Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin, kerana bila tiba masa kita terpaksa melepaskannya.Andai Ramadhan ini adalah yang terakhir moga ia yang terbaik disisiNYA InsyaAllah.
Salam ramadhan buat semua. Ramadhan datang lagi dan Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menikmati ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Moga dibulan ramadhan ini aku ditingkatkan tahap kesabaran dalam mendidik amanahNYA. Bermula dengan menyediakan juadah untuk bersahur...melayan aksi anak-anak ketika bersahur. Moga aku mampu memberi kata2 motivasi kepada mereka tatkala perut mula memainkan alunan muzik meminta untuk diisi...Bila matahari menyusur senja, aku masih mampu untuk menyediakan juadah berbuka untuk yang tersayang...dan semoga ramadhan kali ini penuh bererti dan diberi kekuatan iman untuk meningkatkan segala amalan.
Hadis nabi S.A.W " Doa JIBRIL a.s buat Nabi s.a.w sebelum tika hadirnya ramadhan, bermohon maaf lah dengan 3 golongan ini:
- Mohonlah maaf dari kedua ibubapamu
- Mohonlah maaf suami dan isteri
- Bermohon maaf drp keluarga, sahabat handai dan mereka yg berada disekelilingmu
Jesteru itu, dengan rasa rendah diri,buat insan2 yang mengenali diriku, ampun maaf kupohonkan andai sepanjang usia perkenalan kita aku telah melakukan kesalahan dan kesilapan bila lidah terlanjur kata, bila bicara terkasar bahasa , bila beraksi diri ini terlanjur tindakan.Sesungguhnya lumrah manusia sering melakukan kesilapan, dan aku hanya manusia biasa yg tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun aku memohon dan berharap masih ada ruang kemaafan untuk aku.Moga persabahatan kita akan terus berkekalan selamanya....Muahhh.
Selamat berpuasa untuk semua...
Salam
2 comments:
Hi, was at Ummi's blog noticed your callsign.
Thought I'll drop by wish you and family,
telah berlabur tirai Syaaban menjelma pula Ramadhan.
Saya ucapkan moga berjaya menunaikan puasa dengan Jayanya.
My best regards.
Lee.
HiUncle Lee..
Salam perkenalan.
Thanks drop by to my blog..
Sy pun dah singgah your blog..woww..nice
Compare with my blog cam langit dan bumi..huhu
Anyway..thanks..
Post a Comment