Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

Kuih Lapis a.k.a kuih jalur jalur





Assalam semua.

Wahh rasanya macam mimpi tetiber hapdet blog. Ni semua angkara wife jalan rebung la..beriya suh hapdet blog. Gilerrr ko..almost 2 tahun tak jejak dalam pondok ni..Memang tarap hutan dan pondok Dari Duniaku ni..kikiki. Ok kita xyah nak merepek panjang lebar, kita terus pada agenda kita.Masuk sini sebab nak hapdet wesepi kuih lapis ai yg mabeles tu. Simpan dalam ingatan je kang vahaya.Tup tup hilang ingatan kan payah tu...tak kan nak try and error lagi.

Benonya kan, wesepi kuih lapis ni banyak versen...saya dah cuba mcm2 versen. Sukatan guna cawan juga jadi pilihan. Sumpah saya cukup malas nak timbang2 ni. Lebih selesa guna sukatan cawan.Unless tak ada pilihan kena gak la timbang.Wesepi kali ini saya terpandang adik sekampung (Jengkaland)  dengan saya  Rohana Shahdan share kat FB. Teruja nak buat sebab guna sukatan cawan. Cuma saya telah olah ikut perasaan saya yang mana bila bermain dengan tepun beras, sukatan cecair perlu 2 kali ganda untuk mendapatkan hasil kuih yg lembut. Saya olah bahagian sukatan santan dan air.Cara adunan pun saya ikut cara ibu saya buat kuih lapis.Hasilnya Alhamdulillah...the best kuih lapis yg pernah saya buat.

Jomm tengok resepi

Kuih LAPIS
Sumber : FB Nurul Ain
Olahan : Che Ann

Bahannya:


  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat (kotak)
  • 3 1/2 air cawan
  • 1 helai daun pandan 
Caranya

  • Satukan tepung didalam bekas
  • Masak santan + 1 cawan air + 1 cawan gula + daun pandan sehingga gula hancus.Hancur la weiii.
  • Setelah gula hancur tutup api dan masukkan lagi baki air 2 1/2 cawan didalam santan. Nak gabungkan semua santan air gula dan masak pun ok.Tapi nanti nak kena tunggu plak santan tu suam.Kalau buat camni cepat la adunan santan tu suam.
  • setelah santan jadi suam, tuang sedikit demi sedikit dalam gabungan 3 jenis tepung.Adun sehingga adunan sebati dan boleh la start kukus.
  • Ehh nanti...kena bahagi adunan ikut jumlah kaler yg uols nak.Rasa nak 3 kaler bagi la 3.Then pandai2 la buat matematik setiap kaler nak bagi sama tebal ekk. Kalau mak saya dia sukat pakai senduk..kira ada berapa senduk then bahagi. 
  • Untuk adunan ni, bila saya sukat dapat 1400ml. so nak senang kira untuk 7 lapisan, setiap lapisan adalah 200ml. saya buat 2 kaler je..so 4 lapisan kaler merah, 3 lapisan kaler putih. Adunan 1400 tu saya asingkan 600ml kaler putih, yg bakinya 800ml tu saya letak kaler pink,saya plus plak sedikit sirap rose nak bagi naik aroma.
  • Saya guna loyang size 7".Pilihan yang agak tepat, sbb bila dah masak lapisan kuih tak tebal sangat..tak nipis sangat. Kalau loyang 8" maybe lapisan tu agak nipis.
  • sapukan minyak pada loyang atau lapik plastik untuk memudahkan kuih di keluarkan bila dah masak
  • setelah air kukusan dah ready boleh la mengukus lapis demi lapis selang seli. Jangkamasa mengukus setiap lapisan adalah dalam 5-7 minit.Bila last sekali baru kukus dalam dalam 20 minit.
  • Pastikan petutup pengukus di alas dgn kain untuk elakkan air wap menitik ke dalam kuih.Nanti kuih x cantik.
  • 5 minit terakhir, angkat penutup pengukus.Kukus kuih tanpa penutup untuk bagi permukaan kuih kering cantik.
  • Tunggu sejuk baru potong ye...xyah la tunjuk tazabar tu pegi potong panas2...memang hancus melekat woii.Disarankan potong guna sudu pisau plastik untuk kuih nampak cantik bila di potong.


Boleh pisah lapis demi lapis.
No wonder panggil kuih lapis kann.

Cubaan kali ni saya guna santan kotak.next saya akan guna santan original yang saya rasa pasti keenakan lemak santan tu lebih perghhhh.Merecik!!!
Kepada Faiz aka Wife jalan rebung, sila buat ye. Penat tau acik hapdet dalam ni.Lama tak menulis blog...keras kaku! Hahahahaha...





