Monday, August 29, 2011

Berakhir Ramadhan..Syawal Menjelma


Salam,

Sungguh...ramadhan kali ini aku rasakan begitu singkat..begitu pantas ia berlalu.Sedangkan aku masih belum puas untuk menikmatinya. Kenape yeee...mungkin terlalu sikit amalanku...mungkin faktor usia...mungkin aku terlalu sibuk dengan kehidupan harian..mungkin...mungkin...ahh beribu mungkin yg berlegar dikepalaku.Andainya aku pikirkan, aku sendiri  tak mampu untuk memberi jawapan setiap kemungkinann itu.Namun aku pasti hanya DIA yg lebih maha mengetahui. Sesungguhnya aku bersyukur dengan setiap rahmat yg diberi dan aku juga memohon moga aku masih diberi peluang untuk terus menikmati bulan rahmat...bulan berkat ini utk tahun berikutnya kerana yg aku pasti aku sudah mula merindui ramadhan...



Syawal menjelma setelah ramadhan berlalu. Setiap muslim akan meraikannya. Tapi aku yakin dan pasti syawal yg disambut pasti berbeza kerana " kita hidup diatas dunia yg sama tetapi hakikatnya duniamu, duniaku berbeza. Justeru itu, aku mengambil kesempatan ini untuk megucapkan selamat hari raya buat semua teman di alam mayaku yg sudi singgah ke DARI DUNIAKU...kunjungan kalian sememangnya mencoretkan lagi keindahan DUNIAKU....lap u all , Muuuahhhhh! (*_^). Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan:


Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda
Dalam berjanji mungkin ada yang belum terkota
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa
Andainya ada, kemaafan jua lah yang kupinta


Rumah dihias bagai istana
Buat persiapan diahari raya
Ampun dan maaf yg ku pinta
Moga gembira di hari raya 

Gadis pingitan....cam jaman aku dolu2...hehehe
Muahhhh!


Thursday, August 25, 2011

Kari Kepala Ikan Merah>> jodoh rotcai paratha




Salam,

Duhhh...bz dan terus bz. Makin terasa sangat masa cepat berlalu. Semalam lg la..Wase cam tak cukup napas..terkejar sana sinunzzzz demi Majlis berbuka puasa kat opis. Tapi Alhamdulillah...segala dugaan dan rintangan berjaya aku atasi. Sesungguhnya dugaan yg datang benar2 ingin menguji kesabaran ku. Hari ni rasa cam agak serasi dengan masa. Bila Rambo rekues nak kari kepala ikan untuk cicah rotcai segera paratha dgn senang hati aku memasaknya. Kebetulan semua bahan2 ada kat umah maka tak payah la aku susah payah nak singgah kedai. Kacang bendi plak aku kutip tepi umah je..hasil tanaman dah memberi hasil beb.Memang dah bape kali makan hasil bendi ni. Padahal pokok ada 4 pokok je..tapi berbaloi..bole la sebagai tempat rujukan bila masa terdesak. Ok kita tak yah citer panjang2..kita tengok apa resepi kari kepala ikan ni. Ni versen guwe la ekk. Tapi asal2 usul dulu acik CHAH yg bagi resepi. Cuma aku dah adjust skit2 ikut selera rambo aaa...


KARI KEPALA IKAN MERAH
Resepi@CheAnn

Bahan2
  • kepala ikan
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar cili blend
  • 1 paket kecil rempah kari babas
  • 3-4 cawan santan @ secukupnya ikut saiz kepala ikan.
  • 1 keping asam keping
  • tomato, kacang brendi utk campuran - pilihan xmau letak pun xpe.tak salah..x masuk lokap thawww
  • sedikit minyak utk menumis
  • Garam gula dan perasa secukupnya


Cara2

  1. Kepala ikan tu potong dua or 4 or ikut suka kowang la nak beso mana. Basuh bersih bilas dgn air limau mau kasi ilang hanyir.Kalo xde limau nipis guna sedikit cuka pun ok.Ilang hanyir tu
  2. Bawang putih & halia tumbuk  dan tomis.
  3. Bila dah naik bau atau dah kuning-kekuningan masukkan cili blend. Kacau seketika hingga pecah minyak
  4. Bila dah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan santan
  5. Bila santan dah mula mendidih masukkan kepala ikan, asam kepin, garam gula dan perasa ikut citarasa u all la.
  6. Bila kepala ikan dah masak dan kuah hampir pekat masukkan kacang bendi, kacau seketika.
  7. Kacang bendi dah lembut masukkan tomata dan tutup la api dapur.



Emm...memang tak terkata rambo makan masa buka posa tadi.Yesss! Ini bermakna rasa kari kepala ikan ni mencapai rasa yg rambo inginkan hehe..sedap la kot.Dia takde komen negatif maka aku andaikan sedap.Aci gitu? Aku tak berape gemo kari..just makan gitu2 jela. So tadi aku berbuka soto je. Arek keprie yo..angger wess jowo..jowo jugak la...arek sopppp jugak. ammpunzzzz.

Salam..

p/s..Kalo Unclee Lee singgah blog aku sure leleh nengok kari kepala ikan ni..hehehe

Tuesday, August 23, 2011

Ikan Bilis Goreng Versen MALAS!!!!!





