Wednesday, November 30, 2011

Daging Masak Merah Ala Thai...






Selain dari tempah apam aiskrim versen palkadot, Emi turut tempah Daging Masak merah ala Thai untuk family gathering sempena Awal Muharram. Dah alang alang masak saya masak lebih la..untuk lunch family saya jugak.Kebetulan mak, adik dan isterinya datang berkunjung ke rumah saya.Menu ini saya hidangkan untuk mereka. Senang keja saya...







Daging masak merah ala thai ni memang fe-be-ret saya. Dolu2 amsa bawu2 kawin, asal makan kat kedai inilah menu yang sokmo saya order. Jaman tu dok heran..camno la daging ni borre jadi kaler merah ekk.Tak tercapai dek akal yang kaler merah tu sebab buh pewarna merah la...Jongoss!! Skang dah berderet kanan kiwi henbag, memang jarang makan kat luar. Bukan apa...banyak sangat kejadian kanak2 riang ni yang menguji kesabaran dan keimanan ku... letihhhh acikkk.




Memula dulu dok meneka apakah ramuannya...ye la...jaman tu, IT dok glamer cam skang. Skang segala wesepi hanya dihujung jawi gitu. Bak kata Arin, GG kalo masak mesti bawak lappy ke dapur..Haa...para suami pun makin pandai memasak sebab takyah susah2 nak selak buku buku wesepi kan...semua hanya dihujung jawi.Doohhhh!!!

Sekarang...bila dah celik IT, bila refer sana sinunzz, dari blog ke blog, nampaknya lidah saya tidak salah percaturan dalam meneka bahan2 untuk masak menu ini.Tapi ye la...lidah yang merasa berbeza beza jadi pasti akan ada perbezaan. Wesepi Ini adalah olahan dan sentuhan saya,  ikut selera saya...Harap2 Emi dan family bole terima...




DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Resepi @ CheAnn
Sumber : Rossamyzani.blogspot.com

Bahan2

  • 400 gram daging
  • 2 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 3 ulang bawang merah - ditumbuk
  • 2 sudu makan cili blend
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 helai daun limau purut- ramas dan racik sedikit
  • 2-3 biji cili besar hijau/merah - belah 2, buang biji dan potong serong
  • 1 labu bawang besar - yg kaler putih dipotong bulat
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit minyak untuk menggoreng dan menumis









Cara2 memasak

  1. Rebus daging hingga empuk/lembut. Potong nipis.Gaul dengan air rebusan daging yang telah diletak sedikit pewarna merah
  2. Goreng seketika daging yang telah digaul dengan pewarna.
  3. Bawang merah dan putih tumbuk dan tumis hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili blend dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram , daun limau purut, garam gula dan serbuk perasa.Kacau seketika
  6. Masukkan daging kacau seketika hingga daging nampak bergaul mesra dengan bahan2 tumisan
  7. Masukkan cili besar dan bawang besar, kacau seketika, nampak bawang hampir layu tutup api dapur

Angkat dan hidang...







5 comments:

Chah said...

nasik goreng daging merah satu!

Anonymous said...

sedap....i llike...thanx kak ros

Anonymous said...

sedap....i llike...thanx kak ros

CA said...

Emi..tq tq..muahh!

CA said...

Chah..tukaq dengan nasi goreng ayam satuuu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...