya!!!!

Sungguh...luahan Eina membuat ibu berfikir... apa jua kena sama rata pada zahirnya. Kerana kasih sayang adalah sesuatu perasaan halus yang sebenarnya dizahirkan melalui bagaimana kita melayan mereka, apa yang kita bagi, apa yang kita buat untuk mereka.Terima kasih Eina kerana memberi ibu peluang untuk terus belajar memahami anak2 ibu, belajar untuk bersikap adil, belajar menerima pandangan anak2 ibu.…

Thursday, May 6, 2010

Akhirnya...

Dah bertahun aku menyimpan hasrat ni…err kiranya sejak aku pandai masuk internet la..tak silap aku tahun 2006 kot…Hua hua..tahun 2006 bawu tahu nak masuk internet.Owang lain dah tak hewan ngan internet beb. Ciann aku...hehe

DARI DUNIAKU….salam ku hulur buat semua...muah..muahhhh..

Nota kaki: Trimas utk pengasas blog aku ni.Jasamu tetap dlm ingatan wink! (*_^)

Sunday, April 25, 2010

Panduan Mendidik anak-anak

Copy paste untuk renungan ku


Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.


4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Lebih Baik Diam

..Copy paste untuk renungan ku..



Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian. Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..