Wednesday, November 23, 2011

Talam Lapis Diplomat






Hehe..angin talam la pulak...tekak orang kampun' memang susah nak ubah.Tak pun sebab faktor usia gamaknya.Makin suka kuih yang kukus kukus gitu...dah tak bewape gemo yang goreng2..minyak..kolestwol gitu..cehhh! Nama je kuih kukus...kalo dah berkilo guna santan apa kesss...




Memandangkan ada la sowang dua anak ni terkena penyakit keturunan...gemo kuih yang kukus kukus gitu..maka wajin la membuatya. Tapi talam ni agak moden. Nama pun diplomat nko...haa....ala ala urban klasik gitu.Errkkk betul ke gitu..isshhh xyah nak mengarut...Meh nak khabo, Talam Diplomat ni salah satu Wesepi Talam Chef Asma yang yummy...ChefAsma khabo bole kalo nak share so saya tepek la kat Duniaku..Kot2 la ada yg gemo jugak kuih kukus kukus ala ala jaman dolu dolu tapi moden.



TALAM LAPIS DIPLOMAT
Resepi @ Chef Asma
Sumber : Che Ann @ Dari Duniaku...

Bahan2 Lapisan Bawah

  • 250-350 kek Butter ( saya guna kek swiss roll stroberi)
  • 3 biji telur
  • 50 gm Blaccurrant @ kismis ( saya x letak sbb tak suka)
  • 1/8 tsp esen vanila
  • 150 ml susu cair
  • 300 ml air


Cara2

  1. Satukan semua bahan bahan dan biarkan sebati ( rendam) selama 15 minit.
  2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik.
  3. Kukus lebih kurang 25 minit.( Bila dah masak angkat dan cakar dengan garpu)









Lapisan Tengah

  • 70 gm  tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 1/2 tsp garam
  • 2 @ 3 biji telur ( saya guna 2 biji)
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat
  • Sedikit pewarna ( pilihan masing2)


Cara2

  1. Satukan semua bahan2 kacau rata dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak hingga naik wap
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 menit
  4. Bila dah masak cakar dgn garpu








Lapisan Atas

  • 50 gm tepung kastad
  • 150 gm gula halus ( sy guna 120gm shj sbb tak suka manis sgt)
  • 1/4 tsp garam
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100 ml santan
  • Sedikit pewarna (ikut warna kegemaran)


Cara2

  1. Ikut je cara lapisan tengah.Wase malas plak nak ulang ayat
  2. Tuang ke lapisan tengah dan kukus selama 30 minit







Tips: 
Masak lapisan tengah dan atas jgn terlalu pekat, jgn terlalu cair. Lapisan tengah saya agak kurang keras, maybe salah tengok masa ketika mengukus....huhu
Rasionalnya kenape kena cakar dengan garpu adalah supaya lapisan talam tak terpisah.
Saya terlupa nak cakar harimau kat lapisan bawah so talam lapis ni ter-cerai la sikit dengan lapisan bawah..
Tapi still bole rujuk..idak le ketara penceraian mereka...*_^

Uhhh..ngantok....nak titon dah..nite..muahhhh!


9 comments:

Nurul said...

Assalam Che Ann...
nampak menarik talam ni.. nak rasa!! :)

Intan said...

NAK JUGAAAAAAAA.....Emmmmmmm...

CA said...

Salam Nurul..

Memang menarikssss...nak wase meh datang umah meh...hehe :)

CA said...

Dear Intan..

Senyap sunyi..apa cer? kata nak call.miss u la...muahhh! :)

Chah said...

Diplomat negawa mawne? Dawpat diplowma kew kawlu mawkan tawlam niw?

CA said...

Kikik..chah..

Tanjat boboi...manyaknye uwup dapliuw...

Nieza said...

assalam, dtng dr blog kak ummi tgk talam yang sedap ni.btw, saya follow yer:)

ilahjy said...

salam kak ilah juga sama kak nieza..dtg dari dapo maya kak ummi kuantan..tahniah kerja tangan yg keas dancantik..salam kenal...

Yatie said...

Assalamualaikum,
akak mmng peminat setia kuih kukus2 ni...teruja tngk kuih talam kat blog K.Ummi tu yg terus singgah...fulamak mmng kelas gitewww talam diplomat ni..tq berkongsi resepi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...