Kekok rasanya bila hampir sebulan saya langsung tidak menjenguk Dari Duniaku...Hampir lupa pun ada.Masuk sini terkebil kebil seketika.Kaku rasanya jemari ini untuk munutur ayat.Tak tahu nak mula macam mana, tak reti ayat apa sebagai pembuka bicara. Jangan ditanya mengapa saya diam seketika sebab saya sendiri tak ada jawapannya. Untuk mereka cipta alasan tu memang boleh..macam2 boleh saya reka.Tapi berbaloi kah...So, dari saya mereka cerita sekadar membangkitkan sensasi apa untungnya.Malah takde rugi pun kalau berterus terang...sekurang kurangnya saya ihklas..ihklas berkata benar...kan..kan..hehe
Well bohong jugak la kalau saya kata saya tak rindu pada teman2 blogger semua.Teman-teman alam maya gitu Siyessss.....saya rindu kamu....kamu..kamu..dan kamu....yang paling nyata saat ini saya dah mula merindui bff saya yang ketika ini sedang menunaikan rukun islam yang ke-5. Dari hari sabtu hati ni sangat gembira bila mendapat berita yang disaat-saat akhir, doanya untuk kesana ditunaikan.Ya allah..sesungguh kau maha mendengar dan maha memberi.Alhamdulillah.Sempat jugak saya menzirahi dia ni sebelum berangkat ke mekah. Ya allah....sayunya hati ni saat mendakap erat dia...macam biasa..saya ni awex cengeng sikit...sampai bengkak la mata ni dok leleh syahdu.adehhh...
Hari ni...bila HR manager kat opis forward mail from boss saya yang juga sama kes dengan bff saya ni.dapat panggilan saat genting. ntah-ntah depa naik flite same.emm tak mustahil kan..
Baca mail dia pun tak semena saya leleh lagi. syahduuu aaa ayat2 dia..meh baca..
Saya minta maaf sebab tidak sempat berjumpa dengan semua,
cuma email sebagai pengganti diri.
Ingin memaklumkan bahawa saya dan isteri akan berangkat
ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Pohon kemaafan di atas segala kesalahan dan khilaf.
Mohon juga dihalalkan segala-galanya.
Sekiranya masih ada hutang yang perlu dilunaskan
maka hubungilah kaum keluarga saya.
Sudi kiranya mendoakan agar saya dan isteri
diberikan kesihatan yang baik dan sabar dalam menempuh segala-galanya.
Mudahan segala usaha dipermudahkan dan hajat diperkenankan InsyaAllah.
Akhir kata, sekiranya ini pertemuan yang terakhir
maka redhakanlah pemergian ini.
Buat diri saya, saya sudah memaafkan segala kesilapan dan khilaf rakan-rakan sekalian.
Juga sudah pun menghalalkan makan minum serta hutang piutang InsyaAllah.
Ikhlas dan salam hormat daripada MDD
Ntah nape..sensitip plak akhir akhir ni...cepat sangat nak leleh...ekkk??? bukan sokmo sokmo ko mudah sangat nak leleh ke CA??? << bermonolog sendiwi. Ok..ok... ngaku.saya memang seorang yang cepat leleh.Tengok citer sedih leleh..tengok movie komedi pun gelak sampei leleh...beh tu camno...isshhh.
Ok saya stop kat sini dulu.Nak siap2 apa yang patut.jap lagi nak layan emosi leleh lagi ngadap citer JULIA.bole gitu....layanzzz...
Buat bff dan boss saya...
selamat menunaikan rukun haji.Moga segala urusan dipermudahkan segala hajat ditunaikan..
InsyaAllah....
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Erti bacaan talbiyah:
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Ya Allah sayunya bila membaca talbiah ini.
ingin rasanya memenuhi panggilanNYA ini...
Jemputlah aku ke sana ya Allah...
Amin..
4 comments:
Hi Rossa, yuuuhhhuuuu... apa khabar? Baik dan sihat, anak2x semua sihat?
Rindu you ley..... lama tak jumpa! Selesai all your kerja kerja dan siap apa yang patuh..... Tapi jangan hilang lama lama nanti blog tumbuh kulat dan spiderman buat PR kat sini. LOL
Have a nice week ahead, take care cayang. With lots of love and hugs to you.
Hello Rossa, just dropped by to wish you and family a selamat hari raya haji.
Have fun and keep well.
Best regards.
Lee.
Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that I have really enjoyed browsing26 your blog posts. In any case I'll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!…
Hello! I just would like to give a huge thumbs up for the great info you have here on this post. I will be coming back to your blog for more soon.
Post a Comment