Saturday, January 28, 2012

Apam Yogurt Kukus



Ha...demam apam plak ke? Tadi singgah fb sibuk member kat melaka tu nak buat apam labu. Terkenang kenang apam labu Atin chah la tu...pehtu..saya pun nak citer pasal apam jugak la..tapi bukan apam labu la sebab  pokok labu saya baru je bercambah...belum berbuah.So kena tunggu pokok labu berbuah baru saya nak buat apam labu.HS hang buat dulu ekk...





Bila jiwa dan emosi gedik nak masak maka inilah hasilnya...Apam ni sangat beSARRR..gara-gara  papercup kecik dah habis...tapi jiwa gedik nak jugak buat...nak pg beli kedai mana nak saya redah kalau dah pukul 11 malam!!!dengan rasa tidak bersalah blasah aje guna yang beso.Maka terhasil la apam yg sgt beSARRRRR gedabak dan sungguh mekar selambak. Konherm Atin Chah jeles tahap diva tengok kadar ke-kembangan apamku ini...muahhh!

Apam ni dah lama intai kat dapur kak Ummi. Baru berkesempatan nak buat.So saya share  kak Ummi cayang..muahhh! C n P gitu..




APAM YOGURT KUKUS
Resepi @ Rima
Sumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan2

  • 2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cwn - memang dah manis )
  • 1 sudu teh ovellete
  • 2 cawan tepung 
  • 1 cawan yougurt segar asli
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu double action baking powder
  • 1 sudu teh pes coklat ( saya tak guna-folo kak ummi)
  • 1 sudu teh pes keladi ( folo kak Ummi lagi..hehe)
  • Beberapa titis pewarna ungu ( ikut kak Ummi)
  • Beberapa titis pewarnan coklat ( saya tak buat)





Cara2

  1. Sediakan periuk pengukus dan didihkan air kukusan. Saya gunakan pengukus lektrik je sbb malas nak gali pengukus kat dalam kabinet.
  2. Satu kan semua bahan kecuali pes dan pewarna.Putar/pukul bahan hingga sebati, adunan akan bertukar menjadi putih pucat dan pekat beralun.( memang pekat beb...)
  3. Asingkan 5 sudu adunan untuk dicampur dgn pes keladi dan pewarna ungu.
  4. Masukkan adunan tanpa warna kedalam plastik  or piping bag.Ini adalah untuk memudahkan proses masukkan adunan dalam papercup.( Adunan sgt pekatttt)
  5. Piping adunan 3/4penuh ke dalam paper cup. kemudian paipkan pula adunan warna ungu ke atas adunan tanpa warna
  6. Kukuslah hingga 15-20 menit hingga apam masak dan kembang mekar gitu



Chah...aku tau hang mesti jeles tengok kembang mekar ni kan..kan...jangan duka lara...usha tangga kejayaan kan..kan.. Dowhhh!!!

muahhhh!

Saturday, January 21, 2012

Tapai Ubi Kayu



Salam semua...kamsa hamida pada yg jenguk2 sini...tanjat boboi tengok ranking tetiba naik..Talam Lapis diplomat tewus jadi fofular. Konherm sebab Kak Ummi ni...I lapp u aa kak ummi...muahhh! Duhh sibuk tul kat opis. Bila balik je dah lunyaiii..nak jenguk duniaku memang tak sempat. Ni pun wase nak titon je tapi dok tunggu Kek karamel kat darram oven tu.Tempahan dari member nak jamu sedara mara mai dari Perlis.So dawi ngantuk nunggu tu yang masuk wat entry jap..bole?

Lama dah tak makan tapai ubi.Dulu amsa berrum pandai buat memang tiap2 minggu beli kat pasar tani.Sekarang tidak lagi..hehe..Alhamdulillah..takat ni tak pernah tak menjadi tapai ubi saya. Cara dan step lebih kurang dengan tapai pulut je...yang penting letak ragi sama rata gitu..




TAPAI UBI KAYU
Resepi @ Ibu tercinta
Sumber : CheAnn @ Dari Duniaku..

Bahan2

  • 500-800 grm ubi kayu
  • 1 sudu besar ragi - dah dihancurkan
  • Daun pisang secukupnya utk membungkus







Cara2

  1. Ubi kayu kupas kulitnya dan dikikis. Basuh tos kemudian tos.potong ikut saiz kegemaran
  2. Rebus atau kukus ubi kayu hingga empuk
  3. Biarkan ubi kayu betul2 sejuk.
  4. Taburkan ubi kayu dengan ragi yang ditapis
  5. Gaul rata ragi dan ubi kayu
  6. Bungkus dengan daun pisang.
  7. Peram 2 malam




Tapai ni letak dalam peti'ess..makan bila dah sejuk...buat cam desert aa..lepas lunch..balun tapai ubi kayu yang dah sejuk...Aduhhh....nikmatnya... 


