Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE and Happy Birthday To me







As Salam

Phiew..kembang kempis kembang kempis  hoqeyyy. Ye laa semua puji kek ai sedap..macam secret receipe beb....auchhh makin kembang la vontot ai ni. Dah la geng nyunggiters cop vontot ai ni vontot payung pasar malam...Gamaknya kalo depa tengok skang harus ntah apa plak versen vontot ai ni... Ehhh!! heyy apa citer pasal vontot ni.....apa jauh sangat lawi dawi tajuksss...

Ok..kredit to my bff datin Chah yang sudi share wesepi camno nak buat Chocolate Indulgence Cake ni. memang ma-be-les!!! Sila pegi SINI untuk melihat hasil kerja dia yang lagi berseni . Skang ni dia agak menyepi dari arena blogging sebab bz bz layan bisnes dia tu. Ada product baru tau...perghhh kebabom la Jubah hasil rekaan dan jahitan datin tu...nanti kita tunjuk ye...Now nak citer pasal kek ni. Lame ammat doh salin wesepi ni.Tapi masih belum ada jiwa nak membuatnya. Tetiba bila Myrambo tanya kek apa yang seisi umah suka makan and nak saya buat untuk besday saya. Cehhh besday sniri..buat kek sniri??? apa celop nukkkk!!! But then kalau tak kerana permintaan Myrambo...sampei skang saya tak akan mencuba untuk membuat kek ni...Chahhh!!!!! tengsss aku berjaya buatttt! ( walau ada kesilapan teknik skit..hehehe payah kalo tak sabo...) Betul la kata chah..nampak macam rumit...tapi once dah buat..not so difficult...




Kek ni saya buat hari ahad lepas yang konon-kononnya nak selebret besday saya. Celebrate in advance gitu memandangkan 19 Mei jatuh on Monday. Nak sambut wiken depan macam dah lambat sangat kata Myrambo. So sambut awal la...layannnzz.Kalau ikut rasa..ikut jiwa..makk memang seriau la nak selebret...makkk makin senja dahh ....amalan ntah kemana...huhhuh.Tapi bila ngap kek yang nyamannn ni...hilang gundah gulana. Tak caya hangpa try la buat....nahh wesepi saya kopipes dari blog Chah

Bahan-bahan (kek):
Sumber : Chah olah resepi kek span dari Blog Kak Yati so sy polo aje...haaa nampakkkk... .
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut
  • 150g tepung naik sendiri
  • 5 biji telur
  • 80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
  • 120ml susu coklat
  • 150g gula halus
  • 1 1/2 sudu besar ovellete
  • 2 sudu besar cappucino emulco
  • 3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  2. Masukkan minyak jagung, putar perlahan.
  3. Masukkan pula susu dan cappucino emulco.
  4. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati.

Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dgn suhu 170'c dan bakar kek kira-kira 20 minit kerana saya menggunakan 2 loyang bulat bersaiz 8". dan belah dua..dapat la empat keping...

Bahan-bahan white choc filling:
  • 100g compund white chocolate (Chah menggunakan brand Berry's , saya gunakan brand Colatta  )
  • 150g butter
  • 2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
  • 100g gula halus
  • 250g non dairy whipping cream (Chah gunakan brand Rich, saya gunakan brand Mauri )
Cara-cara:
  1. Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan.
  2. Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul.
  3. Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.
Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:
  • 100g compund dark chocolate 
  • 150g butter
  • 2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
  • 100g gula halus
  • 250g non dairy whipping cream 
** Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.

Bahan-bahan untuk ganache:
  • 300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
  • 300g non dairy whipping cream
  • 25g butter
Cara-cara:
  1. Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil.
  2. Masukkan butter kacau perlahan.
  3. Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya.
Cara untuk assemble kek:

Potong kek menjadi 4 keping.
Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
Ringkasannya camni
Kek-> white choc -> kek-> dark choc-> kek-> white choc-> kek-> dark choc-> ganache. Siap!





Menu sampingan kanak kanak riang order..
Layannnzz...

ok..tu citer besday saya...meh jamu mata dengan koleksi Datin Chah...







Cantik gilossss uolsss...ada telekong...tudung..eh silap shawls...memang berbaloi beli koranggg...jahitan kemass...emm memang uols kena beli la baru uols percaya...the best is telekong dia....

Nak tengok lain lain koleksi yang anggun tu sila terjah kat >>>  SINI dengan SEGERAAAAA!!!




Saturday, February 1, 2014

Red Velvet Cake - Tempahan Zana untuk Majlis pertunangan





As Salam...

Rasanya ramai yang pegi holiday kan..sempena gong xi ...gong xi. Ai jugak menten setia mendiami umah. Almaklum aaa, umahku syurgaku gitu. Lagipun ai rasa sana sini tempat percutian fenuhhh..jalan pun zemmmm...eeee tak kuasa makkk! ( ayat nak kaver la tu....poyo!!!!)

