Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN oh RAMADHAN







Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin, kerana bila tiba masa kita terpaksa melepaskannya.Andai Ramadhan ini adalah yang terakhir moga ia yang terbaik disisiNYA InsyaAllah.


Salam ramadhan buat semua. Ramadhan datang lagi dan Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menikmati ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Moga dibulan ramadhan ini aku ditingkatkan tahap kesabaran dalam mendidik amanahNYA. Bermula dengan menyediakan juadah untuk bersahur...melayan aksi anak-anak ketika bersahur. Moga aku mampu memberi kata2 motivasi kepada mereka tatkala perut mula memainkan alunan muzik meminta untuk diisi...Bila matahari menyusur senja, aku masih  mampu untuk menyediakan juadah berbuka untuk yang tersayang...dan  semoga ramadhan kali ini penuh bererti dan diberi  kekuatan iman untuk  meningkatkan segala amalan.


Hadis nabi S.A.W " Doa JIBRIL a.s buat Nabi s.a.w sebelum tika hadirnya ramadhan, bermohon maaf lah dengan 3 golongan ini:
  1. Mohonlah maaf dari kedua  ibubapamu
  2. Mohonlah maaf suami dan isteri
  3. Bermohon maaf drp keluarga, sahabat handai dan mereka yg berada disekelilingmu

Jesteru itu, dengan rasa rendah diri,buat insan2 yang mengenali diriku, ampun maaf kupohonkan andai sepanjang usia perkenalan kita aku telah melakukan kesalahan dan kesilapan bila lidah terlanjur kata, bila bicara terkasar bahasa , bila beraksi diri ini terlanjur tindakan.Sesungguhnya lumrah manusia sering melakukan kesilapan, dan aku hanya manusia biasa yg tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun aku memohon dan berharap masih ada ruang  kemaafan untuk aku.Moga persabahatan kita akan terus berkekalan selamanya....Muahhh.

Selamat berpuasa untuk semua...

Salam


Saturday, July 30, 2011

Apam Tepung Beras






Memang tak sia-sia aku belajo buat apam ni sebab Eicha suka sangat apam ni, abg azrul pun suka, kakak pun dah start suka,Eina pun dah pandai suka..Izham punn....ehhh kiwa semua la ekk...hehe anak ibu semua..folo kegemaran ibu....Credit aku nak berikan pada ex opismate aku Mis Noraliza . Dia la yg bagi wesepi ni....seram sejuk gak nak buat...Ramai yg suka makan apam ni dengan kelape parut.Tapi aku tak bewape suka..suka makan macam tu je...lagi suka kalo cicah dengan sambal tumisss....yummy je. Adeehhhh..kalo dah jawa tu jawa jugak la ko ni che ann...org makan dengan kelape ko menten dgn sambal. Nak wat camno...tekak jawa..

Rasa nak nangis pun ada bila pestaim buat terus jadi mekar kembang..manis also just nice..Dah bape kali buat pun tak terkira..acapkali jugak aku tepek kat FB gambo apam ni.Bukan ape..sebab tak tau nak update status kat fb tu. Kali ni aku akan tepek gek kat fb lagi sebab dah janji dgn Michiko nak share wesepi ni. Dah lama dia rekues rasanya.Ampunzzzz Michiko, bukan kemut tak mau kasi, tapi masa tak mengijinkan. Err aci ke bg reason ni...alaa Michiko tak mawahkan..kan..muahhhhh! Ni dah tunai janji ni..Tarraaa.....


Bahan2

1 paket tepung beras
1 cawan tapai nasi **
1 cawan gula
3 cawan air
3 paket eno(paket kaler biru)

** Amik nasi sepinggan, gaul dgn satu sudu ragi yg telah dihancur, gaul semerra aram then peram 2 mlm.dah jadi tapai ni makan bole la buat apam.

p/s.Tukang kasi wesepi ni siap pesan kat aku...suh guna cawan arcoroc jaman2 dulu beb.sib baik kat umah aku ada adiah kawin dulu.Tapi aku dah sukat...ya ammpunzzzz sama dengan sukatan standart cawan yg jual khas nak buat sukatan masak2 tu...so u all jgn wisau la kalo tak ade cawan arcoroc jaman dulu...guna je cawan sukatan yg standart tu... ^_^


Cara2
1.  Blend gula n tapai dgn 1 cawan air.
2. Tuang ke dalam tepung beras.
3. Gunakan secawan air lg utk bilas blender supaya saki baki kat blender tak tertinggal
4. Gaul bahan2 ini hingga sebati.masukkan sedikit demi sedikit air cawan ketiga
5. Biarkan selama min 6 jam, atau buat bancuhan tepung mlm, then kukus esok paginya.itu la sokmo aku buat
6. Pagi sebelum kukus bubuh eno paket demi paket dan gaul rata.
7. Bahagikan 2 bahagian - masukkan pewarna kegemaran.
8. Kukus selama 10-15 menit ikut jenis pengukus.Kalo kukus letrik tu dlm 10 minit dah masak.
9. Dah sejuk bole la makan dgn kelapa yg sudah dicampur sedikit garam.Aku memang tak buh kelapa sebab memasing tak gemo..termasuk la aku..


Amcam Michiko...senang kan...haa apalagi segelle buat..pehtu tepek gambo kat fb ekk..kalo wase baik hati anto le sepinggan ke umahh ai..umah u dgn umah ai tak jauh pun..sepelaung je. Takpun waktu kowang buat meetin' pangkin tu, invite invite la ai..Zasss ai pegi. >_<



Haaa..anak2 ibu dah bangun..jommmmmm bekpes..Muahhhh!


Salam

Thursday, July 28, 2011

Ubi Kayu Masak Asam Belimbing Itam





Arrghhhh..dag dig dug jugak hati ni walaupun dok nengok live bola. Menang ke idak ekk. On the way amik kakak balik kelas tadi dgr kat wadio sinar..aduhhh gemuruh sih.. tetiba tit..tit bunyi..

" Abang lambat sikit, nak settle stock take" << ayat2 sms. Siann ramboku..owang sibuk tengok bola dia sibuk dengan stock take. Nak wat camno..demi tugas..demi kami...uhuk2. We love u ayahh..muuuahhh! Anyway aku dah masakkan one of feberet rambo ku.ubi kayu Masak Asam Belimbing Itam....mesti dia semangat siapkan stock take then bole balik makan...bila aku reply sms dia..>_<

Seberrum kawin dengan rambo, yang aku tahu ubi kayu ni borre buat tapai, bingka, lepat, ubi gedok, goreng, rebus..kerepek. Tapi idak pulak tahu yg bole masak macam ni. perghhh eksotik beb. Aku wase memang payah nak jumpa masakan mcm ni. Sah kaum kewabat aku nunn kat tanjung karang pelik banget dgn menu ni..Aku wase owang pahang jati je yang athu masakan eksotik ni. Aku tak pasti tekak owang lain..tapi bagi aku not bad taste menu ni..and memang sedappp ammat weh bak kata owang pahang...Heheh owang jawa cuba untuk cakap stail pahang..gonner?? menjadi dok? Moh moh kita menengok wesepinya gonner. Ni koi nok khabo, senang popalih weh nok masok ubi kayu belimbing itam ni..

Bahan2
2-3 ketui ubi kayu - kupas and potong kecil/sedang
1 inci kunyit hidup
5-10 biji cili padi - kalo nak pedas tambah, kalo xmau kurangkan
1 sudu makan belimbing itam
Garam gula dan perasa - ikut perasaan owang yg masak ye..