Monday, May 18, 2015

Pau Gebusss gebass





Salam semua

Benonya saya dok menyusun ayat untuk entry Hari Guru. Tapi hati dan jiwa lebih kepada nak share pasal kuih pau yang saya buat semalam. So entry Hari guru tu save kat draft dulu la ekk. Lepas citer pasal pau ni bawu sambung balik.Ewah ewah tetiba sakan plak nak hapdet belog. Semoga angin R yang bertiup kencang ni akan terus bertiup tanpa henti. Bio la sepoi sepoi bahasa pun..janji menten angin R tiup saya kan. Harap uolss nak seru saya memang idak lerr..hikhikhik

Si bongsu Izham ni memang minat sangat dengan kuih Pau. Bila angin M serang saya tatkala tak ada idea nak buat bekpes apa...dia mesti ajak saya beli kuih pau. Saya jarang ikut kemahuan dia sebab saya rasa kuih pau yang saya buat lagi lembut..lagi gebusss dari pau yg beli kat gerai2 jual nasi lemak tepi jalan.Nammpakkk...betapa sombong dan eksen nya saya. padahal selama saya buat kuih pau ni... allaahh...kadang tu lagi hampehh dari yang beli. Tapi...tapii..tapiii just nak khabo...semalam pau yang saya buat sangat menjadi..sgt gebus lembut..even dah sejuk. 20 biji saya buat skali hadapp je...itupun ada suara suara ckp x cukup...perghhh kembang vontot ibu ni..anak2 cakap sedap.Saya boleh simpulkan kan sini..sepanjang saya mencuba buat pau...ini lah hasil yang terbaik.

Resepi ni rasanya saya salin from FB..orang tu share..orang ni share.saya salin kat note kecik je...xde plak salin empunya resepi sebab tengok bahan lebih kurang je dengan resepi resepi sebelum ni. Yang buat saya berminat nak salin and cuba sebab guna sukatan cawan je..tak payah nak timbang timbang.Hehe saya alergik skit kalo wesepi timbang timbang ni..terus gen gen M dalam badan akan aktif. ( Sesungguhnya CA awat la hidup ko penuh dengan alasan ekk << tetiba macam ada bisikan ni kat tinga saya...uolss dengar tak?? Takk!! ohh saya soram  je...ok! )

Untuk Yang Share resepi ni...tq tq..halalkan ye..now saya tepek kat Dari Duniaku untuk rujukan saya dan maybe ada member alam maya nak cuba....saya hanya salin resepi...tapi cara uli adunan ini olahan saya dan ada bahan yang saya tambah ikut kesesuaian saya. Bukan derhaka tapi improvise sikit la...2nd time buat bawu dia sangat menjadi.





PAU KACANG MERAH

Sumber : FB ( x sure sape punyer..mohon halal ye..)
Olahan : CA Dari Duniaku...

Bahan2

  • 2 1/2 cawan tepung high protein ( saya guna tepung gandum cap kunci je)
  • 1 sudu kecil yis 
  • 4 sudu besa gula ( saya guna 2 sudu besar gula)
  • 2 sudu besar susu ( saya tambah)
  • 1 sudu besar minyak sayur ( sy guna shortening)
  • 1 sudu kecil softner ( saya guna dough softner)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan air suam ( saya tambah sedikit ketika menguli)


Inti 
kacang merah/kelapa/ayam kari/ apa jua inti kesukaan anda


Cara caranya


  1. Campur susu dan gula dgn air suam.kacau hingga gula hancur dan masukkan yis.kacau then biarkan about 8-10 minit - sehingga yis kembang berbuih.
  2. Sementara tunggu bahan yis kembang, satukan bahan lain dan gaul hingga mesra
  3. Setelah yis kembang, masukkan dlm bahan kering tadi.
  4. Uli hingga doh elastik. Kalau ikut resepi asal 1/2 cawan air tu adunannya agak keras dan sukar dan liat utk diuli tangan. Jadi saya tambah sedikit lagi air ketika dalam prosess menguli adunan. (proses uli take about 8-10 minit. Lagi lama lagi bagus.Tapi saya buat dlm 10 minit je..wisau lengan jadi sado plak...hilang "ladylike" ai nanti..)
  5. Bila adunan dah lembut dan elastik tutup bekas adunan dan biarkan naik 2 kali ganda.( saya masukkan dlm oven yang sy dah preheat awal2. bio kan dlm oven tu dlm 15-20 mnt sbb sy malas nak tunggu lama...nammpakk dalam badan memang penuh dgn gen M.Harap maklum)
  6. Bila adunan dah naik...uli lagi nak bg angin keluar tp ni uli2 mesra je...takyah briya sangat...
  7. Lepas tu boleh la bulatkan dan isi inti kegemaran dengan saiz pau pilihan masing
  8. Biarkan lagi pau tu mengembangkan dirinya selama 15-20 minit ( sama prosess nak kembangkan adunan..saya masukkan balik dlm oven td..)
  9. Kukus pau selama 7-10 minit...kalau nak buat frozen kukus pau dlm 5 mnt sahaj...angkat..dah sejuk masukkan dlm plastik letak kat bahagian feezer. bila nak makan kukus je terus 3-5 mnt..


Selamat mencuba muahhh!
Psstt..gebusss kann hehe



Saturday, November 23, 2013

Donut Keledek






As Salam dan salam sejahtera

Apa khabar u alls? Moga sihat sokmo disamping family.Masak apa  hari ni..wiken kann..sure macam-macam menu kan.Macam biasa owang keja cam saya ni bila wikenje  macam-macam menu nak masak.Kononn....Bukan takat masak..wiken la nak belek pokok bunga..kebun la..nak bagi baja la..macam-macam. Sudahnya..seme tu hanya list dalam kepala...bila wiken menjelma....rasa macamm behhh je rasa macam syiokkk je..golek golek atas katil..hehehe...Tapi tu la, ku sangka leh golek sampei ke petang wupanya petang petang kena wat menu minum petang la. Kanak kanak wiang kan coti skoloh. Palehh, betui ammat bak kata kakak Izah muffin tu. Bebudok ni, time coti skoloh ni laaa time deme melantak sesaje. Izahhh, anoka kok deme te, lebih se je dgn koi..ketnya lebih kuwang wehh...koi menten bersilat sokmo kat dapur time wiken..huhu.Layannnzzz sape suh bewanok bebanyok ekekeke...