Mahap la ye...saya nok citer pasal RVC lagi.Hawi tu dah tayang RVC sempena besday owang kat towonto tu..ni RVC versen tempahan plak. Tempahan dan besday owang towonto tu sama kejadiannya..tu yang asyik nak citer pasal RVC je.. RVC ni kiwa repeat order from Kak Zana yang manis tu..dulu dia pernah order untuk anak dia bertunang. Kali ini dia order sebagai buah tangan ke Majlis pertunangan anak sedawa dia pulaksss. So dia tak kesah deco yang macam mana pun..janji RVC.Phiewww legaaa.... suke dapat kastemer macam ni..sebab saya memang tak pandai deco kek...emmm bila la nak pegi tuntut ilmu ni..asyik tak kesempatan aje..

Selalunya..bila buat RVC saya akan guna wesepi kat SINI. Tapi kali ni saya guna wesepi simple gubahan saya sendiwi...dah banyak kali buat guna resepi ni and anak anak cakap sedappp. Kali ni nak cuba try test market la plak..apa kata survey kannn..Alhamdulillah...kak Zana khabo sedap.Heeee...hoye..hoye...eksperimen saya berhasil.Wahhh cam dalam makmal plak ekk....ko ingat ni ujian amali ke CA oiiii...haishhh!




RED VELVET CAKE
Resepi : Che Ann

Bahan bahan
  • 220 gram mentega
  • 220 gram gula kastor
  • 4 biji telur ( saiz A / B )
  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara
  1. Tepung naik sendiri dan serbuk koko gaul rata dan ayak - ketepikan
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan separuh tepung yang dah bercampur dgn serbuk koko,pukul adunan hingga mesra
  5. Masukkan pula susu cair dan pewarna merah...dan akhir sekali masukkan baki tepung.
  6. Lapik loyang pembakar 9" dengan kertas kalis minyak dan oles tepinya dgn butter.
  7. Panaskan oven pada suhu 170'c. Bakar kek selama 30-40 minit ( ikut saiz oven masing2 tawww)
  8. Dah masak bio kejap dlm oven dalam 5 minit baru kuarkan..
  9. Biarkan kek dah sejuk baru lah potong bahagi bape lapisan yang anda suka dan bolehlah mendeco
  10. Saya buh topping Cream Cheese yg mana bagi saya RVC ni memang nyamannn je rasanya ber toppingkan cream cheese.

Topping Cream Cheese Frosting
500 gram Cheese ( sy guna brand tatura)
1 tsp esen vanila
1 cawan gula ising
200 ml whipping cream ( non dairy)

Pukul whipping cream tu hingga agak kental- ketepikan or masukkan dalam peti ais kejap mentara nak pukul cheese. Dah siap pukul whipping cream tu....campurkan cheese dgn gula dan esen vanila.pukul hingga cheese mesra dan creamy lembut...kemudian masukkan whipping cream tadi dan gaul hingga mesra. Dah mesra elok boleh la nak calit2 kat kek tu ikut kreativiti memasing...



Thank You Kak Zana 
muahhh!



Monday, November 11, 2013

Red Velvet Cake - Resepi versen CA - ** B'day Ea **






Salam dan selamat sejahtera semua...

Okey...okey...leleh dah ye dok la ulang tayang kacang boncit boncis pedas tu...Alaa alaaa....ciannn. Ingat nak je bio menu kacang boncis tu lama sikit.Tapi wisau lakss tetiba datang segerombolan polis dawi Toronto cawi ai...uh seremmm plak! Ai tau uncle Lee memang banyat talian hayat.Tu pasal tak berani la nak MIA lama lama...so ai kena moncolsss walau sekumit kat pondok ai ni....

This week kan final week kanak kanak riang tu skolah. Macam besa sibuk la jamuan kelas. Tapi idak ler sampei majlis prom cam anak jiwan sebewang sungai saya aka Ibu Muhsina tu...kelasszzzz  ko...ada majlis prom! Ni jamuan besa besa aje. Macam besa juga kena la bawak juadah.Ala kiwa konsep potluck aaa..Macam besa juga, kanak2 riang ni sokmo cakap last minute.Macam besa menu ulang tayang saban tahun...saya buatkan muffin aje la...errr rasa cam banyak plak word 'besa' tu ekk.. uhh stop kena sampuk pelissss!

Sementara nunggu muffin tu masak, mehla saya nak share satu eksperimen saya yang sukses!! waahhh kooo eksperimen tu...word cam kat makmal je kheenn....Ofkos kena provok skit..word kena bombastik.bawu la gempak! Elehhh gempak la sangattttt.....khennnn. Meh  meh tengok wesepi simple dan mudah red velvet Versen saya terhasil bila adik cute kat opis tu si Fazz mail nak buat sepesel lunch for our princes Iliya aka Ea. Malam tu saya just buat ikut gerak hati... ;)




RVCA- Red Velvet CA
Resepi : Che Ann

Bahan bahan

  • 1/2 cwn butter
  • 1/2 cwn gula castor
  • 2 biji telur - sy guna saiz C
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit esen vanila


Cara cara

  1. Serbuk koko dan tepung gaul rata - ketepikan
  2. Pukul gula dan butter hingga kembang, mentega nampak gebu baru masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Then pukul lagi hingga sebati, masukkan esen vanila.
  4. Masukkan separuh tepung, mixed kelajuan sederhana, kemudian masukkan susu cair dan pewarna merah, mixed lagi.
  5. Last skali masukkan baki tepung then mixed hingga semua adunan sebati.
  6. Sediakan loyang 7", lapik dasar loyang dengan kertas kalis minyak dan oles tepi loyang dengan butter.( Kalau nak nampak kek tinggi guna bekas saiz 6")
  7. Panaskan Oven dengan suhu 170'c.
  8. Masukkan adunan, ratakan dan bakar selama 30 mnt dgn suhu 160-170'C hingga kek masak.Ikut saiz oven masing2 ye...