Cara2
1.Cili n kunyit tumbuk sampai lumat, pehtu buh belimbing itam dalm lesung just tumbuk manja2 je..nak kasi dia pecah2...xmau lumat sgt..
 2.Ubi kayu tu rebus sampai empuk..pastu masukkan bahan2 tumbuk, garam sgalanya...biarkan mendidih lg seketika..dah....siap. tutup api dapur..kang kering plak.




Amcam?? simple kan...xde bawang pun...rasanya masam2 tapi sedapppp.Tak tau nak cakap.U all nak tau u all kena cuba. Tapi aku cakap terus terang la..bab belimbing itam tu memang susah skit nak cari. Aku pun asal balik kampung nun kat Rumpun makmur mesti amik stock utk bekalan...Itu belum aku citer sambal itam..perghhh mantop. Eh bola dah habis ke...aku nak singgah fb sat tgk status keputusan bola. Sure wamai yg buh status bola......dag dig dug...dag dig dug..

Salam

Tuesday, July 26, 2011

Mandi Wajib

Semalam dok sibuk memasing senduk nasi nak makan malam tetiba abang Azrul bersuara

"Ayah mandi wajib tu apa"

"Kenapa abang nak tahu" Aku pandang rambo, rambo pandang aku sambil senyum simpul.

"Ye la..sbb x paham..apa mandi wajib"  " Tak pe nanti kat sekolah abang belajar la..cikgu akan cakap" 

" Ye la..tadi kat sekolah ustazah ada cakap pasal mandi wajib, lepas tu ustazah cakap kalo nak tahu kena tanya ayah.Abang memang tak paham".

"Emm nanti abang dah besar abang paham la mandi wajib tu apa" 

" Ooo dah belajar ke..ok..ok nanti ayah citer kat abang..sebab lelaki sama lelaki..perempuan sama perempuan. Kan ayah kan." Aku potong cakap rambo sambil memberi reaksi muka agar rambo berterus terang.

" Emm..lepas makan nanti kita borak kat atas bang ye..kat buaian. nanti ayah citer key.Skang kita makan dulu.Abang nak lauk apa? ikan bawal goreng ke ikan kuning tu" 

Rambo mematikan perbualan topik ni sebab kami masing2 sebenarnya belum bersedia untuk menjawab soalan2 yg sebegini. Kami lupa bahawa anak2 kami sedang membesar dan perkara ini pasti berlaku. Belum dia tanya kalo org lelaki baligh dia mimipi...mimpi tu apa... uwaaa. Konherm aku akan terkedu. Bukan aku tak tahu untuk menjawab, bukan aku tak mahu menjawab tapi aku rasa persoalan lelaki biarlah lelaki juga yg menerangkan kerana mereka lebih tahu lebih detail perkara yg tersirat.

Bila situasi begini berlaku, apa harus dilakukan? Berterus terang kepada mereka atau menerangkan secara simbolik sahaja.Adilkah utk mereka, tapi sekiranya memberitahu kesah sebenar, mampukah mereka menerimanya? Mampukah mereka memahaminya. Sungguh...dalam delima pada mulanya. Tapi aku tak mahu mereka tertanya-tanya dan mendapat gambaran yg silap tentang persoalan hakikat kehidupan. Cukuplah ibu dia yg dulunya begitu takut untuk berkahwin..Begitu takut untuk melahirkan anak bila tahu baby dilahirkan melalui mana? Sebab dapat membayangkan betape sempitnya laluan seorang bayi nak keluar.Ahhh yg pasti melahirkan sangat sakit,sangat perit!!Itulah reaksi aku bila mak citer kesah benar. Dan aku tak mahu mereka seperti aku. Terlalu lewat untuk TAHU.

Namun aku bersyukur ada rambo untuk menerangkan perihal lelaki.Aku terbayang kepada ibu2 tunggal.Bagaimana la mereka hadapi situasi begini....Pasti sukar kan...moga ibu2 tunggal diluar sana terus  tabah...InsyaAllah..

Salam





Monday, July 25, 2011

Kuih Raya..Kuih Raya...




"Ibu..bila ibu nak nak bg sampel kuih raya. Kawan2 kakak dah sibuk tanya. Cikgu kakak pun."

Kakak mengingatkan aku agenda dia nak jual kuih raya.Siap dah war2kan kat kawan.Alamak..kuih2 raya yg konon nak buat sampel dah kena balun dengan adik2 dia.Tapi aku sempat gak bg opismate  rasa. Alhamdulillah ada yg sudi nak tempah. Pehtu lupa lakss nak pack sampel utk kakak.Ammpunzzz....camno ni. Aku pun pg la godek-godek dalam kabinet...jeng..jeng..hoye..hoye..  ada lg belen kuih2 tu. Syukran..syukran..bole la kakak bawak ke sekolah.Tidak la aku wase bersalah huhu.

Conrflake Cluster CA @RM13@25++pcs

"Okey kak jom kita pack.."

Penuh semangat kakak membantu aku. Dia bab nak menega ni memang semangat.Asal yg bole bagi RM..fuhh pantasss. Kakak siap pesan, ibu jangan lupa up date blog.Promosi kuih raya kita ni..aku hanya angguk sahaja tapi tidak bersuara.Tapi kalo tak buat mcm mungkir janji plak. So aku tepek la. Bagi semangat kat kakak. Sebab Conflake Cluster tu dia yg buat. Aku tolong la jugak tapi cam dibelakang tabir gitu.Nanti dia checking blog ibu dia...haa kantoii ibu dia tak tepati janji. Tak rela ahhkakkk...kuih2 ni adalah kuih hok sokmo aku buat.Takyah tunggu raya..memang pusingan..habis rempeyek buat sweet rose..habis sweet rose, biskut dahlia plak...gitu la pusingannya. Rempeyek tu plak..memula rempeyek kacang tanah..pehtu kacang hijau..pehtu kacang dal, ikan Bilis. So u all bole pilih aa nak rempeyek mana ye...hehe

Kuantiti 50pcs





Isi kandungan 60-65pcs



Maka strait to the point la ekk...kepada sesape yg berminat nak oder bole la hello hello ke talian hayat ni >> 013-6051905 or mail ke rossa_myzani@yahoo.com utk sebarang pertanyaan. Muahhh!

Salam

Saturday, July 23, 2011

Seri Muka





Salam semua.Moga semua ceria..manis berseri gitu. ehh tetiba intro yg bermadah helah plak. Bukan apa..tajuk entry malam ni seri muka tu yg jadi bermadah di malam hari...Gini kesahnya,semalam balik keja checking yahoo mail kejap seberrum bersilat kat dapur cam biasa. Pehtu nampak la notice from FB ada mesej >> JaMona Sani rekues wesepi kuih seri muka.Siapakah gerangan orang ni ekk. Bila check detail wupanya Mona IQC ex-opismate SPEM.Aiseyy dik oii....udoh tuko nama plakss..mujur ada skit nama Mona.Kalo idak jenuh pulok koi nok mikir sape. Hai Mona.. mcm  tahu je akakk nak buat kuih ni sebab  hero@abg Azrul dah rekues kuih ni dari hari khamis lagi. Tapi rekues udoh pukul 10 seteng malam...mata udoh x bewape nak bukak...gonner..mujur setelah dipujuk rayu hero bole tewima postpond.

Wesepi aku nak kongsi ni ekceli wesepi Chef Asma. Memang sangat sedap. Sebelum ni aku guna wesepi mak terchinta..yang bila aku buat kajian wupanya sama dengan wesepi Talam Keladi Chef Asma. Waa..tawaf chef aa mak tercinta..cuma cara sukatan org jaman dulu ni klasik skit. Kalo mak tershinta ni sokmo bagi wesepi bahan2 dia je. Sukatan sgala dia akan cakap..