Salam

Duhhh lama dok bersiaran. Tetiba kebizian melanda duniaku. Ini gara2 time management out skit. Dah ujung-ujung posa ni rasa masa berlalu begitu pantas plak. Project kuih raya yang disangkakan kejap rupanya tersasar jauh dari jangkaan. Ini gara2 salah melihat list tempahan..Grrrrr Grrrrr kat diwi sendiwi. Bila dah tersasar maka menu2 berbuka dan bersahur menjadi seringkas boleh. Tapiii...skali lagi tersasar jangkaan...ikan bilis goreng letak lada letak cili menjadi feberet Izzati.(lada ngan cili sama la cheann oiiii..letak bawang...) Siap suh sesi ulangan pulakkk....Siap bertambah-tambah makan.Rambo..aku...rambo..aku...dan aku lagi...*_*. pastu bila dumuks sendiwi sedih. Grrr Grrrr lagi kat diwi sendiwi. Emmm nak letak ke wesepi ni. takyah la..malas plak nak taip...tengok gambo je la...aci? Bebila ada owang rekues nak wesepi bawu tulih aa...kali ni tepek gambo je ekk. Lagi pun Ikan bilis goreng versen malas...so serba serbi malas.Pitammm....



Ini lah menu sahur last 2 days...malasss..memang malas...

Layannnzzzz.....Muahhhh!

Friday, August 19, 2011

Mana Mak

17 Ogos 2011 seluruh selangor soti sempena Nuzul Quran.Hoyeee hoyeeee seronotttt.Tapi ikut company jugak la.Ada company tak soti cam SONY.Maka En Zam, En Aziz, Tohkey aka comot kena keja. Tohkey khabo ..deme owang SONY  pakat ngaji quran kat kilang ...wakaka. Sempena soti amik kesempatan aku pun buat la kuih dahlia ikut list tempahan...uhhh banyak jugak. Dah siap tekan sana sinunnnzz nunggu nok bako aku pun kol la mak tersyinta...nak menanya khabar berita. Tut..tut.."Hello" suara acik Iwan. Emm mak ni memanjang tak dengar henpon bunyi.

" Apa khabar dik?" " Sihat" Iwan jawab.
"Emm mak mana? Nak cakap dengan mak jap"

"Mak... tak ada..." Iwan  jawab lambat ..agaknya sambil mencari kot.
" Mak gi mana? "
"Ntah..tak tahu". Takde pun...dah cari dalam bilik takde"
"Ishh..takkan ko tak tahu mak gi mana. Dia tak cakap dia pegi mana?" Bertubi2 soklan aku cam polis. Cemas pun ada..
" Tak..tak tau...Mak tak ckp pun nak pg mana" Iwan jawab tenang. Dia dok dgn mak jadi dia dah paham kot aktiviti mak walaupun mak tak cakap tapi maybe dia tahu mak dalam keadaan selamat. Sebab tu dia bole tenang walaupun dia tak tau mak kat mana. Aku ni dok jauh..tu yg hati jadi cemas..

" Emm takpe la...kang mang balik ko call akak...akak nak ckp dgn mak.penting" Aku umpan Iwan bio dia terus call aku..kalo dah dia menten tenangggg kat sana...

"Ha...ye la..nanti orang kol"

Aduhh mana mak pergi ni. Selalu kalo aku call mak tak ade iwan tau dia gi mana. Sekejapan itu aku terkenang citer peringatan yg ku terima via mail hari selasa lepas. Macam seiras je citer ni...masa aku baca kesah tu...sayuuu...sedihhh...dan perasaan yg sama aku rasai lagi bila adik aku tak tahu mak pegi mana....bila aku cari mak tak de...justeru itu,aku paparkan citer yg kuterima ni buat bacaan dan peringatan kita semua...aku seorang ibu dan aku sangat memahami apa yg semua ibu lalui...


"Mana Mak?'
 
Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang,
“Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara,

 “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,

"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah,

“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab,

“Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".

 Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri,

"Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,

"Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wednesday, August 17, 2011

Gulai Asam Rom Ikan Talapia



Salam..

Camno nak mula ekk. Sebab tang  tajukss pun tak bewape kondifen. Asam Rum ke..Asam Rom ke..Asam Rong. Tanya rambo dia kata Rum..tapi dok biasa dengar rong.Ntah la yang mana satu. Tapi aku kondifen yang sape anak jati pahang pasti tahu masakan apa ni. Asam rom ni diperbuat dari biji getah. Haa...unik kan. biji getah pun bole makan. Memang tabik spring kat owang jaman dolu dolu ni. Kreatip beb.biji getah pun bole buat   bahan untuk masakan. Sedap plak. tu. Anyway menurut cerita MIL aku..tak semua orang mampu buat asam rom ni. Silap hari bulan bole mabukkss...uhhh dan-ge-rous jugak la kalo syilapp ekk. Memula dulu cuak jugak aku nak makan..opo ko bondo ni...apa takde benda lain ke nak masak..biji getah pun nak makan...kan..For sure itulah persepsi yg akan ujud bila sebut pasal asam rom yg diperbuat biji getah. Pelik tapi benar. Kakak ipar aku asal raya mesti nak masak ayam kampung gulai asam rom ni.Almost every year beb..

