Tuesday, May 21, 2019

Kuih Lapis a.k.a kuih jalur jalur





Assalam semua.

Wahh rasanya macam mimpi tetiber hapdet blog. Ni semua angkara wife jalan rebung la..beriya suh hapdet blog. Gilerrr ko..almost 2 tahun tak jejak dalam pondok ni..Memang tarap hutan dan pondok Dari Duniaku ni..kikiki. Ok kita xyah nak merepek panjang lebar, kita terus pada agenda kita.Masuk sini sebab nak hapdet wesepi kuih lapis ai yg mabeles tu. Simpan dalam ingatan je kang vahaya.Tup tup hilang ingatan kan payah tu...tak kan nak try and error lagi.

Benonya kan, wesepi kuih lapis ni banyak versen...saya dah cuba mcm2 versen. Sukatan guna cawan juga jadi pilihan. Sumpah saya cukup malas nak timbang2 ni. Lebih selesa guna sukatan cawan.Unless tak ada pilihan kena gak la timbang.Wesepi kali ini saya terpandang adik sekampung (Jengkaland)  dengan saya  Rohana Shahdan share kat FB. Teruja nak buat sebab guna sukatan cawan. Cuma saya telah olah ikut perasaan saya yang mana bila bermain dengan tepun beras, sukatan cecair perlu 2 kali ganda untuk mendapatkan hasil kuih yg lembut. Saya olah bahagian sukatan santan dan air.Cara adunan pun saya ikut cara ibu saya buat kuih lapis.Hasilnya Alhamdulillah...the best kuih lapis yg pernah saya buat.

Jomm tengok resepi

Kuih LAPIS
Sumber : FB Nurul Ain
Olahan : Che Ann

Bahannya:


  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat (kotak)
  • 3 1/2 air cawan
  • 1 helai daun pandan 
Caranya

  • Satukan tepung didalam bekas
  • Masak santan + 1 cawan air + 1 cawan gula + daun pandan sehingga gula hancus.Hancur la weiii.
  • Setelah gula hancur tutup api dan masukkan lagi baki air 2 1/2 cawan didalam santan. Nak gabungkan semua santan air gula dan masak pun ok.Tapi nanti nak kena tunggu plak santan tu suam.Kalau buat camni cepat la adunan santan tu suam.
  • setelah santan jadi suam, tuang sedikit demi sedikit dalam gabungan 3 jenis tepung.Adun sehingga adunan sebati dan boleh la start kukus.
  • Ehh nanti...kena bahagi adunan ikut jumlah kaler yg uols nak.Rasa nak 3 kaler bagi la 3.Then pandai2 la buat matematik setiap kaler nak bagi sama tebal ekk. Kalau mak saya dia sukat pakai senduk..kira ada berapa senduk then bahagi. 
  • Untuk adunan ni, bila saya sukat dapat 1400ml. so nak senang kira untuk 7 lapisan, setiap lapisan adalah 200ml. saya buat 2 kaler je..so 4 lapisan kaler merah, 3 lapisan kaler putih. Adunan 1400 tu saya asingkan 600ml kaler putih, yg bakinya 800ml tu saya letak kaler pink,saya plus plak sedikit sirap rose nak bagi naik aroma.
  • Saya guna loyang size 7".Pilihan yang agak tepat, sbb bila dah masak lapisan kuih tak tebal sangat..tak nipis sangat. Kalau loyang 8" maybe lapisan tu agak nipis.
  • sapukan minyak pada loyang atau lapik plastik untuk memudahkan kuih di keluarkan bila dah masak
  • setelah air kukusan dah ready boleh la mengukus lapis demi lapis selang seli. Jangkamasa mengukus setiap lapisan adalah dalam 5-7 minit.Bila last sekali baru kukus dalam dalam 20 minit.
  • Pastikan petutup pengukus di alas dgn kain untuk elakkan air wap menitik ke dalam kuih.Nanti kuih x cantik.
  • 5 minit terakhir, angkat penutup pengukus.Kukus kuih tanpa penutup untuk bagi permukaan kuih kering cantik.
  • Tunggu sejuk baru potong ye...xyah la tunjuk tazabar tu pegi potong panas2...memang hancus melekat woii.Disarankan potong guna sudu pisau plastik untuk kuih nampak cantik bila di potong.


Boleh pisah lapis demi lapis.
No wonder panggil kuih lapis kann.

Cubaan kali ni saya guna santan kotak.next saya akan guna santan original yang saya rasa pasti keenakan lemak santan tu lebih perghhhh.Merecik!!!
Kepada Faiz aka Wife jalan rebung, sila buat ye. Penat tau acik hapdet dalam ni.Lama tak menulis blog...keras kaku! Hahahahaha...





4 comments:

Rawiwa said...

ok.. dah copy paste.. buat nya hentah bila.. harap ada kerajinan cuti nanti :-)

CA said...

hahaa....besa la faez...kita bab salin wesepi memang wajin..pehtu sokmo ku sandarkan pada kenangan aje la wesepi tu....statement ni aku refer kat aku taww...bukan ko...kikiki

izahdaut said...

Guane senyak tereh te. 2016 - 2019 baru muncul. Boleh komen ke mana menghilang. Haha. Kome pun lama xupdate blog.

CA said...

Izahdaut...nok gonner wehh...mood blogger berhiberninasi kata bahasa sains..

hahaha..aok pun sama juga dakkk...senyakk aje.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...