"ala pandai2 ko la ani..agak2 je ..ikut perasaan ko...Kalo nak buat byk ni..bubuh la banyak ni..nak sedap bubuh ni..kalo xde pun xpe..ganti dgn ni.."

Haa...tak ke trill tu nak masak.tapi sebab pewasaan nak cuba maka buat jugak la kan..dah tingin nak makan..lain la mak dok bakang umah je..memang mintak dia je aa masak.. ehh apa melalut ni..jom kita tengok wesepi.Peringatan ye..sukatan bahan2 resepi ni adalah untuk bekas yg 10"x10" x3"tau. so kalo kowang nak buat sikit kena pandai2 la matematik bahagi campur tolak sgala..Waaa aku pun dah follow mak terchinta..ada ayat pandai2 ko la...hehe sowi ekk anak mak..



Ni bawu lepas kukus..xleh poton' lg..
Bahan2

Lapisan Bawah - Pulut
500 gram beras pulut
300 ml air
300 ml santan pekat
2 sudu garam halus

Lapisan Atas
100 gram tepung kastard
250 gram gula castor  - (sy guna 220 gram je sbb tak suka manis sgt)
400 ml air
400 ml santan pekat
4 @ 5 biji telur- sy guna 4 biji je
3-4 helai daun pandan
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence ( sy tak guna pun)
1 sudu makan tepung gandum ( ini sy tambah sendiri,wesepi asal xde )
sedikit pewarna hijau


Cara2

Lapisan bawah - pulut
1.Pulut basuh dan rendam 4 jam.( uhuk2 aku sokmo x sempat rendam sebab asal buat je mengejut so aku pandai2 tambah air sikit...kalo kowang bewani derhaka cam aku ikut la....tapi kalo x menjadi sindrik salah ekk....)
2. Campur semua bahan then kukus dlm 30 menit.(masukkan dalam loyang tau..jgn bubuh kat bekas kukus yg lobang2 tu...habis santan & air tu keluar..x masak la pulut tu kang...)
3. Pulut dah masak gaul  pulut tu bior semerra arram..pehtu masukkan dalam bekas yg kita dah lapik plastik supaya senang nak angkat kuih tu.Tekan2 pulut supaya padat..nanti potong idak le seroi..berderai..tapi jgn padat sgt nanti keras sangat plak.so kena la pandai2 ye..(ehhhh ada lg ayat mak terchinta...)

Lapisan atas
1. Daun pandan tu blend sbb nak abik pati pandan. Gunakan sedikit/ separuh air sukatan bahan2.
2. Pukul rata telur dengan gula dahulu, kemudian masukkan tepung santan dan air pandan
3. Tapis ke dalam periuk/ kuali  masak hingga ada ada keluar letupan wap (sentiasa kacau ketika masak)
4.Tuang atas lapisan pulut & kukus selama 30 menit..




Kuih ni seeloknya dibiarkan sejuk 4 jam sebelum potong. Kalo tak nanti tak cantik. Tak digalakkan buh dlm peti'ess lepas masak sebab kuih akan cepat basi...baca ayat tu betul2 ye..tak digalakkan..bukan bermakna tak bole..bole kalo nak bg kuih tu cepat sejuk sbb nak cepat makan...pehtu cepat habis..so idak le cepat basi. Gitu la kaedahnya...




Inilah bekpes kami pagi tadi.Err sowi la ekk dah mlam bawu masuk sini...nak wat camno..masa tidak mengijinkan..Untuk Mona..selamat mencuba...muahhhh!




salam

Thursday, July 21, 2011

Sayur Bening Pucuk Meranti




Bila sebut bening..mesti owang jawa je bole terus paham masak ni masak macam mana kan Ibu Rawiwa kan..hehe maklum la kita sekapal.. JOWO. Pehtu meranti...kenal? rasanya ramai yg kenal. Pucuk ni buat ulam sedap..buat kerabu @ urep kata owang jawa, sedap..masak lemak putih sedap..mcm Kak Ram dok sebut tu....tumis pun sesap sedap. Semalam dok menuai hasil kebun nak bagi kat opis mate tinggalkan sikit untuk ramboku nak makan sayur ni masak air..haa..selain jawa akan cakap masak air..org jawa je ckp msak bening...Balik je keja..main sat dgn si bongsu >> Ahmad Izham..( baca betul2 yee..bukan Admad Idham pengarah pemes tu..) Maklum aa bongsuu...manja skit.Bila dia dah hepi bawu aku  mulakan acara bersilat kat dapur...simple je.menu dinner tadi..tapi jenih tak eckap memasak tu yg bersilat sikit..Menu dinner kami adalah Sayur Meranti masak bening, Ikan Selar masak Sambal, Ulam daun cekur dan sambal budu...alhamdulillah....kenyanggg..^_^


Meh nak citer resepi Sayur bening Pucuk Meranti ni..kalo u all baca mesti tergolek cam Hagimaru sebab ya ammpunzzz senang sangat!!!

Inilah dia pucuk meranti...bukan yg pokok meranti tu tauu
Bahan2

2 Ulas bawang merah
1 ulas bawang putis
sehiris halia
5-6 ekor ikan bilis..dah belah dua jadi la berekor ekor ikan bilis tu  
semangkuk pucuk meranti.. 
2-3 cwn air
Garam, gula or perasa secukupnya

Cara2

1.Bawang merah, putih & halia racik nipis
2. Masukkan air dlm periuk, kuali pun borre aa kalo xde pewiuk hehe...>_<
3. Masukkan kan bahan2 hirisan tadi dan masak hingga air mendidih, pehtu masukkan gram gula @ perasa ikut perasaan owang yg memasak..
4. Last skali masukkan la sayur meranti tu..dah masak tutup api..kang plak kewing air tu..dah tak bening aaa..

Haa..simple je kan...bening..oh bening..hiruppp masa makann sedappp... >_<

Tengokk tu..beningggg je kuahhh dia.. >_<



Inilah set menu dinner tadi...ehhh mana sambal budu..x tersnapp lakss

Huhh..merah marah je ikan Selar masak sambal tu ekk..tapi siyess tak pedas pun...Tapi esok je la aku citer pasal ikan selar masak sambal tu..cam ngantuk plak..tapi nak layanzz kowea seepisod sat..

Salam..




Wednesday, July 20, 2011

Kunjungan Dari Pemilik HOME SWEET HOME

Ya ammpunnzz...hepi banget aku...td petang jengok kejap Duniaku..Haa...Kak Ummi  pemilik HOME SWEET HOME singgah blog aku yg tak seberapa ni...Aduyaiii..terima kasih bebanyak kat Ummi yg semakin glammer ala2 retis gitu.Dalam pada dia bz sana sinunzz nak buat rakaman masuk wadio kuantan..sempat gek di singgah. Alaa..kak Ummi awat tak habaq awai2..bole cheq bentang karpet merah hehe...tapi kak Ummi la yg siap menu sgala Aci? Ye arr..akak dah taraf chef blogger terkenal beb..pemesss...muah2

Aku memang dah lama dok folow senyap2 blog HSH ni...blog  Dapur Tanpa Semapadan..Jurnal Rasa, Masam Manis..dan ramai lagi la..nak wat camno minat aku ke arah masak memasak..pehtu sonok tengok gambo2 makanan Blog depa ni...Cantik..nampak yummy je..bertahun aku dok singgah sana sinunzz...memang bole dikatakan tiap hari..nak komen tak reti..cuma pandai baca..pehtu mana2 wsepi depa yg senang ringkas memang aku folow ..Kak Ummi izin kan...kan...muahh! Kak Ummi..saya... ehh dengan penuh sopan tukar kata ganti kepada saya.. ye la aku kena hormat senior .errkk apa kess cepat sgt dah tuko jd aku plak..