Ishh nak citer salah silah kesah asam rom ni pun aku kurang arif.Cukup la intro camtu je..moh moh kita tengok gonner ke resepi masakan ni ...wahhh dan dan tu koi spiking loghat pahang ekk. Nok gonner..koi kawin dengan anok jati pahang weh...pastu ghodong2 dari skoloh dulu ghamei anak pahang. Dah gonner ke..koi duduks pahang..soh soh wamei anok2 pahang la..koi aje dagang pak malau dagang berlipat..dagang koi menten anak jawa hok borre gek cakak loghat pahang...popalehhh...jadi panjang balik intro koi ni. Doh la moh intai resepi.



GULAI ASAM ROM TALAPIA
Resepi @ CheAnn

Bahan2
  • 2 ekor ikan talapia -sederhana beso
  • 4 sudu besar asam rom
  • 10 biji cili padi - ikut kepdasan memasing
  • 1 1/2 inci kunyit
  • Air secukupnya
  • 5-6 pucuk daun kesum - org kg bubuh daun kesing
  • Garam gula perasa secukupnya.


Cara2
  1. Ikan siang bersih, basuh dengan asam lipau nipis nak buang hanyir
  2. Tumbuk Cili ngan kunyit hingga lumat
  3. Ramas asam rom dengan air sedikir demi sedikit hingga asam rom nampak sebati..nampak pekat je kuah
  4. Masak hingga mendidih..dgn api dapur sederhana,bila nampak buih..buang buih tu. 
  5. Bila buih dah tiada, masukkan ikan, masukkan bahan2 tumbuk
  6. Kemudian masukkan daun kesum, garam gula dan perasa secukupnya.
  7. Masak dengan api perlahan untuk bagi bahan2 meresap mesra kat ikan.Jangan terlalu kuat kacau kuah nanti ikan hancur, Kacau2 manja gitu..





Kalau ada terung pipit, terung telunjuk bole gak campur dalam masakan ni...tambahhh ummphh. Memula nak masak menu ni...seram sejuk je...ye arr...selama 25 thn aku idup dok pernah masok wehh menu ini. Mok koi bolak balik masok ayam kicap..ikan kicap..daging kicap,sayur bening..kluban..ulam daum kencur..pastu ulang balik bening..bening..pastu ikan keli masak pecal, ikan haruan masak kicap...takde lalu menu ini.Subhanallah Tuhan itu maha mengetahui...aku berjaya masak menu eksotik ni dengan jayanya. Ramboku sangat puas hati. Alhamdulillah...bravoo untuk diwi sendiwi..muahhh! >_<

Selamat mencuba ..tapi pesanan ikhlas dariku....jgn pandai2 buat sendiri asam rom tu..mana la tau tetiba nampok biji getoh terus zasss nak masak..ammpunzzzz..cari or beli yg dah siap jadi asam ye...(*_^)

Sunday, August 14, 2011

Laksam Versen Jawa..(^_*)




Salam..

Rambo orang pahang, aku owang jawa, anak2 jd kacukan PAWA..Pahang + Jawa. Wakaka....tapi kami semua suka Laksam. Bukan menu jawa dan bukan juga menu org pahang. .He he..satu mesia gitu. Lagipun aku memang ajo je anak2 makan segala jenis makanan.....tapi idak le sampai memaksa. Ikut penerimaan tekak juga.Wesepi Laksam ni plak aku tanya mak aku je memula nak buat dulu. Sebab masa tu memang kat umah takde buku wesepi, internet pun xde nak bertenet.Sadissss! Tetiba je nak makan zasss koling2 mak tershinta..zasss buat...skang ni je dah reti belek2 kat internet...tengok buku wesepi. Nampaknya takde beza sangat la dengan yg mak ajo...pastu cam besa la..bila tanya mak..pasti akan ada ayat pandai2 ko la..Makanya setelah beberape kali mencuba maka inilah hasilnya...Yang paling beh ramboku cakap laksam aku lagi sedap dawi yg org jual kat tepi petonas puchong prima. perghhh wase tak muat je suo jeans aku ni dek kewana montot wase cam kembang >_<.

Jeng..jeng jom tengok wesepi laksam versen Jawa sebab org jawa yg buat kan....hehe..agaknya kalo orang kelantan & ganu  rasa laksam aku ni mesti cakap satu bintang pun susah nak bagi..banyak sangat derhaka dengan resepi asal..huhu..ammpunzzzzz



LAKSAM
Resepi @ CheAnn

Bahan2 

Laksam

  • 3 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung  gamdum
  • 5 cawan air
  • 2 sudu air kapur
  • satu sudu kecil garam
  • sedikit minyak nak sapu kat tudung periuk


Kuah Laksam

  • 5 - 6 ekor ikan selayang
  • Santan secukupnya
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 keping asam keping
  • 1 kuntum bunga lawang  kantan
  • 5 pucuk daun kesum
  • Garam gula, perasa secukupnya


Sambal 

  • 2 biji lada besar
  • 8 biji cili api
  • 1 inci belacan

Semua ni tumbuk or blender

sayur hiasan- kacang pjg, daun kesum, kobis, timun- racik halus



Cara2
Laksam

  1. Bancuh semua bahan.
  2. Sapu tutup periuk dengan minyak dah letak bahan adunan
  3. kukus dalam 3-4 menit.
  4. Bila dah gelembung tu makna dah masak,angkat dan gulung.
  5. Ulang masak hingga bancuhan adunan habis...kena sabooo tau..hehe