Today I buat donut keledek you...si bongsu tu lerrr..dok nyebut nak donut...nak donut..isshhh x senang ibu nak tengok citer kowea..( apa punyer ibu la cammni...khennn). Tengok ada keledek oren te sebiji saya balun buat donut la.Dari keledek tu terbiar je kat  dapur.Ce meh kita buat donut kan…konherm sedap.Macam biasa, saya guna resepi asal donut kat SINI. Olah serba sedikit untuk menjadi mantop hehe.Hasilnya…memang berbaloi. 





DONUT KELEDEK
Sumber Asal: Hasue & Kak Yatie
Olahan dari: CheAnn @ Dari Duniaku…

Bahan bahan

  • ½ paket mauripan (yis segera)
  • 1 susu besar Gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 80-100ml air suam
  • ½ sudu besar majerin/mentega
  • ½ sudu besar shortening/lemak sayur ( mentega putih kalo diindon ya ibuk-ibuk…hehehe)
  • 1 biji telur gred C or D dah ler..gred A kang kena guna separuh je..tapi boleh je gred A, amik telur kuning je..yg putih xyah letak.
  • Secubit garam
  • 200 gram  keledek oren tu (anggaran..lupa nak timbang..sowii) rebus/kukus dan lenyek halus
  • 350 gram tepung gandum




Cara cara

  1. Campurkan yis, susu, gula majerin Shortening and air suam dalam satu bekas yg muat untuk menguli adunan.
  2. Gaul sikit dan biarkan dalam 5-10 menit hingga yis mengembang
  3. Masukkan separuh tepung gandunm dan kacau ikut satu arah sahaja
  4. Masukkan telur yg telah dicampur dengan garam.Gaul rata..kemudian masukkan keledek lenyek
  5. kemudian baru masukkan belen tepung.
  6. Uli adunan hingga mesra dan mungkin still agak melekat...xpe...ayak tepung sekeling adunan dan perap adunan dalam 15-20 minit je.
  7. Terap or bentuk kan la donut anda ikut bentuk kegemaran
  8. Panaskan minyak dan goreng la donut dengan api yang sederhana panas..supya donut masak cantik.garing diluar lembut gebus didalam..


** psst kalau adunan agak melekat, masa nak bentuk tu tabur tepung supaya tak melekat.



Dok ngap ngap makan donut ni..saya tingat Uncle AL. Dulu dia pernah cakap ( eh x cakap..tulih kat komen dolu dolu punyer N3 ) yang dia suka makan donut. Emm kalau dia dok dekat..harus saya anto la sepiring kat dia..hehehe..

psttt..Uncle AL, saya dah tolon' makan pihak uncle..tu pasal badan saya dah macam donot..montokssss..

Sunday, July 14, 2013

Donut Keledek Kuning





Saya beli keledek seminggu sebelum puasa.Cadangnya memang nak buat donut. Sebab macam lamaaaaaaa sangat saya tak buat donut. Beli semangat, dah sampai umah macam  tak sampai seru plak. Donut ntah kemana keledek ntah mana. Hari puasa kedua baru la seru sampai nak jengok balik keledek tu.Mujur molek lagi. Kupas kulit and kukus.Isshhh bila dah lenyek banyak la pulak. Jadi masa 2 ramadhan tu saya buat cek mek molek dengan kuih keria. Ramadhan ke-3 saya buat plak onde onde keledek. Tapi 2 menu tu saya idak plak amik gambo. So xleh la nak share. Tak sonok plak citer xde gambo kan..hammbarrr je. cehh konon!


Resepi donut ni memang saya tak pernah cuba guna resepi lain. Menten setia guna resepi Hasue tu. Just ubah buh keledek ke..labu ke..kentang je. Tapi cara dan wesepi menten ikut wesepi asal. Ubah sukatan pun ikut apa yg patut. Bukan apa, wesepi Hasue ni memang senang and konherm jadi. So apa susah2 nak tuko kan...Malas nak pikir banyak. nanti tak pasal pasal saya kena cari cream nak ilangkan kedut kat dahi plak hanya keranan dok mikir resepi donut. Uhh tak kuasa makkk!




DONUT KELEDEK KUNING
Resepi asal: Hasue
Olahan : Che Ann

Bahan bahan

  • 200 gram keledek ( ini sukatan saya dah kukus, lenyek )
  • 1 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu kecil minyak sayur
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 paket yis segere ( sy guna mauripan)
  • 50 ml air panas
  • 1 biji telur ( saiz D) - campur secubit garam n pukul mcm telur dadar
  • 200-300 gram tepung ( anggaran)
  • Minyak untuk menggoreng






Cara cara

  1. Tuangkan air panas dalam keledek yg dah lenyek...gaul sebati.
  2. Masukkan mauripan, gula dan susu. biarkan dalam 10 minit
  3. Nampak mcm buih dan kembang masukkan majerin dan mintak sayur. Kacau sebati hanya dgn satu arah
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau, masukkan telur kacau lagi
  5. Masukkan tepung lagi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh dan tidak melekat.
  6. Doh bole terus di terap menggunakan acuan donut dan biarkan lagi seketika ( dlm 5-10 minit)
  7. Panaskan minyak, dan goreng donut tadi. Sila rajinkan diri anda untuk kaup balik donut tu untuk menjadikan dia kembang sekata. Jangan tunggu sampai bahagian sebelah nampak kuning baru nak balik kan..nanti kembang tak sama montoksss... hik hik hik