Ok..ok ulang ayat, Kak Ummi, saya dengan rasa rendah diri ingin ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian singgah kat blog saya yg masih cempedak diluar pagar...Bebila tu borre aaa saya pinjam galah akak ekk nak jolok cempedak...pehtu kalo Chef Mat Gebu plak singgah harus xde pago dah..main petik aje aa buah cempedak tu...hehe..

Ok Layan kowea jap...Kak Ummi Kamsa Hamida..^_^ Muahhhh!

Mee Goreng Mamak




Ehh aku yg goreng apa kess mamaks yg dapat nama? Hehehe...suspen je..mau cari gaduh ke..Dah tengah malam ni apa yg ko merepek Cheann oii.. ni semua kes meroyan Korea aa....layan sampei tengah malam pehtu lapo...kata nak diet..nak kuwuskan badan apa kes melantak mee goreng mamakss...huhu..ammpunzzz napesu tekak memang xleh tahannzzz....ingat tuwun pg dapur nak buat milo kosong...aiseyy nampak ada 2 bungkus mee kat tepi sinki..bukak peti'es nampak ada tahu, nampak toge..ada isi ayam lebihan soto...sawi memang sokmo ada stok...wallaaa weiii..laju je tgn ni zap zup zap sambar bahan2 zassss....tidak sepantas kilat mee goreng mamaks pun terhasil...jadinya wesepi yg nk dikongsi ni..memang sgt ringkas...bergantung pada bhn2 dlm peti'ss...tapi aku tetap kategorikan mee ni mee goreng mamak.harap2 semua mamaks tak mawah aku sebab derhaka dengan resepi asal...

Bahan2

1 ulas bawang putih
1 1/2 gemgam mee kuning - basuh tos
1 sudu mkn cili blend
1 sudu mkn kicap manis - aku guna kipas udang kegemaran kanak2 riang
1 1/2 mkn sudu sos cili - Aku memang gemo sgt sos cili Aminah hassan
2-3 helai daun sawi
1/2 ketul tahu - potong dadu
1 ketul ayam fillet- potong nipis tak nipis..sedang2
1 biji telur saiz B
1/4 cwn air
sedikit minyak utk menumis

Cara2

1. Bawang putih tu ketuk.titik je..pehtu racik ala kadar.tumis sampei naik bau..masukkan ayam..ayam dah separa masak masukkan tahu..goreng sekejap tak sampei 1 menit..
2. Masukkan cili belend..masak kejap dlm semenit gitu..masukkan kicap sos cili..masukkan mee masukkan air
3. Mee dah spara masak- dlm 2 menit kot sbb guna api beso, masukkan sawi..nampak sawi dah layu skit pecahkan telur dan gaul rata..last skali masukkan togey..zass zuss zass tutup api..
4. hidangkan  tabur bwg goreng daun sop and limau nipis...
5. Jeng,,jeng..sedia untuk dilahap panas..sambei layan korea ku...duhhhh

p/sss....aku tak letakkan pun garam gula or perasa sbb kombinasi kicap kipas udang & sos cili Aminah Hassan memang dah just nice sangattt...muahh!


Yeahhh diset-kan pulak dengan Nescafe Panas lakss..aduhhh...konhermm mata lg celiksss



Intai2 dulu...segan2 nak makan....emmm yummy...

Dengan rasa tak bersalah aku menikmati hidangan ini ditengah malam yg syahdu...bersama kowea yg dok hangat ni.....hewo pujaan ku...henskemm ..ohh meruntum pewasaan...x tahanzzzz jiwang d karat..pehtu sindrik nangis badan makin dumukss...uwaaaa

Salam....time 2 sleep....^_*


Monday, July 18, 2011

Semulut???





Foto ehsan mail dr kwn


Last week amsa dalam keta balik dari kelas malam kakak citer pasal sorang pengawas skolah dia kena tangkap dgn cikgu sebab masuk tandas.

"Erkkk apa kess masuk tandas pun kena tangkap kak? ntah hape2 la cikgu korang ni"

"Isshh ibu ni.. kan kakak ckp tadi sbb dia masuk tandas lelaki tu yg kena tangkap dengan cikgu"

"Ooo..ye ke.." Tu la..anak dok excited citer ko tak dengar cheann oii..Kalo ko citer anak tak nak dengar marah..huh..Heyy heyy..aku bukan tak dengar cuma aku tak perasan la sebab dok tengok kanan kiri.kanan kiri nak kuar simpang..isshhh gelap2 ni kang accident sape susah...

"Laa...yg dia masuk tandas lelaki tu nape? Tandas pompuan rosak ke? aku soal kakak nak tarik perhatian dia suh sambung story dia."Pengawas tu kelas kakak ke?"

"Tak..dia kelas sebelah.Dia masuk tandas sebab nak jumpa boifren dia la ibu..pastu kawan2 kakak cakap pernah nampak dia semulut dengan boifren dia....ee tak senonoh kan ibu kan..tak malu..."

"Semulut??? "

"Alaaa...semulut...semulut...ibu tak tahu?

Aku geleng kepala..

"isshhh ibu ni..semulut tu yg mcm ni..." kakak buat muncung tangan kiri bertemu muncung tangan kanan.
"Yang selalu orang putih buat kat dlm movie tu..cium mulut tu"
Kakak explain lebih detail bila aku pura2 tak paham..aku bukan tak paham aku cuma konhiuzz.Bila kala semulut tu dah tuko erti menjadi cium mulut aka comolot.

Aduhhh......depa panggil comolot tu semulut!!! Yang aku paham sejak pertama kali dengar word semulut ni dulu dulu mak selalu suruh aku rasa dulu sesuatu makanan yg pertama kali aku tengok pehtu bila aku cakap tak suka, maka mak akan cakap “ Ani, rasa la dulu…semulut pun jadilah..…dah rasa baru ckp bole mkn ke tidak ..ini belum rasa dah ckp tak suka..” haa…. Camtu la selalu mak bebel kat aku…tu pasal kalo jumpa makanan pelik aku tak akan cakap tak bole makan..aku akan rasa semulut dulu..kalo bole diterima dik tekak then aku makan.Kalo anak tekak ni takleh terima then konherm tak bole ..…So konklusen word semulut ni merujuk kepada apa ekk? Aduyaiii…aku kena hati2 la guna word ni skang.Kalo kat opis ni memasing paham bila sebut semulut. Tapi kalo dengan kakak aku kena tengok keadaan la ekk nak sebut…awat jadi gitu ekk.

“Isshhh kakak…kakak dah tahu benda tu tak elok kan..so kakak takyah la semulut..semulut mcm tu…tak yah ikut perangai kawan kakak tu tau.. tak elok”.

Aku bersuara memecah keheningan dlm keta setelah berperang dlm pikiran sendiwi mencari makna sebenar ‘semulut’. Dan sekarang berperang pula dengan perasaan..emosi…pikiran..mampukah aku menangani cabaran mendidik anak2 di zaman ini…mereka begitu terdedah dgn aksi begini….

“Mana ada ibu..kakak tak suka la benda2 camni.buat malu je..geli la semulut tu..”