Kuah Laksam

  1. Rebus ikan dgn letak air paras2 ikan sahaja. Letak asam keping seketul
  2. Buang tulang dan blend isi ikan skali dgn bawang dgn guna air rebusan ikan tadi
  3. Masukkan dalam santan yg dah letak dalam periuk.
  4. Kemudian masak la kuah tu dgn api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak pecah santan
  5. Masukkan bunga kantan yg telah dibelah dua, masukkan daun kesum, garam gula dan perasa secukupnya.
  6. Masak hingga kuah mendidih kemudian akhir skali masukkan serbuk lada hitam




Bila nak makan baru la hias dengan sayur2 tu.Kanak2 riang kat rumah ni standart la...no sayur. Rambo dgn aku je suka bubuh sayur banyak2..behhhh ...Inilah menu buka tadi. Lauk pauk next aku citer ekk..Muahhhh!

Salam

Saturday, August 13, 2011

Sop Cendawan Cincai!!!







Salam.

Huhh teruk bebeno wesepi ko CheAnn. Word cincai tu pun dah gambarkan betapa la ko ni main belasah je masak.Terpaksa..dipaksa.memaksa.. or apa?. Alaa..bukan terpaksa memaksa or dipaksa.Saje je nak buat gempak.aci?? Bulan2 posa ni biasa la bila dah tercalit bitamin M memang gitu..Mujur Bitamin R masih mampu menguasai bitamin M. Menaip ikut gerak geri gemalai tangan seiring dengan sekilas susunan ayat di pikiran. Itu word yg terlintas di pikiran maka word itu juga yg tertulis memandang sop cencawan cendawan yg aku buat untuk rambo tershinta ni tak sampai 15 minit siap sbb bahan2 guna apa yg ada darram peti'ess.Dan tak sampai 1/2 jam juga sop ni licinnnn...Aku wase Hagimaru pun tergolek dok nengok wesepi sop cendawan aku ni.Tapi mana la tau..kot2 u all hadapi situasi yg sama mcm aku so borre aa kalo nak folo. Tak yah nak wisau bahan ni xde..bahan tu xde..sudahnya tak jadi masak.



SOP CENDAWAN
Resepi @ CheAnn

Bahan2

  • 3 cwn air panas ( aku amik dari water treatment Alken aku memang sentiasa ada air panas)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 paket cendawan - racik kasi kecik skit pastu basuh tos
  • 1 1/2 inci halia
  • 1/2 buku pati ayam nona ke adabi..lupa plak brand apa sbb itu belen dlm peti'ess
  • 1/2 biji tomato
  • 2 inci karet-potong ikut suka
  • 1 ketul kuntum bunga lawang,kayu manis
  • Garam Gula dan perasa secukupnya
  • Daup sop & bawang goreng utk tabur atas sop



Cara2

  1. Masukkan air panas dalam pewiuk pastu letak kat dapur gas, idupkan api dia.sbb dah panas cepat la dia mendidih.
  2. bahan 3 serangkai-bawang merah, putih, & halias racik2 nipis dan buh je kat dlm pewriuk tu,
  3. pastu masukkan la bunga lawang, kayu manis dan pati ayam nona/adabi
  4. pastu masukkan plak karet yg telah dipotong bulat or memanjang..agak2 itu karet mau lembut masukkan la garam gula dan perasa ikut taste u all.
  5. Last masukkan cendawan dan tomato
  6. Kacau seketika then tutup api.Cendawan ni cepat masak so jgn lelama sangat nanti lembik tak sedap.
  7. Mentara potong /racik daun sop cendawan tu akan slowly lembut dan masak
  8. Tabur daun sop dan bawang goreng ketika menghidang




Haa...ringkas kan...campak2 je hehe...tapi make sure campak masuk dlm periuk..campak tak masuk tak masak jugak sop u all...>__< Mentang2 cincai....ekkk..ammpunzzz. Begini la kaedahnya bebila dah malam dapat oder..sgala kena pantasss...zasssss... (^_^)

Salam...

nak intai kebun acik jap.....jommmm.Muahhhh!




Friday, August 12, 2011

Janganlah Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa





Salam...

Tetiba plak dipagi  jumaat ni jadi jiwang d karatsss..baca status seorang teman kat FB yang cukup indah kata-katanya. Dah minta izin nak share zassss copy paste dalam duniaku. Mana la tahu ada jugak insan2 yg sekapal dengan aku pepagi ni..boleh la layan perasaan. Memula tadi nak masukkan menu sahur tapi terjiwang laks. Emm ni mesti kes layan korea kejap...duhhhh

Moh moh ikut aku layanzzz...>_<

  • Orang yg mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu2nya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih atau sudah berkahwin dia tidak peduli.Baginya yg penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi pujaan dan impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya.Dihatinya dan matanya kamu selalu yang tercantik/terkacak.Walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu dah bertambah, muka makin kusam, berjerawat atau apa saja.
  • Orang yg mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yg kamu lalui sepanjang hari, dia ingin tahu kegiatan kamu
  • Orang yg mencintai kamu akan mengirim SMS seperti "selamat pagi", "Good nite", "take care" dan lain2 lg. Walaupun kamu tidak membalas sms-nya keranan dgn kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yg berbeza, bukan 'aku CINTA padamu", tetapi berselindung ayat selain kata cinta

