Sunday, November 13, 2011

Sambal Tempoyak Bilis Petai




Macam biasa, ujun' minggu adalah masa untuk menambah selera, menambah sgala keinginan tekak. Faktor lemak, kolestwol segala tu diabaikan buat seketika konon la...Hari hari lain pun sama jugak benonya...muahaha. Sambal ni dibuat sebab nak jodohkan dengan sayur pucuk meranti masak lemak putih.Tipikal orang melayu ni, mesti nak pedas, mesti nak ada sambal kan..baru lengkap.Konon la..(uhhh konon lagi..) Sambal ni sambal kegemaran Rambo.Dia asal asas tempoyak, asal ada petai, huhh...memang borre lupa nama mak sendiwi oooo (pinjam word unclee lee...*_^ )




SMABAL TEMPOYAK BILIS PETAI
Resepi @ Che Ann
Sumber : MIL

Bahan2

  • 2 papan petai
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 15-20 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis







Cara2 Memasak

  1. Petai belah dua, basuh tos
  2. Blend/tumbuk semua bahan yang bertanda *
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  4. Masukkan bahan tumbuk/blend dan petai, tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan tempoyak, kacau seketika dan masukkan ikan bilis
  6. Masukkan Garam gula dan perasa secukupnya
  7. Masukkan sedikit air, kacau dan masak hingga semua bahan mesra dan menjadi pekat


Dahhh setel...sedia untuk dihidang...




7 comments:

Uncle Lee said...

Hello Ros, I can just imagine the lovely wangi from your this dish.
Looks really delicious. This is a tiga pinggan nasi lichin, guarantee! And tali pinggang longgar kan after that, ha ha.

But regret petai not on my food list....somehow, even though I dated Malay maidens, ate at their homes, I ehlak this petai. Never acquired the taste for it.

But can tell you this, fly MAS from Trengganu or KB petang ke malam flight....terok air stewardess kena spray air freshener in the toilet, ha ha ha.

Ada berapa kali I fly to HK or Bangkok, hear passengers complain about the toilet strong smell....
Someone had eaten petai before flying, ha ha.
My Malay SYT friends say, "you bodoh la, Lee, don't know how to eat petai"! Ha ha.

Okay, no need jemput me over for dinner....
Let me know bila you masak ikan goreng rempah Trengganu style.
Have a nice day, Ros.
Lee.

Ummi said...

Assalam Che Ann, tu diaaa sambal petai penyedap rasa, penambah selera, mau 2 pinggan nasi x sedor jek...diet hancuss laaa...hehehe, tangkap leleh tul tgk sambal ni taauu..

Nurul said...

Assalam, Che Ann..
Terliur tgk sambal tempoyak bilis petai ni.... ader tempoyak ader petai, perghhh mmg best... :)

Salam kenal dr Nurul..

CA said...

Hii Uncle Lee...

Duhhh...sgt rugi lorr u don't know how to eat petai..this menu feberet my hubby/alwaysz lupa nama mak bila dia makan this sambal...

Agree with you...bau petai sangat pening bila kat toilet..hehe..tapi masa makan tak perlu ingat kesan dia..janji selera...and make sure takde pakai tali pinggang so xyah susah hati seluar ketat..

Thanks singgah sini..have a nice wiken..take care

CA said...

Kak ummi..

Assalam....bukan takat 2 pinggan wehh..sedo sedo nasi darram pewiuk habis...masa tu ada aku kesah diet programm....hehe

CA said...

Salam Perkenalan buat Nurul

Thanks singgah sini.
Menu simple tapi sangat menambah selera..sbb tu bahaya buat menu cenggini...hehe

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...