Wednesday, December 28, 2011

Ayam goreng kunyit ala2 kat kedai..




Ayam goreng kunyit yg sangat simple ni memang sokmo jadi menu kat umah. Ini peberet abang Azrul. Tapi dia akan makan ayam aje la...tang sayur dan lain2 teman perjuangan kat ayam goreng tu konherm saya dan ayahnya la yg balun.Menu yg sangat simple dan ringkas. rasanya nak tulis wesepi pun tak sampai hati. Memandangkan blog ni bakal jadi bahan rujukan anak2 masa depan (kononnn....) so tepek jugak la wesepi ekk..


  



AYAM GORENG KUNYIT
Resepi @ Che Ann

Bahan2
200 g isi ayam - fillet or bahagian dada
1 biji cili besar
1 labu bawang besar
2-3 batang kacang pajang
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
Minyak utk menggoreng




Cara2nya
  1. Ayam dipotong potong dadu ke..potong segi ke..ikut suka la bentuk macam mana pun, basuh dan tos, gaul dgn garam dan kunyit
  2. Kacang panjang patah2 je dlm 1 inci pjg
  3. Cili besar dipotong serong
  4. Bawang besar dimayang bulat
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak - angkat
  6. kecilkan api dapur, kurangkan minyak gorengan dan masukkan pula bawang besar, hirisan cili dan kacang panjang. letak sedikit garam dan goreng guna api besar...
  7. Kacau seketika, nampak bawang dah layu kacang dah separa masak masukkan ayam goreng tadi gaul kejap then tutup api dapur.
Hidang.....zassss makan ketika masih panas...emmm abag azrul memang semakin bulat coti sekolah ni...hehe




Ayat abang azrul kalau rekues bibik masak lauk ni " Bibik..nanti masak ayam goreng  yg mcm ibu masak sedap tu tau...". Perrghhhh...memang ayat yang boleh meruntum jiwa seorang ibu beb...maka...makin kembang la montot ibu dia ni...huhu >__<


1 comment:

Anonymous said...

Sy dah try tadi sis. Sedapp. Tp pedas sikit sbb gantikan lada merah tu dgn cili padi. Huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...