Wednesday, May 21, 2014

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE and Happy Birthday To me







As Salam

Phiew..kembang kempis kembang kempis  hoqeyyy. Ye laa semua puji kek ai sedap..macam secret receipe beb....auchhh makin kembang la vontot ai ni. Dah la geng nyunggiters cop vontot ai ni vontot payung pasar malam...Gamaknya kalo depa tengok skang harus ntah apa plak versen vontot ai ni... Ehhh!! heyy apa citer pasal vontot ni.....apa jauh sangat lawi dawi tajuksss...

Ok..kredit to my bff datin Chah yang sudi share wesepi camno nak buat Chocolate Indulgence Cake ni. memang ma-be-les!!! Sila pegi SINI untuk melihat hasil kerja dia yang lagi berseni . Skang ni dia agak menyepi dari arena blogging sebab bz bz layan bisnes dia tu. Ada product baru tau...perghhh kebabom la Jubah hasil rekaan dan jahitan datin tu...nanti kita tunjuk ye...Now nak citer pasal kek ni. Lame ammat doh salin wesepi ni.Tapi masih belum ada jiwa nak membuatnya. Tetiba bila Myrambo tanya kek apa yang seisi umah suka makan and nak saya buat untuk besday saya. Cehhh besday sniri..buat kek sniri??? apa celop nukkkk!!! But then kalau tak kerana permintaan Myrambo...sampei skang saya tak akan mencuba untuk membuat kek ni...Chahhh!!!!! tengsss aku berjaya buatttt! ( walau ada kesilapan teknik skit..hehehe payah kalo tak sabo...) Betul la kata chah..nampak macam rumit...tapi once dah buat..not so difficult...




Kek ni saya buat hari ahad lepas yang konon-kononnya nak selebret besday saya. Celebrate in advance gitu memandangkan 19 Mei jatuh on Monday. Nak sambut wiken depan macam dah lambat sangat kata Myrambo. So sambut awal la...layannnzz.Kalau ikut rasa..ikut jiwa..makk memang seriau la nak selebret...makkk makin senja dahh ....amalan ntah kemana...huhhuh.Tapi bila ngap kek yang nyamannn ni...hilang gundah gulana. Tak caya hangpa try la buat....nahh wesepi saya kopipes dari blog Chah

Bahan-bahan (kek):
Sumber : Chah olah resepi kek span dari Blog Kak Yati so sy polo aje...haaa nampakkkk... .
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut
  • 150g tepung naik sendiri
  • 5 biji telur
  • 80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
  • 120ml susu coklat
  • 150g gula halus
  • 1 1/2 sudu besar ovellete
  • 2 sudu besar cappucino emulco
  • 3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  2. Masukkan minyak jagung, putar perlahan.
  3. Masukkan pula susu dan cappucino emulco.
  4. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati.

Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dgn suhu 170'c dan bakar kek kira-kira 20 minit kerana saya menggunakan 2 loyang bulat bersaiz 8". dan belah dua..dapat la empat keping...

Bahan-bahan white choc filling:
  • 100g compund white chocolate (Chah menggunakan brand Berry's , saya gunakan brand Colatta  )
  • 150g butter
  • 2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
  • 100g gula halus
  • 250g non dairy whipping cream (Chah gunakan brand Rich, saya gunakan brand Mauri )
Cara-cara:
  1. Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan.
  2. Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul.
  3. Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.
Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:
  • 100g compund dark chocolate 
  • 150g butter
  • 2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
  • 100g gula halus
  • 250g non dairy whipping cream 
** Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.

Bahan-bahan untuk ganache:
  • 300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
  • 300g non dairy whipping cream
  • 25g butter
Cara-cara:
  1. Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil.
  2. Masukkan butter kacau perlahan.
  3. Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya.
Cara untuk assemble kek:

Potong kek menjadi 4 keping.
Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
Ringkasannya camni
Kek-> white choc -> kek-> dark choc-> kek-> white choc-> kek-> dark choc-> ganache. Siap!





Menu sampingan kanak kanak riang order..
Layannnzz...

ok..tu citer besday saya...meh jamu mata dengan koleksi Datin Chah...







Cantik gilossss uolsss...ada telekong...tudung..eh silap shawls...memang berbaloi beli koranggg...jahitan kemass...emm memang uols kena beli la baru uols percaya...the best is telekong dia....

Nak tengok lain lain koleksi yang anggun tu sila terjah kat >>>  SINI dengan SEGERAAAAA!!!




1 comment:

Lee said...

Hi Rossa, minta ma'af dropped by late. But here's wishing you a belated Many happy returns of the day. Happy Birthday.
Wishing you lots of good health, happiness, laughter and sunshine always.
And may you be as beautiful tomorrow as you are today.

Love the fashion pics, look very classy and elegant.
And the birthday cake really beautiful. I can imagine the wangi from where I am. And would love have tiga keping...looks sooooo good!
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Rossa, Senang datang, but minum ayer batu first, and bring tissue to wipe your sweat,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...