 

 

 

 

 
  • Orang yg mencintai kamu akan ingat pada hari lahirmu, setidak-tidaknya dia akan sms ucapan itu.
  • orang yg mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yg dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yg kamu sendiri sudah lupakannya.Keranan saat itu ialah sesuatu yg berharga untuknya.
  • orang yg mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kata2 yg kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 kamu sindiri lupa pernah ucapkan dan mungkin bagi kamu hanya kata2 biasa. tapi bagi mereka kata2 kamu satu azimat.
  • orang yg mencintai kamu akan memberi satu barang yg kamu suka walaupun kamu tidak pernah meminta tetapi melihat kamu gembira menerima sesuatu yg kamu mimpikan membuat dia turut gembira.
 

 

 

 
  • orang yg mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika bercakap di telefon dgn kamu , keranan saat itu dia berasa sangat gugup atau sgt seronok kerana kamu telah menggegarkan jiwanya.
  • orang yg mencintai kamu sering melakukan hal2 yg SENGAL seperti sms, mesej ym tak kira masa walaupun tengah malam kerana ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yg mencintai kamu ingin sentiasa berada bersamamu, menghabiskan hari2nya dengan kamu.Disaat kamu tidak sihat, disaat kamu diluar daerah maka dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu sentiasa jaga diri. 

 

 

 

 

 
  • Orang yg mencintai kamu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana taidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya.Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanoa menyalahkan kamu, kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta.

 

 
ByFauzie Ishak


 


Layannzzz...muahhhh!

Thursday, August 11, 2011

Pulut Bersalut Serunding Udang




Bila bulan posa kuih ni la sokmo aku cari bila pegi bazar ramadhan. Antara kuih peberet la. Tapi sekarang macam jarang sangat orang jual. Aku pun jarang jugak la merendek kat bazar ramadhan. 2 Hari lepas bila singgah blog ibu rawiwa@ Cik faiz aka wife BB aka pemilik blog Jalan rebung ada tulis nota kaki kat entry kuih seri muka tu. Aduhhh x tahannnnzzz.....terus tewingat pasal kuih ni. Semalam masa kat opis semangat berkobar-kobar nak buat tapi bila sampai umah zasss menu bertukar...kanak2 riang nak toti jala..terus pending project pulut salut serunding ni..

Cik Faiz, kita pun tak tahu resepi sebenar la pulut salut serunding ni. Kita buat based on apa yang kita rasa amsa makan time beli jaman dolu dolu. kalo nak cuba wesepi ni silakan...kita memang jenis sempoiii je... ^_^



PULUT SALUT SERUNDING UDANG
Resepi @ CheAnn

Bahan2

Untuk Pulut

  • 250 gram @ 1 1/2 cwn pulut
  • 150 ml santan pekat
  • 150 ml air
  • 1 sudu kecil garam


Untuk Serunding

  • 1 cwn kelapa parut
  • 2 sudu cili blend - ikut selera bole kurang dan tambah ikut kepedasan masing2
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu udang kering yg putih tu
  • 1 batang serai
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak utk goreng serunding


Cara2

  1. Pulut kalo sempat rendam kalo tak sempat terus basuh dan kukus. Kukus ikut cara macam kukus pulut untuk seri muka.rasa2 tak ingat sila pegi ke entry Kuih seri muka atau jenguk sini.
  2. Sementara nak tunggu pulut tu masak bole la start masak serunding tu.
  3. Blend serai, udang kering, bawang merah dan bawang putih guna blend kering.
  4. Dah halus campur dalam kelapa, masukkan cili blend, garam gula dan perasa. Gaul hingga mesra.
  5. Goreng bahan kelapa yg dah digaul mesra dengan bahan yg telah diblender dengan minyak yg sedikit tu untuk serunding tidak melekat sgt kat kuali..kira mcm goreng ala2 sangai la..macam nak buat kerisik tu.
  6. Goreng hingga kelapa tu masak tapi jangan terlalu garing...still nampak lembab.
  7. Bila pulut dah masak..biarkan sejuk seketika, dah suam2 kuku bole la kepal2 dan bentukkan ikut citarasa anda.nak bulat ke lonjong ke..tapi normaly yg owang jual tu cam bentuk cucur badak la bulat dia hehe
  8. Dah siap buat bentuk bole la golek2 kan atas serunding tu..
  9. Siap..sedia untuk di hidang dan di makan




Faiz..selamat mencuba..muahhhh!

Jom berbuka..

Salam...

Kenape Suka Citer Korea????






Salam...

Baca tajukss je u all pasti bole teka...konhirm aku bawu habis layan citer kowea aa..^__^. Amik kesempatan aa dah ABC ni..Alaa..tengok sikit je..tak habis pun satu episod sebab tiba2 rasa mcm tak beh plak tengok citer kowea ni bila ramboku  tanya 

" Ni citer yg hari tu ke citer baru ibu"  " Err citer baru"
" Ha...citer baru pulak...emmm..." Aku senyum2 manja menggoda demi nak mohon restu untuk terus melayan perasaan..