“ Sekarang ye......kakak boleh cakap mcm tu..nanti ada lelaki dtg dekat kakak…ckp manis2 dgn kakak..puji2 kakak..Kakak pulak suka dia, tu yg macam2 bole jadi kakak..Sebab tu kakak kena jaga kelakuan..kena jaga penampilan….tak payah expose sangat..biar lowprofile..tak rugi pun org tak kenal kita..tak rugi pun kakak tak glammer kat skolah…”

“Ok ibu”

Ya allah..kau berikan la kekuatan untuk aku mendidik amanahMu ini..Harap kata2 ku memberi kesan untuk kakak…insyaAllah..
Err aksi ni sokmo la anak2 nampak rambo buat kat aku... (*_*)


Salam..

Sunday, July 17, 2011

Gelombang Drama Korea Melanda Seantorio Dunia - Buletin TV3




Menjerit Ramboku memanggil aku yg dok bersilat kat dapur masak Mee Hailam bila topik ni ada kat Buletin TV3 malam tadi.Suspen aku..maleh nak naik atas aku jerit aje dawi bawah kang ibu tengok kat tonton aje la. Bila time makan rambo citer yg drama korea ni memang seluruh dunia demam..Errkk.. arasso? Hoye..hoye.. aku bukan golongan pelik la ekk suka nonton korea..Ingat mlm tadi nak tengok la ulang tayang Buletin utama ni citer apa kat tonton.com..aiseyy lupa da..Pagi tadi sempat layan kat tonton.com.

Ye aarr..betul laporan tu..dah 10 thn korea start di gemari. Aku memula layan korea amsa thn 2002.Tv3 gek yg tayang tiap petang 6.30 till 7.30. Ya Allah memang gile...berkejar ngadap citer ni. Rambo pun layanzz.Kalo dia balik lambat aku la yg dok tukang buat siaran ulangan. Tapi Citer Winter Sonata & Autum In My Heart aku tak layan masa tu...CD & DVD dah ade dlm stok tohkey aka Saiful bahari bagi ketnya xde berahi plak nak tengok. Ini gara2 sejak tahun lepas aku start layan Drama korea bersiri..aku lebih suka kepada hewo yg remaja gitu..auchhh...Ada plak geng yg hubby dia suka donlod...perghhh..memang citer muda remaja je aku layan. Unni (Kak Ina) memang sehati sejiwa tul dgn aku bab hewo korea ni..Konherm kami jiwa remaja sebab hanya layan citer yg hero & heroin remaja aje..kikikik..Kalo citer yg agak heavy tu sroowww skit.Tapi kalo citer yg kelakar..womantis...zassss berepisod episod skali layan. Nak plak hewo dia yg henskemm...aduhhh memang meruntum jiwa. Saranghe.. Adengan womantis dia memang kalah aa Nora Elena tu..>_<

Emm nanti aku listkan citer apa yg aku dah tengok sbb aku nak sambung layan CITY HUNTER mentara rambo aku dok layan keja dia..kang kalo dia bersuara mcm mlm tadi..ammpunnnzz...nak jiwang the karatss pun tak seronok walaupun dia tak marah pada DASARnya aku layan korea.Cam malam tadi, bila dah tengah malam rambo tengok aku dok ralit layan CITY HUNTER then dia ulang ayat..huhh..bangga ayah dgn ibu..taste antarabangsa tu...Uwaaaa...menciii. U all, rasa itu ayat perli ke ayat tak kesahhh??

Ehem..ehem..adengan romantis yg buat guwe sokmo jiwang d karatsss...x tahanzzzz 

Salam..
Annaseyoo...Kamsa Hamida

p/s: Malam nanti Buletin Utama TV3 ada ulasan kedua pasal Gelombang Korea ni...aku nak tengok.. (*_*)

Saturday, July 16, 2011

Nasi Ayam ala2 Hainan





Uhh..cam dah fix plak ekk..asal 11 seteng je mesti update status kat sini..Nak gonner kan.time ni je dah damaii..waktu lain dok bersilat lagi..Lunch tadi masak nasi ayam je. suddenly punyer menu sbb ngenangkan cili beso byk stok kat dlm peti ais tu...Kang busuk plak rugisss.Pehtu last week Ramboku memang ngidam nak makan nasi ayam. Balik dari Bangi jenuh mengundi sape nak nasi ayam..tp anak2 vote nasi goreng. Siann rambo..cadangan tak de sambutan. Elok je dah rebus ayam, blend cili...godek2 tempat sayur cari timun...dah habis plaksss...camni ni..ahh dah alang2 dah blend cili bio terus jadi sambal..nanti dah setel aku gosok2 skit rambo suh zass g kedai...muahhh!

Resepi ni cam biasa hasil pemerhatian tengok2 dan tolong mak meniaga masa skolah dulu. Cuma aku adjust skit saje ikut2 redah buku wesepi dan sana sinunzz punyer blog. Kira kombinasi la..atau bahasa Chef Mat Gebu derhaka skit dgn resepi asal...tak pe derhaka kat resepi..aku tak derhaka dgn mak...sayanngggg mak.muahhhh! Tapi sana sinunzz resepi lebih kurang je...so ikut masing2 la kan..nak amik yg mana..nak ubah macam mana..janji sedapppp. Ni style aku yg memang suka cara simple sebab aku pemalas bab remeh temeh tang bahan2 masakan...

Bahan2 Utk Nasi

  • 4 cwn beras
  • 2 Sudu Mentega
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 btg kayu manis, 2 kuntum bunga lawang
  • 1 buku kiub pati ayam
  • 1 sudu mkn madu
  • 4 cawan air

Bahan2 Sambal

  • 10 biji cabai beso
  • 5-6 biji cili padi -ikut suka nak pedas tambah.amik kaler merah jugak ekk..
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • garam, gula dan perasa

Bahan2 Sop dan Ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 3-4 ketul halia berukuran seinci
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1sop bonjot
  • 1 btg kayu manis, 1 -2 kuntum bunga lawang
  • daun sop & bawang goreng
  • Garam gula dan perasa

Bahan2 ulam - Timun, Salad and Tomato - potong ikut kreativiti memasing..


Uihhh ada yg dah tak sabar tu...nampak tangan dok nak amik ayam...


Cara2 Nasi
1. Basuh beras dan tos
2.Bawang putih, bawang merah dan halia racik halus
3 Panaskan mentega hingga cair dalam periuk elektrik, masukkan bhn racik tadi dan goreng hingga kekuning2an atau naik bau
4.Masukkan kayu manis bunga lanwang dan kiub pati ayam
5.Masukkan beras dan air dan madu
6.Kacau hingga rata tutup penutup periuk letrik dan biarkan ia masak. Skali skala jengok dan kacau lagi..sekiranya beras tu jenih muai @ kembang mungkin perlu tambah air. so bergantung pada jenis beras ye..Pandai2 la u all adjust...ikut kesesuaian beras kat umah.

Cara2 Sambal
1. Blend semua bahan - cili besar, cili api, tomato & bawang putih
2. Tambah air biar nampak cair
3.Masak dgn api sederhana dan kena rajin kacau ye..
4. Masukkan la garam gula dan bahan perasa ikut perasaan org memasak tu..u all masak sampei pekat...dan pesanan lagi..rajin kacau pleaseeee....
Masak sambal ni memang agak lama supaya cili tu betul2 masak..jadi takde la sakit perut makan walaupun pedas.Kalo suka bole tambah cili sos dalam 1-2 sudu mkn.





