Wednesday, May 12, 2010

Ikan Pari Masak Pecal




Ini resepi ala ala masakan jawa. Masa aku kecik memang mak aku selalu masak ni.Fuhhh…bagi aku memang sedap banget.Tapi resepi asal ni adalah ikan keli.Oleh keranan hubby aku tak berape nak makan ikan keli so aku ubah suai kepada ikan pari.Sape tak makan ikan pari boleh
jugak tukar kepada ikan kembong ke..mabong ke..ayam or daging pun boleh.ikut suka la..sebab bagi aku masakan ni sesuatu yang subjective.Dan tak semestinya apa yang kita rasa sedap..sedap jugak ditekak orang lain. Begitu juga sebaliknya…tak semestinya yang kita rasa tak sedap..tak sedap jugak di tekak orang lain. Tapi sebut pecal..aku yakin ada yg bakal fobia ni..kik2

Bahan-bahan
Ikan keli/kembong/pari.ayam/Daging
1 ½ cawan Santan pekat
3-4 helai daun cekur ( jawa sebut kencur) – diracik halus
1-2 ulas ubi cekur
2-3 ulas bawang merah
Cili api – sukatan ikut kepedasan masing2
Garam, gula dan perasa ikut rasa

Cara-cara
1. Ikan siang, dibasuh, lemur ngan sedikit garam dan dibakar sampai masak.
2. Bawang merah, ubi cekur dan cili api ditumbuk.
3. Campur semua bahan tumbuk, daun cekur yang diracik dan santan
Masak dalam kuali dgn api sederhana, sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
4. Masukkan garam, gula secukup rasa. Bila dah mendidik masukkan ikan bakar tadi. Ikan dah mesra ngan kuah bole la diangkat.

Sedia untuk di makan.Simple 4 step je..itupun saje saje tulis cara jadi 4 step. kalau ikut actual masak 3 step dah siap.Selamat mencuba..

2 comments:

Anonymous said...

ampun buuuuuuu...... tk nakkkk

AE

Ros said...

Hmmm..dah agak dah...
org pertama yg fobia dgn "pecal" dah menyahut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...