" Citer korea ni tak bole termula..memang sangkut lepas satu satu " Rambo membalas seperti paham renungan dan senyuman manjaku. Alahh tak jalan plak renungan makrifat aku kat rambo. Senyuman mengoda pun sikit tak menunjukkan restu telah diberi...terus rasa citer kowea ni tak seronottt... :((

Dulu masa sekolah amsa form 6 aku gemor sangat tengok citer cina yg tayang tiap petang pkl 6pm sampei pkl 7pm.Gilaaa...tak pernah miss. Sanggup pg umah jiran tu nak tengok sbb umah sewa xde tibi Sampai skang aku ingat hero kegemaran ku. Muka dia la..nama tak bewape nak ingat.Tak silap nama dia Leon Lai Meng kot.. Siap berangan kalo dapat boipren mcm tu alangkah indahnya...perghhh jiwang d karat toksah cakap.Memang angau tak sudah...

Dah kawin anak makin ramai makin suka citer kowea plak...Sebab...citer2 kowea ni memang syahdu syahdan wa cakap lu. Aku start terjebak  jadi peminat tegar citer kowea bermula dengan citer ni..tahun 2009


BFL... 

Bestt banget sebab hero remaja yg henskemmm...Memang meruntum jiwa beb. Citer ni Romantik yg kelakar.Masa tengok citer ni...aku sanggup pulun 2-3 pagi bawu titon. Sekali tengok zassss 2-3 episod aku layannnzzz. Masa tu aku layan kat cd je. Kak Zarina la suppliernya..Hubby dia wajin donlod..Apa lagi aku menumpang la...hehe.

Habis citer ni aku layan citer ni pulak...

YRB

Citer ni buat aku jatuhh cinta beb...memula jatuh cinta dengan jalan citer..pastu dengan heroin..pastu tragisss...aku jatuh cinta dengan hewo...Jang Geun Suk.. Bermula la pemburuan citer semua lakonan hewo ni...aku akan tonton. Syyy...jgn cakap kat ramboku yg aku siap ada koleksi gambo hewo ni...sakan beb.Antaranya



dan lagi...


Ni plak  JGS berlakon dalam pilem....aku tengok...

emmm cute je hewo tu sama cam baby yg dia dukung


Haaa....ni la antara sebab kenape aku suka citer kowea.... reason lain next episod aku citer..Cam dah ngantok lakss...kang terbabas tak bgn nak masak sahur aa...titon dulu zzzzz

Salam..muahhh!

Tuesday, August 9, 2011

Makcik Yang Noti.. ^__*

Salam...

Aku nak share sikit citer yg aku terima via mail. Kalo asyik citer pasal makanan kang kata aku kuat makan plak walaupun hakikat memang betul. Tak pun nanti ada plak komen aku rajin masak...padahal memang rajin pun.. :P. Yang paling tragis ada komen sedappppnya masakan aku padahal memaaaaang sedappp.Aci gitu? terima ke ayat2 ni...hehe...aku yg tulis kan..so ikut gerak geri jari jemari aku yg semakin mulus itu.Tak caya?? ce tengok ce tengok entry aku pasal tapai pulut tu...kan ada pic yg tengah membungkus tapai...mulussss kan..walaupun hakikatnya semakin montoksss.....uwaaaaa...

U all layan la citer pendek ni. Biarkan che ann tenggeram dengan dunia dia...Muahhh!

'Suatu hari,seorg makcik menyewakan salah satu biliknya utk seorg pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnya..ye la kawasan kampung mana ada hotel atau resort tu yg terpaksa menyewa kat rumah makcik ni..

Malam itu...
Semasa penyelidik tu nak mandi,penyelidik tu cuak jugak sbb bilik air tu kat luar rumah pastu dinding bilir air agak nampak usang dan agak jarang susunan kayu dindingnya...maklum ler bilik air kampung..paham2 aje la kan...


Dah la penyelidik tu  masih muda,  henskem plak,ya ammpunzzz memang bole meruntum jiwa gitu....
Makcik tu pon semacam ler..makcik tu pon gi lah mengendap si anak muda ni mandi...
Agak malang makcik ni kantoi dgn pemuda tu sbb pemuda tu perasan makcik tu mengendap die..

Tapi Makcik ni tak serik menten mengintai kali kedua tapi Kali kedua pon kantoi..Makcik ni tetap tak putus asa...terus mengintai untuk kali ketiga.namun begitu cubaan mengendap si pemuda utk kali ketiga pon sama jugak,kantoiiiii...

si pemuda pun bengang dan bagi warning kat makcik tu ..

"Makcik..Kalau makcik ngendap saya sekali lagi,saya rogol makcik!!!"

Terkejut makcik tu kena sergah tapi Kemudian dengan pantas,makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata ...

"JANJI TAU !!!!!" =)) =D' dengan suara manja...

#######################################

Agak2 akhirnya makcik ngan pemuda tu mcm ni ke...emmm tak kuasa nak pikir..