Cara Sop & Ayam.
1Ayam bahagian yg ada isi tu potong la sederhana...yg bahagian tulang potong kecik2 sikit utk jadikan sop.basuh and toskan
2. Halia hiris2 or dititik sahaja masukkan dalam periuk, masukkan air ikut kadar jumlah sop yg u all nak. kalo rasa nak bubuh air rebusan dlm masak nasi u all buh la banyak air..
3.Masukkan ayam dan rebus..bubuh sedikit garam supaya ayam akan ada rasa. Rebus la ayam ni dlm 30-45 menit lepas tu ayam yg besar2 skit angkat dan tuangkan kicap keatasnya. gaul rata
4. Masukkan Sop bonjot, kayu manis & bunga lawang kedalam sop
5. Bawang merah dan putih tunbuk halus dan masukkan dalam sop
6. Masukkan garam gula dan perasa ikut perasaan u all..suka masin buh byk garam...hehe
biarkan sop mereneh dlm 15-20 menit dgn api yg sederhana...bila rasa bhn dan semerra borre aa tutup api dapur..kang kering plak air sop tu. Tabur daun sop n bawang goreng bila dah di senduk dlm mangkok
7. Panaskan minyak dlm kuali dalam @ periuk sbb nak goreng ayam ni tak nak lama..bio ia tenggelam dan ayam akan menten lembut. Kalo aku selalu guna periuk kecik je..then goreng dlm 30-45 saat je dah angkat. Ini nak bg ayam tu tetap lembuttttt gitu..kalo goreng lama ayam akan keras bila sejuk .

Aku jarang buat sos kicap tu sbb depa tak suka pun..kalo nak jugak bubuh je kicap manis masa hidang..so setel...Inilah menu lunch siang tadi...

Tapi kalo nak jugak sos kicap tu..u all amik la 1-2 senduk kuah sop ayam sebelum bubuh sgala perencah tu..u all masak boh sos tiram skit..boh kicap manis..boh la garam gula ikut rasa, pehtu bancuh tepung jagung skit untuk kasi sos kicap pekat. jgn byk sgt tepung jagung tu.agak2 la..kang jd cam gam plak kalo terpekat sgt.



Salam...






Jemput2 Bawang Ikan bilis






Jemput2..hehe mcm nak jemput dtg umah plak. Yang aku tahu dari kecik mak aku sebut jompot..bahasa ala2 jawa..memang lain la skit bunyinya...Hello..hello che ani..hang tu memang jawa apa plak ala ala jawa...cehh...hehe..ye ye..aku memang orang jawa. Setengah tempat sebut cekodok.Tapi bagi aku cekodok tu kalo jompot yg dibubuh pisang baru panggil cekodok. Tak kesah la apa nama yg pasti ramai suka makanan ni.aku gerenti..Dulu2 masa kecik bila dengar je mak nak buat jompot sonokkk je rasa. Makan panas2 cicah dgn sos. Pastu  jompot tu memang utk bekpes la..waktu lain takde plak mak buat...cuma kengkadang je skali skala buat minum petang.Itupun nasib kalo mak sempat buat.Citer pasal jompot ikan bilis ni..kalo kat umah No 1 jalan Prima memang tak kira waktu.Kanak2 riang or ramboku akan rekues menu ni ikut sedap anak tekak depa la..tak kira waktu..Kadang bekpes...kadang lunch kadang minum petang dan kadang mlm. So tak heran sebulan tepung gandum kena beli 4-5kg. Sikit je kan..



Bukan apa jompot ni adalah bekpes or menu yg paling senang. Bebila masa je zassss bole buat.Asalkan kat umah ada stok tepung gandum la...Kalo tak de konherm takleh buat jugak. Agak2 malassss nak masak dan pikir menu bekpes jompot la yg menjadi pilihanku dihari sabtu...hehe..konklusen pada intro N3 aku ni adalah aku nak inform yg pagi tadi bekpes jemput2 ikan bilis.Simple je..tapi jemput2 ikan bilis ni kalo aku bawak opis memang jd pilihan aa...pastu ada yg tanya resepi. Errkk resepi aku tak jauh beza pung dgn org lain.Tapi depa benonya me'refer' kepada mcm mana jompot aku borre lembuttt ( uitsss...ada ke word me'refer...ko ni Che Ann main blasahhh je...bahasa jiwa bangsa tawww. Alaa..ni kan blog duniaku..bukan blog kelas bhs..xpe la..*_^ ). ok jom intai2 resepi jompot aku...moh..moh

Bahan2

500 gram Tepung gandum
10-20gram ikan bilis - lg byk lg beh
4-5 biji bawang merah
garam dan perasa
3 1/2 cawan air panas
1 cawan air sejuk
minyak untuk menggoreng
cili potong, daun sop daun bawang - bhn cadangan utk di masukkan. selalu tak bubuh sbb tak larat nak kemas rumah, kanak2 riang akan campak merata bhn2 ni ketika mkn..grrrr grrr


Cara2

1. Bawang merah & ikan bilis tumbuk, aku terpaksa blender supaya kanak2 riang tak nampak dlm jompot ni..
2. Masukkan bhn tumbuk, garam & serbuk perasa dalm tepung...gaul rata
3. Tuang air panas secawan demi secawan n gaul rata
4. Masukkan air sejuk untuk tepung jadi sebati. Di sini air sejuk yg dicadangkan adalah anggaran sahaja. adunan jompot jgn terlalu cair..nanti goreng makan minyak..so cukup kalo kita senduk dgn sudu jatuhkan dia jatuh plup seketul gitu...memang nampak mcm keras tp adunan ni dah spara masak sbb kita guna air panas.
5. Masukkan bhn2 tambahan yg dicadangkan tu. Selalu aku jarang bubuh tp kalo nak ubah selera aku akan bahagi dua adunan ni..satu utk kanak2 riang yg tanpa daun bwg dan eksesori lain, satu adunan lg khas buat penghuni dewasa aka Ramboku..
6. Panaskan minyak dan bole la menggoreng. Pastikan minyak betul2 panas sampai nak naik asap.Then goreng aaa...

Di nasihatkan guna api yg besar dan pantas masa menggoreng. Rasionalnya adalah supaya jompot tu tak makan minyak. Errrk tahu ke makan minyak tu apa.Ni me'refer kepada jompot tu tak akan berminyak sangat. (weehh me'refer lg...huhhh!) Api besar masa menggoreng memang buat jompot cepat kekuning kuningan jangan risau & takut dalam tak masak.InsyaAllah masak sbb tepung adunan jompot tu dah spara masak.

Tingat plak m..asa outing kat Bukit Cherakah bersama Geng Portal UUM aku bawak menu kampung ni je..ye la nak  bawak blueberry cheese tart tak reti nak buat....nak bawak kek cawan tak pandai nak buat..menu kampung ni je la yg mampu aku bawak...Lain la Acik Chah..ia serba boleh..semua dia pandai...Errr..Limah@Cemat ko dah cuba belum ekk wesepi aku ni...ke ko nak aku buat kelas tutorial...ahaksss.Owang lain sibuk nak g kelas Macaroons..ko sibuk nak kelas buat jompot..apa barrrangggg...Cehhh.... ;-)



Salam....
Time for bersilat kat dapur lg >> acara  masak for lunch plak...>_< muahhhhh!



Friday, July 15, 2011

Roti Jala




Demi Kak Yati yang dah beli acuan toti jala kat Daiso tengah hari tadi maka aku kena update la pasal roti jala bekpes pagi tadi. Janji tetap janji.Aku nak bagi sokongan moral pada Kak Yati..caiyokkk...caiyokkk kak Tie.Lagipun dah rutin seberrum titon kena update la Duniaku ni..mentara ada mood..