Cream Cheese Frosting

  • 250 gram cream cheese ( sy guna tentura brand)
  • 120 ml whipping cream ( non dairy)
  • 1/2 cawan gula kastor - ikut tahap kemanisan masing2


Pukul / mixed  whipping cream hingga agak kental - ketepikan ( masuk dlm freeze dulu)
Pukul / mixed cream cheese dan gula hingga lembut sebati dan nampak creamy je...( duhhh camno nak citer bab ni ekk...) dah creamy masukkan whipping cream dan gaul sebati.
Then leh la nak deco kek...sy ni x kreatif...maka hasil deco saya simple mimple dimple ajeeee...

** adunan Cream cheese ni leh deco 2 adunan  RVCA saiz 6' 0r 7"tau...( ikut patern deco la...)

Sbb apa sy kata adunan cream cheese tu leh buat utk 2 kek..sbb sebelum tu saya dah buat RVCA juga utk kak mazni...resepi yg sama cuma sukatan yg berbeza...next saya share sukatan dlm gram plak.


Pic cilok dari FB kak mazni...sbb lupa nak snap ...
siap je zasss ulur ke bufday gegel mai pik up sendiwi gitu...

Hepi Besday both of you...
Moga terus dirahmati dan dilindungiNYA
muahhh!



Thursday, October 24, 2013

Orange Butter Cake - Sempoi Beb Resepinya...Tapi SODAP.





Salam sayang semuaaaa...cewahhhhh! sayanggg la sangat. Kalau sayang apa kes kejap ada kejap tak ade. Dah join semekut chipmore ke..kejap ada..kejap tak ada. Kannn...Ntah la, semenjak dua menjak ni masa sangat limited edition sungguh untuk saya jengok Dari Duniaku.Mood nak berblogging pun macam saham...ada masa naik..ada masa menurun. Kesian sapa yang jadi folower kat sini dan tetamu alam maya ni Asal masuk menu sama je...kannn....Tapi saya rasa kunjungan tetamu jugak tak pernah kurang....Apatah lagi menjak menu saya masuk plak  dalam Harian Metro...Pehtu my Lovely Sis Q mengakhiri blognya  untuk tahun ni dengan entry promote pasal Dari Duniaku.Fuhhhh... terkesima seketika membaca bait bait kata dari blog Sis Q. Sis...you make me cry...make me miss you so muchhhh!!!!! Siyess...saya suka singgah blog Sis Q ni sebab banyak kata2 nasihat dalam setiap luahan kesah kehidupannya. Dalam pot pet cerita pasal menu...pasal kesibukan dia..pasti akan terselit kata2 yg mampu memberi inpak kepada saya....Saya paling kagum bila dia bercerita pengalaman dalam mendidik anak anak...Tabik spring beb! Sis Q ni seorang yang dah pro bab masak masak..Main campak campak aje...konherm menjadi...tetiba dia mencuba resepi sempoi saya.Mana saya tak terkesima...huhuhu...  Bayangkan apa perasaan saya....ofkos la syahhduuu...
Sis Q, ai tetap setia tunggu your next entry...jangan lama sangat pergi ye...kangennn sama kamooooo!

Ok...we stop syahdu syahdan tu meh kita layan Orange Butter Cake petang petang ni. Perghhh...sedappp! Jiran saya ni rajin masak...rajin plak nganto kat saya. Bukak je tupperware tu bau orange...ohhh pucuk dicita ulam mendatang la kann. Kalau cake tu cake cengkerrat saya akan tengok aje la..anak anak plak yang akan excited lebih. Tapi kali ni ibu dia yang over acting kejap....ngap ngap habis ko...Sah tak akan berulang la kesah batu belah batu bertangkup tu. Selang sehari teringat ingat kek ni...duhhh tak kan nak mintak lagi kan...errr nak tanya resepi malu la plak...asyik dia je ulur makanan...aku ni dok makannn aje. Pasang strategi...suh maid pegi tanya hahahaha...nampak??? sombong tak hengat! Skang kertas resepi tu dah hilang..padan Muka!!! So sebelum saya terlupa baik tepek kat Dari Duniaku untuk rujukan masa depan. Alaaa u alls pun leh la nak cuba kann..kannn... But..siyesss!!!  2S beb! Senang & Sedap!!!!



