Monday, May 10, 2010

Jatuh

“Seumur hidup aku
Ini yang pertama….
Aku telah terjatuh
Di sebuah pasaraya….”


Melodi ikut lagu kumpulan UKAYS tapi liriknya dah diubahsuai ,bibik nyanyikan untuk aku bila aku cewita aku terjatuh kat Care4.Grrr Grrr betul bibik ni.Siap nyanyi sambil gelakkan aku…Dia tak tahu sakit siot jatuh.Itu belum campur ngan malu semalu malunya…Uwaaaa…memang betul sangat lirik lagu yang bibik nyanyikan tu.Memang seumur hidup, aku tak pernah jatuh kat khalayak ramai.aku pun tak paham camno bole tetiba aku jatuh amsa dok pilih2 roti kentang kat dalam carefour tu.Kejadian ni berlaku ahad yang lalu@ 25 April 2010.Bila aku pikir2, sangat tak logik aku bole jatuh hanya kerana bengkokkan kaki sikit nak memilih roti.Tup2 aku bole jatuh terduduk terhentak dengan kuat.Kasut aku tercampak., spontan keluar ayat ”Aduhhh sakitnya..” Dengan menahan sakit aku bangun, usap2 pinggul, amik kasut pakai dan dengan control ayu terus pilih roti balik.Aku tak pasti ada org nampak ke tidak.Yang pasti aku toleh kiri kanan tak ada sesiapa sebelah aku.Cesss tak logik kalau tak ada sapa yang nampak sebab masa tu memang peak time beb.saje nak sedapkan hati tu yang cakap camtu.So memang aku anggap tak ada sape yang nampak untuk aku terus bersifat normal memilih barang seterusnya.


Bila ku kenang kenang mungkin Tuhan nak mengajar aku supaya bersifat sabar dan jangan ikut rasa. Sebelum aku ke bahagian roti aku pegi dulu kat bahagian sushi – makanan Jepun. Wah teruja beb tengok makanan jepun tu. Rasa semua nak beli.Dalam pada aku memilih aku tingat kat kawan2 yg sama sepesis dengan aku pencinta Japanese food .(Kak Ina yang gemor ammat ke Unagi, kak Intan hak sokmo ke Sushi King..AE..Im..Sabli yang blasah semua asal itu Japanese Food).Dah siap pilih yang berkenan, aku bagi kat pembantu tu mintak dia pack dalam bekas. Aku memang nak cepat tapi mamat tu, ya ampunnnzz terhegeh hegeh buat keja. Orang dah ramai tunggu turn.Dalam hati memang aku mawah gilerrr kat mamat tu. Tak reti buat keja ke! Kalau mcm tu cara keja baik takyah keja….grrrr grrr dlm hati. Aku memang pantang kalau orang yang keja kat customer service tapi buat keja sambil lewa.Dengan tak sabar dan hati penuh kemarahan aku melangkah pergi ke bahagian roti.Aku pikir baik aku amik roti dulu dari aku buang masa tunggu mamat ni. Sudahnya zasss…Tuhan bayar cash kat aku sebab tak sabar dan menyumpah mamat yang baru keja tu ( dia pakai lencana training daaa lagi mau angin).


Kejadian ini juga membuat aku memahami perasaan seorang sahabatku.Dia ni antara wanita tercantik kat UUM.Sebut je nama semua orang kenal.Tapi antara kami dia la yang kerap jatuh kat khlayak ramai. Bole dok syok gayut Public phone kat The Mall UUM tu, dia bole terjatuh, siap tercampak sandel dia. Rasa cam tak logik gak..tapi tu la…konsep jatuh dia sama versen ngan aku.Jatuh yang tidak disangka sangka. Dan kini dapat aku rasakan juga macam mana perasaan acik Chah bila dia panjat pagar then tersangkut kat pagar....jatuh, pastu kena tegur plak ngan jiran rumah…Sebab lepas aku buat muka control ayu…ada seseorang tegur aku Tanya sakit ke jatuh tadi..Ya ampunnnzzzz…...ada owang pasan aku jatuhhh...uwaa ahhkakk maluuuu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...