Haa tu.peminat tegar donut.
Lepas goreng panas panas dah bape ketul dia ngap
Tu pun jenuh tahan sebab ibu nak amik gambo dulu
Err tingat plak Uncle AL.
Dia minat jugak donut...apa khabar sekarang ye..
lama plak tak dengar citer.
Xpe..nanti terjah pondok Uncle Lee or Sis Q or Sis Mel sure ada kat sana
Anyway...dari jauh saya doakan Uncle AL sihat sejahtera




Eh ada plak cek mek molek saya..
Emm ni je la yg ada.
Selepas goreng xde pic. Lupa ke..terdelete ke  ntah la.tak ingat!
Abaikan saiz yg tak tentu hala..
Eina dgn Eica excited nak tolong....masa kecik excited aaa
Sok dah beso cam Izzati emmm....
Malasss ibu nak cakap!
Anak oh anak.

  

Thursday, May 2, 2013

Resepi cara lauk paling senang..Tapi rasa ma-be-les!!!





Semalam public holiday sempena hari pekerja. Maknanya orang orang yang bekerja bercuti.Tapi...orang orang yang jantinanya wanita dan statusnya seorang isteri dan ibu, konherm tak ada istilah coti dalam hidup dia. Even Dunia dah create hari ibu....adakah sorang ibu itu pernah coti..ohhh tidak! Setuju dengan saya? Takkkk???? So ada aku kesah? Hehehehe...Habis tu ni kesah apa sebenarnya...try to create manifesto baru sempena election. Maaf, ia juga tak ada kaitan.

Saya just nak share pasal kuih cara berlauk je. Semalam saya deting kejap dengan unimate saya yang memang dah laaaaamaaa sangat nak rasa cara berlauk yang saya buat.Memandangkan sempena besday dia pada 29 April lalu..dan saya dah janji...eh silap " aku Janji" maka "ini kalilah" saya berjaya buat cara berlauk ni khas buat dia..Halimah Ilias...Hutang aku dah setel tauuuu...hehehehe. Komen dia : Kuih cara paling sedap yang pernah dia makan...( Imm...rasanya ayat ni  yg ko cakap kan..kan...) Ok abaikan afidavit kata2 kawan saya ni.Nak membuktikan kata2 kawan saya ni benar atau tidak, sila salin resepi ni dan buat sendiri lepas tu baru boleh komen. Saya tak nak la sampai kena rakam video, angkat sumpah kat depan ka'abah plak nak membuktikan kata2 kawan saya tu..kann..pehtuu all cakap rakaman tu cam pelesu plak...isshhh!




KUIH CARA BERLAUK
Resepi asal  : Mak Mertua SHikin
Olahan : CA @ Dari Duniaku...

Bahan bahan 
a) Adunan Tepung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ( saiz A/B/C )
  • 1 sudu kecil minyak sapi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
Cara cara
  1. Adun semua bahan hingga sebati.Nak adunan halus mulus saya blend je..senang hehehe
b) Lauk & eksesori
  • 200gram daging/ayam - dikisar
  • 2 labu bawang besar- racik halus
  • 3 biji bawang kecil - potong mayang
  • 1 biji bawang putih - dipotong mayang
  • 1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • garam gula dan perasa secukupnya 
  • sedikit minyak utk menumis
Cara cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah & putih hingga kekuning kuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah rendang..kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging/ayam kisar,bawang besar, masukkan air secukupnya hingga daging /ayam masak
  4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sop dan cili besar yg diracik.





Proses masak cara berlauk
  1. Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan, kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng, daun sop dan last skali cili.
  3. Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu 1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai bahagian bawah.Kalau bahagian bawah dah nampak sedikit garing makna kuih cara dah masak dan boleh la  angkat.
  4. Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...


Haaa...amcam? senang? Bahan2 segala tu semua senangkan..cuma ramai yang tak sanggup tang masak tu..nampak cam remehhh...tapi ok je benonya...
Adunan ni boleh dapat 24-25 biji kuih cara berlauk..
Selamat mencuba...

Cop!2 semalam saya layan tempahan Puan Cilcelia dari Zen Residen buat House Warming. Alaaa menu simple je.. sebab dia buat HiTea gitu.




Eh lupa plak..saya buat blueberry cheese cake jugak..untuk si Im. Isshh lama tak buat.Ntah apa rasa.Tapi bila Im tepek gambo Cheese Cake tu ka tdinding  FB dia..phiewwww lega..mak!!!


Im...Aku cilok gambo ni kat Wall ko.Pinjamm ekk sebab aku lupa snap pic.
Hehehehe..


Tuesday, August 7, 2012

Cucur Udang



Uhh....semalam coti sebab nuzul qur'an maka hawi ni keja pun mood coti. So blues monday tu hanya mainan minda je la kan. Asal Fisrtday keja konherm lemau.Tapi sebab Monday jadi hari pertama dalam minggu keja maka Monday sokmo jadi mangsa.Siannn monday. Tak pasal pasal sokmo dapat gelaran blues la..Black la..Monday tak bersalah ok...yang bersalah orang- orang yang nak menempuh hari monday taw! << tengok dah Monday, ada word hari lagi..apa cellloppp...

