Wednesday, July 4, 2012

Apam Snow White - Tempahan ** Arin **


" Hello Che Ann..ko kat mane ye..." aduhhh memang cair je hati saya bila dengar suara manja lemah gemalai si Arin ni. Pehtu saya dah bole agak..dia mesti nak order kuih.pehtu hari ni kol hari ni gak nak!!! sokmo sokmo gitu. ...dah paham sangat one of my bff ni. Tak caya..meh saya sambung dialog panggilan dia ek.

 " Che Ann, aku nak order kuih apam mcm hari tu. Jiran aku buat kenduri arwah petang ni. Aku lupa nak kol ko semalam.Aku nak 120pcs ekk.sbb hari tu tak cukup tau. aku amik pkl 2 or pkl 3 ye." Kol saya diwaktu jarum pendek kat jam dah nak hampir pukul 12..Tanpa tanya ok ke idak terus je decide nak amik pukul bape. Tapi saya tahu dia tak akan datang tepat pada waktu.biasanya akan delay 2-3 jam maka saya pun setuju je..hehe

Proses mengukus...ni apam baru masak beb..panasss lagi..

Saya memang sokmo buat apam ni.Sebab anak anak suka. Tapi sokmo tak ingat nak snap pic.Pehtu buat plak 1/2 adunan je..siap kukus dah habis.tu yg sokmo tak sempat nak amik pic. Kali ni buat 2 1/2 adunan dan dah remind for customer maka kanak kanak riang dah paham..hanya akan sambar bila ada lebih. Wesepi apam Snow white ni saya amik kat dapur vogue Mamasya.Sangat senang, simple, sedap...nak tengok yang Mamasya buat pegi la kat SINI. Mamasya, ijin saya share kat dapur saya plak ek..CnP aje...muahhh! psst..psst..Dapur Mamasya masuk majalah tau...perghhh taraf retis skang tau...tahniah mama...


APAM SNOW WHITE 
Sumber I; MYR @ qnq0910 
Sumber II Dapurmamasya 
Oleh : CheAnn @ Dari Duniaku...

Bahan-bahan ( 5 orang makan )- dpt dlm 52 biji..

  • 3 cawan tepung beras 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan gula pasir - letak 1 1/2 cwn 
  • 1 packet mauripan@ibu roti 
  • 2 cawan nasi 
  • 3 cawan air 


Apam dah siap kukus..susun senang nak kira...
cantik dak susunan tu..


Cara-cara 

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air 
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu 
  3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur 
  4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan 
  5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu... 
  6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam 10-15minit 


Note:1. sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
2. lepas sejam tu mmg adunan akan jadi berlobang2, kena kacau adunan yg dah kembang tu dgn senduk/sudu sampai lobang dah takde baru kukus/masukkan dlm acuan
3. bila masak permukaan dia akan jadi sama ada licin or merekah - kalau kukus guna api besar apam akan merekah atau bahasa cantik, apam akam mekar gitu.



Phiewww...siap pack.Tunggu Arin pick up
Kelapa saya asing supaya tak serabut.
Lagipun budak2 tak suka makan dengan kelapa...(anak2 saya la.)

Siyess apam ni sedap. Selamat mencuba.
Untuk Arin thanks for order...muahhhh!


Oppss...lupa lak nak selitkan petua.Ni permintaan Uncle AL utk auntie at Penang. saya tak sure this one practical or not tapi dulu mak saya pernah pesan kat saya, nak awet muda, minum segelas air masak(sejuk, xnak suam tapi bukan sejuk from freeze tu..) sebaik bangun tido dan sebelum tido.So saya buat...dan amalkan. (^_^)


13 comments:

Amelia said...

Hi Rossa, apam yang cantik molek dan comel. Sekali ngap kena 5 biji baru cukup. Ada lebih tak, I dah bawa tupperware dan beg plastic nak tapau. LOL

Lain ari wat warna trafic light red, yellow, green. :)

Bye.... nak pi masak dulo.muahhhzzz.....LUV U

Anonymous said...

CA as usual bersih cute kemas and cantik lagi sedaaaap di makan memang 100/100 grade A. Aunty kata thanks also dia kata ulam2 she remember reading your previous N3 ok for the bear association kami Bear2 pasti untuk awet muda mesti makan apam Lebih kit LOL tapi kena tengok warna merah NO yang hijau ngap terus tak perlu fikir2 so Zul and Uncle serta bear2 di Pg now nak keluar cari Apam Kat Gurney Drive. Keep Looking pretty and don't forget to LOL

norhanim md zain said...

Salam perkenalan..apam..emm my feberat nie..cantik dan sedap terbaik:))

Mamasya said...

Salam CA . sorry lambat dtg wpun nama dah diseru...busy 2-3 hari ni.tq CA atas ucapan tahniah....belum taraf retis lagi..hi..hi..ni hasil sokongan CA dan kwn2 juga.
byk juga tempahan Apam tu..ceria warnanya.akkpun suka resepi ni senang dan sedap...

Uncle Lee said...

Hello Rossa, wow! First time I see cakes named 'Snow White'....and they so beautiful, too good to eat too.
But I agak2 7 will be fine with me.
I really suka the colours...and the texture really very smooth. You are very good!
Ada lagi?

The hijau ones look beautiful!
Have a great week, stay beautiful.
Lee.

Gya Duniaku said...

sy pun suka apam ni...selalu gak buat..

Uncle Lee said...

Hi Rossa, you chuti? Gone to Tahiti?
Just dropped by say hello.
Best wishes.
Lee.

Anonymous said...

CA Salam apa Khabar ? Rindu lah Uncle AL and Aunty kami jalan2 cari makan kedai asyik tutup aje are u on long holiday anyway just enjoy your holidays ok .... Uncle AL Pg

CA said...

Salam perkenalan buat Norhanim..
Maaf la lambat menyambut salam...bz la konon...

suke ekk apam...sama la kita.sedapkan apam..heee

CA said...

Salam Mamasya..

Uhh mama lambat 2-3 hari..saya laaaaagiiii lambat.2-3 minggu baru muncul dilayar lara....uwaaaa

Jelessszz mamasya masak macam2...selayan g pandang je...nanti kita singgah betul2 dapur mama ekk..muahhh!

CA said...

Uit mona..tanjat acik mona singgah.Perghh skang..gojes gitu sgala menu.x tahanzzz ahhkak nengok kat FB.Bravooo dik...tewuskan cemerlang, gemilang terbilang...muahhh!

CA said...

Hi Uncle Lee..

Uhh miss me?? hehe..sos soryy..not going anyway.terperangkap dalan jerangkap samar kat opis je..uwaaaaa..

Thanks singgah pondok I.Nanti I pegi pondok you key..sbb jerangkap samar sudah koyak sikit2..hehe
You take care...simpan satu lagu dalam hati..terima kasih seribu singgah sini...

CA said...

Salam Uncle AL & Aunty..

Miss you & aunty also. yolorr...x sempat nak bukak westowen..xpe nanti saya buat donut keledek utk Uncle & aunty key..tunggguuu....

Salam ramadhan buat auncle & aunty..
take care...tq sokmo singgah sini...muah2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...