ORANGE BUTTER CAKE
Resepi : Mak Sheren ( Jiran Belakang Umah)
* ya ammpunzzz nama jiran pun lupa..Sheren tu nama anak dia hoqeyy..and inilah sumber paling jongos pernah aku tulih
Dicuba dan olahan : CheAnn

Bahan- bahan

  • 250 gm butter 
  • 250 gm  gula - ( sape tak suka manis leh kurangkan)
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 4 biji telur gred A/B ( sy guna 5 biji sbb gred C )
  • 1 1/2 tsp kulit oren yg di parut *
  • 85 ml jus oren *

* sy gantikan dgn 80ml pati sunquick - gelojoh time tu...buah orange takde...so blasah aje..

Cara Cara

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji sebiji dan pukul lagi hingga sebati,
  3. Masukkan tepung dan mixed adunan hingga mesra dan sebati
  4. Masukkan pati sunquick, 
  5. Panaskan Oven 160-170'c. Lapik loyang pembakar dengan kertas penyerap minyak - saya guna bekas 4 segi saiz 9"x9".
  6. Bakar kek dengan suhu 160'c selama 35-40 minit ikut jenis oven masing masing.....

Tunggu sejuk baru potong.....

Amcam....senang kannn...siyesss memang senang sangat...ni saya dah olah ikut cara saya la..sebab nak tepek wesepi asal ntah mana kertas wesepi tu....adehhh..





U allsss....gebus sedap...memang layannnn je makan ni.....<<< kata adik opis saya ni si Wan Iylia & Ajib.



Sunday, September 29, 2013

Hepi besday Damia ~ Tempahan Jihan for her princes






Salamm u alls...wowww! lama acik tak jengok sini. Betul aaa kata ibu rawiwa...bukan takat sawang, macam macam ada beb. Bz ngalah kan menteri kot sampei tak singgah langsung Dari Duniaku...Haissshhh nak kata tak de citer nak share, nampak beno menipunya...senang citer memang bz campur dengan dilanda tsunami M!!! Haaa ko..kalau dah tsunami tu paham paham aje la ek. Kesannya parahhh.


Ok, tak yah melalaut panjang..kata bz kannn, so kita ringkas citer..kita masukkan citer yang mana sempat je la. Nak susun ikut atur susur galur segala kang lambat plak...jenuh nok mikir..jenuh nok ngingat hok mane dulu nok masuk sini. Mentara gambo ini yg koi jumpe..koi citer share story ni je la ekk.

Citer simple...dik Jihan ni tetiba mesej nok tempoh kek utk anok dia sambut besday kat skoloh tadika. Emmm bebudok jaman ini...sedihh ammat kalo dok sambut besday kat skoloh dgn kengkawan. Oleh kerana Jihan ni customer hok simple..dia cuma khabo nok kek, apa2 aje nak bawok skoloh anok. Kalo dia khabo nok gitu gini..koi suh aje dia tempoh ke kak Azlita....perghhhh marbeles ammat kek dia. Memang koi ternganga sokmo nengok gambo kek kak Ita te...caiyokkk caiyokkk.




Haaa...gini je rupabentuk kek hasil nukilan saya. simple je kannn.Tu pun giegil nak siapkan. Budak budak konherm suka coklat kan..jadi saya buat kek coklat moist gitu. Resepi ni saya intai kat dapur Mamasya. Dah tak terbilang bape kali saya buat guna resepi ni sebab paling senang paling cepat and anak2 cakap sedap! Tak caya??? Ishhhh meh order dengan saya...tapi kalau rajin ce u all buat sendiwi ikut resepi kat SINI. Terjah la kat sana ekk..tak sempat dah nak tepek kat sini...nak cepat..kata bz..kannn..Alaa u all klik kat situ zasss terus je kat wesepi tu. Tak yah dah kowang nak kena belek2 or selongkar dapur mamasya nak cari which one wesepi yg ai guna...ehhh ko terselit plak bahasa omputiss ekk.

Untuk topping plak..saya buh topping whipping cream je. 1 1/2 cawan whipping cream ( non dairy tau...) campur skit dgn gula...ikut manis kesukaan gitu. Pukul sampai kental...pehtu deco je la ikut  cara memasing dan buh la kaler kegemaran or ikut tema memasing...

Tq Jihan for order...muahhh!
Nite u alls...nak titon dah...moga esok kaki dah ok la...huhuhu...
Bukit Broga punye kes la ni...nak jalan pun seksa makkk....
Nak tahu apa cerrr...jangan lupa singgah sini lagi ye..
next saya akan share citer tu...
tungguuuu....
(^_*)



Monday, April 15, 2013

Blue Velvet Cake - Tempahan Ummu






Tak nak terima rasa kesian.Bila terima kesian kat saya pulak. Memang serba salah dibuatnya.Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak je situasi saya. Bayangkan pukul 12.30am rasanya dik Ummu ni call saya memohon jasa baik saya untuk buatkan kek. Kawan dia kat hospital rekues nak suprisekan kawan.Emm..baik tul kawan dik Ummu ni.Dia terlantar kat spital tapi still nak buat suprise kat kawan yang sihat bugar gitu. Panggilan diterima waktu saya baru nak layan mimpi beb...tengah berlari lari keliling taman and tuko tuko baju ala ala citer hindi gitu...si kakak gerak saya..ibu ada panggilan ni nak cakap dgn ibu..cepat la ibu....ha..err aaa..nape..dalam mamai tu capai HP

