Thursday, February 6, 2014

Apam Palkadot, Cara berlauk tempahan Majlis Nikah Ain





As Salam.

Angin lemau nak blogging sokmo melanda dalam diri.Ntah nape ntah...penyakit M sokmo datang. Saya memang kagum dengan Sis Q tu...dengan ke 'bz'an dia tu..sempat sokmo nak hapdet belog.Saya ni...ya ammpunzzz sokmo sokmo la virus M serang saya..ehh kena sampuk word sokmo ke..dok ulang word sokmo....kalau owang belah timur taula sokmo tu hape...kann..kannn..sokmo ni sama erti dengan selalu..ikut pada ayat jugak la...tu la Malaysia, mewah dengan bahasa..mewah dengan dailek.

Kesah apam palkadot dengan cara berlauk ni kesah bulan lepas pun..kira end month gitu..bak kata sis Q..gambo segala dah ada dalam draf..sayang plak nak delete.Teruskan la...leh gak selitkan kenangan Majlis dak Nurul Ain ni. Adik manis satu opis dengan saya (dulu).Dia ni PA GM.sebelum dia masuk saya la PA..saya la Planner..saya la purchaser..Haaa kooo...banyak JD ai..tapi gaji satu je..grrr grrr...
Benonya Ain ni order kek coklat dengan cara berlauk untuk malam nikah, apam palkadot dan creampuff hari majlis sanding.tapi apam palkadot je yang ada dalam HP lagi dua tu ntah mana..dah kena delete kot. Gambo cara berlauk plak saya gali arkib dalam lappy ni. Resepi apam palkadot tu u olls pegi la terjah dapur Mbak Hana nak tgk original wesepi dan sumber nya...yg ni udoh kena adjust sikit oleh saya..tapi cara nak adun tu caya kopipes dari Hana je..hehehe

APAM PALKADOT

Bahan-bahan

  • 3 biji telur 
  • 270 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus -
  • i cawan susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.

Gambo lama..
Gali kat Arkib
untuk wesepi terjah SINI ye..


Mehh layan gambo perantin dan sewaktu dengannya..
Banyak aksi benonya tapi ntah nape xleh masuk kan dalm lappy plak.
Credit to Shafizan..potoghraper and kawan2 yg wasap gambo..


Ini la dak Ain tu...
Malam nikah.cantikkkk kannn



Ini hari persandingan...
serba biru..my peberet kalerr...sukeee



2nd versen kawan sepejabat yang bergambo dengan perantin...


Haaa....acara bersanding dah habis..
apalagi..kami plak aa pakat posing...dah jadi cam majlis kami..


Jibby and twins dia..
Ehemm..I polo tema perantin..biru gitu
auwww..



Uhh..lamaaaaa tak pegang baby
wase kekok plak..
Ni kiwa cam cucu dah wehhh..sbb ayah dia panggil saya ibu..
Ohhh...saya dah jadi nenek..
auchhhh..


Untuk Nurul Ain dan Zaidi...
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal bahagia hingga ke jannah
Muahhh!



Saturday, February 1, 2014

Red Velvet Cake - Tempahan Zana untuk Majlis pertunangan





As Salam...

Rasanya ramai yang pegi holiday kan..sempena gong xi ...gong xi. Ai jugak menten setia mendiami umah. Almaklum aaa, umahku syurgaku gitu. Lagipun ai rasa sana sini tempat percutian fenuhhh..jalan pun zemmmm...eeee tak kuasa makkk! ( ayat nak kaver la tu....poyo!!!!)

Mahap la ye...saya nok citer pasal RVC lagi.Hawi tu dah tayang RVC sempena besday owang kat towonto tu..ni RVC versen tempahan plak. Tempahan dan besday owang towonto tu sama kejadiannya..tu yang asyik nak citer pasal RVC je.. RVC ni kiwa repeat order from Kak Zana yang manis tu..dulu dia pernah order untuk anak dia bertunang. Kali ini dia order sebagai buah tangan ke Majlis pertunangan anak sedawa dia pulaksss. So dia tak kesah deco yang macam mana pun..janji RVC.Phiewww legaaa.... suke dapat kastemer macam ni..sebab saya memang tak pandai deco kek...emmm bila la nak pegi tuntut ilmu ni..asyik tak kesempatan aje..

