Monday, October 3, 2011

Tenggiri Masak lomak cili Api...+ Belimbing buloh




Bila sebut masak lomak cili api mesti ingat nogori sembilan kan..ye la menu ni pemes apa kat sana. Pedasnya pun ya ammpunzzz..menyengat..Tapi masak lemak cili api ni semua negeri kat mesia ni ada masak.Cuma beja cara dan bahan2.Aku rasa la.Bak kata trademark blog Chef glammer dikalangan blogger >> CHef Mat Gebu. :Dapur Tanpa Sempadan.Maksudnya dunia memasak ni memang tak ada had, takde sempadan resepi..rasa tu sesuatau yg subjective. Ikut yg tukang masak dan tukang wase..camno deme nok bubuh darram masakan depa. Koi blasoh je..janji sedap..janji penghuni duniaku still leh telan..hehe...sangat subjective ayat kannn..nampok beno pemalass...kiwa asal nak senanggg aje..kata istewi dan ibu mithali..cehhh!!!

Ok senang citer, sepanjang idup aku, kalo ikan tenggiri aku hanya akan goreng, masak lemak cili api or kari. Bila dalam pantang bersalin je aku bako..nak masak cawa lain memang aku tak pernah cuba sebab aku tak tahu...see, jelas sangat subjective-nya pengakuan aku tu...ia bole me-refer kepada memang tak ada masakan lain, or maybe ikan ni hanya sesuwai utk masak yg aku sebutkan tu je...moh..moh tengok wesepi



IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API BELIMBING BULOH
Resepi @ Che Ann

Bahan2

  • 4 potong ikan Tenggiri
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 inci kunyit
  • 10-15 biji cili padi ( tambah or kurang ikut kepedasan memasing)
  • Santan secukupnya
  • 7-10 biji belimbing buluh
  • Selai daun kunyit ( aku amik tepi pintu dapur je..kalo xde stok kat umah xyah bubuh pun tak pe..)
  • 1 biji tomato - utk hiasan bg cantik...
  • Garam gula dan perasa secukup rasa


Cara2

  1. Ikan basuh dan tos 
  2. Kunyit dan cili ditumbuh hingga lumat.
  3. Masukkan dalam santan yg telah di letak dalam periuk
  4. Serai tu titik je pastu masukkan dalam santan
  5. Hidupkan api dah start la masak...kena rajin kacau supaya santan tak pecah
  6. Agak2 santan dah panas masukkan ikan, daun kunyit, garam gula dan perasa secukupnya
  7. kacau perlahan sehingga ikan dah masak.
  8. Santan dah mendidih dan ikan dah masak masukkan tomato dan belimbing buluh yg dibelah dua
  9. Kacau perlahan untuk elakkan ikan hancur, tutup api dapur bila belimbing sudah berubah warna.
  10. Teruskan kacau santan/kuah untuk seketika w/pun api dah dimatikan.


Selalu kalo masak lemak aku mesti akan buat ikan masin masak sambal..duhhh wase mecing je dengan masak lemak...pastu kena ada plak ulam ulaman...emmm nikmat gitu...>___<

4 comments:

Uncle Lee said...

Hello Rossa, I can imagine this tenggiri masak lomak....bukan lemak?.... Very nice the wangi tentu lima puluh kaki jauh dapat the beautiful scent of your ingredients.
Masuk mulut satu spoon, lupa namak mak.

I suka the colour....ini sebelum makan dapat the wangi, habis cherita....you kena keluar tu National cooker ke microwave masak lagi nasi, ha ha ha.
Ada sambal belachan?

Waa, kalau saya bachelor dapat jemput datang makan, lain girlfriends semua dapat surat saya nak jalan steady sama lady masak ni ikan tenggiri lomak....bukan lemak? Ha ha ha.
Itu serai atas ikan tu very nice....very good presentation, Rossa.
Have fun, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

CA said...

Hi Unclee Lee..

Haiya..lomak means lemak la...this is Orang negeri sembila pnuya dialek.the said lemak is lomak...hehe mai barrik mesia mehh belajo dialek2 kat mesia...

Yaa..bila masak lemak mcm ni kena ada itu sambal belacan aa..bawu ngamm..come..join us next time..hehe

Thanks drop again and again.Terima kasih seribu..keep smile..

Maria Awi said...

kat rumah kebetulan ada tenggiri..nak cuba buatlah.cuma sayang belimbing takde.
Kalau ada mesti lagi umphh..

Cara Merawat Kurap Dengan Cepat Supaya Pakwe Tak Lari Tengok Anda | Diari Mama

CA said...

As salam Maria...

Tengsss singgah blog saya..yess buh belimbing buloh memang lagi mantoppp..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...