Sunday, November 24, 2013

Siakap Rebus Tomyam Berhalia





As Salam dan selamat sejahtera semua.

Isshh..tersilap aa.Semalam terciter pasal menu minum petang dulu plak. Ni langkah bendul namanya. Patut masuk citer menu lunch dulu. silap..silap...Tapi tak berdosa pun kan..masuk citer yang mana dulu pun.Alahhh bukan ada owang nak amik markah ke hape. Itu pun kecohhh aaaa. Besa la, dalam idup ni kadang kala apa yang dipikir kat kepala tu tak sama dengan kejadian sebenar. Alaaa macam kita nak cakap benda lain tapi mulut tercakap benda lain. Normal kann...bukan perkara pelik pun.

Ok jimat masa, jap lagi nak buh baja kat bunga bunga ai yang semakin mewajuk tu. Melidi aje..berbunga pun tak mau. Tuannya jugak yang semakin hari semakin subur montoksss....uhuk2 ( Hanya sedih di bibir hoqeyy..xde pewasaan nak diet pun..cehhh! ) Lunch masak ikan siakap rebus tomyan berhalia gitu.Haaa ko..panjang tajuk masakan ni. Jenuh gak nak pikir nak bagi tajuk apa sebab main blasah je benonya. Kering idea nak masak apa.Jemu dah asyik masak masam manis. Kena tuko masak ke arah kesihatan la wehh. Kata nak slim..kata nak sihat..khenn. Umur dah cecah 4 siries ni..kena la sedo diwi. Emmm...jaga kesihatan la sangatttt!

Isshh..kata nak cepatt.sempat lagi ngomel.Memang berjangkit dawi Sis Q ni..huhu bukan jangkit..tapi winduuuu kat sis Q.Sebab windu tu la dah jadi macam dia...Cehhh! Alasan lagi....

SIAKAP REBUS TOMYAM BERHALIA
Resepi : Che Ann

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan siakap - sederhana besar
  • 1 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 3 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 biji lada besar
  • 1 biji limau nipis - perah amik jus
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya ikut saiz ikan


Cara cara

  1. Ikan siakap basuh dengan asam jawa or cuka nak hilangkan hanyir - ketepikan
  2. Tomato belah 6 ketepikan
  3. Racik semua bahan dan masukkan dalam air kemudian masak
  4. Air rebusan dan mendidik baru masukkan ikan, garam gula dan perasa secukupnya
  5. Perlahankan api, masukkan perahan jus limau nipis,dan tomato.
  6. Rebus hingga ikan masak dengan api yang sederhana...supaya semua rasa bahan2 tu meresap ke isi ikan...
  7. Angkat dan taburkan daun sop or daun bawang sebagai hiasan diatasnya.


Semmpoiiii.....


Dahhh..ai nak tuko unipom kebun sattt...nak membaja gitu..nanti matahari dah tinggi panasss..hitammm plak ai

Bubaiii....muahhh! selamat berhujung minggu.


Saturday, November 23, 2013

Donut Keledek






As Salam dan salam sejahtera

Apa khabar u alls? Moga sihat sokmo disamping family.Masak apa  hari ni..wiken kann..sure macam-macam menu kan.Macam biasa owang keja cam saya ni bila wikenje  macam-macam menu nak masak.Kononn....Bukan takat masak..wiken la nak belek pokok bunga..kebun la..nak bagi baja la..macam-macam. Sudahnya..seme tu hanya list dalam kepala...bila wiken menjelma....rasa macamm behhh je rasa macam syiokkk je..golek golek atas katil..hehehe...Tapi tu la, ku sangka leh golek sampei ke petang wupanya petang petang kena wat menu minum petang la. Kanak kanak wiang kan coti skoloh. Palehh, betui ammat bak kata kakak Izah muffin tu. Bebudok ni, time coti skoloh ni laaa time deme melantak sesaje. Izahhh, anoka kok deme te, lebih se je dgn koi..ketnya lebih kuwang wehh...koi menten bersilat sokmo kat dapur time wiken..huhu.Layannnzzz sape suh bewanok bebanyok ekekeke...

Today I buat donut keledek you...si bongsu tu lerrr..dok nyebut nak donut...nak donut..isshhh x senang ibu nak tengok citer kowea..( apa punyer ibu la cammni...khennn). Tengok ada keledek oren te sebiji saya balun buat donut la.Dari keledek tu terbiar je kat  dapur.Ce meh kita buat donut kan…konherm sedap.Macam biasa, saya guna resepi asal donut kat SINI. Olah serba sedikit untuk menjadi mantop hehe.Hasilnya…memang berbaloi. 