Opss..niat hati yang murni takmau berjebah-jebah birra burran posa ni kat belog. Patutnya tewus citer strait to the point gitu.Perghhh spiking london ekk.mentang2 Olimpik skang kat London.Tapi acik sedihhh la Dato Lee Chong Wei dapat pingat Perak je. Siann dia.Rejeki bukan untuk dia. Dia dah berusha kan..kan...kita yang tengok ni pun wase sedih apatah lagi dia yang main.lawi sana sinunzzz..kangkang sana sinunzzz nak amik bola tangkis dawi Lin Dan tu..phiewww memang mau gugur jantung acik nengok final badminton.(Haa...tgk final? tak pegi tawarihhh ke acikkk?syyy...ponteng jap)

Laaa...lalut ke badminton bagei ni apa kess...meh tengok cucur udang yang saya buat.sedap dan lembut.Saya singgah kat dapur si Rohah tu..teruja plak tengok cucur udang walaupun xleh makan udang benonya.Gatai!!.Tapi gatai gak nak buat sebab Rambo suka cucur udang. Yummy.memang marbeles la cucur udang ni.just nice...simple, lembut...Rohah ai share kat sini lak ye...muahhh!





CUCUR UDANG
Resepi:Norzie Hany
Sumber I : Rohah @ Damai Kalbu
Sumber II : CheAnn @ Dari Duniaku..

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 10 ekor udang
  • 20gm kucai
  • Segenggam tauge
  • 2 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara -cara
1.Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit, yis dan telur dengan air suam.
2.Masukkan kucai dan tauge dan gaul sebati.Perap sebentar sehingga adunan naik (saya perap 1 jam).
3.Panaskan minyak dan rendam senduk bulat di dalamnya.
4.Masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan bubuh udang di atasnya.
5.Goreng hingga cucur udang masak.
6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama sambal kacang atau sos cili.

Saya suka buat kuah cili and ni cara sos cili yang saya buat.Ala2 rohah jugak tapi ada sikkkittt lain



SOS CILI
Bahan-bahan

  • 7-10 tangkai cili merah yang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji buah tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam, gula dan perasa secukupnya


Cara-cara

  1. Cili, bawang putih & tomato blend
  2. Masak dengan air secukupnya dengan kadar api yang sederhana dan sentiasa kacau.
  3. Masak lama supaya cili tu benar2 masak...
  4. Pastu masukkan la garam gula, garam seckupnya...
  5. Masak hingga sos pekat ikut kepekatan yang anda suka...

( bole juga masukkan tepung jagung untuk memekatkan sos cili.dalam kes kali ni saya tak letak)


Saya memang suka tambah timun plak bila makan...
sedap...heee menten nak ada ulam 


Wednesday, August 1, 2012

Resepi kuih Cara Manis yang Simple tapi rasanya Gojess...





Heee...gojes kat tekak saya, orang lain ntah la.Cumanya  teman2 kat opis ni yang pernah makan dan order memang akan bagi feedback sedap je.Idak plak pernah cakap gojes.hehehe...Kalau u all nak rasa pengalaman macam saya makan cara manis yang gojes cuba la buat. baru bole citer..kan..kan..

So meh kita jengok wesepi simple ni.Bulan2 posa ni tak bape sesuwai untuk berjebah-jebah atau membebel.Kowang pun takde masa nak baca lelama. kan..kan..Resepi asal dari Kak Mazni aka opismate saya.Tapi saya dah ubahsuai demi nak bagi gojes kan..kena la upgrade gitu..Bukan nak derhaka tapi sekadar nak merealisasikan ( phiewww..tergeliat lidah nak menyebut word ni)  keenakkan cara manis ni.




CARA MANIS
Resepi : CheAnn @ Dari Duniaku...

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu kecil majerin/butter
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • scubit garam
  • sedikit pewarna hijau utk menaikkan seri kaler hijau
  • Gula utk masukkan dalam kuih
  • sedikit minyak utk oles kat acuan kuih cara


Cara-cara

  1. Campur semua bahan kat atas kecuali pewarna & gula- sy blender je supaya adunan halus mulus
  2. Panaskan acuan dan oles dengan minyak
  3. Masukkan adunan ke setiap lubang acuan
  4. biar seketika- dalam 40 saat utk lapisan tepi dah masak baru massukkan gula
  5. kalau terus masukkan gula nanti kuih mudah pecah..gula mudah sememeh keluar.
  6. Tutup acuan dan biarkan dalam2-3 minit...atau hingga masak
  7. Angkat dan ulangi proces membakar hingga adunan siap


Note: adunan memang nampak cair tapi jgn bimbang...bila dah masak ia akan lembut gebusss gitu.

My little hero...asal siap dia la tukang balun dulu..yg lain posa..hehe 
(cehh konon ikut owang kat melaka tu panggil anak bongsu dia my Little princess)
(tapi wase tak sajak plak nak panggil Prince..so tuko hero..)

Selamat mencuba untuk mereka yang nak merasa pengalaman makan kuih cara manis yang gojes.hik hik hik..
muahhh!


Wednesday, March 7, 2012

Talam Ubi






Walaupun saya tidak dilahirkan pada jaman jepun tapi bila sebut ubi kayu...emm..saya suka. Dari pucuk hingga ke ubi.Batang je saya tak suka makan sebab tak leh makan.Gamaknya kalau bole makan harus kot.. . Ubi kayu ni seingat saya memang banyak variasi kuih yang boleh dihasilkan.Lepat ubi, bingka ubi,ubi keduk,ubi goreng,serawa ubi, Talam ubi, kerepek ubi, tapai ubi...haaa banyak kan..memang kweatif beb owang jaman dolu dolu...Ini yang saya tahu..sebab ini adalah  antara makanan yang selalu mak buat jaman saya kanak kanak. Kat negeri lain ke..negara lain ke..ntah-ntah banyak lagi kan...So kalau wase wase nak tau..u all gugel la ekk..sebab saya nak citer pasal talam ubi je...pasal lain, kat tempat lain...