Pot pet pot pet...akhir persetujuan dicapai, maka jadi lah cake ni.Tema Chelsea katanya. Saya mana la reti bab kek yg nak deco over acting tu..so Ummu setuju hanya kaler ikut tema Chelsea sebab dia paham order last minute. Dalam banyak2 blog yg dia gugel ntah kenapa Ummu memilih saya. Habis tale conversation..dgnUmmu..cee cee tale conversation yuuu...maklum la My English Musim 2 dah start beb. Wahhh pandai Tzakiah tu ghoyat gannu..Abang AA pun ada...errr awex cikgu english tu pun ada..alaaa yang pakai sengkert pendek kat depan, panjang kat  bakang masa kat ABPH tu...isshhh x kenan  langsung aa acik tengok.Nape pakei gitu ekk.Opss sebelum saya terus mengata  awex cikgu english tu meh habiskan citer pasal BVC ni la...




Bila dah kata setuju, pehtu saya dok terpinga plak...then tanya anak saya..kak..Kaler chelsea biru camne kak..ibu tak tahu.Alaaa ibu ni...terus dia capai lappy and gugel.Saya biarkan kakak buat kajian dan saya teruskan mimpi la kan...bagus!!! Esoknya dah alang2 buat utk Ummu buat skali untuk cake besday hero hero saya. gitu la citernya..sekian...





Dan ini kek yang sempat saya buat untuk Ummu. sangat tak seni...sgt tak kreatif...sangat tak semenggah. Ummu wassap saya pic ni. Sedappppp katanya. Thanks Ummu sanggup terima seadanya...





Resepi BVC : Alaaaaa....RVC tu U all tuko jadi BVC. simple.R jadi B. Simple kannn...Tak paham??? Isshhh dik non..R tu Red, B tu biru. Haaa..dah paham? Bagus..kalau tak saya nak bagi pantun kek merah kek biru.U marah I lap u..hehehe...



Monday, June 11, 2012

Tiramisu Biscotti - Tempahan





Tiramisu Biscotti ni peberet my dotter.Tapi kali ni buat bukan untuk dia!Tempahan dari member kat opis. Thanks Shima for your order.Special untuk Mak dan Abah gitu.Maka saya membuat Kek ni dengan hati yang penuh dengan LOVE.Tapi ai bukan Dr Love tau Sis Q.Itu Lee je yg layak dapat title tu..ahakss..




Silap teknik skit.Patutnya tabur serbuk koko+nescafe tu sebelum angkat kuar dari loyang.Dah angkat kuar bawu ingat step ni. Sudahnya comot skit kat tepi tepi kek dengan serbuk koko.adehhh...



Nak wesepi kowang pegi aje kat SINI.gugel pun borre.daram u-tiup banyak tunjuk cara yang macam macam jenis.Saya amik salah satu je la...yang paling senang, yang paling simple.Sebab kalau susah buat saya malas, kalau rumit buat saya penin...;)

muahhh!

Friday, May 11, 2012

Kek Karamel Kak Yosh






' Salam kawan. Kak yosh nak order kek ko yang lorek2 cam sarang labah-labah'. Ayat sms dari Mama aka Mazura.Dah tengah malam baru baca...Alhamdulillah...tapi..dah lama saya tak buat kek ni.giegil gak la nak buat.Dengan lafaz bismillah saya mulakan acara bersilat kat dapur...:)



Haaa...bila buat kek ni..tang ni saya paling suka..kaler mengaler..lorek melorek...Itu pasal kawan saya cakap kek yang macam sarang labah labah..emm ....relevan jugak kan...layannzzz



Phiewwww....jadi jugak kek ni...alhamdulillah..dah selamat deliver by Mazura.Thanks mama. Thanks kak yosh for your order...muahhhh!

Wednesday, May 9, 2012

Tiramisu Biscotti - Order Kak Ram Lagi (*_^)





Alhamdulillah....serasi plak tekak family Kak Ram dengan Tiramisu Biscotti hasil nukilan saya..... >_<
Order kali ni sempena besday anak bujang dia. Tu yang kena tulih Hepi besday. Tapi tu la...tangan saya ni terlebih bedung gamaknya..menten bab deco..bab tulih menulih ateh kek tu sememey sememeh aje...haisshhh nak kena pegi kelas jugak ni...kena belajo deco belajo menulih ateh kek..errrkk bila ekkk ( sambil belek kalendar ni...)




Mujur Kak Ram ni kastemer yang simple mimple dimple. dok cerewet ( kalau Sis Q suka guna word ceriwis..hehe..). Dia ok aje tulisan hok sememeh camtu...janji SEDAP!  syukran..syukran.kalo aa semua kastemer cam kak Ram ni...perghhh...serramat acik..dok giegil nak buat kek.Ni asal dapat tempahan je gigeil..asal gigeil je sbb dapat tempahan... :P



Terima kasih Kak Ram hok sokmo2
repeat order dengan saya..
Muahhhh!!!