Roti jala ni aku tebo pagi tadi sesudah subuh demi anak2 borre bawak bekal pegi skolah. Termasukla ibu dia nak bawak bekal sbb cafe opis mogok tak mau beroperasi lagi...Lagipun mlm semalam dah buat serawa durian kan...siann plak serawa durian takde partner. Tapi aku buat juga kuah kari ayam untuk abg Azrul. Dia tak berape reti makan serawa durian ni..sebab campur dengan buah bususk dia kata. Aiseyyy...sian anak bujang ibu ni, tak pandai makan buah raja segala buah ni.Doa ibu moga suatu hari tekak abg azrul bole terima..insyaAllah. Ekceli kalo ikut asal resepi yg mak bagi bubuh santan. Tapi sepanjang aku buat tak pernah la bubuh sebab sokmo unplan pehtu xde stock santan kat umah.Lain la kalo kat kg pokok kelapa bakang umah je..kelapa plak sokmo ada stanby kat gobok bakang pintu dapur.Asal nak je zasss parut.So resepi yg nak dikongsi bersama ni sgt ringkas, mudah je bahan2 dia. So tak ada alasan lagi takleh buat ye...( isshh bape kali ulang word so daaaa).Pehtu testimoni dari pelanggan yg pernah menempah roti jala aku ni sokmo kata sedap maka aku menten tak bubuh santan....sori ye mak..derhaka skit dgn resepi mak.ammpunzzzz...luv u muahhh2.

Bahan2
500grm Tepung gandum
2-3biji telur
2 sudu majerin - pilihan.tak nak bubuh pun xpe
1  sudu kecil garam
2-3 titik pewarnan kuning telur
3-5 cawn air ( anggaran..bancuh air sidikit semi sedikit lihat pada kepekatan)

Cara2
1.  Tepung, garam majerin & telur gaul sebati.
2. Letak air secawan demi secawan dan gaul hingga sebati ( 3 cawan dulu)
3. Jangan risau kalo adunan tak berape semerra sbb lepas tu u all blend la supaya bancuhan tepung jadi halussss..
4. Blend semua then adunan menggunakan air lebihan tadi tapi jgn biar terlalu cair.Bancuh adunan mcm kita nak buat lempeng gitu...
6.Setelah siap blend bubuh 2-3 titik pewarnan kuning telur.ikut kadar kekuningan yg u all suka.agak2 la ekk..ni acara bebas.tiada paksaan gitu
7. Bole la start menebar toti jala atas kuali leper yg dah si sapukan sedikit minyak masak.kalo takde kuali leper kuali biasa pun bole..takde hal..jadi je..
8. Goreng sampai nampak bahagian atas dah kering bermakna roti jala dah bole diangkat..So suka ati nak gulong ke..nak petak segi ke..tiga segi ke..ikut tuan tangan yg masak ye..

Ni kuah kari ayam khas buat abag AzRul...

Err..wesepi kari ayam nak tepek gak ke..tepek la untuk panduan anak2 ibu masa akan datang..kalo ibu dah takde lagi bole la korang buat rujukan...

Bahan2

2 ketul kepak ayam - potong kecik2
1 biji kentang - potong dadu 
2-3 inci lobak merah- potong bulat2 tebal ikut citarasa memasing
1 sudu B cili kering blend
1 1/2 sudu B serbuk kari alagapas daging/ayam
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
sedikit minyak utk menumis
500 ml santan segar
2-3 helai daun kari - pilihan.xnak bubuh pun xpe
garam,gula dan serbuk perasa 

Cara2

1. Tumbuk bawang putih & halia hingga lumat. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi.
2. Dah naik bau @ kekuningan masukkan cili blend, gaul seketika kemudian masukkan kari yg dah dibancuh dgn sedikit air...pecah minyak masukkan ayam yg dipotong kecil2 tadi
3. Masak seketika hingga air ayam dah mula mengering (air ayam akan keluar pada permulaan kita masak dan ayam sedikit mengecut)
4. Masukkan santan, garam gula n serbuk perasa ikut perasaan anda..hehe
5. Masukkan kentang n karet bila santan dah mendidih skali. 
6. Masukkan daun kari.Ini pilihan.nak bubuh pun xpe..tak nak bubuh pun tak pe. Umah aku daun kari tepi pintu dapur je..so bahan dah ada..bubuh je la kan..Masak hingga kentang dah lembut.kepekatan kari terpulang..rasa nak pekat masak lama skit dgn api sederhana...ala2 mereneh gitu..lagi semerra la bahan2 tu..sure sedappp...muahhhh!

Sepesel untuk Abang AzRul ni..mmmuuahhh!


Ibu..Kakak Anis, Eica suka yg ni...yummmy


Tapi yg ni pun ibu blasahh ngapp jugak..uwaaa dumukksss...nyammpah.


Fuhh tertunai sudah janji ku pada Kak Yatie...bole tido dengan lena dan tenang...Alhamdulillah..Selamat mencuba ye kak tie. Kak Ram jgn segan2..buat la jugak..Kak mazni nanti kita g beli plak acuan manggih cam kak tie kat Daiso..bagus acuan tu..tak renyah..bersih je dapur kita nannti..hehe..Nik..mu dak yoh aa..takat mu nok make soghe..dok berbaloi..mu tempoh dengan aku je...uhhh ngantukkk...jomm titon
Gudnite...muahhhh!

Salam.

Cop!2 lupa nak iklan...Dari Duniaku sedia menerima tempahan roti jala...jgn malu jgn segan helo helo la no ni 013-6051905 utk tempahan pada new cusomer...utk regular customer tu pun jgn segan2..no talian hayat ni masih sama...tiada perubahan...(^_*)






Thursday, July 14, 2011

Serawa Durian..



Balik keja tadi  tengok tepi2 jalan banyak plak orang jual durian..Tepi roundabout Puchong Perdana ada, kat bahu jalan Puchong Indah ada...perghhh berlonggok sana sinunzz orang jual. Eh dah musin durian balik ke..menarikss ni..bole buat stock tempoyak.kat umah pun cam dah tinggal sikit. Tetiba tekak ni terasa tingin plak nak makan roti jala cicah serawa durian. Plannya tadi nak buat kari ayam..esok pagi bole buat roti jala wat bekpes. Tapi bila dah sana sinunzz nampak durian bole plak anak tekak ni beralih selera..Apalagi, zass lepas beli santan aku berenti kat bakang tepi shell depan Permai Court. Situ sokmo tak putus org jual durian...seperti yg dijangka  berlonggok longgok stock durian depa..dari yg rege mahal2 sampei la yg biasa2 aje...Musang tak musang...raja tak raja..sgala jenih nama durian ada.Memandangkan niat cuma nak buat serawa maka aku cuma beli RM10@4 biji. cukup la tu...idak ku kesah apa nama durian ni..janji rasa durian.nama belakang kira. Awak orangg.. (word trademark kak Romlah) comel2 je durian tu..comel macam aku >_<. Tak caya tengok nii...


Sukeee..satu pangsa satu ulass je..pehtu semua pangsa ada isi..



Berbaloi baloi beli 4 biji tapi isi banyakkk...tebal2 plak tu..


Jom buat Serawa.

Bahan2
6-8 Ulas durian - buang biji
3tsb gula
400 ml santan segar
1 helai daun pandan
secubit garam


Cara2Nya
1. Lenyek isi durian dengan gula biar semerra arram. masukkan dlm periuk, masukkan santan, letak daun pandan bubuh secubit garam nak bagi terasa lemak durian n santan,
2. Masak diatas api yg sederhana dan sentiasa kacau supaya tak pecah santan istilah orang tua. Haa kakak Anis tau tak pecah santan tu apa..pecah santan tu ialah tak mau pati santan tu jd terasing dan berketul2 kalau dah mendidih tak dikacau ketika memasak. Masak yg guna santan utk menu mcm ni memang kena sabo..api xleh kuat...pehtu nak kena selalu kacau...tu yg lama...dah la xleh api kuat pehtu nak kena kacau sokmo...lecehh je kan...Weii..bab leceh tu la yg buat makanan tu sedap tau..sedo tak sedo mengajo jadi sabo..huhu memang sabo aje lah..