Monday, August 8, 2011

Kulat Sisir Masak Sambal





Yuhuu..salam semua. Wahhh dah seminggu posa ekk.Kok cepat banget sih...sekejapan aje dah nak raya. :: sekejapan:: << pinjam word Nik.. ;-). Hari ni dah hari kelapan pun posa.Macam sekejap tapi bila pikir menu nak sahur je aduhhhh....ammpunzzz buntu sih. Bab berbuka bole di ampunzz lagi sebab memasing tu bila lapo kreatif je pikir nak makan apa...aku cuma tunggu depa akan cakap ibu, hari ni abang nak buka donat dgn nugget, ibu..kakak nak buka bla.bla..., Eina...Ramboku memasing dah menempah nak buka apa. Senang kepala otak aku takyah pikir nak masak apa.Aku cuma kena pikir camno nak plan acara bersilat aku kat dapur demi nak memenuhi setiap oder.Tapi bila bab sahur memasing senyaapppp..sesenyap lepas suara Allah hu Akbar berkumandang kat tibi tiap senja....;-)

Untuk sahur anak2 senang...nasi goreng or telur goreng dah cukup.Rambo plak kalo ada menu feberet dia...emmm memang selera. Salah satu adalah Kulat Sisir or cendawan sisir. Macam biasa sebelum kawin dengan Rambo aku cuma tahu kulat sisir ni dimasak lemak cili api...itu  je.Masak lain takde. Mentelaah plak aku keturunan jawa ni, mak jarang la masak kulat ni. Dunia jawa penuh dengan masak kicap, urep, masak bening, masak kencur, pecal..Tapi bila dah kawin dengan orang dari pahang banyak jenis masakan pahang aku tahu.Siyesss...memang sedap plak tu...tekak aku la..tekak u all tak pasti plak. Tapi amsa aku bawak skit ke opis...depa2 tu blasah je..So idak le pelik masakan ni...meh layan resepi kulat sisir versen pahang





KULAT SISIR  SAMBAL
Resepi@Rossa


Bahan2

  • 3 genggam kulat sisir- direndam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit 
  • 7-12 biji cili padi ( ikut suka kepedasan memasing)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu minyak masak - untuk menumis
  • Sedikit garam gula dan perasa 


Cara2

  1. Kulat yg telah direndam dalam 10-15 menit tu ditumbuk. Just nak bagi dia pecah2 dan lembut.Jangan lumat sangat. Tujuan direndam adalah untuk mengasingkan dari benda asing..ye la kan amik kat batang pokok2 kayu..Ada gek la kulit batang kayu yg folo masa kutip
  2. Bawang merah, bawang putih, kunyit, cili padi tumbuk hingga lumat
  3. Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bahan yg tunmbuk dan serai yg telah dititik.Tumis hingga naik bau or pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan la kulat sisir yg telah ditumbuk dan sedikit air untuk memasakkan kulat tu.Masukkan garam gula dan perasa mengikut rasa u all. Gaul mesra dan masak hingga kulat masak dan pekat. 



Amcam? Rasa-rasa bole diterima tekak u all ke...Hehe..tepuk dada tanya selera..bole gitu? Mana nak tau sedap ke idak, So amik sesudu rasa la semulut...pastu bermulut mulut makan...Hehe..Cuma satu je yang menjadi masalah bila nak masak menu ni. Kulat sisir ni ya ammpunnzzzz susah nak dapat...kat kampong pun skali skala je ada.....Biasa la..benda sedap memang susah dapat..:-). Anyway selamat mencuba masak ni ye birra terjumpa kulat sisir....muuahhhh!

Salam



Saturday, August 6, 2011

Tapai Pulut Oder By Nik Siti Fatimah





Muah..muahhh kat sayang sayang Nik. Hok sokmo tak putus putus oder tapai dengan aku. Siap dah sampai Kelantan beb tapai pulut aku..Moga makin tersebarlah hendaknya hasil tangan tapai aku ni..hehe. Anyway aku nak share jugak la camno nak buat tapai ni.Semua ilmu itu kan datangnya dari DIA, so mana bole kedekut kan.... Justeru itu ( waaahhh bombastik nya ayat..cam org sastra plakss...) memenuhi permintaan Yatie Isa nunnn di Penang.Yang katanya gemor sangat dengan tapai pulut tapi tak weti nak buat.So kebetulan ada orang oder tapai bole la aku share berpakej dengan gambo2 skali.Atleast Yatie leh dapat gambaran camno aku buat tapai. Member opis cakap tak semua orang bole buat tapai and setengah tu macam2 pantang larang. Ada yg kata tak leh buat depan orang..nak buat kena nyorok dalam bilik nanti tapai tak jadi.Ada yang kata kalo tengah peot tak leh buat..nanti tapai jadi merah.Errkkk gitu ke. Mungkin la kan.kalo tidak tak kan ada kuor mitos macam ni ...

Ingat dulu masa kecik-kecik..asal nak raya..asal ada kenduri mak selalu buat tapai pulut. Yang aku nampak pulut tu dah siap kukus, mak dah siap bubuh kat talam bulat nak kasi sejuk..(time tu aku syiok cekau skit pulut tu..pastu buat tak tahu bila mak tanya nape posisi pulut dah berubah..ssyyy...ni wahsia tau...).Lepas dah sejuk mak tabur ragi pastu mak bungkus.Itu je la.Takde plak mak nak nyorok dalam bilik Cuma ada la soklan bijak aku kan mak masa dia dok sibuk bungkus pulut tu and aku sibuk tolong tengok aje....