DONUT KELEDEK
Sumber Asal: Hasue & Kak Yatie
Olahan dari: CheAnn @ Dari Duniaku…

Bahan bahan

  • ½ paket mauripan (yis segera)
  • 1 susu besar Gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 80-100ml air suam
  • ½ sudu besar majerin/mentega
  • ½ sudu besar shortening/lemak sayur ( mentega putih kalo diindon ya ibuk-ibuk…hehehe)
  • 1 biji telur gred C or D dah ler..gred A kang kena guna separuh je..tapi boleh je gred A, amik telur kuning je..yg putih xyah letak.
  • Secubit garam
  • 200 gram  keledek oren tu (anggaran..lupa nak timbang..sowii) rebus/kukus dan lenyek halus
  • 350 gram tepung gandum




Cara cara

  1. Campurkan yis, susu, gula majerin Shortening and air suam dalam satu bekas yg muat untuk menguli adunan.
  2. Gaul sikit dan biarkan dalam 5-10 menit hingga yis mengembang
  3. Masukkan separuh tepung gandunm dan kacau ikut satu arah sahaja
  4. Masukkan telur yg telah dicampur dengan garam.Gaul rata..kemudian masukkan keledek lenyek
  5. kemudian baru masukkan belen tepung.
  6. Uli adunan hingga mesra dan mungkin still agak melekat...xpe...ayak tepung sekeling adunan dan perap adunan dalam 15-20 minit je.
  7. Terap or bentuk kan la donut anda ikut bentuk kegemaran
  8. Panaskan minyak dan goreng la donut dengan api yang sederhana panas..supya donut masak cantik.garing diluar lembut gebus didalam..


** psst kalau adunan agak melekat, masa nak bentuk tu tabur tepung supaya tak melekat.



Dok ngap ngap makan donut ni..saya tingat Uncle AL. Dulu dia pernah cakap ( eh x cakap..tulih kat komen dolu dolu punyer N3 ) yang dia suka makan donut. Emm kalau dia dok dekat..harus saya anto la sepiring kat dia..hehehe..

psttt..Uncle AL, saya dah tolon' makan pihak uncle..tu pasal badan saya dah macam donot..montokssss..

Monday, November 18, 2013

Pancake Porridge aka Bubur Lempeng.. Ha Ha Ha!


Salam dan selamat sejahtera buat semua...




Andai di imbas memori zaman kanak kanak hingga remaja, seingat saya, setiap tahun...hari pertama bulan ramadhan semasa arwah abah ada...menu ini tak pernah miss. Setiap tahun...hari pertama...mak dengan penuh rasa cinta akan masak menu ini. Tak perlu tanya tak perlu bersoal jawab....menu ini tetap menjadi pilihan utama. Dan seingat saya, ketika saya di kampung saya la pembantu wajib yang akan menggunting lempeng ni nak buat bubur.Pasti!! Haha...kowang mesti gelak sakan kannn..tajukssss x tahanzzzz. Omputis habiss! Ye la..saya takut kawan saya nunnn kat toronto tu tak tau plak apa tu 'lempeng'. Silap silap jadi lempang plak..rabannn!

Untuk sekian lamanya....tiba tiba saya rasa saya terlalu teringin untuk makan bubur lempeng ni. Mentang mentang la hawi ni posa...nak jugak wase menu burran posa.ngade!Seingat saya, sepanjang saya dapat title isteri dah 15 tahun...tak pernah sekali pun saya buat bubur lempeng ni. Ntah mimpi apa tetiba rasa teringinnnn sangat nak makan. Mungkin rasa rindu pada arwah abah...dan mungkin selepas abah pergi mak tak pernah buat bubur lempeng ni lagi....Paling tragis, selama ini saya tek pernah tengok..tak pernah tanya macam mana mak buat bubur lempeng ni. Saya hanya tahu mak dah suakan gunting dan lempeng yg dah sejuk untuk saya gunting. Dah siap gunting takde langsung daya usha nak tengok atau tanya.Tau tau dah siap...tinggal ngap je masa berbuka. .bagusss kannn!!!! 

Errr...takkan nak call mak plak. Hawus syahdu syahdan plak dia. Dengan penuh  yakin dan kondifen saya main tarammm je...hasilnyaa....moh..moh tengokkk ni...step by step ai buat tawww..Balik keja zasss bersilat kat dapur taww..ok memula kita tengok wesepinya dulu.




BUBUR LEMPENG
( duhhh...x glamer langsung nama.)
Resepi : Che Ann @ Dari Duniaku..

Bahan bahan

  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu kecil majerin
  • Air secukupnya
  • 2-3 Helai daun pandan
  • 1.5 - 2 liter  Santan 
  • Gula secukup rasa
  • Secubit garam untuk menaikkan rasa lemak bubur






Cara cara

  1. Tepung dan majerin gaul mesra..masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
  2. Canaikan doh hingga leper cam lempeng.
  3. Oleskan sedikit minyak pada kuali leper dan goreng la doh yg telah dicanai.
  4. Goreng hingga dua dua bahagian kuning kekuningan
  5. Dah sejuk gunting kecil kecil hingga habis
  6. Masak santan dengan api sederhana. Masukkan gula garam dan daun pandan.
  7. Sentiasa kacau santan agar santan tidak pecah minyak
  8. Santan dah naik wap masukkan la lempeng yang telah digunting tadi
  9. Kacau hingga santan mendidih, tutup la api dapur





Enak di makan sejuk untuk tekak saya.. Dan rasa bubur ni..ala ala bubur caca je beb! Tapi bagi saya lagi sedapppp dari bubur caca. Tak caya..cuba la buat. Buh dalam peti ais...ya Allahhh..nyamam beb masuk tekak... amcam? ada brannn nak cuba? senang je kan...5 step je dah siap.. atas tu saje je buh pi bebanyok bio nampok banyok je koi nuleh kat pondok ni...nulehh ke???? taip wehhh..