Sunday, April 29, 2012

Chocolate Cake Simple Order By Amy






Hullaweiii....tak sangka aii..ada owang berkenan dengan kek yang ai buat untuk besday Izzati. Seremmm jugak nak terima tempahan awex ni.....ye la takut anak anak komen sidappp sebab nak jaga hati ibu dia...pehtu ibu dia pun syiok sendiwi...tepek la gambo and kata kata indah anak2 kat dalam duniaku...ye la..anak puji mak mana tak kembang setaman kan..kan...Adehhh ni buat acik giegil ni..

Saya sahut cabaran tempahan ni demi nak buktikan anak anak saya tak bohong!!. Sebelum ni memang dia selalu menempah kek, kuih dan lauk pauk dari saya. Tapi kebanyakan tempahan yang saya terima dari dia adalah tempahan yang saya yakin dah memang kondifen nak buat.Alhamdulillah...good feedback dari Amy..dia cakap sangat sedap. Kek tu still lembut even letak kat darram peti'es..tak macam kek yang selalu dia beli kat kedai..kalau dah poton' belen kek tu mesti kerassss je...Phieww...lega  nyahhh!!

p/s..Thanks Amy send pic to Akak..giegil nyer pasal lupo den nak snap..faktor usia sungguh.Huhh!!



Thursday, April 26, 2012

Red Velvet Cake - Tempahan Dari EZA untuk Anniversary.






Ko memang kezaaammmm aaa EZA...Last minute....sib baik kebetulan bahan bahan nak buat kek ni ada stock. Kalau tak adehhhh...bersilat plak guwe nak ke Bake with yen tu...dah tau wamai owang tapi business hour sampei pukul 6.00pm je. Nak bisnes ke tak nak...Bukak la sampei pukul 9 malam.Idak le bisneswoman sekadar di pinggiran cam acik ni gabra bila dapat order last minute camni. Mengenangkan besfren masa kat SONY dulu saya terima..kalau tak...isshhh letih acik nak main kejar kejar dengan mamat vietnam kat Bake With Yen tu dah nak tutop pintu kedaii...huhu...


Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan...Happy 14th Anniversary Eza...Muah..muah...wahhh dah 14 tahun ye...Semoga terus bahagia, kekal hingga ke hujung nyawa. Bak kata Datin Chah, pasangan suami isteri ni macam garpu dan sudu. Saling perlu memerlukan...Sudu dan garpu itu jelas berbeza.Cuma bahan asas sahaja yang sama tapi rupa fizikal tak sama.Penggunaannya juga lain-lain.Tapi selalu berpasangan.Saling lengkap melengkapi .Dalam pinggan saling senggol-senggolan.Tongkah menongkah.Akhir sekali bila semua makanan habis, tinggal si sudu dan si garpu berkepit kepit...Indahkan...* mentang-mentang asyik dok kat dapur, perumpamaan pun alat alat yang berkaitan dapur...



Tuesday, March 6, 2012

Tiramisu Biscotti - Tempahan Dari Kak Ram





Thanks kak Ram...sokmo order dengan saya.
Hiasan simple je sebab kata kak Ram saje beli untuk santapan keluarga.


Next order lagi ye Kak Ram.muahhhh!

Sunday, March 4, 2012

Kek Tiramisu...Biscotti





Entah bape kali buat kek ni pun dok ingat . Feberet anak dara saya yang sulong Izzati, sama plak citarasa dengan ibunya ni.Like mother like doter gitu...ahakss.Tapi rambo pun suka..Shazriena suka..Fariesha pun suka..issshh konklusen semua suka la..senang citer...Eh cop!ada yang tak bewape suka. Anak2 bujang saya Azrul,tak bewape nak berahi makan kek ni.. tapi si bongsu tu Izham makan la jugak...cuma idak le sepulun cam Izzati tu...selang 2 hari dah bertanya lagi...apa celoppp...asyik nak buat ni je..isshhhh..saya plak rasa muak dengan bau cheese (kononnn!!!)




Tak sangka makk...wupanya senang jugak buat tiramisu biscotti ni.Kalau gugel sana sinunz ada yg buh telur..ada yang tak letak...ada yang campur ngan mascarpone cheese ada yang tak.So ikut kesukaan masing-masing  la kan..tekak masing masing...tapi saya dah pernah cuba resepi yang takde telur,yang ada telur, yang guna cream cheese sahaja, yang campur ngan mascarpone cheese...dan hanya guna mascarpone cheese sahaja...Konklusen...original resepi Italian desert ni sangat mengancam rasanya kalau guna mascarpone cheese.Semengancam harganya la mak jemaaahhh oiii..tu pasal tak kuasa mak nak layan anak dara mak tu yang selang 2 hari dah rekues tiramisu...Kalau mak ada kilang mascarpone ok la...kan..





