Thursday, July 14, 2011

Macam Mana Nak Tanggung Perasaan Rindu 2bulan???

Asal masuk je keta, tangan mesti tewus on wadio. Bukan apa nak ilangkan boring kalo jalan jam nak g keja.Dulu keja kat Sg way, dari puchong nak g sg way lalu LDP tu...ya ammpunzzz memang hangittt je darram keta. Skang dah keja dekat tak sampei soploh menit perjalanan tapi menten dengor wadio. Dah jadi rutin memang tetap dengo wadio walaupun dekat. Pehtu timing dok darram keta mesti 7.30am dengor tazkirah pagi kat wadio ikim..habis tazkirah tuko Sinar...

Hawi ni terlewat skit..tazkirah dah separuh aje..apa topik tak pasti tapi ada gak la ayat2 yg bole dijadikan panduan.Habis lagu Iman bak mutiara dari raihan tewus tuko Sinar. Tak pasti jugak apa topik yg 3 DJ tu dok bahas sebab tengah penuh konsentrasi nak masuk roundabout puchong permai...kalo ralit dengo kang kena hon plak..maklum la..pepagi ni time owang pegi keja, kot2 ada yg dah terliwat mesti tak saboo je tengok aku bawok keta terhegeh hegeh..sebelum ada owang mawah...aku kena la muhasabah diwi. Kalo dak apa barrranggg tiap pagi dengo tazkirah tapi menten tak insaf...huhu

Luahan masalah salah seorang pemanggil kat wadio sinar aku share dengan opismate pagi tadi. Perghhh jadi topik hangat beb.Ye la..personally aku dengor masalah mamat ni pun wase simple n tak perlu la siap nak call radio sinar mintak pendapat. Menambah kemarahan pendengar lagi ada la.. Masalah dia, mcm mana nak menanggung windu sbb hanya bole jumpa 2 bulan skali je. Simple kan...tapi permulaan cerita mamat ni buat ramai perempuan yg dengar akan wase marah...aku tak pasti sape nama pemanggil ni sebab dok konsentrasi nak masuk roundabout so aku buat ringkasan je la citer mamat ni sebab kat opis tadi penat dok ulang suara kesah ni...memula citer ngan kak Ram ngan Kak yatie..pehtu tok ketua kumpulan suh ulang..dah habis citer Nik plak suh ulang lagi..adehhhh...letihhh akkakkk dok berlakon je tadi..kejap jd Dj..kejap jd pemanggil bila nak ulang dialoq2 indah itu..ahakss

Pemanggil ni seorang penceramah.Tak pasti penceramah bebas ke..penceramah motivasi ke..so dia citer la dalam salah satu ceramah yg dia buat, tak sangka salah sowang peserta dia adalah bekas kekasih lamanya ketika tingkatan 6 dulu. Sgt gembira dapat bertemu kembali. Lepas ceramah pergi la minum dah bertukar2 cerita. rupanya bekas kekasih dia ni masih solo hingga kini , dah telah menjadi warganegra Autralia. Dia berumur 43 tahun dan bekas kekasih muda setahun..bape umur bekas kekasih dia kowang kiwa sindrik la..masing2 mar-be-les matematik kan..tapi kalo menten tekan mesin kira tu..hampehh la kowang. Ok berbalik kepada citer dia ni..cinta lama berputik kembali maka mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan ujung bulan ni.Ada Mamat tu sebut date tapi aku lupa aa..Menurut si pemanggil, keluarga belah pompuan ni memang dah setuju sgala...Kak engku tanya soklan cepumas, isteri setuju ke..dengan agak berlapik si pemanggil ni menjawab secara DASARnya setuju. So masalah dia skang adalah, bakal isteri dia ni warganegara Australia dan keja kat sana, dia kat mesia.Mereka dah berjanji akan berjumpa 2 bulan sekali..so macam mana nak menanggung rindu 2 bulan skali baru jumpa....errrkkk.....itu je ke masalahnya...Ya ammpunzzz....perasaan rindu dia je yg dia kesahkan...

Perasaan isteri dia macam mana? Nak menanggung berkongsi kasih...Dia hanya mengambil kira pada DASARnya.Dia tak selidik pada DALAMnya mcm mana. Sebagai seorang wanita dan juga seorang isteri bohong kalo aku cakap aku tak akan terguris..tak akan terluka bila suami ingin berkahwin lagi. MADU memang manis, tapi pada DASARnya manis pada lelaki...tidak pada perempuan. Aku bukan prejudis tentang bab ni tapi reality yg berlaku banyak yg berat sebelah. Banyak yg tidak adil memihak kepada perempuan.Bukan kah wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, bukan dari bahagian kepala untuk mengetuai dan bukan dari bahagian kaki untuk ditindasi.Tetapi diambil dari bahagian yg paling dekat dengan hati untuk disayangi, dikasihi. Andai isteri melakukan kesalahan tugas suami untuk membimbing kerana suami adalah pemimpin keluarga. Bukankah tulang rusuk itu asalnya sudah bengkok...dan memang sukar untuk diluruskan..andai dibiar akan terus bengkok..tapi andai berkeras akan patah. Maka sentiasa la membelai...

Perempuan selalu dituduh tamak sebab taknak berkongsi kasih, tetapi lelaki juga tamak kerana nak semua kasih..tak gitu? Emm kalo nak citer topik ni memang tak pernah nak habis.Setiap kejadian ada sebab dan musabab.Kena paham kenape Islam menghalalkan poligami. So aku taknak bahaskan topik ni lebih lanjut takut aku bias sebab aku pompuan...Tazkirah pagi tadi ada menyebut Allah telah menyatakan " aku jadikan manusia ini untuk diuji." Maka setiap manusia pasti diuji. Ujian itu pastinya berbeza.Ada bahagian masing2 tetapi Ayat Al-Baqarah:286 plak menerangkan > Allah tidak membebani seseorg itu melainkan sesuwai dgn kesanggupannya.See..Allah memang penyayang, walaupun dia memberi ujian tetapi ujian itu adalah berdasarkan kemampuan manusia itu sendiri.Jadi aku wase istewi pemanggil tu skang tengah diuji..dan pemanggil itu juga sedang diuji...bekas kekasih pemanggil tu pun sedang diuji..moga mereka tabah.InsyaAllah...

Salam..





2 comments:

Rawiwa said...

dengar gak topik tu semalam... hekellehhhhhh nyampas betul lah.. kerek abihhhh.... sibuk tanggung rindu..ada dia kesah ngan anak bini dia!!!! loghatttt punya penceramah!!

CA said...

Tu arr...nyammpah plak kan...ngalahkan owang muda bershintass...camtu bole jd penceramah..adehhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...