Saturday, October 15, 2011

Cream Puff...




Pertama kali makan cream puff rasa uhh modennya kuih ni. ni lah kuih moden yg sokmo Mem presiden nyunggiter buat tiap kali gathering. Sebab ini lah permintaan kami yg memang suka sangat dgn kuih ni.Tapi dari aku anak sowang sampai anak 5 baru skang aku berani nak buat. Itupun bukan dari resepi mem president >>shaff. sbb tak ingat letak mana resepi shaff. Namun aku yakin dan kondifen yg wesepi tu masih ada cuma tak ingat lokasi file wesepi....



Pertama kali jugak aku mencuba wesepi ni setelah ramboku cakap dia suka sangat kuih ni dan kebetulan plak kak Ita Masam manis masukkan Entry pasal cream puff. Apalagi bagai pucuk dicita ulam mendatang aku terus mencuba. Duhh...wase nak sujud syukur pun ada sbb terus menjadi.Rambo suka banget..Anak2 apatah lagi. Masa kunjungan mesra owang kampong, ex sony pun aku jamu cream puff ni.Pakat suka beb.



Thanks to kak Ita yg wajin belek belek kat my resepi. memang senang sangat.kalo follow step ni pasti jadi..InsyaAllah. Since that (ehh ehh spiking london lakss..) dah tak terbilang bape kali aku buat. Macam biasa dapat plak tempahan dari rakan sekerja. YESS...bertambah lagi satu variasi tempahan aku...^_^ nampak gaya aku akan demam kek karamel dan creampuff silih berganti.

Sapa nak cuba ni wesepinya.




CREAMPUFF
Resepi @ Yani  Sumber @ Kak Ita Blog Masam Manis

100ml air (200ml)
45gram mentega ( 100grm ) 
60 gram tepung gandum ( 120gram)
2 biji telur ( 4 biji)
sedikit asen vanila
1 sudu teh gula ( sy tambah)

Yang dalam kurungan tu adalah sukatan yg aku gunakan sebab ikut sukatan asal ciput sangat..tak sukup aa untuk kanak2 riang dan ayah kanak riang nak makan...>_<



Cara2
  1. Panaskan Oven dgn sushu suhu 200'c
  2. Campur telur dengan esen vanila, kacau bg sebati -letak tepi sekejap
  3. Potong kecil2 mentega ,Campur mentega dalam air dan masak hingga mendidih, masukkan gula kacau hingga mndidih
  4. Bila dah mendidih tutup api dan masukkan tepung dan kacau hingga sebati (kacau dengan laju2). Adunan mesra bila ia tidak melekat sedikit pun pada periuk.
  5. Bila adunan dah mesra masak lagi sekejap hingga cam nak kering kat bawah.Biarkan sekejap, bila adunan dah suam masukkan telur. Kacau dengan laju hingga adunan likat mesra. Adunan akan halus je..Kalo rasa penat dan malas nak kacau guna spatula or senduk kayu kowang bole la pukul pakai mixer cepat dan tak penat.
  6. Adunan dah mesra masukkan dalam piping dan bentuk ikut saiz atau bentuk kesukaan kowang  ikut citara masing2.
  7. Sila jarakkan sedikit dari setiap creampuff sebab dia akan mengembang bila di bakar
  8. Sembur dengan air sebelum dibakar.ini nak mengelakkan creampuff turun bila dah sejuk.
  9. Kalo tak ada piping bag dan nozel nak bentuk tak pe..pakai je sudu senduk secubit secubit cam buat jemput2 tu..ataupun pakai je la plastik bag biasa tu..
  10. Bakar pada suhu 200'c utk 15 menit kemudian turunkan suhu oven kepada 180 or 170'C untuk menit seterusnya hingga nampakk cream puff dah kuning keperang-perangan.
  11. Biarkan seketika cream puff dalam oven. kemudian..keluarkan dan sejukkan seketika kemudian bubuh filling kastad.weii bape kali banyak kemudian daaaa...


Bahan2 Kastad
  • 200ml susu segar (400ml -bancuh susu nespray anak je..)
  • 1 sudu besar tepung gamdum ( 2 sudu tepung kastard)
  • 1 sudu tepung jagung ( 2 sudu)
  • 4 sudu besar gula ( 7 sudu besar )
  • 1 sudu teh mentega (2 sudu teh)
  • 1 biji telur ( 1 biji )
  • sedikit pewarna kuning telur

Psstt..yg kaler darram kuwungan tu sukatan aku guna..biasa la kena ganda demi kanak2 riang yg ramai..>_< pastu aku ganti tepung gandum dgn tepung kastard lg yummy aroma filling castard tu taww..



Cara2
  1. Bancuh semua bahan2 kat atas kecuali pewarna kuning dan mentega
  2. Kalo ikut cara asal depa buh kat microwave tapi aku masak kat dapur gas dengan api sederhana.bila nampak adunan kastad dah nak berketul tutup api dan kacau laju adunan sampai tiada lagi ketulan
  3. Masak lagi sekejap hingga pecah wap ( gelembong dan meletop kuar wap) masukkan mentega
  4. Tutup api dan kacau lagi dengan laju.
  5. Masukkan dalam piping dan gula nozel bulat kecil dan suntik ke dalam cream puff
  6. Tak ada piping or nozel just belah skit creampuff then bubuh la kastad.



Yummy...ekceli banyak step aku derhaka skit ikut suka kepala otak aku. kalo u all wase tak kondifen u all pegi la kat my resepi or blog kak ita ekkk...hehe..

.

1 comment:

Anonymous said...

This is my first time visit at here and i am in fact impressed to read all at one place.
Here is my blog post :: Blogster.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...