Bila dah cuba kejap wesepi yang itu..kejap wesepi yang ini..maka tiramisu biscotti kali ni saya telah meng' combine' kan mengikut bahan bahan yang ada kat umah. Habiskan saki baki cheese masa buat kek red velvet  tempahan dari Kak Anum..Maaf la bukan nak derhaka cuma tak nak membazir..itu je...sumpahhh! tak de niat lain memang selalu derhaka nak habiskan stock cheese..betullll..




TIRAMISU BISCOTTI
Sumber & Resepi : Youtube & Joy of Baking
Olahan : Che Ann @ Dari Duniaku...

Bahan2

  • 1 bungkus ladyfinger - guna dlm 2-3 paket - anggaran je ikut saiz bekas/loyang memasing tau
  • 125 gram cheese philladephia
  • 125 gram mascarpone cheese
  • 3/4 cwn gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 240 ml whipping cream
  • 2 sudu besar nescaffe
  • 300ml air suam
  • sedikit esen vanilla ( nak ganti jus lemon )
  • 2 biji buah stwobewi untuk hiasan ( alaaa...lebih2 yg kat darram peti'es je..)



Biskut ladyfinger

Cara2

  1. Pukul whipping cream jadi gebu - simpan darram peti's jap
  2. Dua dua jenih cheese tu bio kat suhu bilik then pukul hingga kembang or lembut or semerra arram
  3. Pastu masukkan gula dan pukul hingga mesra.
  4. Telur masak secara 'double boil'.Alaa yang macam nak cairkan cenggkerat tu..periuk bawah masak air..atas tu kita masak la telur tu.
  5. Telur dah masak masukkan dalm adunan cheese , pukul / gaul hingga sebati, masukkan esen vanila plak
  6. Ambil whipping cream dari peti'ess masukkan dalam adunan cheese, gaul hingga sebati dan mesra.Guna spatula je pun tak pe..kalau tak de spatula, senduk kayu pun bole apa. Tak yah runsing nak pegi bake with yen ke..yummy ke..baguss ke nak cari spatula....keyyy..



Harga benda ni buat sesak napas mak jemaahhh


Proses Melapis

  1. Guna la loyang yang loose base or springform kalau ada..kalau takde pun jgn susah hati jugak.lapis je bekas tu dengan plastik supaya senang nak angkat...tak lapik pun tak pe...takde hal babe.
  2. Bancuh nescafe dengan air suam..celup satu persatu semekut ladyfinger tu then susun la sebaris demi sebaris hingga penuh kawasan.
  3. Dah siap susun, ambil adunan cheese tadi lapis atas biskut hingga rata.
  4. Ulangi proses lapis biskut dan cheese hingga habis/muat kat bekas tu...
  5. Simpan dalam peti'ess..
  6. Agak2 dah lebih 4 jam borre aa kuokan dawi peti'ess, tabur plak serbuk coffee ke..koko ke kat permukaan kek.saya tabur je nescafe...itu je yg ada..senang.




Lapisan bawah terlebih celup aaa...agak basah sikit.Tapi ada depa kesah...dah pakat dok keliling nak ngap.Nak snap gambo pun tak senang....terganggu emosi tau...ilang skill mak jemahhh...ngeh ngeh..

Wednesday, February 29, 2012

Kek Karamel utk Arin



Last wiken member yang sama2 berjuang, yang sama2 mengharungi suka duka kat Sintok nun buat majlis kesyukuran.Alhamdulillah..semakin maju kawan ku yang sangat lemah gemalai bila berkata-kata tetapi sangat tegas dan komited dengan kerjayanya.




Huhh..kawan2 lain sungguh sibuk...ingatkan dapatlah beramah mesra dengan rakan2 seperjuangan kat sintok tu..aiseyyy...sowang pegi kaybee..sowang balik bota..sowang yg asal orang klang tu dah ada agenda..emm..ingatkan acik sowang yang bz sana sinunzzz...rupa2nya kawan2 saya laaagiiiii bz. Tak tau nak bawak apa pegi umah arin ni..so sebagai buah tangan, saya bawak la kek karamel ni. Hehe..mesti u all nyampasss kan...asyik2 kek karamel aje..Bukan apa..kek ni memang nampak rumit tapi bahan2 nak merealisasikan kek ni sangat senang dan sokmo ada je setok kat umah ni..apalagi zassss...




Perkara yang paling menggembirakan saya..kek simple ni sangat digemari oleh Arin...muahhh! thanks dear..

Friday, December 30, 2011

Kek Lapis Pandan




 
Hoye..hoye...besttt gilerrr. saya berjaya membuat kek feberet saya.fuhhhh! setelah sekian lama akhirnya....Dolu2 kalo selak2 majalah ada wesepi kek ni..tewus salin. memang tingin sangat nak buat.Tapi mengenangkan jaman bawu2 kawin, oven pun takde, tengok bahan2 nak buat kuih tu pun wase jongosss je.memang tak tercapai dek akal tang mana nak cawi bahan buat kek. Itulah jaman jahiliah saya bab memasak. Walaupun sekawang menten dalam jaman jahiliah lagi..tapi dah penghujung jaman la...maybe 2-3 tahun lagi akan keluar dari jaman itu..hehe