Selalunya..bila buat RVC saya akan guna wesepi kat SINI. Tapi kali ni saya guna wesepi simple gubahan saya sendiwi...dah banyak kali buat guna resepi ni and anak anak cakap sedappp. Kali ni nak cuba try test market la plak..apa kata survey kannn..Alhamdulillah...kak Zana khabo sedap.Heeee...hoye..hoye...eksperimen saya berhasil.Wahhh cam dalam makmal plak ekk....ko ingat ni ujian amali ke CA oiiii...haishhh!




RED VELVET CAKE
Resepi : Che Ann

Bahan bahan
  • 220 gram mentega
  • 220 gram gula kastor
  • 4 biji telur ( saiz A / B )
  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara
  1. Tepung naik sendiri dan serbuk koko gaul rata dan ayak - ketepikan
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan separuh tepung yang dah bercampur dgn serbuk koko,pukul adunan hingga mesra
  5. Masukkan pula susu cair dan pewarna merah...dan akhir sekali masukkan baki tepung.
  6. Lapik loyang pembakar 9" dengan kertas kalis minyak dan oles tepinya dgn butter.
  7. Panaskan oven pada suhu 170'c. Bakar kek selama 30-40 minit ( ikut saiz oven masing2 tawww)
  8. Dah masak bio kejap dlm oven dalam 5 minit baru kuarkan..
  9. Biarkan kek dah sejuk baru lah potong bahagi bape lapisan yang anda suka dan bolehlah mendeco
  10. Saya buh topping Cream Cheese yg mana bagi saya RVC ni memang nyamannn je rasanya ber toppingkan cream cheese.

Topping Cream Cheese Frosting
500 gram Cheese ( sy guna brand tatura)
1 tsp esen vanila
1 cawan gula ising
200 ml whipping cream ( non dairy)

Pukul whipping cream tu hingga agak kental- ketepikan or masukkan dalam peti ais kejap mentara nak pukul cheese. Dah siap pukul whipping cream tu....campurkan cheese dgn gula dan esen vanila.pukul hingga cheese mesra dan creamy lembut...kemudian masukkan whipping cream tadi dan gaul hingga mesra. Dah mesra elok boleh la nak calit2 kat kek tu ikut kreativiti memasing...



Thank You Kak Zana 
muahhh!



Monday, January 27, 2014

E-card and E-cake for Lee - Happy B'day!!!!






Dear Lee...

Just Drop to my gmail and bawu la I tauuu your birthday yesterday.I'm so sorry tak sempat singgah pondok you. Sure you dah celebrate sakan kannn..kann...sure sis Q, Jully , Angie and Mel dah berjimba jimba kat pondok you..pakei kebatat  kaler merahhh auchhhhh..... konherm you lepas handbrake...x tahanzzzz. Titon malam susah datang...or you tewus tak titon malam...nampak semua bintang bulan...muahahaha....dabel triple gamaknya...

Alahaiii, I tetinggal ketapi la ekk. Agak agaknya la Lee.... you nak buat lagi tak party? Then I borre  join..hehehe..kononnn!!!! Ada hati nak join party ekk..pehtu dok sempat sokmo...haishhh hentikan la...

Anyway...for your special day...please accept this e-card and E-cake from me....I know already belated but...rather then nothing kannn...kan....kannn....


Lee...you take care..simpan satu lagu darrrammm hati...terima kasih seribu..

p/ss...E-card tu I cilok from acik guge jel..E-cake tu plak..I buat tawww..last wiken...muahhh!

Sunday, January 19, 2014

Donut gebussss...Resepi lain skit!






As Salam semua.

Wiken buat apa wehh. Jalan jalan cari makan? Jalan jalan makan angin? Jalan jalan window soping? or Jalan jalan kenduwi kawin. Isshhh citer pasal kenduwi kawin..ada kawan saya ni pegi kenduwi kawin anak sedara dia kat Teluk Intan...siap masuk skobar. Memang meriahhh..naik helikopter.Saya pun tumpang seronok..tumpang meriah sebab dari hari sebelum majlis hingga ke hari majlis ni Kak Mini dok buat lintas langsung melalui wassap. Haii jaman dah manggih...zasss dapat je berita terkini..zassss bole tau apa jadi kat sinunn..kat sininnnn...kannnn.


Ni antara liputan majlis perkahwinan anak sedara kak Mini tu..
Err mana satu kak Mini?
Ada la kat dalam tu..depa semua adik bewadik muka lebih kurang
cantik dan manisss...


