Tuesday, July 26, 2011

Mandi Wajib

Semalam dok sibuk memasing senduk nasi nak makan malam tetiba abang Azrul bersuara

"Ayah mandi wajib tu apa"

"Kenapa abang nak tahu" Aku pandang rambo, rambo pandang aku sambil senyum simpul.

"Ye la..sbb x paham..apa mandi wajib"  " Tak pe nanti kat sekolah abang belajar la..cikgu akan cakap" 

" Ye la..tadi kat sekolah ustazah ada cakap pasal mandi wajib, lepas tu ustazah cakap kalo nak tahu kena tanya ayah.Abang memang tak paham".

"Emm nanti abang dah besar abang paham la mandi wajib tu apa" 

" Ooo dah belajar ke..ok..ok nanti ayah citer kat abang..sebab lelaki sama lelaki..perempuan sama perempuan. Kan ayah kan." Aku potong cakap rambo sambil memberi reaksi muka agar rambo berterus terang.

" Emm..lepas makan nanti kita borak kat atas bang ye..kat buaian. nanti ayah citer key.Skang kita makan dulu.Abang nak lauk apa? ikan bawal goreng ke ikan kuning tu" 

Rambo mematikan perbualan topik ni sebab kami masing2 sebenarnya belum bersedia untuk menjawab soalan2 yg sebegini. Kami lupa bahawa anak2 kami sedang membesar dan perkara ini pasti berlaku. Belum dia tanya kalo org lelaki baligh dia mimipi...mimpi tu apa... uwaaa. Konherm aku akan terkedu. Bukan aku tak tahu untuk menjawab, bukan aku tak mahu menjawab tapi aku rasa persoalan lelaki biarlah lelaki juga yg menerangkan kerana mereka lebih tahu lebih detail perkara yg tersirat.

Bila situasi begini berlaku, apa harus dilakukan? Berterus terang kepada mereka atau menerangkan secara simbolik sahaja.Adilkah utk mereka, tapi sekiranya memberitahu kesah sebenar, mampukah mereka menerimanya? Mampukah mereka memahaminya. Sungguh...dalam delima pada mulanya. Tapi aku tak mahu mereka tertanya-tanya dan mendapat gambaran yg silap tentang persoalan hakikat kehidupan. Cukuplah ibu dia yg dulunya begitu takut untuk berkahwin..Begitu takut untuk melahirkan anak bila tahu baby dilahirkan melalui mana? Sebab dapat membayangkan betape sempitnya laluan seorang bayi nak keluar.Ahhh yg pasti melahirkan sangat sakit,sangat perit!!Itulah reaksi aku bila mak citer kesah benar. Dan aku tak mahu mereka seperti aku. Terlalu lewat untuk TAHU.

Namun aku bersyukur ada rambo untuk menerangkan perihal lelaki.Aku terbayang kepada ibu2 tunggal.Bagaimana la mereka hadapi situasi begini....Pasti sukar kan...moga ibu2 tunggal diluar sana terus  tabah...InsyaAllah..

Salam





2 comments:

IntanRizal said...

che unn... dalam dunia sekarang kita kena berterus terang... explain sampai diaorang faham, sebab they can get it from anywhere else yg mungkin menyebabkan diorang salah faham....
i had that with my 2 girls... tapi intan try to make it as casual as it can be.... budak-budak sekarang akan tanya pelbagai soalan yg akan meyebabkan kita tercekik... hehehehe...

CA said...

Yess Intan..agree with u.that's y cheann push Is suh citer kesah benar to my hero...coz azrul ni macam agak mature bab2 ni..hehe..soklan depa bukan saje borre kita tercekik...wase nak pitam pun ada...hai anak oh anak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...