 
Selalunya semua wesepi yang saya salin atau potosetat hanya akan jadi ku sandarkan pada kenangan la jawabnya. Cukup masa babaiii...pehtu salin lagi...pehtu buang.. Terbaru wesepi kek ni saya copy dari majalah masakan August 2011. Tapi masih belum ada kesempatan nak mencuba. Hati ini melonjak riang bila jenguk blog peberet saya tu buat kek ini. Yessss! saya terus bersemangat utk buat kerana saya yakin wesepi yang rakan saya paparkan ini pasti menjadi. Sebab dia memang master dalam bab memasak. tak caya pegi jengok blog dia kat SINI. Haa..dah tengok? Hebatkan dia... sehebat hatinya yang baik tu...Berperwatakan kecoh tapi berjiwa lembut dan sentuhan tangan yang halus untuk setiap masakan, jahitan dan sulaman.


 
KEK LAPIS PANDAN
Sumber : Bila Chah Ke Dapur

 
Bahan2 Kek
Sumber dari kak Yatie
  • 5 biji telur ( saya guna 4 biji sbb telur kecik: saiz D.dah itu je yg ada time nak buat :( )
  • 150 g gula halus ( sy ikut sukatan chah 90 g )
  • 2 sudu besar ovellet ( sy ikut sukatan chah- 1 sudu )
  • 150g tepung naik sendiwi ( saya guna 100g )
  • 80ml minyak jagung ( saya ikut sukatan chah - 50 ml )
  • 80ml susu ( saya guna 50ml santan yg dah perah dengan daun pandan )
  • Pes pandan ( saya tak guna )
  • Secubit Garam

Cara2
  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.Kemudian masukkan ovellet dan pukul lagi hingga adunan kembang dan gebu sesangat macam nak buat bahulu tu..tapi lagi gebu sebab bubuh ovellet
  2. Masukkan minyak jagung dan putar perlahan lahan adunan.
  3. Minyak dah sebati dengan adunan masukkan santan dan putar lagi perlahan lahan hingga adunan sebati
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan garam.Putar lagi hingga adunan betul2 sebati dan mesra.
  5. Lapik loyang dengan kertas minyak dan bakar - saya guna saiz 7" @ 18cm
  6. Bakar kek pada suhu 160-170'c. saya preheat oven 5 minit dgn suhu 160'c baru bakar kek.
  7. Tempoh bakar kek dalam 35-45 minit. saya bakar dalam 40 minit.



 

Bahan2 Kastad
( Saya ikut sukatan chah sbb memang nak kastard tu lebih...)
  1. 1200 ml santan ( saya perah santan campur skali dgn daun pandan-blend ). Boleh juga guna susu cair dan campur dengan pes pandan
  2. 1 cawan gula
  3. 100 g tepung Heon Kwee
  4. 7 g serbuk agar-agar
  5. sedikit esen vanila ( saya tak letak )
  6. Secubit garam

 
Cara2
  1. Campurkan semua bahan, kacau hingga adunan sebati dan gula dah hancur
  2. Tapis dan masak la dengan api sederhana
  3. Ketika proses memasak pastikan anda sentiasa kacau ye..nanti kastad ketul2 u..tak cantik la.
  4. Masak hingga pekat dan naik wap - ala2 mcm buat talam jugak 

 Bila dah masak pekat bole la start proses melapis kek.

 

 
  
Proses Melapis Kek
  1. Sebelum masak kastad, pastikan anda telah potong kek dahulu. Sebab kastard ni cepat sejuk dan keras. so kena buat pantas skit.
  2. Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.
  3. Letak lapisan pertama kek di dalam springform ( tapi saya tak ada loyang sringform so saya guna loyang yang dasarnya bole di tanggalkan.) Tuang kastard di atas lapisan pertama kek hingga menutup permukaan kek.
  4. Kemudian amik lapisan seterusnya dan ulangi proses yang ke 3.sampai semua lapisan kek habis
  5. Akhir sekali tuang lapisan kastard hingga penuh ke permukaan loyang
  6. Masukkan dalam peti'es selama 3-4 jam, poton pehtu ngap la...

 
Yummy...memang sedap dari beli kat kedai  wa cakap lu...lau tak caya cuba la buat...
Note utk pemilik Blog Bila Chah ke Dapur"
CHAH!!!!! Memang sedap banget kek ni. I lap u..muahhh!  
 
 
Pstt..psttt..tolong ye..jangan pandang pada rupa. Tolong abaikan lapisan yang senget benget tu. tangan tak bendung gini la jadinya..huhu tolon'....tolon'...bantu saya bagi tips camno nak poton' kek tu samaaaa je. rasa nak pinjam je tangan kak Ita Masam manis tu..Kak Ita tu sungguh halus sentuhan dia. Kalau poton' kek sama jeee saiz ketebalannya. Aku...Pastu kek ni nampak hijau banget. nak wat camno daun pandan yg saya gunakan sangat tua dan sgt hijau. tu yang kaler kek ni mcm terlebih kaler plak ekk..So what?? ada aku kesah? janji sedapppp dowhhh! opsss...jadi boboi laksss...hehe ala  tomei tomei...
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...