 
Ni isi durian yg dah diasing dari biji..tu santan.&daun pandan.Mujur aku ada pokok pandan ni..xyah sibuk nak beli kalo takat nak pakei selai je......



Hoye..hoye..dah jadi serawa kita....Esok pagi tinggal nak menjala je...

Psttt...tak sabo nak tunggu toti jala esok pagi..dah blasah dgn roti gardenia tadi...aduhhh cam orang ngidam plak..padahal aku skang ABC tau...takde kena mengena dgn mengidam or pembawaan budak.Kalo Nurul or Liya tu lain citer aa...

Ok serawa dah siap.. bedal pun dah....moh moh kita layan citer kowea...Kak yosh dah mendahului aku ni...sakan aku pwomote city hunter tu..tup2 dia dah berepisod episod, aku doook takat episod 2 je dari last week.apa kess...grr grrr..

Salam...




Macam Mana Nak Tanggung Perasaan Rindu 2bulan???

Asal masuk je keta, tangan mesti tewus on wadio. Bukan apa nak ilangkan boring kalo jalan jam nak g keja.Dulu keja kat Sg way, dari puchong nak g sg way lalu LDP tu...ya ammpunzzz memang hangittt je darram keta. Skang dah keja dekat tak sampei soploh menit perjalanan tapi menten dengor wadio. Dah jadi rutin memang tetap dengo wadio walaupun dekat. Pehtu timing dok darram keta mesti 7.30am dengor tazkirah pagi kat wadio ikim..habis tazkirah tuko Sinar...

Hawi ni terlewat skit..tazkirah dah separuh aje..apa topik tak pasti tapi ada gak la ayat2 yg bole dijadikan panduan.Habis lagu Iman bak mutiara dari raihan tewus tuko Sinar. Tak pasti jugak apa topik yg 3 DJ tu dok bahas sebab tengah penuh konsentrasi nak masuk roundabout puchong permai...kalo ralit dengo kang kena hon plak..maklum la..pepagi ni time owang pegi keja, kot2 ada yg dah terliwat mesti tak saboo je tengok aku bawok keta terhegeh hegeh..sebelum ada owang mawah...aku kena la muhasabah diwi. Kalo dak apa barrranggg tiap pagi dengo tazkirah tapi menten tak insaf...huhu

Luahan masalah salah seorang pemanggil kat wadio sinar aku share dengan opismate pagi tadi. Perghhh jadi topik hangat beb.Ye la..personally aku dengor masalah mamat ni pun wase simple n tak perlu la siap nak call radio sinar mintak pendapat. Menambah kemarahan pendengar lagi ada la.. Masalah dia, mcm mana nak menanggung windu sbb hanya bole jumpa 2 bulan skali je. Simple kan...tapi permulaan cerita mamat ni buat ramai perempuan yg dengar akan wase marah...aku tak pasti sape nama pemanggil ni sebab dok konsentrasi nak masuk roundabout so aku buat ringkasan je la citer mamat ni sebab kat opis tadi penat dok ulang suara kesah ni...memula citer ngan kak Ram ngan Kak yatie..pehtu tok ketua kumpulan suh ulang..dah habis citer Nik plak suh ulang lagi..adehhhh...letihhh akkakkk dok berlakon je tadi..kejap jd Dj..kejap jd pemanggil bila nak ulang dialoq2 indah itu..ahakss

Pemanggil ni seorang penceramah.Tak pasti penceramah bebas ke..penceramah motivasi ke..so dia citer la dalam salah satu ceramah yg dia buat, tak sangka salah sowang peserta dia adalah bekas kekasih lamanya ketika tingkatan 6 dulu. Sgt gembira dapat bertemu kembali. Lepas ceramah pergi la minum dah bertukar2 cerita. rupanya bekas kekasih dia ni masih solo hingga kini , dah telah menjadi warganegra Autralia. Dia berumur 43 tahun dan bekas kekasih muda setahun..bape umur bekas kekasih dia kowang kiwa sindrik la..masing2 mar-be-les matematik kan..tapi kalo menten tekan mesin kira tu..hampehh la kowang. Ok berbalik kepada citer dia ni..cinta lama berputik kembali maka mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan ujung bulan ni.Ada Mamat tu sebut date tapi aku lupa aa..Menurut si pemanggil, keluarga belah pompuan ni memang dah setuju sgala...Kak engku tanya soklan cepumas, isteri setuju ke..dengan agak berlapik si pemanggil ni menjawab secara DASARnya setuju. So masalah dia skang adalah, bakal isteri dia ni warganegara Australia dan keja kat sana, dia kat mesia.Mereka dah berjanji akan berjumpa 2 bulan sekali..so macam mana nak menanggung rindu 2 bulan skali baru jumpa....errrkkk.....itu je ke masalahnya...Ya ammpunzzz....perasaan rindu dia je yg dia kesahkan...

Perasaan isteri dia macam mana? Nak menanggung berkongsi kasih...Dia hanya mengambil kira pada DASARnya.Dia tak selidik pada DALAMnya mcm mana. Sebagai seorang wanita dan juga seorang isteri bohong kalo aku cakap aku tak akan terguris..tak akan terluka bila suami ingin berkahwin lagi. MADU memang manis, tapi pada DASARnya manis pada lelaki...tidak pada perempuan. Aku bukan prejudis tentang bab ni tapi reality yg berlaku banyak yg berat sebelah. Banyak yg tidak adil memihak kepada perempuan.Bukan kah wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, bukan dari bahagian kepala untuk mengetuai dan bukan dari bahagian kaki untuk ditindasi.Tetapi diambil dari bahagian yg paling dekat dengan hati untuk disayangi, dikasihi. Andai isteri melakukan kesalahan tugas suami untuk membimbing kerana suami adalah pemimpin keluarga. Bukankah tulang rusuk itu asalnya sudah bengkok...dan memang sukar untuk diluruskan..andai dibiar akan terus bengkok..tapi andai berkeras akan patah. Maka sentiasa la membelai...

Perempuan selalu dituduh tamak sebab taknak berkongsi kasih, tetapi lelaki juga tamak kerana nak semua kasih..tak gitu? Emm kalo nak citer topik ni memang tak pernah nak habis.Setiap kejadian ada sebab dan musabab.Kena paham kenape Islam menghalalkan poligami. So aku taknak bahaskan topik ni lebih lanjut takut aku bias sebab aku pompuan...Tazkirah pagi tadi ada menyebut Allah telah menyatakan " aku jadikan manusia ini untuk diuji." Maka setiap manusia pasti diuji. Ujian itu pastinya berbeza.Ada bahagian masing2 tetapi Ayat Al-Baqarah:286 plak menerangkan > Allah tidak membebani seseorg itu melainkan sesuwai dgn kesanggupannya.See..Allah memang penyayang, walaupun dia memberi ujian tetapi ujian itu adalah berdasarkan kemampuan manusia itu sendiri.Jadi aku wase istewi pemanggil tu skang tengah diuji..dan pemanggil itu juga sedang diuji...bekas kekasih pemanggil tu pun sedang diuji..moga mereka tabah.InsyaAllah...

Salam..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...