Sunday, November 24, 2013

Siakap Rebus Tomyam Berhalia





As Salam dan selamat sejahtera semua.

Isshh..tersilap aa.Semalam terciter pasal menu minum petang dulu plak. Ni langkah bendul namanya. Patut masuk citer menu lunch dulu. silap..silap...Tapi tak berdosa pun kan..masuk citer yang mana dulu pun.Alahhh bukan ada owang nak amik markah ke hape. Itu pun kecohhh aaaa. Besa la, dalam idup ni kadang kala apa yang dipikir kat kepala tu tak sama dengan kejadian sebenar. Alaaa macam kita nak cakap benda lain tapi mulut tercakap benda lain. Normal kann...bukan perkara pelik pun.

Ok jimat masa, jap lagi nak buh baja kat bunga bunga ai yang semakin mewajuk tu. Melidi aje..berbunga pun tak mau. Tuannya jugak yang semakin hari semakin subur montoksss....uhuk2 ( Hanya sedih di bibir hoqeyy..xde pewasaan nak diet pun..cehhh! ) Lunch masak ikan siakap rebus tomyan berhalia gitu.Haaa ko..panjang tajuk masakan ni. Jenuh gak nak pikir nak bagi tajuk apa sebab main blasah je benonya. Kering idea nak masak apa.Jemu dah asyik masak masam manis. Kena tuko masak ke arah kesihatan la wehh. Kata nak slim..kata nak sihat..khenn. Umur dah cecah 4 siries ni..kena la sedo diwi. Emmm...jaga kesihatan la sangatttt!

Isshh..kata nak cepatt.sempat lagi ngomel.Memang berjangkit dawi Sis Q ni..huhu bukan jangkit..tapi winduuuu kat sis Q.Sebab windu tu la dah jadi macam dia...Cehhh! Alasan lagi....

SIAKAP REBUS TOMYAM BERHALIA
Resepi : Che Ann

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan siakap - sederhana besar
  • 1 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 3 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 biji lada besar
  • 1 biji limau nipis - perah amik jus
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya ikut saiz ikan


Cara cara

  1. Ikan siakap basuh dengan asam jawa or cuka nak hilangkan hanyir - ketepikan
  2. Tomato belah 6 ketepikan
  3. Racik semua bahan dan masukkan dalam air kemudian masak
  4. Air rebusan dan mendidik baru masukkan ikan, garam gula dan perasa secukupnya
  5. Perlahankan api, masukkan perahan jus limau nipis,dan tomato.
  6. Rebus hingga ikan masak dengan api yang sederhana...supaya semua rasa bahan2 tu meresap ke isi ikan...
  7. Angkat dan taburkan daun sop or daun bawang sebagai hiasan diatasnya.


Semmpoiiii.....


Dahhh..ai nak tuko unipom kebun sattt...nak membaja gitu..nanti matahari dah tinggi panasss..hitammm plak ai

Bubaiii....muahhh! selamat berhujung minggu.


3 comments:

marie said...

ssedapnye rossa tengok ikan you nih...ni memang sesuai untuk umat2 yg nak diet cam i ni (tapi asal hujung minggu je, mesti fail diet sbb seharian duk umah..ada aje projek nak masuk dapur ye..)..

kalau dpt kat i ikan ni...memang boleh meratah aje sesorang sekor ikan tuh....he he he

CA said...

Marie..thanks singgah sini...

Tapikan Marie..umat2 yg nak diet mcm I ni..hanya di mulut je berkata2 nak diet..cobaan hancusss...mulut menten ngapppp aje.camno tu..

Uncle Lee said...

Hi Rossa, just to say saya nanti you datang. Kawan2 semua.
Love your this fih, one of my hot favourites...the gravy looks so sedap best!
Have a nice day...saya nanti.
Lee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...