Monday, January 16, 2012

Siakap Lemon






Bila OTK buat promosi harga kasi...mula la...sakan sungguh la dok membeli. Yang kelakar..saya dan Rambo pegi berasingan tapi hasil belian kami sokmo 90% sama. Siakap sekor RM5.99 je...haaa ko..gilee kalau tak beli. Apalagi..sedang pekerja OTK tu dok susun...zassss saya pilih yg beso2 la...Saya balik keja singgah terus OTK. Tak tahu plak rambo dah membeli belah.Itu yang terjadi kejadian siakap berekor ekor kat umah. Bila sampai umah...bibiks bersuara...Bukk..tadi bapak dah belanja..bila dia jenguk dalam pelestik menjerit plak  dia..Laa...bapak pun beli siakap....bapak pun beli roti..bapak pun beli...bapak pun beli...itulah ayat2 yang dia ulang sambil mengemas barang. Huhhh tepuk dahi....





Dah jemu plak asyik masak sweet sour...pastu stim..pastu ulang balik sweet sour. Tengok ada lemon yang konon nak buat kek lemon maka mula la otak mengarang merapu sekeper. Deangan kata lain bedal dan belasah je. Kalau bahasa omputis tu " try and error " gitu...Hasilnya..emmm not bad. Rasa lemon tu buat rasa masakan segarrr je..adaptasi dari sweet sour...just tokok tambah ikut bahan ada kat umah. Bukan ada sapa nak marah pun kan...So, apa susah...campak2 je la dalam kuali tu... *_^.





SIAKAP LEMON
Resepi @ CheAnn

Bahan2

  • 1 ekor ikan siakap ( sederhana beso)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang bombay ( besar putih tu..)
  • 4 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 1 biji buah lemon ( 1/2 biji dihiris nipis, 1/2 biji ambil jusnya)
  • 1 batang sadri
  • 1/2 biji karet
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • Garam Gula dan perasa secukupnya
  • Minyak utk goreng ikan dan menumis
  • Air secukupnya













Cara2

  1. Ikan basuh dgn limau nipis nak buang hanyir.lumur garam dan goreng.Letak atas pinggan letak tepi dulu.
  2. Bawang besar di potong dadu or besar2
  3. Tomato belah 6, batang sadri potong serong ikut ketebalan yg anda suka
  4. Cili api di hiring serong
  5. Bawang putih ketuk/dititik
  6. Karet di hiris panjang / ikut suka la nak bentuk apa
  7. Panaskan minyak dan tumis bawang putih...dah kuning masukkan cili api
  8. Kacau seketika dan masukkan air, cili sos, sos tiram
  9. Kacau dan masak hingga air dah mendidih, masukkan garam gula dan perasa secukupnya
  10. Masukkan karet, jus lemon, bawang besar..masak dalam 1-2 minit
  11. Masukkan batang sadri, tomato dan lemon yang dihiris tadi..kacau seketika matikan api dapur
  12. Angkat dan siram atas ikan siakap tadi.
  13. Bole la nak hias bawang goreng and daun bawang..selepas siram sos tu.





Selamat mencuba..bagi anak tekak kami....sedap!!!! Azrul menambah2 makan. Ala2 sweet sour..ala ala 3 rasa..tapi tetap ada kelainan rasa yg susah nak diluahkan dengan perkataan. Kehadiran lemon tu membuat ia berbeza dari sweet sour, dan ia berbeza dari masak 3 rasa...Nak tahu..cuba la...muahhh!

Sunday, January 15, 2012

Pesta Ulam !!!!



Haaa....amik ko. Apa kesss..tahun bawu dah nak setengah bulan. Sunyi sepi je Dari duniaku ni...semalam terasa dipanggil panggil wupanya Kak Ummi seru nama koi wehhh...duhhhh dappnya kuih talam...Cantik kuih talam kak Ummi....I likee sebab ada karrerr pink gitu.Muahhhhh kak Ummi.






Pembuka tahun baru.....meh pesta ulam meh..sempena umur pun dah nak menghampiri 4 siries kan. Maka kena la jaga kesihatan. Macam kawan saya yang keja kat KL Sentral tu. Dia memang sangat partikular betul dengan bab makanan dan jenis makanan. Dia cakap kat saya...dengan usia yang nak menghampiri 4 siries ni..Body Clock dah turun..kadar metabolisma dah tak aktif...so makan kena la jaga.Eh betul ke ayat tu..terbalik kot...isshhh acikk memang konhiuszz aaa bab2 ada katanama camtu.Tak pe aaa...janji acik tengah  semangat ni....nak jaga badan...muahaha




Pssttt...nak khabo ni...pucuk ubi, kacang bendi..daun selom, daun cekur tu petik kat tepi umah je tau.Haaa..fresh dari ladang gitu. So buat kawan acik yang ada studio gambo tu..kalau wase wase nak shoot gambo sayur segor-segor meh aa datang umah acik...idak le gambo sayur tu layuuu je..kikikik... ( Konherm acik kena laser dgn Awea.....alaaa dia bukan baca blog acik...so rilexxx beb ). Ehh tercicir la daun kemangi ngan daun selasih. Macam takde je dalam gambo tu.Emm ni mesti ada kat sinki lagi..dah tak muat nak hias kat dulang pelestik tu...next la ekk...




Tapi kan..yang benonya...ulam-ulam dan sambal ni la buat acik makin menambah nambah makan.Sangat selera aaa...Camno...Uwaaaa....Hancusss azam tahun baru nak jaga badan....nyammpahhhh!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...