Saturday, February 1, 2014

Red Velvet Cake - Tempahan Zana untuk Majlis pertunangan





As Salam...

Rasanya ramai yang pegi holiday kan..sempena gong xi ...gong xi. Ai jugak menten setia mendiami umah. Almaklum aaa, umahku syurgaku gitu. Lagipun ai rasa sana sini tempat percutian fenuhhh..jalan pun zemmmm...eeee tak kuasa makkk! ( ayat nak kaver la tu....poyo!!!!)

Mahap la ye...saya nok citer pasal RVC lagi.Hawi tu dah tayang RVC sempena besday owang kat towonto tu..ni RVC versen tempahan plak. Tempahan dan besday owang towonto tu sama kejadiannya..tu yang asyik nak citer pasal RVC je.. RVC ni kiwa repeat order from Kak Zana yang manis tu..dulu dia pernah order untuk anak dia bertunang. Kali ini dia order sebagai buah tangan ke Majlis pertunangan anak sedawa dia pulaksss. So dia tak kesah deco yang macam mana pun..janji RVC.Phiewww legaaa.... suke dapat kastemer macam ni..sebab saya memang tak pandai deco kek...emmm bila la nak pegi tuntut ilmu ni..asyik tak kesempatan aje..

Selalunya..bila buat RVC saya akan guna wesepi kat SINI. Tapi kali ni saya guna wesepi simple gubahan saya sendiwi...dah banyak kali buat guna resepi ni and anak anak cakap sedappp. Kali ni nak cuba try test market la plak..apa kata survey kannn..Alhamdulillah...kak Zana khabo sedap.Heeee...hoye..hoye...eksperimen saya berhasil.Wahhh cam dalam makmal plak ekk....ko ingat ni ujian amali ke CA oiiii...haishhh!




RED VELVET CAKE
Resepi : Che Ann

Bahan bahan
  • 220 gram mentega
  • 220 gram gula kastor
  • 4 biji telur ( saiz A / B )
  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara
  1. Tepung naik sendiri dan serbuk koko gaul rata dan ayak - ketepikan
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan separuh tepung yang dah bercampur dgn serbuk koko,pukul adunan hingga mesra
  5. Masukkan pula susu cair dan pewarna merah...dan akhir sekali masukkan baki tepung.
  6. Lapik loyang pembakar 9" dengan kertas kalis minyak dan oles tepinya dgn butter.
  7. Panaskan oven pada suhu 170'c. Bakar kek selama 30-40 minit ( ikut saiz oven masing2 tawww)
  8. Dah masak bio kejap dlm oven dalam 5 minit baru kuarkan..
  9. Biarkan kek dah sejuk baru lah potong bahagi bape lapisan yang anda suka dan bolehlah mendeco
  10. Saya buh topping Cream Cheese yg mana bagi saya RVC ni memang nyamannn je rasanya ber toppingkan cream cheese.

Topping Cream Cheese Frosting
500 gram Cheese ( sy guna brand tatura)
1 tsp esen vanila
1 cawan gula ising
200 ml whipping cream ( non dairy)

Pukul whipping cream tu hingga agak kental- ketepikan or masukkan dalam peti ais kejap mentara nak pukul cheese. Dah siap pukul whipping cream tu....campurkan cheese dgn gula dan esen vanila.pukul hingga cheese mesra dan creamy lembut...kemudian masukkan whipping cream tadi dan gaul hingga mesra. Dah mesra elok boleh la nak calit2 kat kek tu ikut kreativiti memasing...



Thank You Kak Zana 
muahhh!



4 comments:

Sweet red cherry said...

salam..

rvc ni memang sentiasa menawan dan rasanya yang memikat selera kan..

Lee said...

Hi Rossa, this is one real beautiful cake! Chantek betul! And I can imagine masuk mulut satu spoon, da tentu nak lagi.Agak2 nya saya tiga keping boleh juga. With iced kopi, ha ha.

Saya pun tidak pergi mana2 this CNY, except pergi Chinese Mall tengok decorations dan tu lion dance.
Di Canada tada holiday, tetapi by law orang Cina boleh take the day off work.

Pssst, suka your cute pantun, ha ha. Not bad...
You have a great week, and simpan satu lagu dalam hati.
Senang datang ya.
Lee.

CA said...

Salam Bbwana..

Setuju..maybe sbb ada cheesw tu kot.tu yg sokmo menawann...

CA said...

Hi lee..thanks singgah sini..

Alolo....wink wink I you puji chantek kek...itu darrrammm gamba je..kat luar tak cantik sgt..still kurang kemas lor..tapi..tapii..rasa dia..emmm nyamann..sedappp!!! Ekeke..puji kek sendiwi..

Thanks singgah pondok I nanti senang i singgah pondok yoi key..you take care..simpan satu lagu...terima kasih seribu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...