Haa...ai close up sikit...
kasi teruja.
Muah!


Monday, November 11, 2013

Red Velvet Cake - Resepi versen CA - ** B'day Ea **






Salam dan selamat sejahtera semua...

Okey...okey...leleh dah ye dok la ulang tayang kacang boncit boncis pedas tu...Alaa alaaa....ciannn. Ingat nak je bio menu kacang boncis tu lama sikit.Tapi wisau lakss tetiba datang segerombolan polis dawi Toronto cawi ai...uh seremmm plak! Ai tau uncle Lee memang banyat talian hayat.Tu pasal tak berani la nak MIA lama lama...so ai kena moncolsss walau sekumit kat pondok ai ni....

This week kan final week kanak kanak riang tu skolah. Macam besa sibuk la jamuan kelas. Tapi idak ler sampei majlis prom cam anak jiwan sebewang sungai saya aka Ibu Muhsina tu...kelasszzzz  ko...ada majlis prom! Ni jamuan besa besa aje. Macam besa juga kena la bawak juadah.Ala kiwa konsep potluck aaa..Macam besa juga, kanak2 riang ni sokmo cakap last minute.Macam besa menu ulang tayang saban tahun...saya buatkan muffin aje la...errr rasa cam banyak plak word 'besa' tu ekk.. uhh stop kena sampuk pelissss!

Sementara nunggu muffin tu masak, mehla saya nak share satu eksperimen saya yang sukses!! waahhh kooo eksperimen tu...word cam kat makmal je kheenn....Ofkos kena provok skit..word kena bombastik.bawu la gempak! Elehhh gempak la sangattttt.....khennnn. Meh  meh tengok wesepi simple dan mudah red velvet Versen saya terhasil bila adik cute kat opis tu si Fazz mail nak buat sepesel lunch for our princes Iliya aka Ea. Malam tu saya just buat ikut gerak hati... ;)




RVCA- Red Velvet CA
Resepi : Che Ann

Bahan bahan

  • 1/2 cwn butter
  • 1/2 cwn gula castor
  • 2 biji telur - sy guna saiz C
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit esen vanila


Cara cara

  1. Serbuk koko dan tepung gaul rata - ketepikan
  2. Pukul gula dan butter hingga kembang, mentega nampak gebu baru masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Then pukul lagi hingga sebati, masukkan esen vanila.
  4. Masukkan separuh tepung, mixed kelajuan sederhana, kemudian masukkan susu cair dan pewarna merah, mixed lagi.
  5. Last skali masukkan baki tepung then mixed hingga semua adunan sebati.
  6. Sediakan loyang 7", lapik dasar loyang dengan kertas kalis minyak dan oles tepi loyang dengan butter.( Kalau nak nampak kek tinggi guna bekas saiz 6")
  7. Panaskan Oven dengan suhu 170'c.
  8. Masukkan adunan, ratakan dan bakar selama 30 mnt dgn suhu 160-170'C hingga kek masak.Ikut saiz oven masing2 ye...






Cream Cheese Frosting

  • 250 gram cream cheese ( sy guna tentura brand)
  • 120 ml whipping cream ( non dairy)
  • 1/2 cawan gula kastor - ikut tahap kemanisan masing2


Pukul / mixed  whipping cream hingga agak kental - ketepikan ( masuk dlm freeze dulu)
Pukul / mixed cream cheese dan gula hingga lembut sebati dan nampak creamy je...( duhhh camno nak citer bab ni ekk...) dah creamy masukkan whipping cream dan gaul sebati.
Then leh la nak deco kek...sy ni x kreatif...maka hasil deco saya simple mimple dimple ajeeee...

** adunan Cream cheese ni leh deco 2 adunan  RVCA saiz 6' 0r 7"tau...( ikut patern deco la...)

Sbb apa sy kata adunan cream cheese tu leh buat utk 2 kek..sbb sebelum tu saya dah buat RVCA juga utk kak mazni...resepi yg sama cuma sukatan yg berbeza...next saya share sukatan dlm gram plak.


Pic cilok dari FB kak mazni...sbb lupa nak snap ...
siap je zasss ulur ke bufday gegel mai pik up sendiwi gitu...

Hepi Besday both of you...
Moga terus dirahmati dan dilindungiNYA
muahhh!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...