" Mak..nape tak manis pun, kata ragi tu la buat dia jadi manis?"

Sambil senyum mak jawab " Memang la tak manis...sebab pulut ni belum jadi tapai. Dah simpan dua hari baru la manis.Ragi tu la akan buat pulut tu jadi manis"

"Ooo macam tu ke...patut la tak manis lagi ye"

Sambil tangan comel aku menten cubit sikit2 pulut dari talam pastu masuk mulut. Tapi mak menten tak marah aku cubit2 pulut tu. Compare dgn aku...anak2 memang rajinnnn sangat  nak tolong.Ada yg tolong tengok..tolong bungkus...tolong cubit mkn cam aku...tapi aku menten pot pet..pot pet...kakak..salah la bungkus camtu...tak cantik kalo buat camtu..tak pe la kak, biar ibu buat je buat...adikkk...jgn la main daun tu...nanti koyak..Eina...dah la...nanti ibu masak lain pulut..ni dah bubuh ragi nanti sakit perut...See jauh beza kan...situasi dulu dan situasi kini...hehe...

Masalahnya...aku benonya tak minat sangat tapai pulut.Aku lebih suka tapai ubi.itu pasal aku tak pernah tolong mak bungkus tapai.Cehhh alasan mengong...sudah la cheann..takyah buat cerita....Eh tapi betullll......aku kureeengggg tapai pulut itu pasal aku tak pernah tanya kat mak macam mana nak buat tapai pulut. Seingat aku start last year aku try buat sebab Rambo suka tapi aku malu nak tanya mak...aku main bantai je ikut memorie jaman kecik2 tengok mak buat. Alhamdulillah jadi dan manisss. Bila aku bawak pegi opis kat SPEM ( tempat keja lama) memasing pakat suka rupanya....Wahhh pandai aku buat tapai ekk. Dalam hati berbisik bangga beb. Kalo u all nak muntah baca ayat2 bangga aku tu silakan...tapi jgn muntah semua.Nanti dah tak leh nak muntah bila baca ayat2 seterusnya. >_<

So Yatie, please baca betul2 tau.Ayat demi ayat camno nak buat tapai.Aku wish ko tak termasuk dalam golongan mitos kat atas tu. Harapnya menjadi ekk.Tapi kan..Tie, aku pon benonya sokmo cuakk je tiap kali buat tapai ni.Takut tak menjadi... Alhamdulillah takat ni semua jadi...syukurrr...ok ok jom jom bajo buat tapai.







Bahan2

  • 500 gram beras pulut - rendam atleast 4 jam
  • 11/2 - 2 sudu kecil ragi - yg telah dihancurkan
  • Daun pisang - utk bungkus tapai

Cara2

  1. Basuh dan tos beras pulut, kemudian kukus selama 1/2 jam kemudian kuarkan pulut tu gaulkan dengan air panas kemudian kukus skali lagi. Setengah org yg pandai masak pulut dia akan masak mcm masak nasi sbb kukus pulut lama.so terpulang cara masing2.
  2. Pulut dah masak sejukkan pulut dengan meratakan pulut atas tray or talam untuk senang tabur ragi
  3. Bila pulut dah sejuk taburkan ragi sama rata keatas semua pulut.Kemudian terbalikkan dan ulang langkah tabur ragi keatas pulut.
  4. Tabur ragi dengan mengayak guna penapis teh...so ragi halus sahaja yg akan jatuh.
  5. Gaul mesra pulut dengan ragi pastu bole mula membungkus or letak dalam bekas kalo wase malas nak bungkus.
  6. Simpan Tapai pulut dalam bekas yg bertutup. Kalo mak dulu suka buh dalam periuk.Tapi aku bantai je buh dalam tuppware hehe.
  7. Siappp. selalunya dah 2 mlm pulut tu terperap ia akan jadi tapai.Dan bau wangi tapai pulut tu akan terserlah kalo menjadi.. 

Ehem..ehem...tangan gebu penulis sedang membungkus tapai... >_<



Dah jadi bawu borre buh darram peti'ess....sedappp makan bila sejuk << penggemar la ckp.aku menten suka tapai ubi.Kalo kak Mazni dia suka makan dengan santan...ada plak kata makan dengan eskwim pun sedap...ntah aku tak pernah cuba...Rambo dan anak2 suka bila dah sejuk...nak plak Izham...selagi ada selagi tu nak balun. Terpaksa sorok2 kalo tak...selagi nampak selagi tu mintak.....haa..haa...mesti ada yg nak kata aku ibu kedekut la tu...sorii ye...aku bukan kedekut anak nak makan...tapi cuma nak kontrol je...kang ada effect apa2 kang sape susah...akuuuu jugak.Kata orang2 tua Tapai  panas...Izham plak bawu umur 2 thn.So perpada pada la kan.(*_^)


Gunting skit bahagian atas daun tu bila dah siap bungkus sbb nak bagi nampak cantik ..


Untuk Yatie selamat mencuba.muahhhh!
Dan macam biasa sesiapa nak tempah tapai pulut sila hello hello ke talian hayat 013-6051905 atau mail ke rossa_myzani@yahoo.com

Salam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...