Sumber : Bila Chah Ke Dapur
Sumber dari kak Yatie
- 5 biji telur ( saya guna 4 biji sbb telur kecik: saiz D.dah itu je yg ada time nak buat :( )
- 150 g gula halus ( sy ikut sukatan chah 90 g )
- 2 sudu besar ovellet ( sy ikut sukatan chah- 1 sudu )
- 150g tepung naik sendiwi ( saya guna 100g )
- 80ml minyak jagung ( saya ikut sukatan chah - 50 ml )
- 80ml susu ( saya guna 50ml santan yg dah perah dengan daun pandan )
- Pes pandan ( saya tak guna )
- Secubit Garam
Cara2
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.Kemudian masukkan ovellet dan pukul lagi hingga adunan kembang dan gebu sesangat macam nak buat bahulu tu..tapi lagi gebu sebab bubuh ovellet
- Masukkan minyak jagung dan putar perlahan lahan adunan.
- Minyak dah sebati dengan adunan masukkan santan dan putar lagi perlahan lahan hingga adunan sebati
- Akhir sekali masukkan tepung dan garam.Putar lagi hingga adunan betul2 sebati dan mesra.
- Lapik loyang dengan kertas minyak dan bakar - saya guna saiz 7" @ 18cm
- Bakar kek pada suhu 160-170'c. saya preheat oven 5 minit dgn suhu 160'c baru bakar kek.
- Tempoh bakar kek dalam 35-45 minit. saya bakar dalam 40 minit.
Bahan2 Kastad
- 1200 ml santan ( saya perah santan campur skali dgn daun pandan-blend ). Boleh juga guna susu cair dan campur dengan pes pandan
- 1 cawan gula
- 100 g tepung Heon Kwee
- 7 g serbuk agar-agar
- sedikit esen vanila ( saya tak letak )
- Secubit garam
Cara2
- Campurkan semua bahan, kacau hingga adunan sebati dan gula dah hancur
- Tapis dan masak la dengan api sederhana
- Ketika proses memasak pastikan anda sentiasa kacau ye..nanti kastad ketul2 u..tak cantik la.
- Masak hingga pekat dan naik wap - ala2 mcm buat talam jugak
Bila dah masak pekat bole la start proses melapis kek.
Proses Melapis Kek
- Sebelum masak kastad, pastikan anda telah potong kek dahulu. Sebab kastard ni cepat sejuk dan keras. so kena buat pantas skit.
- Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.
- Letak lapisan pertama kek di dalam springform ( tapi saya tak ada loyang sringform so saya guna loyang yang dasarnya bole di tanggalkan.) Tuang kastard di atas lapisan pertama kek hingga menutup permukaan kek.
- Kemudian amik lapisan seterusnya dan ulangi proses yang ke 3.sampai semua lapisan kek habis
- Akhir sekali tuang lapisan kastard hingga penuh ke permukaan loyang
- Masukkan dalam peti'es selama 3-4 jam, poton pehtu ngap la...
Yummy...memang sedap dari beli kat kedai wa cakap lu...lau tak caya cuba la buat...
Note utk pemilik Blog Bila Chah ke Dapur"
CHAH!!!!! Memang sedap banget kek ni. I lap u..muahhh!
Pstt..psttt..tolong ye..jangan pandang pada rupa. Tolong abaikan lapisan yang senget benget tu. tangan tak bendung gini la jadinya..huhu tolon'....tolon'...bantu saya bagi tips camno nak poton' kek tu samaaaa je. rasa nak pinjam je tangan kak Ita Masam manis tu..Kak Ita tu sungguh halus sentuhan dia. Kalau poton' kek sama jeee saiz ketebalannya. Aku...Pastu kek ni nampak hijau banget. nak wat camno daun pandan yg saya gunakan sangat tua dan sgt hijau. tu yang kaler kek ni mcm terlebih kaler plak ekk..So what?? ada aku kesah? janji sedapppp dowhhh! opsss...jadi boboi laksss...hehe ala tomei tomei...