Wednesday, November 9, 2011

Talam Berlauk



  


Pertama Kali dengar nama kuih ni saya dok ingat kuih talam biasa then makan dengan lauk. Tapi bila dah tengok rupa ketawa sendiri dalam hati. Adehhh tak up to date betul... Pestaim makan masa jamuan department ketika saya bekerja di Minolta, hati terus terpikat dengan keunikan kombinasi kuih ni. Tambahan plak saya asal kuih tu ada tajuk belakang dia 'berlauk' otomatik jadi suka...Bila dah suka cam biasa akan merisik khabar wesepi la...tq  Hazlin sudi share wesepi.

Anyway resepi talam berlauk ni telah saya ubahsuai skit supaya ia menjadi igauan anak tekak saya.Ia adalah kombinasi resepi Talam ChefAsma dan Hazlin....



RESEPI TALAM BERLAUK
Sumber @ Hazlin & ChefAsma
Olahan CheAnn

Bahan2 Talam
  • 220 gm tepung gandum
  • 2 tbs tepung Hoen Kwee (saya x guna sbb xde tepung ni..)
  • 130 gm tepung beras
  • 150 gm gula
  • 2 tsp garam
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan pekat (seeloknya guna santan kotak so talam nampak putih cantik)
  • 1 liter air

Cara2 Masak
  1. Pukul sekejap telur dengan gula, kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras gaul rata
  2. masukkan air sedikit demi sedikit, gaul mesra.
  3. Adunan tepung dah mesra masukkan santan dan garam
  4. Tapis masukkan dalam periuk/kuali dan masak hingga naik wap
  5. Tuang dalam bekas  yang telah lapik plastik ( 10x10x3)
  6. Taburkan lauk atas talam then kukus dalam 30 menit





Bahan2 Lauk
  • 200 gram isi ayam ( Daging/udang/sotong pun boleh)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 11/2 sudu cili blend
  • Garam gula perasa secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Masak
  1. Isi ayam potong2 dalam 1 inci kemudian rebus seketika dengan sukatan air cukup untuk melembutkan daging ayam. andai terlebih jangan buang bole guna untuk masa menumis.
  2. Isi ayam dah lembut racik2 kecil macam nak buat serunding.
  3. Bawang merah dan putih tumbuk kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
  4. Bila sudah naik bau, masukkan cili blend, kacau seketika tunggu hingga pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak masukkan lebihan air rebusan ayam (jika ada), masukkan isi ayam yang telah diracik tadi
  6. Masukkan juga garam gula dan perasa secukupnya.
  7. Kacau dan masak hingga kering.
  8. Taburkan atas adunan talam then kukus

Hiasan
  • Bawang goreng
  • Daun Sop
  • Cili besar, buang biji dan potong kecil panjang
Lepas 20 minit kukus, baru tabur daun sop, cili dan bawang goreng. Then kukus lagi hingga cukup 30-35 minit, talam dah masak. sejukkan dulu baru potong. Seelok eloknya 3-4 jam. Kalau nak cepat sejuk bole la letak dalam peti ais...





P/ssst..agak2 kat umah ada labu sejuring, keledek sebutir dua, pastu dok tahu nok buat gapo..campur saje dalam talam ni.So nanti jadilah la talam labu berlauk or talam keledek berlauk...kan kweatif gitu..muahhh!
Kaedahnya kalo nok campur labu atau keledek tu..parut halus dulu itu labu labi, bila talam sudah naik wap kasi campur itu labu atau keledek...mudah kan...selamat beramal mencuba.

8 comments:

Chah said...

Aku suka yg keladi...nyum2....

CA said...

Hat tu aku suka jugak..asal nama talam memang suka..camno tu..adehhh..

Totie@Tomy said...

biasa kalau nak makan talam saya beli kat poasat malam jalan tar..ni tengok resipi akak nak try ar..hehe

CA said...

Totie,

Serramat mencuba..senang je.InsyaAllah jadi.Muahhh!

Ummi said...

Che Ann, sedapnya tengok bingka berlauk..fav akak tau...nnt leh cuba la versi yang ni...akak save resepi dulu eh...thanks Che Ann, muaahhh!

CA said...

Kak Ummi...

hehe..nama tradisi bingka, nama grammer Talam...ni memang faberet saya..amsa burran posa wamei order nak anto ke semejid & surau..hehe

Nanti bebila buat anto sepirin kat saya ye..muahhh!

Granny Hani said...

Ada org guna tepung gandum ada orang guna tepung beras..,Makin byk belek resipi makin confused..Tapi rasa2 resipi ni paling best...tq

CA said...

Salam kenal Granny Hani
thanks singgah sini...
selamat mencuba...for me yess..byk cuba resepi..this is the best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...