Monday, May 18, 2015

Pau Gebusss gebass





Salam semua

Benonya saya dok menyusun ayat untuk entry Hari Guru. Tapi hati dan jiwa lebih kepada nak share pasal kuih pau yang saya buat semalam. So entry Hari guru tu save kat draft dulu la ekk. Lepas citer pasal pau ni bawu sambung balik.Ewah ewah tetiba sakan plak nak hapdet belog. Semoga angin R yang bertiup kencang ni akan terus bertiup tanpa henti. Bio la sepoi sepoi bahasa pun..janji menten angin R tiup saya kan. Harap uolss nak seru saya memang idak lerr..hikhikhik

Si bongsu Izham ni memang minat sangat dengan kuih Pau. Bila angin M serang saya tatkala tak ada idea nak buat bekpes apa...dia mesti ajak saya beli kuih pau. Saya jarang ikut kemahuan dia sebab saya rasa kuih pau yang saya buat lagi lembut..lagi gebusss dari pau yg beli kat gerai2 jual nasi lemak tepi jalan.Nammpakkk...betapa sombong dan eksen nya saya. padahal selama saya buat kuih pau ni... allaahh...kadang tu lagi hampehh dari yang beli. Tapi...tapii..tapiii just nak khabo...semalam pau yang saya buat sangat menjadi..sgt gebus lembut..even dah sejuk. 20 biji saya buat skali hadapp je...itupun ada suara suara ckp x cukup...perghhh kembang vontot ibu ni..anak2 cakap sedap.Saya boleh simpulkan kan sini..sepanjang saya mencuba buat pau...ini lah hasil yang terbaik.

Resepi ni rasanya saya salin from FB..orang tu share..orang ni share.saya salin kat note kecik je...xde plak salin empunya resepi sebab tengok bahan lebih kurang je dengan resepi resepi sebelum ni. Yang buat saya berminat nak salin and cuba sebab guna sukatan cawan je..tak payah nak timbang timbang.Hehe saya alergik skit kalo wesepi timbang timbang ni..terus gen gen M dalam badan akan aktif. ( Sesungguhnya CA awat la hidup ko penuh dengan alasan ekk << tetiba macam ada bisikan ni kat tinga saya...uolss dengar tak?? Takk!! ohh saya soram  je...ok! )

Untuk Yang Share resepi ni...tq tq..halalkan ye..now saya tepek kat Dari Duniaku untuk rujukan saya dan maybe ada member alam maya nak cuba....saya hanya salin resepi...tapi cara uli adunan ini olahan saya dan ada bahan yang saya tambah ikut kesesuaian saya. Bukan derhaka tapi improvise sikit la...2nd time buat bawu dia sangat menjadi.





PAU KACANG MERAH

Sumber : FB ( x sure sape punyer..mohon halal ye..)
Olahan : CA Dari Duniaku...

Bahan2

  • 2 1/2 cawan tepung high protein ( saya guna tepung gandum cap kunci je)
  • 1 sudu kecil yis 
  • 4 sudu besa gula ( saya guna 2 sudu besar gula)
  • 2 sudu besar susu ( saya tambah)
  • 1 sudu besar minyak sayur ( sy guna shortening)
  • 1 sudu kecil softner ( saya guna dough softner)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan air suam ( saya tambah sedikit ketika menguli)


Inti 
kacang merah/kelapa/ayam kari/ apa jua inti kesukaan anda


Cara caranya


  1. Campur susu dan gula dgn air suam.kacau hingga gula hancur dan masukkan yis.kacau then biarkan about 8-10 minit - sehingga yis kembang berbuih.
  2. Sementara tunggu bahan yis kembang, satukan bahan lain dan gaul hingga mesra
  3. Setelah yis kembang, masukkan dlm bahan kering tadi.
  4. Uli hingga doh elastik. Kalau ikut resepi asal 1/2 cawan air tu adunannya agak keras dan sukar dan liat utk diuli tangan. Jadi saya tambah sedikit lagi air ketika dalam prosess menguli adunan. (proses uli take about 8-10 minit. Lagi lama lagi bagus.Tapi saya buat dlm 10 minit je..wisau lengan jadi sado plak...hilang "ladylike" ai nanti..)
  5. Bila adunan dah lembut dan elastik tutup bekas adunan dan biarkan naik 2 kali ganda.( saya masukkan dlm oven yang sy dah preheat awal2. bio kan dlm oven tu dlm 15-20 mnt sbb sy malas nak tunggu lama...nammpakk dalam badan memang penuh dgn gen M.Harap maklum)
  6. Bila adunan dah naik...uli lagi nak bg angin keluar tp ni uli2 mesra je...takyah briya sangat...
  7. Lepas tu boleh la bulatkan dan isi inti kegemaran dengan saiz pau pilihan masing
  8. Biarkan lagi pau tu mengembangkan dirinya selama 15-20 minit ( sama prosess nak kembangkan adunan..saya masukkan balik dlm oven td..)
  9. Kukus pau selama 7-10 minit...kalau nak buat frozen kukus pau dlm 5 mnt sahaj...angkat..dah sejuk masukkan dlm plastik letak kat bahagian feezer. bila nak makan kukus je terus 3-5 mnt..


Selamat mencuba muahhh!
Psstt..gebusss kann hehe



2 comments:

Faizahanum Mohd Shohari said...

uihhh... dapat merasa kegebuannya.
boleh try ni:-

Amelia said...

Hi Sweetie, apa khabar? Lama MIA? Pau gebu yang sedap tu hantar sikit kat JB. hehehe....
The pau that you buat very nice and smooth, aku suka makan kulit pau. Peel makan sikit sikit then only makan the pau. hahaha....

Tom yum santan aku dah habis, tunggu you lama tak singgal? Lain hari masak lagi hantar by poslaju. :))

Have a nice weekend, with lots of love.
Amelia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...