Thursday, August 4, 2011

Errkkk Kuih Cara Lagi.....Tapi Bukan Cara Manis tau..






Salam semua..aku kondifen sangat bila u all baca tajukss pun dah rasa malas..rasa nyampah!! Takde topik lain ke nak citer?? Masalahnya...(pinjam word Eicha bila dia nak  mempertahankan sesuatu) memang topik kuih cara ni dari hari selasa petang sampei la hari ni...kat opis aku dokkkk citer pasal kuih cara.Siyesss...hari ni lagi behhh...dari pagi sampai ke lunch hour, bermula dengan topik resepi..pastu acuan pastu kat mana nak beli acuan...ingat lepas lunch hour dah habis topik ni..Kak Tie balik dari bangi sambung lagi citer pasal kuih cara.....pastu sudahnya Kak Ram cakap,

 "Emmm tunggu lepas posa la, ros bawak kuih ni kat akak ekk..." 

Uwaaaa.....bagai nak rak tanya wesepi..bagai nak rak belek blog aku nak salin wesepi cara manis tu...bagai nak rak tanya mana nak beli acuan tu..sudahnya aku jugaaaakkk yg dia suwuh....Kak Ram..kak Ram.Memang kelako kakak aku sowang ni...tapi syiok usik dia..time aku windu nak manja2 dengan mak, aku akan manja dgn dia aa...muahhhh kak Ram.>_<

Okey..okey stop citer pasal Kak Ram.jom citer pasal kuih cara.Semalam aku buat cara lauk plak.Tengok kak Mazni tepek cara manis dia kat FB aku pun gatai tepek jugak gambo cara lauk aku kat FB. Wahhhh wamei plak peminat cara lauk ni. So aku pahatkan la pulak dalam blog aku atas permintaan adik tershinta Nor Irna. Ko tak buat siapppp ko dik...hehe...



CARA LAUK
Resepi@Rossa

Bahan2 Adunan Cara
  • 1 cawan tepung gandunm
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1sudu besar minyak sapi/mentega/majerin
  • *2-3 titik pewarna kuning telur ( ikut kuning yg u all suka...)

Blend semua bahan ni kecuali yg bertanda *. Blend supaya halus mulus gitu..Adunan memang nampak cair tapi jgn bimbang...kuih u all nanti lemmmmbutttt je...dah blend bawu bubuh pewarna.takde pewarna kunin' bubuh kunyit pun borre.

Bahan2 lauk cara
  • 100 gram daging- dikisar halus
  • 11/2 sudu besar rempah kari ( sy guna rempah daging alagapas)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulang bawang putih
  • garam gula secukunya dan sedikit minyak utk menumis
  • 1 biji cili besar - dihiris2 nipis
  • daun sop - dipotong sederhana halus
  • Bawang Goreng
Cara2 masak lauk
  1. Bawang merah bawang putih ditumbuk, panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi atau kekuning-kuningan.
  2. Bawang dah kuning masukkan rempah kari gaul mesra lepas tu masukkan daging
  3. Masukkan sedikit air cukup untuk daging masak.
  4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. msak daging sampai masak 


CARA2 
  1. Panas acuan atas dapur gas dengan api kecil.Mcm kuih cara manis jugak sapukan minyak rata keseluruh acuan
  2. Acuan dah panas tuang adunan cara ke setiap acuan, jangan penuh sangat sbb nanti nak isi lauk adunan akak melimpah.So kena agak2 la ye..kena pandai adjust.
  3. Letak/masukkan kan lauk ke dalam cara, kemudian dikuti dengan bawang goreng, lepas tu daun sop dan last skali hirisan cili.
  4. Tutup bahagian atas acuan dengan penutup periuk supaya panas tu sekata dan bahagian atas cara cepat manis.
  5. Dalam 2-3 menit intai la..angkat penutup periuk n cungkil kuih tu intai2 bawah, kalo sudah ada ada kuning2 garing tanda cara dah masak angkat
  6. Ulangi lg angkah seperti diatas hingga adunan habis



Wokeyyy... Acik Ina..selamat mencuba. Untuk Harsa juge... mmuuahhhh!
Psstt...Just nak inform aku bersedia untuk menerima tempahan utk umah terbuka or sebarang majlis. Untuk yg berminat sila hubungi talian  hayat >> 013-6051905 @ mail:  rossa_myzani@yahoo.com

Salam....

2 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

ini aku nampak kat fb kau semalam... aku tau makan je.

CA said...

Liza..sebab minat sgt kuih ni tu yg sakan belajo buat...tapi belajo pun try n error sampai la tahap org sudi menempah dengan aku...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...