Tanggal 25 May 2012, 2.57pm, Aku menerima panggilan menyedarkan aku tentang sesuatu perkara. Sibuk sangat kah aku...atau aku sudah mengundur diri dari dunia layar lara??? Ohh tidak....bagai tersedar dari lamunan... Ku sangka panggilan itu dari seorang yang rapat denganku kerana si pemanggil menyebut namaku "ANI".Tapi suaranya tidak pernah aku kenali.Ku bertanya siapa?Ahhhh sedikit jengkel dihati ini bila sipemanggil enggan memperkenalkan dirinya. Hanya kata rakan blogger. Aduhhh.... letih otakku untuk bermain dengan teka teki dan meneka siapa gerangannya.
Tapi aku cukup tersentuh, cukup terharu. Ternyata sepinya aku dari laya raya dirindui.Tapi yang paling tragis sepinya aku secara tidak langsung tidak menghargai usha seorang rakan blogger yang nunnnnn jauh di toronto.Betapa aku langsung tidak menjengah kesemua pondok pondok yang penuh dengan cerita terkini...Ahhhh winduuu....sunggguh! Entah apa la citer Sis Q yang bz dengan jadual masak-masak tapi menten bole nak hapdet beloq dia..kejap2 ada aje new entry, Amelia dengan menu2 yummy....,Marie citera ceriti nya...Datin Chah dengan edisi menu layan anak balik asrama...Dapur Kak Ummi..Kak Ita..Mamasya...Ohhh....siyesss aku winduuu....aku windu sahabat sahabat layar laraku....
Lama aku berbicara dengan pemanggil misteri...emmm dari dia aku dapat khabar Uncle Lee.Wow...tersenyum malu...tersenyum syahdu...terkesima seketika bila aku singgah dipondoknya.Terasa segan pula nak meninggalkan ucapan sebab sudah terlalu lama aku menyepi diri. Sahabat apa aku ni..langsung tidak menhargai apa yang telah dipaparkan dipondoknya. Lee..I'm so sorry never singgah your pondok. I like your posting...nanti I give a comment ekk...I nak tarik napas panjang panjang...nak minum air sejuk banyak banyak....:)
Setiap manusia diberi masa yang sama.Ternyata aku antara yang tidak mampu untuk membahagikan masa. Selalu memberi alasan tidak cukup masa. Padahal jadual harianku tidak sepadat Sis Q, tapi tidak pula sebebas Datin Chah huhu...Inilah namanya kehidupan. Allah menguji dan terus menguji tak akan berhenti. Kadangkala aku lupa yang kesihatan itu jugak satu nikmat. Bila nikmat itu ditarik seketika baru aku sedar yang menjaga kesihatan itu adalah amanahNYA. Itu lah yang aku alami...walau sekuat mana aku cuba bertahan...minda cuba berinteraksi dengan sistem badan,meminta untuk terus bertahan tapi sistem didalam badan sudah lemah, perlukan ruang untuk diperbaiki, perlu ruang untuk berhenti seketika. Sedangkan Mesin juga akan rosak andai tidak ada ruang rehat, akan meragam andai tidak di service.Begitu juga la badan ini.
Sudahnya...aku terlantar...hampir seminggu lemah seluruh badan, kepala sakit bagai nak dihentak ke dinding je rasanya. Sakitnya Allah sahaja yang tahu...Benci benar rasanya bila saat aku begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan tapi badan pula tidak mahu mendengar kata.Tapi siapa aku untuk menolak kehadiran sang 'sakit'.Sakit itu adalah anugerah Ilhai. Sakit membantu aku mengurangkan dosa dosa kecil ku. Setidak tidaknya Sakit juga menyedarkan aku nikmatNYA yang pernah dikurniakan pada aku... Alhamdulillah,
Buat sahabat sahabat layar lara...muahhh! ( spesel yang koling2 ai tu 03-426xxxxx - Thanks...love u).
14 comments:
manjakan diri kat spa lepas nih.
Salam kenalan CA n 4low...mmg kena manjakan diri la lps nie..asz pun baru lps berurut setelah sekian lamanya x berurut..segar rasa badan...bila urat2 byk terselirat di betulkan..heehehe
Salam CA.Ingatkan CA tak update blog sbb sibuk dgn tempahan...atau balik kg sbb cuti sek skrg rupa2nya CA tak sihat...moga CA cepat semboh dan sihat cergas kembali.betul tu CA...ujian sakit mengingatkan kita akan kenikmatan tubuh badan yg sihat yg Allah kurniakan ...juga menguji kesabaran kita...
Hi Ros, how you doin'? I guess you very busy. Anyway, you missed 2 postings of mine, ada satu with a beautiful big header pic of you and me using special effects on a moonlight night tepi laut bulan terang. It took 3 days to do this one pic.
Pity you missed it.
That posting had 4 pics of you different angles too, different evening and moonlight scenes, moonlight nights using special effects.
I have since taken out all except left one, you and me tepi laut, ha ha.