Alkesahnya...masa saya jaman kanak kanak, saya tak terpikir yang suatu hari nanti saya kena masak sendiri untuk menikmati makanan kegemaran saya...sebab tu tiap kali mak buat kuih haghrammmm nak tengok betul2..haghrammm nak tanya detail.Tolong mana yang patut je...Jadi bila anak tekak mengidam makanan dolu kala ni..mula aaa...terkial kial nak imbas memori......padahal memang takde dalam memori pun.Sadis lagi tragis kalau nak dikenangkan.Mujur jaman dah manggih kan..hanya diujung jari gitu..klik aje bukkk....semua ada.Resepi ni saya klik kat kat dapur maya Mas Ganteng kat Johor tu...CMG la sape lagi..Kang Mas..nyong njalok ijin yo, salin resepi neng kene pulak...hehe nasib la kalau tak paham ...sila gugel.




TALAM UBI
Sumber I : Dapur Tanpa Sempadan
Sumber II : CheAnn @ Dari Duniaku...
(Saya telah ubah suai sukatan mengikut saiz loyang yang saya guna- 10"x10"x3")

Bahan2 Lapisan Bawah
600 grm Ubi kayu parut ( saya guna 900gram)
200 grm Gula putih ( saya guna 220grm)
20 grmGula merah ( saya tak guna)
160 ml Santan cair ( sy guna 240ml santan)
1 helai daun pandan-racik2
secubit garam ( saya tambah just nak bagi manis lemak gitu)
Sedikit pewarna kuning telur ( saya tambah)










Cara2
  1. Ubi kayu diparut dan baru timbang
  2. Masak gula,garam dan santan cair hingga gula hancur.
  3. Masukkan daun pandan masa masak gula.Dah masak biarkan sejuk
  4. Air gula dah sejuk masukkan dalam ubi kayu yg sudah diparut, gaul rata, masukkan pewrnan kuning
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik
  6. Kukus selama 25-30 minit





Bahan Lapisan Atas
40 gram Tepung gandum ( sy guna 60grm)
70 grm Tepung beras ( sy guna 110grm
800 ml Santan (sy guna 1200ml santan)
sedikit garam - secukup rasa

Cara2
  1. Saya ubah cara untuk lapisan atas ni mengikut cara penyediaan kuih talam yg biasa saya buat.
  2. Campur semua bahan kemudian tapis
  3. Masak adunan hingga naik wap kemudian tuang ke atas lapisan ubi yg telah masak.
  4. ketika masak pastikan selalu kacau supaya adunan tidak berketul ketul
  5. Andai tidak yakin sila rujuk kepada sumber 1 key..kang tak jadi tak rela ai dipersalahkan yu...auchhh
  6. Kukus la antara 30-40 minit...sejukkan baru potong
  7. Nak lapisan atas tu cantik, lapik tutup kukus dengan kain atau tutup loyang kukus dengan kertas aluminium untuk elakkan air kukusan menitis ke atas lapisan atas.



Dah banyak kali buat..menten versen ubi karrer kunin..yang orang order pun saya buat karrer kunin....rasanya saya patut cuba versen cengkerrat yang buh gula merah tu la...sebab maid saya cakap versen tu lagi sedap..ye ke???



Saturday, January 28, 2012

Apam Yogurt Kukus



Ha...demam apam plak ke? Tadi singgah fb sibuk member kat melaka tu nak buat apam labu. Terkenang kenang apam labu Atin chah la tu...pehtu..saya pun nak citer pasal apam jugak la..tapi bukan apam labu la sebab  pokok labu saya baru je bercambah...belum berbuah.So kena tunggu pokok labu berbuah baru saya nak buat apam labu.HS hang buat dulu ekk...





Bila jiwa dan emosi gedik nak masak maka inilah hasilnya...Apam ni sangat beSARRR..gara-gara  papercup kecik dah habis...tapi jiwa gedik nak jugak buat...nak pg beli kedai mana nak saya redah kalau dah pukul 11 malam!!!dengan rasa tidak bersalah blasah aje guna yang beso.Maka terhasil la apam yg sgt beSARRRRR gedabak dan sungguh mekar selambak. Konherm Atin Chah jeles tahap diva tengok kadar ke-kembangan apamku ini...muahhh!

Apam ni dah lama intai kat dapur kak Ummi. Baru berkesempatan nak buat.So saya share  kak Ummi cayang..muahhh! C n P gitu..




