Wednesday, August 17, 2011

Gulai Asam Rom Ikan Talapia



Salam..

Camno nak mula ekk. Sebab tang  tajukss pun tak bewape kondifen. Asam Rum ke..Asam Rom ke..Asam Rong. Tanya rambo dia kata Rum..tapi dok biasa dengar rong.Ntah la yang mana satu. Tapi aku kondifen yang sape anak jati pahang pasti tahu masakan apa ni. Asam rom ni diperbuat dari biji getah. Haa...unik kan. biji getah pun bole makan. Memang tabik spring kat owang jaman dolu dolu ni. Kreatip beb.biji getah pun bole buat   bahan untuk masakan. Sedap plak. tu. Anyway menurut cerita MIL aku..tak semua orang mampu buat asam rom ni. Silap hari bulan bole mabukkss...uhhh dan-ge-rous jugak la kalo syilapp ekk. Memula dulu cuak jugak aku nak makan..opo ko bondo ni...apa takde benda lain ke nak masak..biji getah pun nak makan...kan..For sure itulah persepsi yg akan ujud bila sebut pasal asam rom yg diperbuat biji getah. Pelik tapi benar. Kakak ipar aku asal raya mesti nak masak ayam kampung gulai asam rom ni.Almost every year beb..

Ishh nak citer salah silah kesah asam rom ni pun aku kurang arif.Cukup la intro camtu je..moh moh kita tengok gonner ke resepi masakan ni ...wahhh dan dan tu koi spiking loghat pahang ekk. Nok gonner..koi kawin dengan anok jati pahang weh...pastu ghodong2 dari skoloh dulu ghamei anak pahang. Dah gonner ke..koi duduks pahang..soh soh wamei anok2 pahang la..koi aje dagang pak malau dagang berlipat..dagang koi menten anak jawa hok borre gek cakak loghat pahang...popalehhh...jadi panjang balik intro koi ni. Doh la moh intai resepi.



GULAI ASAM ROM TALAPIA
Resepi @ CheAnn

Bahan2
  • 2 ekor ikan talapia -sederhana beso
  • 4 sudu besar asam rom
  • 10 biji cili padi - ikut kepdasan memasing
  • 1 1/2 inci kunyit
  • Air secukupnya
  • 5-6 pucuk daun kesum - org kg bubuh daun kesing
  • Garam gula perasa secukupnya.


Cara2
  1. Ikan siang bersih, basuh dengan asam lipau nipis nak buang hanyir
  2. Tumbuk Cili ngan kunyit hingga lumat
  3. Ramas asam rom dengan air sedikir demi sedikit hingga asam rom nampak sebati..nampak pekat je kuah
  4. Masak hingga mendidih..dgn api dapur sederhana,bila nampak buih..buang buih tu. 
  5. Bila buih dah tiada, masukkan ikan, masukkan bahan2 tumbuk
  6. Kemudian masukkan daun kesum, garam gula dan perasa secukupnya.
  7. Masak dengan api perlahan untuk bagi bahan2 meresap mesra kat ikan.Jangan terlalu kuat kacau kuah nanti ikan hancur, Kacau2 manja gitu..





Kalau ada terung pipit, terung telunjuk bole gak campur dalam masakan ni...tambahhh ummphh. Memula nak masak menu ni...seram sejuk je...ye arr...selama 25 thn aku idup dok pernah masok wehh menu ini. Mok koi bolak balik masok ayam kicap..ikan kicap..daging kicap,sayur bening..kluban..ulam daum kencur..pastu ulang balik bening..bening..pastu ikan keli masak pecal, ikan haruan masak kicap...takde lalu menu ini.Subhanallah Tuhan itu maha mengetahui...aku berjaya masak menu eksotik ni dengan jayanya. Ramboku sangat puas hati. Alhamdulillah...bravoo untuk diwi sendiwi..muahhh! >_<

Selamat mencuba ..tapi pesanan ikhlas dariku....jgn pandai2 buat sendiri asam rom tu..mana la tau tetiba nampok biji getoh terus zasss nak masak..ammpunzzzz..cari or beli yg dah siap jadi asam ye...(*_^)

2 comments:

Uncle Lee said...

Hi CA, ini da tentu tiga pinggan nasi lichin.
I can practically get the fantastic wangi scent of your spices.
This one kalau bachelor, da lichin tiga pingan tentu mintak tangan cook, ha ha ha.

Luckily when bachelor days I eat to live, not live to eat, otherwise da empat isteri sekarang, tiga Malays, satu Chinese, arhaaaa ha ha.
Have fun.
Lee.

CA said...

Hi Uncle Lee,

U pandai ke makan menu ni.eksotik tau.susah nak cari.Sib i tahu nak masak ni..hehe

Have a nice day..
enjoy e-food at my gobok ekk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...