Another posting, I gave you a really special, beautiful red dress, its still there...everyone was waiting for you to come, especially the one with the big header pic of you and me bulan terang.
It was special effects macham Hollywood style buat semua readers lintang pukang, ha ha ha.
Anyway, you have a great week, take it easy.
Lee.
Hi CA, apa khabar? Lama tak jumpa you, tapi I pun faham lah your situation sebab ada kerja fulltime dan jaga anak2x, jaga umah lagi.
Your sakit kepala sudah okey? Relax dan jangan stress sangat. Minum air lebih sikit.
Ada misteri call dari blogger, hahaha so you sampei hari ini tak tau orang tu siapa? Tapi memang bukan I lah, sebab I kat JB.
Ok, you take care ya. Nanti petang singgah pondok I makan ice cream kasi sejuk kan badan.
Cayang you, muahhhzz..............
A big big cyber hugs for you.
Salam kenalan CA,thanks for the words kat queenie nya blog for Uncle,Uncle AL ni masih belajar walaupun usia dah over 60,tapi hati muda lagi ahahahaha,CA for your info 2008 uncle went thru traumatic times in my life battling with the big C sampai botak kepala due to chemo and radiation tapi alhamdullilah all seems good now,thats why its important to take heed of your body signs,dont overdo things,nature's way of telling you to slow down take a rest and come back fresh Insyaallah,KEEP STRONG and never give up ingat my pesan,...If you cannot run then walk,if you cannot walk then crawl but never ever give up.salam ceria dari Uncle AL Penang.
salam CA... dah sehat? Alhamdulillah...dengar pesan Uncle AL tu tau (sebenarnya akak pun terkenen gak heheeh)...
tumpang nak berterimakasih kat Uncle AL yang tak pernah lokek mengingatkan kita selalu kan?
kerja ~ kerja jugak
rehat ~ rehat jugak
bila cuti mata ni asyik nak cari bantal jer heheh...
Ibu Rawiwa,
Behhkan pegi spa.dok telek2 kalendar ni..ruang mana koson' huhu...
Tq singgah sini..muahhh!
Salam Kenal buat Asmah
Thanks singgah sini.Ye la..skali skala badan pun nak kena service kan.Nak cawi bidan urut yg best ni payah la..selalu kat spa tu simple sgt..tak puas.kena balik kg bidan kampung urut..fuhhh...nyamannn....
nanti sy singgah blog Asmah..see you.take care.
Salam Mamasya..
Hehe....tu la..tempahan pun ia jugak..tumbang pun ia jugak.Kalo tak tumbang,dok sedo nikmat sihat gamaknya.Alhamdulillah ujian dan sakit tanda Allah ingat kita kan...Subhanallah..alhamdulillah...
Thanks singgah dapur saya.malu tak berkemas sangat..errr kek kat dapur mama ada lagitak...:)
Hi Lee,
I'm ok now..bz bz buah aje...hee.Thanks sudi drop my pondok again.Tu la, kalo sipemanggil misteri tak inform, konherm I tak tahu apa terjadi kat pondok you...I terlepas party you kan..duhhhh wugisss..
Pls arrange again...I nak join..( owang lepas baik demam memang kemaruk..kan sis Q..ngeh..ngeh..)
Anyway I akan singgah pondok you..amik my lovely dress..errr kasut ada?perfume? wahhh manyak songeh la ekk..ammpunzzz
Thanks..thanks..dah ilang words nak ucap.terima kasih seribu, simpan satu lagu dalam hati key..
see you..
Hi Amelia..
Miss me? hehe..perasan plak.But I miss you...miss your yummy food.Errkk ada eskimm...emm cuaca panas2 ni dap jugak ngap eskim...zasss nanti I datang
Thanks for your kind word & advise.yup still misteri panggilan tu..siap sms I memalam buta.sereeemm I kot2 yang darram posting Lee yang tuko2 muka tu datang lakss singgah sini...pitammmm...
Cayang you jugakzz...muahhh!
hug..hug..hug you!
:)
Salam Uncle AL
Alamak...pondok bersawang..sepah la..nape uncle AL tak habaq nak mai...iss sis Q ni..ajak Uncle AL tak inform ekk...nak kena babapsss ni..
Uncle AL,
Tiada batasan umur dalam proses belajar..selagi mampu kita timba ilmu.Thanks for sharing a real story.buat saya sedar dan menghargai nikmatnya kesihatan.Thanks...thanks Uncle AL your advise.Alahaii..tetiba terasa windu dengan arwah abah..cam dapat teguran dan nasihat dr seorang ayah je...huhu..
Salam Sis Q
Muah2..alhamdulillah..dah sihat.ni kira dalam temboh recovery la..tapi menten leh nakal2..nak plak dah dapat tangkal..power beb..ngeh..ngeh..
Tu la sis..idak le bz banget mcm lu..tapi cepat plak badan ni mengalah...menciiii tul...manjah..nyammpahh!
Anyway..keje..keja, time rehat kena rehat ekk..kita folow nasihat Uncle AL.Untung kita ada reminder...hehe..
Post a Comment