APAM YOGURT KUKUS
Resepi @ Rima
Sumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan2

  • 2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cwn - memang dah manis )
  • 1 sudu teh ovellete
  • 2 cawan tepung 
  • 1 cawan yougurt segar asli
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu double action baking powder
  • 1 sudu teh pes coklat ( saya tak guna-folo kak ummi)
  • 1 sudu teh pes keladi ( folo kak Ummi lagi..hehe)
  • Beberapa titis pewarna ungu ( ikut kak Ummi)
  • Beberapa titis pewarnan coklat ( saya tak buat)





Cara2

  1. Sediakan periuk pengukus dan didihkan air kukusan. Saya gunakan pengukus lektrik je sbb malas nak gali pengukus kat dalam kabinet.
  2. Satu kan semua bahan kecuali pes dan pewarna.Putar/pukul bahan hingga sebati, adunan akan bertukar menjadi putih pucat dan pekat beralun.( memang pekat beb...)
  3. Asingkan 5 sudu adunan untuk dicampur dgn pes keladi dan pewarna ungu.
  4. Masukkan adunan tanpa warna kedalam plastik  or piping bag.Ini adalah untuk memudahkan proses masukkan adunan dalam papercup.( Adunan sgt pekatttt)
  5. Piping adunan 3/4penuh ke dalam paper cup. kemudian paipkan pula adunan warna ungu ke atas adunan tanpa warna
  6. Kukuslah hingga 15-20 menit hingga apam masak dan kembang mekar gitu



Chah...aku tau hang mesti jeles tengok kembang mekar ni kan..kan...jangan duka lara...usha tangga kejayaan kan..kan.. Dowhhh!!!

muahhhh!

Wednesday, November 23, 2011

Talam Lapis Diplomat






Hehe..angin talam la pulak...tekak orang kampun' memang susah nak ubah.Tak pun sebab faktor usia gamaknya.Makin suka kuih yang kukus kukus gitu...dah tak bewape gemo yang goreng2..minyak..kolestwol gitu..cehhh! Nama je kuih kukus...kalo dah berkilo guna santan apa kesss...




Memandangkan ada la sowang dua anak ni terkena penyakit keturunan...gemo kuih yang kukus kukus gitu..maka wajin la membuatya. Tapi talam ni agak moden. Nama pun diplomat nko...haa....ala ala urban klasik gitu.Errkkk betul ke gitu..isshhh xyah nak mengarut...Meh nak khabo, Talam Diplomat ni salah satu Wesepi Talam Chef Asma yang yummy...ChefAsma khabo bole kalo nak share so saya tepek la kat Duniaku..Kot2 la ada yg gemo jugak kuih kukus kukus ala ala jaman dolu dolu tapi moden.



TALAM LAPIS DIPLOMAT
Resepi @ Chef Asma
Sumber : Che Ann @ Dari Duniaku...

Bahan2 Lapisan Bawah

  • 250-350 kek Butter ( saya guna kek swiss roll stroberi)
  • 3 biji telur
  • 50 gm Blaccurrant @ kismis ( saya x letak sbb tak suka)
  • 1/8 tsp esen vanila
  • 150 ml susu cair
  • 300 ml air


Cara2

  1. Satukan semua bahan bahan dan biarkan sebati ( rendam) selama 15 minit.
  2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik.
  3. Kukus lebih kurang 25 minit.( Bila dah masak angkat dan cakar dengan garpu)









Lapisan Tengah

  • 70 gm  tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 1/2 tsp garam
  • 2 @ 3 biji telur ( saya guna 2 biji)
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat
  • Sedikit pewarna ( pilihan masing2)


Cara2

  1. Satukan semua bahan2 kacau rata dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak hingga naik wap
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 menit
  4. Bila dah masak cakar dgn garpu








Lapisan Atas

  • 50 gm tepung kastad
  • 150 gm gula halus ( sy guna 120gm shj sbb tak suka manis sgt)
  • 1/4 tsp garam
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100 ml santan
  • Sedikit pewarna (ikut warna kegemaran)


Cara2

  1. Ikut je cara lapisan tengah.Wase malas plak nak ulang ayat
  2. Tuang ke lapisan tengah dan kukus selama 30 minit







Tips: 
Masak lapisan tengah dan atas jgn terlalu pekat, jgn terlalu cair. Lapisan tengah saya agak kurang keras, maybe salah tengok masa ketika mengukus....huhu
Rasionalnya kenape kena cakar dengan garpu adalah supaya lapisan talam tak terpisah.
Saya terlupa nak cakar harimau kat lapisan bawah so talam lapis ni ter-cerai la sikit dengan lapisan bawah..
Tapi still bole rujuk..idak le ketara penceraian mereka...*_^

Uhhh..ngantok....nak titon dah..nite..muahhhh!


Wednesday, November 9, 2011

Talam Berlauk



  


Pertama Kali dengar nama kuih ni saya dok ingat kuih talam biasa then makan dengan lauk. Tapi bila dah tengok rupa ketawa sendiri dalam hati. Adehhh tak up to date betul... Pestaim makan masa jamuan department ketika saya bekerja di Minolta, hati terus terpikat dengan keunikan kombinasi kuih ni. Tambahan plak saya asal kuih tu ada tajuk belakang dia 'berlauk' otomatik jadi suka...Bila dah suka cam biasa akan merisik khabar wesepi la...tq  Hazlin sudi share wesepi.

Anyway resepi talam berlauk ni telah saya ubahsuai skit supaya ia menjadi igauan anak tekak saya.Ia adalah kombinasi resepi Talam ChefAsma dan Hazlin....