Haa..tu citer owang.Citer saya, wiken takde pegi mana pun. Si Rambo keja dan saya pun memang la bukan orang yang sukeeeee sangat nak ke sana sinunnnzzz. Jadi projek wiken saya sadalah buat Donut gebusss. Resepi ni dah salin laaaaamaaaa dah. Masa tu saya terjah dapur si Mas. Memang semangat la nak buat. Wupanya semangat kopipes je...pehtu..macam biasa, wesepi tu saya sandarkan pada kenangan gitu. Tapi bila saya terjah plak dapur si  Raja Muffin tu..sapa lagi kalau bukan Izah daut...aduhhhh...melonjak balik napsu nak buat...haaa ko..apa lagi..dua hari berturut aku mendonut...sebab dik kesedapannya...hawi pertama tak sukup..buat lagi hawi kedua...layannzzzzz...bila badan dah macam donut tanggung sendiwi hoqeyyy.




Resepi : Isma Maisara fb
Sumber : Mas
Olahan : CA

Bahan :

  • 250 gm tepung gandum ( 2 cawan tepung )
  • 1 1/2 sudu kecil yis segera ( 1/2 paket yis )
  • 2 biji kuning telur ( 1 biji telur grade B )
  • 50 gm gula ( 3 sudu besar gula)
  • 2 sudu besar water roux
  • 50 - 60 ml air dari peti sejuk ( 40-50 ml - ikut adunan...)
  • 50 ml minyak masak ( 2 sudu besar )
  • Sedikit garam

** sukatan dalam kurungan tu sukatan yang saya guna sebab saya malas nak amik penimbang.malas nak asing telur kuning...Sila jangan ikut perangai malas saya. hehehe..




Caranya :

  1. Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut.
  3. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
  4. Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. 
  5. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan. ( lepas siap terap saya terus je goreng...gebusss je ko)


WATER ROUX
1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat.
Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari


Siyesss...memang gebuss. So boleh la kowang cuba. Kalau sebelum ni punyer wesepi nak kena ada lemak sayur or minyak sayur..yang ni tak payah diknonn...pehtu pakei minyak aje..takyah buh majerin or butter bagei. memang senang sangat. Yang behhnya..tak berminyak donut ni. Errr tak tau la nak citer camno.Yang pasti makan panas panas tu....ma-be-les ko.. hok belen belen lepas terap tu saya buh inti sardin ala ala pau goreng...ya ammpunzzzz rasa tak leh nak stopppp...sedapppp sangat. Izzati siap pejam pejam mata and asyik tunjuk ibu jari kat saya sepanjang dia ngap pau goreng inti sardin ni...kembang lagi la montot ibu bila anak dok puji sedappp...hehehe

Haa..wesepi dah share..testimoni dah share..kalau tak reti reti jugak nak buat...tak jadi jadi jugak donut...malass la nak cakap apa...

Tengsss Ima..share resepi kat FB..tengss Mass..share plak kat Dapur manggih mu..Tengsss Izah daut..membakar semangatku nak buat donut ni..tapi tetap ada selit malasss...


Monday, January 13, 2014

Harian Metro - 8 January 2014







Seusai sahaja melangkah tahun 2014, saya di lamar lagi oleh Harian Metro ruangan Majalah Metro.Kali ini meminta saya berkongsi menu kategori "desert". Kalau ikut perkiraan..ini kali ke 4 dah saya diberi peluang masuk ruangan ni. Perasaan dah tak macam memula masuk aa...excited tak sangga. Kali ni biasa aje.....ye la..apa nak kecoh..apa nak excited..menu dan resepi tu yang simple sangat. Idah ler manggih mana pun.
Saya pernah kongsi resepi ni dulu. Leh la terjah SINI.

Tapi excited nak citer kat pondok ni sebab...ini aje lah citer terbest setakat tahun 2014 ni. Hahaha poyooo je. Sadiss...wartawan datang on 1January...amik gambo bagei..Dak comel Faizah wartawan tu dah khabo masa datang....akak, next week kuar aaa wesepi akak ni...ooo ok..menten tak cakne...dah petang tu Faizah ni memaklumkan pada saya...terus call umah suh anak simpan elok2 paper..ibu nak tengok...Balikkk...memang elok zahirnya..phiewww selamat. Tapi belek punyer belek...uhuk2 tipah tertipuuu..Kat luar aje elok, kat dalam dah ada tompok tompok minyak daaa....depa buat alas masa makan depan tibi wupanya...Tapi amik jugak la...nak simpan sebagai koleksi..leh la tunjuk kat cucu cucu sok..yang nenek dia pernah masuk suwat khaba...hahaha....nenek yang poyooo. Haii entah sempat ke idak ye saya melihat cucu saya....idup dan mati itu sesaat je jaraknya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...