Sunday, August 14, 2011

Laksam Versen Jawa..(^_*)




Salam..

Rambo orang pahang, aku owang jawa, anak2 jd kacukan PAWA..Pahang + Jawa. Wakaka....tapi kami semua suka Laksam. Bukan menu jawa dan bukan juga menu org pahang. .He he..satu mesia gitu. Lagipun aku memang ajo je anak2 makan segala jenis makanan.....tapi idak le sampai memaksa. Ikut penerimaan tekak juga.Wesepi Laksam ni plak aku tanya mak aku je memula nak buat dulu. Sebab masa tu memang kat umah takde buku wesepi, internet pun xde nak bertenet.Sadissss! Tetiba je nak makan zasss koling2 mak tershinta..zasss buat...skang ni je dah reti belek2 kat internet...tengok buku wesepi. Nampaknya takde beza sangat la dengan yg mak ajo...pastu cam besa la..bila tanya mak..pasti akan ada ayat pandai2 ko la..Makanya setelah beberape kali mencuba maka inilah hasilnya...Yang paling beh ramboku cakap laksam aku lagi sedap dawi yg org jual kat tepi petonas puchong prima. perghhh wase tak muat je suo jeans aku ni dek kewana montot wase cam kembang >_<.

Jeng..jeng jom tengok wesepi laksam versen Jawa sebab org jawa yg buat kan....hehe..agaknya kalo orang kelantan & ganu  rasa laksam aku ni mesti cakap satu bintang pun susah nak bagi..banyak sangat derhaka dengan resepi asal..huhu..ammpunzzzzz



LAKSAM
Resepi @ CheAnn

Bahan2 

Laksam

  • 3 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung  gamdum
  • 5 cawan air
  • 2 sudu air kapur
  • satu sudu kecil garam
  • sedikit minyak nak sapu kat tudung periuk


Kuah Laksam

  • 5 - 6 ekor ikan selayang
  • Santan secukupnya
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 keping asam keping
  • 1 kuntum bunga lawang  kantan
  • 5 pucuk daun kesum
  • Garam gula, perasa secukupnya


Sambal 

  • 2 biji lada besar
  • 8 biji cili api
  • 1 inci belacan

Semua ni tumbuk or blender

sayur hiasan- kacang pjg, daun kesum, kobis, timun- racik halus



Cara2
Laksam

  1. Bancuh semua bahan.
  2. Sapu tutup periuk dengan minyak dah letak bahan adunan
  3. kukus dalam 3-4 menit.
  4. Bila dah gelembung tu makna dah masak,angkat dan gulung.
  5. Ulang masak hingga bancuhan adunan habis...kena sabooo tau..hehe



Kuah Laksam

  1. Rebus ikan dgn letak air paras2 ikan sahaja. Letak asam keping seketul
  2. Buang tulang dan blend isi ikan skali dgn bawang dgn guna air rebusan ikan tadi
  3. Masukkan dalam santan yg dah letak dalam periuk.
  4. Kemudian masak la kuah tu dgn api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak pecah santan
  5. Masukkan bunga kantan yg telah dibelah dua, masukkan daun kesum, garam gula dan perasa secukupnya.
  6. Masak hingga kuah mendidih kemudian akhir skali masukkan serbuk lada hitam




Bila nak makan baru la hias dengan sayur2 tu.Kanak2 riang kat rumah ni standart la...no sayur. Rambo dgn aku je suka bubuh sayur banyak2..behhhh ...Inilah menu buka tadi. Lauk pauk next aku citer ekk..Muahhhh!

Salam

4 comments:

azman said...

perhhhhh....sodap laksam niiii...

Lee said...

Hi CA, I have eaten laksa Sarawak, Alor Star, Johore, Malacca, Singapore, Penang, Trengganu, tetapi laksa like yours ta'pernah.

It looks really sedap best! Ini la saya selalu mention....kalau ada girlfriend pandai buat makanan like this, if bachelor, da habis cherita.
Da makan dua pingan, mintak tangan the cook, ha ha ha. Susa nak chabut......

Can see you ada black belt in cooking. I can practically get the lovely scent from here.
Looks a bit like the Chinese Chi cheong fun or kueh teaw.
And that chilli sambal.....masuk mulut, dapat wangi dia, ni la, nama mak pun lupa, arhaaa ha ha ha.
CA, you are very good. Outstanding!
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

CA said...

Salam Azman,

Hang punyer fe-be-ret jugak ke...emm
tq..

CA said...

Hi Uncle Lee,

Thanks part I
Drop by again to my gobok. It's "terpesona" with this laksam? Haiyaa..never eat this ka..manyak rugi lorr..

Thanks part II
Even never eat my cooking but u alreadt taste it.wow..

Thanks part III
I will real wish that word if u send me real bouquet...hahaha.Sib baik I mothers for 5 kids kalo tak habiss la kena tackle..kikikik

Have a nice day..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...