RESEPI TALAM BERLAUK
Sumber @ Hazlin & ChefAsma
Olahan CheAnn

Bahan2 Talam
  • 220 gm tepung gandum
  • 2 tbs tepung Hoen Kwee (saya x guna sbb xde tepung ni..)
  • 130 gm tepung beras
  • 150 gm gula
  • 2 tsp garam
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan pekat (seeloknya guna santan kotak so talam nampak putih cantik)
  • 1 liter air

Cara2 Masak
  1. Pukul sekejap telur dengan gula, kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras gaul rata
  2. masukkan air sedikit demi sedikit, gaul mesra.
  3. Adunan tepung dah mesra masukkan santan dan garam
  4. Tapis masukkan dalam periuk/kuali dan masak hingga naik wap
  5. Tuang dalam bekas  yang telah lapik plastik ( 10x10x3)
  6. Taburkan lauk atas talam then kukus dalam 30 menit





Bahan2 Lauk
  • 200 gram isi ayam ( Daging/udang/sotong pun boleh)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 11/2 sudu cili blend
  • Garam gula perasa secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Masak
  1. Isi ayam potong2 dalam 1 inci kemudian rebus seketika dengan sukatan air cukup untuk melembutkan daging ayam. andai terlebih jangan buang bole guna untuk masa menumis.
  2. Isi ayam dah lembut racik2 kecil macam nak buat serunding.
  3. Bawang merah dan putih tumbuk kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
  4. Bila sudah naik bau, masukkan cili blend, kacau seketika tunggu hingga pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak masukkan lebihan air rebusan ayam (jika ada), masukkan isi ayam yang telah diracik tadi
  6. Masukkan juga garam gula dan perasa secukupnya.
  7. Kacau dan masak hingga kering.
  8. Taburkan atas adunan talam then kukus

Hiasan
  • Bawang goreng
  • Daun Sop
  • Cili besar, buang biji dan potong kecil panjang
Lepas 20 minit kukus, baru tabur daun sop, cili dan bawang goreng. Then kukus lagi hingga cukup 30-35 minit, talam dah masak. sejukkan dulu baru potong. Seelok eloknya 3-4 jam. Kalau nak cepat sejuk bole la letak dalam peti ais...





P/ssst..agak2 kat umah ada labu sejuring, keledek sebutir dua, pastu dok tahu nok buat gapo..campur saje dalam talam ni.So nanti jadilah la talam labu berlauk or talam keledek berlauk...kan kweatif gitu..muahhh!
Kaedahnya kalo nok campur labu atau keledek tu..parut halus dulu itu labu labi, bila talam sudah naik wap kasi campur itu labu atau keledek...mudah kan...selamat beramal mencuba.

Tuesday, October 18, 2011

Apam Aiskrim



Antara apam aiskrim dengan apam dot dot, aku & anak vote apam aiskrim untuk kesedapannya. Tapi dari segi rupa ofkos apam dot dot lagi cun mengancam...dot dot la katakan sexy je..kalo apam aiskrim ni...merekah ala2 apam tepung beras...dan kerana kesedapan dan kegebuan apam ni yg hampir hampir sama level gebu cam aku maka aku selalu buat apam aiskrim dawi apam dot dot demi aku pun leh melantak sekali. Bab kanak2 riang ni...ko buat je la apa jenih apam pun deme menten balunnnn...tu yang beh..tekak universal gitu..takde nak memilih sangat.Janji ia adalah sejenis makanan maka pantas je kena balun.






Resepi ni aku jengok kat Blog Zaliana >> Jurnal rasa.Dulu hawi2 jengok blog dia...banyak jugak resepi yang aku folo..and sedap2 beb.Skang ntah kemana menghilang ye..hampir sembilan bulan blog dia sunyiii je...bagi aku dia tu dah setarap kak Ummi HSH, Cik Mat Gebu, Kak Ita masam manis...asal masak je sedap..cantikkk...untung depa dikurniakan sebegitu...tak lokek ilmu..share sgala...So nak mintak ijin kat Zaliana nak share apam aiskrim yg sedap dan sangatt gebu..kalo Cik Mat Gebu yang buat harus 2-3 kali gebu beb sejajar dengan nama..oppsss...ampunzzz...CMG jgn maraaa..kata kawan saya usik mengusik membawa bahagia..perghh dan dan tuko kata ganti nama jadi saya ekk.Sungguh bersopan...




APAM AISKRIM
Sumber @ Jurnal Rasa
Zaliana mohon ijin untuk share ekk muahhh!

Bahan A
250 gram gula castor ( ai folo zaliana guna 200 gm gula je so manisnya sedang2 aje...ewahh cam lagu dangdut iwan lakss..yg sedang 2 saje..)
1 sudu makan ovellette
3 biji telur

Bahan B
300 grm tepung gandum/naik sendiri ( aii ikut zaliana jugak guna tepung naik sendiwi
1 st Baking powder

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda ( aii guna F&N Ice cream Soda, beli botoi beso belen leh wat air sirap bandung laksss ... >_< )




Cara2
  1. Pukul A hingga kembang dan gebu mulusss gitu
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati dan gebu
  3. Adunan dah semerra arram masukkan la Bahan C.Pukul hingga mereka begitu akrab dan mesra
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Kaler la ikut kaler u all syuke..bebas...
  5. Masukkan dalam paper cup atau muffin cup..nak senang guna piping bag, tapi kalo tak ada guna sudu pun bisa bukkk....
  6. Kukuslah dalam 10 menit

*Nota kaki: kalo guna kukus biasa pastikan api besar ekk baru la apam kembang merekah << pesanan ni khas buat acik Chah yg sokmo kalo ngukus apam takmau kembang merekah...ngeh ngeh..Ala chah ko beli je la pengukus letrik kat Chef Asma tu...konherm kembang apam ko..muahhhh!




Gebu gilossss....


Selamat mencuba..muahhh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...